Rafzan Tomomi Masuk TV Sebab #SBB2016 ?

22:06:00 Rafzan Tomomi 16 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Nak dijadikan cerita ramai yang tag dekat FB nama Momi. Momi pon macam pelik, nape ramai yang tag dekat video Awani tu. Laaa rupanya muka Momi ada beberapa saat keluar TV Astro Awani hahaha. Masalahnya muka tu, memang kelakar habis , sampai Abadik buat screenshot. Jadilah dari takde haha. Terima kasih gais yang tag kite. Siapa nak tengok tu, boleh tengok dekat sini ----> (Klik Sini). Haa Alang-alang dah bukak cerita SBB2016 ni, meh Momi cerita sikit pasal SBB hari tu.


Sabtu lepas (16 April 2016) telah berlangsungnya majlis yang paling ditunggu-tunggu oleh Blogger Malaysia iaitu "Sepetang Bersama Blogger 2016" (SBB2016). Tanpa rasa ragu-ragu dan segan-segan saya terus mendaftarkan diri selepas tengok banner SBB2016 dah keluar hehe. Ini adalah tahun kedua saya hadiri SBB2016. Berbeza dari SBB2015 tahun lepas, tahun ini majlis diadakan di Dewan Campbell Complex, Kuala Lumpur.

(kredit gambar : Facebook Pendekar Berkuda)

Setibanya saya dan Abadik di Dewan Campbell tu, sempat rehat dan bertegur sapa dengan Blogger yang awal-awal dah sampai. Tepat jam 8.30 pagi terus pergi daftar. Seronoknya mendaftar ni sebab dapat satu beg goodies . Macam-macam ada dalam tu, antaranya T-Shirt SBB2016, air Upin & Ipin, air kotak Yeos dan banyak lagi goodies dari penaja. Bab susunan tempat duduk pula, Momi adalah antara yang terawal mendaftar, jadi Momi ditempatkan di Meja 2 yang betul-betul tengah dan paling depan haha. Momi semeja dengan Ina Ainaa, Cik Haniza, Encik Titan, Nannie Isa & Reez Reezluv.

(kredit gambar : Facebook Pendekar Berkuda)

Terdapat 6 Orang Panel untuk  #SBB2016 iaituTuan Hasrul Hassan , Tuan Ali Hanafiah, Tuan Aqif Azizan , Abang Ensem, Tuan Ismail Che Ani & Adi Putra. Banyak Ilmu-ilmu yang berguna yang dikongsikan kepada semua yang hadir. Ada jugak take note tips yang dikongsikan hehe.  Maaf sebab tak fokus sangat sebab teruja sangat jumpa kawan-kawan haha.Apa yang menariknya #SBB2016 ni bila berjumpa kawan-kawan blogger yang kebiasaanya susah nak jumpa , kalau event pon jumpa sorang dua je kan. Tapi dekat SBB ni berpeluang untuk jumpa semua, memang best. Haaa satu lagi, Bisnes kad Momi berjaya bagi dekat Blogger yang hadir. Bukan tu je dapat jugak kenalan baru. Memang meriah okay.


Bercakap pasal meriah, scroll je Instagram dengan Facebook , penuh dengan gambar semasa #SBB2016 berlangsung. Of course la dengan mereka kena selfie dan bergambar puas-puas. Sayangnya phone kita tak berapa nak okay time tu, hanya tunggu gambar dari kawan je ler hehe. Kalau sembang pasal gambar, haa ada satu-satunya tarikan yang buat Momi begitu tertarik. "photobooth" hahaa. Memang seronok ye fefeeling bergambar dekat situ. Memang penuh je orang beratur nak bergambar kat Photobooth Kotak Lensa.

(kredit gambar : Facebook Pendekar Berkuda)

Sesuatu yang tak dijangka berlaku. Kebiasaanya bab cabutan bertuah memang tak pernah berharap pon. Tapi kali ini nama RAFZAN TOMOMI keluar dekat skrin dan semua orang pandang ke ara Momi. Momi macam muka sangat terkejut , sebab rasa macam bukan nama tapi diorang dah suruh bangun amek hadiah. Alhamdulillah dapat tablet Ienovo. Terima kasih banyak-banyak SBB2016. Ada hikmah lah kenapa tab Emak rosak, dapat la main tablet baru. Kite kongsi ye Emak hehe. Tak lupa kepada semua pemenang cabutan bertuah terutamanya Maha Mahu yang dapat pergi Umrah & Zakwan Zain yang dapat TV 32 inci. Alhamdulillah sekali lagi hehe.

(kredit gambar : CVS Production)

Seronoknya SBB2016 ni, sambil dapat ilmu sambil tu dapat kumpul kenalan dan gathering dengan rakan blogger. Kepada yang bertukar-tukar kad tu nanti Momi blogwalking soon okay. Terima kasih kepada para penaja terutamanya penaja utama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) serta penaja-penaja lain amnahome.com, Richwork Academy, Ephyra, Jopana.my, Zeeta, Aleeya’s Kitchen, Penmerah.com, eQurban, Sohaini Cookies, Jus Bob Nanas dan Upin Ipin Oficial. Sangat-sangat berterima kasih kepada Denaihati Network yang menganjurkan #SBB2016 ini. Harap-harap Sepetang Bersama Blogger akan diteruskan untuk tahun depan. ;D Jom tengok koleksi wajah-wajah yang sempat dirakam :

DARI FACEBOOK PENDEKAR BERKUDA



DARI KOTAK LENSA :























p/s : maaf ye, phone kita tak berapa nak ada mood masa tu haha

16 comments:

  1. Tahniah sbb menang adiah tu. Berkat nak bagi kat emak. Bagus bagus.

    ReplyDelete
  2. awak ke yg menang tab tu? wah tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis.
      kome orang perok ke?

      Delete
  3. Untung la muka masuk tv... selamat muat he...23x

    Muka bro xde langsung kot. Xpe la.. low profile :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahah tu la selamat muat hahaha
      alolo nanti masuk tv la tu hahaha

      Delete
  4. yeayyy tahniah momi!!! kitaorg bersorak kuat-kuat mase momi menanggggg tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayy alhamdulillah. terima kasih kak. hahaha
      tu la dengar ramai sorak . tak sangka hehe

      Delete
  5. bro! tahniah sebab menang tab.. hhehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Boni yang kacak-kacak selalu hahaa

      Delete
  6. pemes la 3 saat muka masuk tv kejap.ahaa

    ReplyDelete
  7. Untunglah orang tu jadi artis sekejap kuar TV hehehe. Tahniah u oll....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh gitu. dia menang lagi meletopp hahaha
      thanks uols.

      Delete
  8. tahniah sekali lagi sbb menang hadiah.
    mudahan point penting yg dkongsikan panel2 dapat dimanfaatkan. Bilion pun terima kasih sertai dan meriahklan SBB2016 ni dan entri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ^__^
      next year hope ada lagi :)

      Delete