Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3) | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Ulang Tahun Ke-10 Blog @RAFZANTOMOMI tidak lama lagi. Sementara menunggu harinya, MOMI nak kongsikan entri yang dah lama tak update, jadi MOMI kembalikan semula sempena Ulang Tahun Ke-10 ini iaitu "Saya & Gambar". Kali terakhir MOMI update entri ini pada tahun 2020, lepas tu terus lupa haha. Memandangkan MOMI suka sangat bergambar, jadi MOMI saja nak kongsikan gambar sepanjang 10 tahun dari blog ini. Disamping itu, MOMI boleh throwback semula kenangan-kenangan dari tahun 2012 hingga kini. Mari MOMI kongsikan bahagian ketiga entri ini.

2018

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Pakej perkahwinan dari Ambassador Putrajaya ini merupakan anak syarikat Hanana Group Sdn. Bhd. Selain dari majlis perkahwinan, Ambassador Putrajaya juga menyediakan perkhidmatan sewa dewan seperti majlis konvokesyen, majlis makan malam, majlis hari jadi, seminar, perasmian produk, pertunjukan fesyen dan banyak lagi. Sehingga kini, MOMI masih berkolaborasi bersama Hanana Group termasuk bufet ramadan. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Majlis pembukaan festival fesyen dan kecantikan nombor 1 di Malaysia iaitu "Mood Republik Awards & Gala Night 2018". Malam Gala dan Penyampaian Anugerah Mood Republik yang berlangsung di JW Marriot Hotel pada Sabtu. 10 Mac 2018. Majlis dihadiri lebih 500 jemputan yang terdiri dari usahawan-usahawan yang tersohor di Malaysia. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Terletak di Taman Melawati dan berdekatan dengan lebuhraya MRR2, dari tepi highway memang dah nampak tersegam indah Melawati Mall ini. Jadi baru-baru ini, Momi bersama rakan Blogger telah ke Melawati Mall sempena "Melawati Mall Passport Tour" bersama Blogger untuk melihat 27 tempat yang boleh dikunjungi disana.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Momi menyertai satu trip bersama Gaya Travel dan KINGZ MG untuk merentasi Kuala Lumpur, Pahang dan Terengganu pada 14 September 2018 - 16 September 2018. Program Kingz Annual Ride 2018 ini disertai oleh lebih kurang 100 peserta yang terdiri dari penunggang motosikal berkuasa tinggi berjenama Harvey-Davidson, Queenz dan para media.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Banyak hantu terlepas dalam Sunway Lagoon untuk Night Of Fright 6. Ini merupakan kali keenam menganjuran Night Of Fright 6 di Sunway Lagoon. dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti 'Haunted Attraction', 'Scare Zone', 'Show Section' , 'Dining' dan banyak lagi. Tarikan utama semestinya 'Haunted Attraction' yang sememangnya Momi nak masuk dan lalui sendiri pengalaman masuk rumah hantu. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)


Momi berkesempatan untuk menghadiri 'Hari McD Turun Padang' yang bertempat di McDonald's Desa Aman Puri di Kepong, Selangor. Sebelum menghadiri 'Hari McD Turun Padang' ini, Momi dikehendaki untuk mengambil suntikan Thypoid untuk makanan dan minuman. Sebab apa tu? Sebab Momi bakal dilatih untuk bekerja di McDonald's. Momi bersama rakan Blogger, Yuyu Zulaikha dibawa oleh pengurus  McDonald's Desa Aman Puri ke sekitar restoran. Menariknya tour ini menerangkan setiap tempat dalam restoran termasuk bahagian dapur, stor, ruang makan pekerja, peti sejuk, drive-thru dan banyak lagi. Selepas hampir setengah jam tour, kami diberikan tugas masing-masing. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

MOMI pernah sertai Watsons Malaysia's Top Influencer 2018. Dalam pertandingan ini Momi banyak belajar sesuatu yang baru dan dapat menonjolkan diri walaupun pada awalnya Momi agak pemalu orangnya haha. Sebenarnya, Momi tak percaya yang Momi menjadi sebahagian dari TOP 6 dan sangat gembira bila berjaya sampai tahap ini. Terima kasih kepada Watsons dan Ohbulan! sebab beri peluang kepada Momi dan peserta lain untuk menonjolkan bakat yang ada. Pengalaman ini sangat berharga buat Momi. Alhamdulillah, MOMI berjaya sehingga ke peringkat TOP 6 dan dianugerahkan Most Creative Award - Watsons Malaysia's Top Influencer 2018. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

MOMI memang suka dengan taman tema walaupun takut nak naik beberapa tarikan di taman tema tapi tetap cuba juga hehe. Cuti Hari Kebangsaan pada tahun tersebut, Momi habiskan dengan ke sebuah taman tema yang terletak di Perak iaitu MAPS PerakMAPS Perak merupakan singkatan dari Movie Animation Park Studio yang menampilkan beberapa tarikan yang pasti buat anda teruja! Namun, pada tahun 2020, MAPS Perak tutup sepenuhnya. Sayangnya kan?

2019

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Setiap tanggal 31 Disember merupakan tarikh istimewa buat Momi. Walaupun ramai sudah ambil 'feel' untuk masuk ke tahun baharu, tetapi Momi tetap hargai hari lahir sendiri dengan membalas ucapan dari keluarga dan rakan-rakan. 31 Disember 2018, Momi rasa nak rehat dan ambil cuti masa tu. Kebetulan, masa tu ramai kawan-kawan yang takde jadi kita sambut sorang-soranglah agaknya haha.

Serius terharu ya sampai menitis air mata. Ingatkan takde kejutan macamni, rupanya memang ada. Ya Allah, terima kasih kawan-kawan semua. Bila tengok rupanya ramai ya yang berkomplot untuk kejutan ini. Okay kita sebut mereka yang ada : Ara Kimora, Mawardi Yunus, Moka, Fuad, Amir Nawawi, Mek Onie, Potia, Ainy Zain, Nana Ma, Afzal, Kak Zati, Jasmeen, Kak Iena Eliena, Deknoor, Hasif Hamsyari, Fauzi Aryaan, Umairah, Uncle Zuan, Bella, Neyra dan tidak lupa, the gorgeous Mel Hamid. Serius memang seronok dan terharu ya. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Momi berkesempatan untuk bercuti bersama rakan-rakan. Destinasi percutian yang Momi dan rakan-rakan pilih adalah Pulau Perhentian, Terengganu. Banyak sebenarnya resort yang terdapat dipantai Pulau Perhentian Kecil ini. Kami menginap dekat Ombak Dive Resort. Menariknya Jeti Teluk Aur ini sangat dekat dengan Ombak Dive Resort tau, jadi anda tak perlu risau nak bawa luggage hehe. First impression tentang Ombak Dive Resort ialah esklusif dan classy.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Satu Malaysia terkejut apabila McDonald's Malaysia menaikan papan tanda 'Mekdi' dekat lokasi pertama McDonald's di Malaysia yang dibuka pada tahun 1982 iaitu McDonald's Bukit Bintang. Masa tiba dekat McDonald's Bukit Bintang, teruja nampak papan tanda 'Mekdi' dan ramai juga orang lalu lalang berhenti untuk bergambar dengannya.

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Momi menyertai sebuah 'Eco Race' yang dianjurkan oleh Alam Flora Group iaitu 'Zero Carbon Challenge Eco Race 2019'. Momi sertai Zero Carbon Challenge Eco Race 2019 bersama blogger Dik Bee, Penaberkala dan Maha Mahu. Tahniah Alam Flora dan Prasana Malaysia diatas penganjuran 'Zero Carbon Challenge Eco Race 2019' ini. 

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Momi menyertai sebuah lagi program anjuran oleh Alam Flora iaitu 'Cyber Eco Hunt 2019''Cyber Eco Hunt 2019' ini merupakan kerjasama Alam Flora bersama DHES (DRB-Hicom Environmental Services Sdn Bhd) yang menghimpunkan seramai 30 orang pengamal media termasuk KOL, Influencer dan Blogger. Jadi entri ini Momi ingin kongsikan kisah sepanjang 'Cyber Eco Hunt 2019'. 

Untuk  'Cyber Eco Hunt 2019' ini, peserta dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu kategori KOL, kategori Influencer dan kategori Blogger. Untuk keseluruhan, ada 7 checkpoint yang harus kami lalui sepanjang hunt berlangsung. Peserta dinilai melalui kreativiti yang disampaikan untuk beritahu pengikut mereka di media sosial seperti Instagram (post dan stories), Facebook dan Twitter. Serius excited nak tahu apakah tugasan disetiap checkpoint

Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)
Saya & Gambar -Edisi Ulang Tahun Ke-10- (Bahagian 3)

Sekali lagi tahun 2019, McDonald's Malaysia menyambut Hari McD Turun Padang pada 7 Oktober lalu. Untuk tahun 2019 pula, Momi sekali lagi dijemput untuk menyertai Hari McD Turun Padang di McDonald's The Curve, Damansara. Jom baca pengalaman Momi bekerja di McDonald's The Curve.

--------

Phewwww...! Bukan senang ya nak cari gambar-gambar ni, memang MOMI ambil secara rawak sahaja. In sha Allah, nanti setiap bulan atau tahun, MOMI akan kembalikan entri "Saya & Gambar" ini. Ye la, nak cari 'content-content' menarik jugak, kalau tak mesti anda bosan tengok MOMI update pasal hiburan sahaja kan? hehe. Okaylah, sampai disini sahaja entri kali ini. Sambungan bahagian akhir pula akan dikemaskini esok. Harap anda seronok melihat kenangan-kenangan MOMI bersama keluarga dan rakan-rakan. =)

Post a Comment

0 Comments