MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Setiap tanggal 31 Disember merupakan tarikh istimewa buat Momi. Walaupun ramai sudah ambil 'feel' untuk masuk ke tahun baharu, tetapi Momi tetap hargai hari lahir sendiri dengan membalas ucapan dari keluarga dan rakan-rakan. 31 Disember 2018, Momi rasa nak rehat dan ambil cuti masa tu. Kebetulan, masa tu ramai kawan-kawan yang takde jadi kita sambut sorang-soranglah agaknya haha.

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY

25 Disember 2018
Seminggu sebelum hari lahir Momi, Momi telah disurprisekan di Tony Romas oleh pekerja Tony Romas yang tiba-tiba nyanyi lagu "Happy Birthday To You~" sambil bawa pencuci mulut. Memang sangat-sangat teruja dan seronok. Terima kasih untuk surprise ini ya guys! Masa ni Mawardi kata "maaf sebab tak buat besar-besar, hanya mampu buat surprise macam ni sahaja.". Hey, ini pon Momi rasa dah sangat besar tau hehe. Lepas tu, kami karaoke dengan riangnya hehe.

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY

31 Disember 2018
Selamat Hari Lahir Momi! Pada hari tersebut, Sis Dik Bee dan Mawardi ajak pergi Melawati Mall sebab nak tebus baucer dekat Max Fashion sebab betul-betul tamat pada 31 Disember 2018. Sempatlah Momi shopping dua pasang kasut dengan baucer yang anda. Serius seronok sebab bukan senang nak jumpa saiz kaki ni hehe. Lepas tu kami sempat lepak makan dan balik awal juga. Terima kasih sis Dik Bee dan Mawardi bawa jalan-jalan. :)

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY

1 Januari 2019
Dan hari lahir Momi pon berlalu. Masih lagi membalas ucapan-ucapan dari rakan Facebook dan Instagram. Hari ini Momi nak teman sis Dik Bee ke IOI Putrajaya Mall sebab sis nak buat spec baru katanya. Jadi Momi pon temanlah memandangkan Mawardi dah balik kampung malam semalam. Hari itu berlalu dengan tenang tanpa rasa curiga apa-apa. Dalam hati kata "Oh, mungkin takde apa-apa surprise kot sebab semua ada hal". Rasa curiga pon berlalu haha.

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Comel tak kek birthday Momi?

Selesai urusan dekat IOI Putrajaya Mall, cadangnya nak baliklah tapi Sis Dik Bee kata nak ambil barang sekejap dekat area Salak Selatan. Lalu kami kesana terus. Setibanya depan rumah kawan Sis Dik Bee, Sis ajak masuk sekejap sebab nampak Sis bawak beg turun kereta. Momi pon turun tanpa rasa ragu-ragu. Bila nak melangkah pagar tiba-tiba pintu terbuka dengan nyanyian "Happy Birthday to you~~" sambil Ara pegang kek dengan Mawardi. Masa tu Momi serius terkejut ya sampai terhenti langkah. 

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Surprise Moment #1

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Surprise Moment #2

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Surprise Moment #3
Serius terharu ya sampai menitis air mata. Ingatkan takde kejutan macamni, rupanya memang ada. Ya Allah, terima kasih kawan-kawan semua. Bila tengok rupanya ramai ya yang berkomplot untuk kejutan ini. Okay kita sebut mereka yang ada : Ara Kimora, Mawardi Yunus, Moka, Fuad, Amir Nawawi, Mek Onie, Potia, Ainy Zain, Nana Ma, Afzal, Kak Zati, Jasmeen, Kak Iena Eliena, Deknoor, Hasif Hamsyari, Fauzi Aryaan, Umairah, Uncle Zuan, Bella dan tidak lupa, the gorgeous Mel Hamid. Serius memang seronok dan terharu ya. 

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Yeayy It's My Birthday!

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Birthday cake!

Tema pulak warna putih dan ada unicorn yang memang Momi impikan selama ini haha. Apa lagi? Memang bergambar tak ingat dunialah ya. Sambil itu, mereka ada sesi tukar-tukar hadiah sesama sendiri dan baju paling cantik untuk kategori lelaki dan wanita. Untuk lelaki Momi pilih Fauzi Aryaan sebab sememang terletak ya. Kemudian, Momi pilih 3 wanita sebab tak tahu nak pilih yang mana jadi Momi pilih finalis; Kak Iena, Sis Dik Bee dan Umairah. Selepas ohsom, Kak Iena yang menang. Tahniah! hehe. Malam tu memang riuh ya, tak berhenti dengan gelak ketawa. Jom tengok momen-momen kami bergambar bersama : 

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Ahli Kelab Menjahit Puchong yang berjaya haha!

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Hey berebut apa tu? hahaha

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Bersama Hero Malaya 

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Beb, kau ada kat sini!!! haha
MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Bersama keluarga Afzal Suka Suki

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Hai kami geng 'December Baby'
MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Bersama Potia Cassadelarossa


MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Haluu sis Dikbee

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Bersama Fuad

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Bersama pasangan cantik dan handsome, Pojie & Umai

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Bersama only one, Bamir

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Hello, ni hau ma? Haha. Hai Moka!

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Bersama Hasif Hamsyari

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Bersama Sis Nana Ma

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Bersama pasangan yang comel, Zuan dan Bella

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
With the gorgeous, Mel

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Bersama Bamir dan Kak Min

MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY
Bersama Mawardi 

Ucapan Hari Lahir Ke-27 Momi
Terima kasih Momi ucapkan kepada semua yang terlibat dalam MOMI SURPRISE BIRTHDAY PARTY ini terutamanya AJK-AJK : Ara Kimora, Mawardi Yunus, Moka, Fuad dan paling penat nak layan setiap persoalan Momi, Sis Dik Bee. This is best birthday surprise ever! Ini adalah antara memori yang paling bermakna sepanjang hidup Momi, terima kasih sangat sangat. Serius sayang semua! Muah ciked. 

Tidak lupa, Terima kasih atas ucapan rakan-rakan dan Followers Momi, semoga semuanya dimurahkan rezeki ya. Unofficially-nya Momi dah 28 tahun untuk 2019. Doakan yang terbaik untuk Momi ya! Kalau anda nak tengok gambar lagi, boleh tengok dekat Instagram melalui hashtag #MOMI3112.

3 comments:

  1. meriahnyaaa mesti suka kan.. seronok !! happy birthday Momi =)

    ReplyDelete
  2. Hey awas, ayat dia bersama Mawardi je. huh

    ReplyDelete
  3. everyone loves Momi! Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan dan terus kekal awesome!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.