recent posts

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1)

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1)
Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Pada pertengahan September lalu, Momi menyertai satu trip bersama Gaya Travel dan KINGZ MG untuk merentasi Kuala Lumpur, Pahang dan Terengganu pada 14 September 2018 - 16 September 2018. Program Kingz Annual Ride 2018 ini disertai oleh lebih kurang 100 peserta yang terdiri dari penunggang motosikal berkuasa tinggi berjenama Harvey-Davidson, Queenz dan para media.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1)
Para peserta bergambar sebelum bergerak.
Untuk tahun ini, bukan sahaja peserta dari Malaysia, malah peserta dari Singapura turut mengambil bahagian dalam trip ini. Jadi Momi nak kongsikan kepada anda, pengalaman 3 hari 2 malam menyertai Kingz Annual Ride 2018.

Hari Pertama - 14 September 2018
Seawal 6.30 pagi, peserta dan media berkumpul di Menara Kuala Lumpur. Sebelum bergerak, kami disajikan dengan sarapan pagi oleh Menara Kuala Lumpur. Selepas mendengar taklimat dari wakil Kingz MG, upacara 'flag off' Kingz Annual Ride 2018 dimulakan. Para peserta yang menaiki motosikal bergerak sambil mengibarkan jalur gemilang.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1)
Briefing sebelum bergerak.
Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1)
Konvoi bermula.

Perhentian pertama untuk konvoi ini ialah Muzium Negara, Kuala Lumpur. Kesemua peserta berhenti dalam 5-10 minit untuk bergambar di hadapan Muzium Negara. Kemudian, kami bergerak pula ke The Gasket Alley, Petaling Jaya untuk sesi bergambar disana.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1)
Peserta bergambar di The Gasket Alley

Seterusnya, kami bergerak ke Suria Resort Cherating atau kini lebih dikenali dengan nama eYRA by Suria Cherating. Disini kami berkesempatan untuk menghirup udara segar pantai Cherating dan dijamu makan tengah hari. Walaupun hujan lebat mereka tetap meneruskan perjalanan ke Terengganu. Perjalanan mengambil masa 4-5 jam ke Terengganu. Alhamdulillah, kami kesemua para peserta serta media selamat sampai ke Hotel Seri Malaysia, Terengganu pada jam 8 malam.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1)
Cantik kan Motor milik peserta konvoi?

Hari Kedua - 15 September 2018
Seawal 7.00 pagi, kesemua peserta Kingz Annual Ride 2018 bersedia untuk bersarapan di Hotel Seri Malaysia. Selepas itu, mereka diberi sedikit briefing mengenai aktiviti yang akan dilakukan di sekitar Terengganu. Tepat jam 8.30 pagi, kami bertolak ke Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Setibanya kami di Masjid Kristal, kesemua peserta mengambil gambar berlatar belakangkan Masjid Kristal yang cantik dan indah.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1)
Peserta bergambar berlatar belakangkan Masjid Kristal.

Seterusnya, para peserta konvoi merentasi Terengganu untuk ke Pantai Penarik. Setibanya kami di sana, kami singgah di Terrapuri Heritage Village. Resort yang cantik dengan senibina ibarat istana Melayu silam ini pastinya menarik perhatian para peserta untuk bergambar disini. Semasa kami singgah berehat seketika, kami turut dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih muih tradisional.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1)
Memang cantik lokasi sekitar Terrapuri Heritage Village.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1)
Minum pagi.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1)
Kehadiran kami disambut mesra oleh pemilik Terrapuri Heritage Village.

Selesai makan pagi dan bergambar, kami terus bergerak ke sebuah lokasi yang tidak diketahui untuk makan tengah hari. Rupanya kami singgah di sebuah rumah yang pemiliknya adalah salah seorang ahli Harley Owners Group (HOG) Terengganu. Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan seperti Nasi Dagang, Mihun Goreng, Keropok Lekor dan banyak lagi. Alhamdulillah kenyang ya hehe. Seterusnya, seperti biasa peserta konvoi bergambar dihadapan rumah beramai-ramai. (Sambung Bahagian 2)

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1)
Peserta konvoi bergambar dihadapan rumah salah seorang ahli HOG.

Terima kasih diucapkan kepada Kingz MG dan Gaya Travel untuk Eat Travel Ride 2.0. Sepanjang perjalanan sangat menyeronokkan dan penuh cabaran. Semoga aktiviti seperti ini diteruskan pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut mengenai Gaya Travel di laman web rasmi Gaya Travel. Jangan lupa ikuti perkembangan mereka di Facebook dan Instagram. Oh ya, jangan lupa ikuti Kingz MG di Instagram ya.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1) Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 1) Reviewed by Rafzan Tomomi on 10/04/2018 01:43:00 pm Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.