Mood Republik Awards & Gala Night 2018

Mood Republik Awards & Gala Night 2018

Mood Republik Awards & Gala Night 2018 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Baru-baru ini berlangsungnya majlis pembukaan festival fesyen dan kecantikan nombor 1 di Malaysia iaitu "Mood Republik Awards & Gala Night 2018". Malam Gala dan Penyampaian Anugerah Mood Republik yang berlangsung di JW Marriot Hotel pada Sabtu. 10 Mac 2018. Majlis dihadiri lebih 500 jemputan yang terdiri dari usahawan-usahawan yang tersohor di Malaysia. 

Mood Republik Awards & Gala Night 2018

Mood Republik Awards & Gala Night 2018

Majlis yang bertemakan "Moulin Rouge" ini diacarakan oleh Ifa Raziah dan Fad. Memang havoc habis gais. Selain usahawan dan selebriti, majlis turut dihadiri oleh pemenang hadiah utama cabutan bertuah  iaitu Mini Cooper dalam penyertaan "Shop & Win 2017" pada Disember 2017. Antara nama besar yang hadir ke Malam Gala Dan Anugerah Mood Republik kali ini adalah Vida Beauty, D'herbs, Jubah Souq, Sugarscarf, Tudung Ruffle, Naelofar Hijab, Bella Ammara, Nouvellas Visages, Jamu Mak Dara dan banyak lagi.

Mood Republik Awards & Gala Night 2018

Selain dari menjamu selera, para hadirin di hiburkan dengan persembahan hebat dari artis-artis yang hebat seperti Anuar Zain, Ziana Zain, Syamel, Ernie Zakri dan Ruffedge serta persembahan pembukaan dari Nursajat. Kesemua persembahan sangat-sangat memukau, sambil kami makan dan dengar nyanyian yang terbaik dari artis jemputan. Penyampaian anugerah-anugerah juga tidak kurang hebatnya. Tahniah kepada semua penerima-penerima anugerah.

Mood Republik Awards & Gala Night 2018

Mood Republik Awards & Gala Night 2018

Mood Republik Awards & Gala Night 2018

Mood Republik Awards & Gala Night 2018

Mood Republik Awards & Gala Night 2018

Mood Republik Awards & Gala Night 2018

Disamping itu, pihak Mood Republik juga akan melancarkan peraduan tahunan "Shop & Win 2018". Hadiah utama untuk peraduan tahun ini ialah sebuah "Volkswagen Beetle 1.2TSI Sport" yang bernilai RM100,000, bakal menanti pengunjung-pengunjung yang datang membeli belah di Festival Fesyen dan Kecantikan No. 1 di Malaysia. Hadiah tersebut adalah hasil kolaborasi antara Mood Republik dan Volkswagen Malaysia. Pemenang bertuah bakal dicabut pada event terakhir Mood Republik iaitu di KL YES 2018 yang bertempat di PWTC Kuala Lumpur.

Momi belanja gambar bersama Dato Sri Vida.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara yang akan diadakan oleh Mood Republik, sila layari laman rasmi Mood Republik. Anda juga boleh ikuti Mood Republik menerusi Instagram dan Facebook Rasmi mereka untuk sebarang update terkini.


Post a Comment

0 Comments