5 Cara Berbaik Dengan Bekas Kekasih

15:32:00 Rafzan Tomomi 18 Comments

Cara Berbaik Dengan Bekas Kekasih

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Ada orang request nak tips macam mana nak pujuk bekas teman wanita dia. Sebenarnya Momi takdelah pakar dalam bidang ini, tapi ikut logiknya mungkin tips ni membantu mereka untuk bersatu semula. Kita hanya merancang je kan haha. Ye la, kadang-kadang rindu pulak zaman bercinta tu. haa. Jom baca Cara Berbaik Dengan Bekas Kekasih  :

Buang Ego
Ini paling penting! Dengan membuang 'ego' setinggi gunung itu, mesti anda boleh guna tips-tips yang seterusnya. Kalau betul-betul nak berbaik, jangan sibuk nak ungkit salah dia dan rasa diri anda sahaja yang betul ya. Kena kaji balik apa masalah utama masa anda putus dulu hehe.

Tersalah Hantar Mesej
Cara ini agak 'cliche' tapi kadang-kadang berkesan dan ikut nasib. Anda boleh cuba buat seperti tersalah hantar mesej, contohnya nak hantar dengan kawan tapi terhantar dekat bekas kekasih anda. Cara ini rasanya macam susah sikit, mungkin ambil masa yang lama untuk si dia balas mesej anda tu hehe. Kalau dia balas tu kira rezeki anda lah haha.

Buat-buat Ajak Borak
Lebih kurang macam tersalah hantar mesej tapi anda mungkin boleh terus tanya dekat bekas kekasih anda dengan soalan isu semasa seperti kenaikan harga petrol, apakah kebaikan GST kepada negara dan sebagainya. Kalau dia balas, dia memang seorang bekas kekasih yang awesome! haha. Mana tahu perbualan tersebut buat korang jadi baik semula ke?

Mengimbau Kenangan Yang Manis Sahaja!
Ini penting untuk proses berbaik. Elakkan berbincang mengenai punca anda putus dengan bekas kekasih anda. Kalau boleh throwback benda-benda yang baik dan kelakar macam jatuh longkang ke, bercanda ditaman bunga ke atau sebagainya.

Bagi Hadiah Sebagai Tanda Maaf
Jika anda seorang yang bermurah hati, why not memohon maaf dengan memberi hadiah yang buat mereka lembut hati, seperti pakej percutian, sepasu bunga, sebundle coklat, RIM kereta, Ekzos Motor dan sebagainya. Tapi sebaiknya belilah ikut kemampuan ya. Ala gula-gula Hacks pon jadilah, kata kat dia "bersyukur sikit". hehe.

kalau semua perkara diatas tak berjaya, maka....

Move On Jelah!
Jangan bersedih sebab anda ada satu lagi cara iaitu dengan cara 'move on'. Orang dah tak sudi apa boleh buat. Korang boleh lah nyanyi lagu "melepaskanmu bukan mudah untuk ku melalui semua ini" atau " sayanggggg~ aku kau lupa, aku kau luka~". :p

Cara Berbaik Dengan Bekas Kekasih

Haaa,, begitulah cara nak berbaik dengan bekas kekasih anda. Tips ini seeloknya digunakan oleh mereka yang dah putus lebih 5-6 bulan ke atas, mungkin marah tu dah reda sikit. Ada yang boleh pakai, ada yang tak boleh pakai. Sila fikir betul betul haha. Sebenarnya banyak lagi cara untuk anda berbaik dengan bekas kekasih ni, cuma ikut keadaan lah. Semoga tips ni berguna bagi mereka yang nak berbaik dengan bekas kekasih. Kalau dia tak nak sambung balik, at least tak salah kan jadi kawan?

18 comments:

  1. Lol perlu ke nak berbaik hahahahahhaha . Kalau ain emm takyah ah buat apa nak berbaik. Kalau nak berbaik masa putus dah berbaik dah. Hehe

    ReplyDelete
  2. Okay, I should practise this. Tapi, kalau dah tak sudi... nak buat macam mana kan? Eh! Hahahaha. Anyway, cantik header. Thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kalau dia tak sudi, bawalah I travel kemana saja. eh hahahaa
      tq :D

      Delete
  3. kalau terlanjur macamana awak? eh eh kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii jauhnyaaa menyimpang hahahaa.
      tak baiklah hahaha

      Delete
  4. Yang pergi biarlah pergi..ramai lagi yang terbaik tengah tunggu tu

    ReplyDelete
  5. bila kita nak Berbaik lakk ? Mr. T

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow mizterieussssz nya nama tu,
      Mr. T bagai haha

      Delete
  6. Mmg bekas kekasih takkan dapat berbaik buat selamanya,dia minta putus dgn saya,sdgkn baru 5 bulan 18 hubungan kami,dia kt sy tak buat salah tp dia minta putus,jd mangsa pulak."she dumped me,she hates me forever"

    ReplyDelete
  7. Akak baik je dgn ex2 akak dulu.. Hehe.. Sampai sekarang still berkawan baik.. Yang penting kena terima bahawa kita tiada jodoh dgn dia.. And kedua2 pihak kena berlapang dada terima ketentuan tu.. Perkara yg lama tak perlu diungkit.. Move on & make peace with others.. In Shaa Allah, boleh jadi kawan baik macam weols.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. good for you kak. betul, tak semua boleh berbaik macamtu je kan hehe. :)

      Delete
  8. Saya baik semula dengan ex saya tapi kawan2 saya plak yg marahkan saya sebab dengan apa yg ex saya dah buat kepada saya . Bukan niat nak bercinta kembali tapi memaafkan membuat hidup saya lebih tenang . Sekarang dilemma antara kawan dan ex saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh .. hm. kalau macamtu, kawan dengan ex macam biasa je, tapi jangan lupakan kawan yang lain tau. :)

      Delete
  9. Kalau dah hampir dua tahun putus, tetiba saya pernah mimpi dia dan serba salah sebab byk buat silap dekat dia, try call dah takda dalam perkhidmatan. Ada tips lain tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ada awak cuba cari balik atau awak move on sahaja. Mungkin boleh google nama dia. Cuba ya :)

      Delete