#MovieReview "Maleficent"

09:06:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Entri kali ini nak review sikit pasal filem omputeh "Maleficent". Ade satu lagi review yang keluar serentak dengan filem Edge of Tomorrow, filem "Edge of Tomorrow" (Untuk review filem "Edge of Tomorrow" Sila Klik Sini). Filem ni ditayangkan dekat Malaysia mulai 29 Mei 2014 (Khamis). Jom baca review selanjutnya. :)

\
Tempat : GSC Mid Valley Megamall
Hall : 1
Tarikh : 31 Mei 2014
Masa : 5.30 Petang

Filem ini diarahkan oleh Robert Stormberg dan direleasekan mulai  28 Mei 2014 (UK) dan 30 Mei 2014 (US). Mengikut wikipedia, kutipan setakat ini selepas ditayangkan sebanyak $21,100,00 (21 Juta). Filem ini juga mengutip sebanyak 4.2 juta semasa tayangan tengah malam (semasa hari pertama (tengah malam) ditayangkan di beberapa negara). Durasi filem ni ialah 97 minit (1 Jam 37 Minit). Antara pelakon-pelakon dalam filem ini :

Angelina Jolie sebagai Maleficent
Sharlto Copley sebagai King Stefan
Elle Fanning sebagai Princess Aurora
Sam Riley sebagai Diaval 
Brenton Thwaites sebagai Prince Phillip 


Korang pernah tengok filem animasi Disney, "Sleeping Beauty" (filem 1959)? Mesti korang akan excited nak tengok filem ni.  Dalam filem "Maleficent" ni ternyata berbeza dari filem animasi tu. Filem ini menceritakan kenapa la Maleficent ni jahat sangat sebab nak sihir Princess Aurora tu. Untuk pengetahuan korang, Maleficent ni kira pari-pari terkuat antara pari-pari yang ada (dalam filem tu la). Apa yang dah agak dalam filem ni bila Maleficent tu sebenarnya baik, sepatutnya dia sangat jahat. hahaha Opening filem ni tunjuk masa Maleficent kecik lagi sampai la dia besar, dari ada sayap sampai takde sayap. Apa yang bezanya filem ni dengan filem kartun tu? Korang kene tengok dekat wayang okey. haa. Apa yang seronoknya cerita ni tengok Angelina Jolie senyum, putih giginya hehe dan Maleficent sangat comel sebenarnya. hahaha Ade gak scene lawan yang awesome

Rate : 4.5 / 5 Bintang









**all photos from offcial website & google image.

2 comments: