Movie Review - Edge of Tomorrow


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Entri kali ini nak review sikit pasal filem omputeh "Edge of Tomorrow". Ade satu lagi review yang keluar serentak dengan filem Edge of Tomorrow, filem "Maleficent" (Untuk review filem "Maleficent" Sila Klik Sini). Filem ni ditayangkan dekat Malaysia mulai 29 Mei 2014 (Khamis). Jom baca review selanjutnya. :)


Tempat : GSC Mid Valley Megamall
Hall : 12
Tarikh : 30 Mei 2014
Masa : 7.30 Malam

Filem ini diarahkan oleh Doug Liman dan direleasekan mulai  29 Mei 2014 (Malaysia) dan 6 Jun 2014 (US). Durasi filem ni ialah 113 minit (1 Jam 53 Minit). Antara pelakon-pelakon dalam filem ini :

Tom Cruise sebagai Major William Cage
Emily Blunt sebagai Rita Vrataski
Bill Paxton sebagai Master Sergeant Farrell Bartolome
Brendan Gleeson sebagai General Brigham


Bila tengok trailer filem ni, dah awal-awal masuk dalam list tengok wayang. hahaha Filem bermula dengan berita pasal dunia diserang makhluk asing (alien) dan benda tu terus menyerang manusia. So askar-askar dah bersedia untuk berperang dengan alien. Watak utama, William Cage, merupakan seorang pegawai tentera yang tidak dilatih untuk berperang, dipaksa untuk berperang. Setibanya dia kat kawasan perang tu, dia kene paksa berlatih semua sebab esoknya dah mula dah perang. Yang menariknya, William Cage mati masa perang tapi bila mati, dia terjaga semula dan masih berada kat tempat mula-mula dia sampai. Dia kene cari Rita untuk selamatkan peperangan ini. Misi dia untuk tahu macam mana cara nak tumpaskan alien tu. Macam mana dia nak cari jalan untuk tumpaskan alien tu? Berapa kali dia mati dan kembali ke asal? Jangan lupa tengok dekat panggung berdekatan. Sebenarnya cerita ni memang awesome dan sangat mengujakan, tambah pulak dengan adegan lawak. haha

Rating : 4.8 / 5 Bintang


Post a Comment

0 Comments