The Greatest Showman - Movie Review


The Greatest Showman - Movie Review

The Greatest Showman - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem animasi yang bergenrekan drama dan muzikal iaitu filem "The Greatest Showman". The Greatest Showman adalah sebuah filem keluaran 20th Century Fox. Filem ini mula ditayangkan pada 28 Disember 2017 dan telah mendapat review yang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis The Greatest Showman
Sebuah filem ini diangkat dari kisah sebenar P.T. Barnum, ketika dia mencipta sarkas tiga gelanggang, Ringling Bros. dan Barnum & Bailey Circus, yang membuatnya menjadi terkenal. Ia juga memaparkan tentang dirinya yang obses dengan Jenny Lind, seorang penyanyi yang digelar Swedish Nightingale. (Trailer The Greatest Showman)
Filem yang berdurasi selama 1 Jam 45 Minit ini merupakan arahan Michael Gracey. Ia membariskan pelakon seperti Hugh Jackman, Zac Efron, Rebecca Ferguson, Michelle Williams dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D dan IMAX 2D

The Greatest Showman - Movie Review
The Greatest Showman - Movie Poster
Sumber : comingsoon.net

Review The Greatest Showman
Amazing! Awesome! Berbaloi rasanya bayar tiket wayang menonton filem muzikal paling best tahun 2017 ni. Jalan cerita yang menarik dan diselang seli dengan lagu yang best. Memang puji habis score muzik dalam The Greatest Showman ni. Momi suka bagaimana kisah P.T. Barnum diangkat ke layar perak, dari beliau kecil sampailah sudah berjaya mencipta 'circus'. Paling menarik setiap satu karakter dalam circus tu ditonjolkan contohnya seperti 'bearded lady', 'trapeze artist' dan beberapa watak lain.

Bagi Momi filem ini tidak terlalu padat dengan muzik dan nyanyian. Rasanya macam seimbanglah antara lagu dan penceritaan. Satu lagi yang menarik dalam filem ini ialah set pengambaran dan props yang memang cantik. Setiap satu karakter punya designnya yang tersendiri. Terbaik. Nak cerita jugak pasal lagu yang dinyanyikan, rasanya anda kena dengar lagu "This Is Me", "A Million Dreams", "Rewrite The Stars" dan "Never Enough". Empat lagu ni awesomeThe Greatest Showman - Movie Review

Keseluruhannya, sangat menghiburkan dan memang Wajib tengok ya! Bagi peminat filem Muzikal seperti Momi, rasanya ini merupakan antara yang terbaiklah. For sure akan ulang dengar lagu-lagu dalam filem ni.

p/s : No wonderlah orang kata The Greatest Showman ni lagi best dari Pitch Perfect 3. Tapi still love both. Jangan gegaduh. hehe

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG
Poster The Greatest Showman Movie 2017 Download | The Greatest Showman Movie 2017 Subtitle | The Greatest Showman Movie Synopsis |  The Greatest Showman Movie 2017 Malay Subtitle | The Greatest Showman Movie 2017 Torrent | Review filem The Greatest Showman Movie 2017 | Barisan pelakon The Greatest Showman Movie 2017 |  Review filem The Greatest Showman Movie 2017 Bahasa Melayu | ReviewThe Greatest Showman Movie 2017 Malay |  The Greatest Showman Movie 2017 Online Streaming

Post a Comment

0 Comments