recent posts

Pitch Perfect 3 - Movie Review



Pitch Perfect 3 - Movie Review

Pitch Perfect 3 - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem animasi yang bergenrekan komedi dan muzikal iaitu filem "Pitch Perfect 3". Pitch Perfect 3 adalah kesinambungan dari Filem Pertama dan Keduanya (2012 & 2015). Filem ini mula ditayangkan pada 28 Disember 2017 dan telah mendapat review yang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Pitch Perfect 3
Filem  yang menelan belanja lebih $45 Juta Dollar ini mengisahkan selepas kemenangan The Bellas pada kejohanan dunia, kini mereka bersatu kembali untuk satu pertandingan nyanyian terakhir di tur USO luar negara, tetapi menghadapi kumpulan yang menggunakan kedua-dua instrumen dan suara. The Bellas cuba bersaing dengan menggunakan acapella untuk memenangi hati DJ Khaled. Dapatkah The Bellas menjadi penyanyi pilihan DJ Khaled? (Trailer Pitch Perfect 3)


Filem yang berdurasi selama 1 Jam 34 Minit ini merupakan arahan Tresh Sie. Ia membariskan pelakon seperti Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee Steinfeld, Brittany Snow, Elizabeth Banks dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D dan 2D ATMOS

Pitch Perfect 3 - Movie Review
Pitch Perfect 3 - Movie Poster
Sumber : comingsoon.net

Review Pitch Perfect 3
The last aca-awesome pitches !  Filem Pitch Perfect 3 ini adalah filem yang paling Momi nantikan tahun 2017. Berbanding dua filem sebelum ini, filem ini nampaknya promosinya lebih meluas dan memang boleh nampak posternya dimana-mana. Jalan ceritanya sangat menghiburkan, penuh 'humor' dan paling penting pemilihan lagu yang menarik dinyanyikan dalam filem ini. Bagi Momi sangat seronok menonton dekat wayang bersama peminat Pitch Perfect sebab kita boleh menari dan menyanyi sama sama hehe.

Paling dinantikan dalam Pitch Perfect 3 ini ialah 'Riff-off', yang merupakan perlawanan nyanyian mengikut kategori yang dipilih. Kali ini Riff-off lebih menarik sebab menampilkan beberapa lagu yang best seperti "Get the Party Started" (nyanyian P!nk), "Love Me Harder" (Ariana Grande), "Zombie" (The Cranberries), "Grenade" (Bruno Mars), "Human" (Christina Perri) dan beberapa lagu lagi. Selain itu, beberapa lagu yang dipersembahkan juga memang menarik seperti "Toxic" (Britney Spears) dan "Cheap Trills" (Sia).  Pitch Perfect 3 - Movie Review

Rasa berbeza dengan filem sebelum ini, kali ini lebih kepada reunion dan aksi. Kesemua watak kembali menghangatkan lagi Pitch Perfect 3 ini. Moment paling best dalam filem ini adalah adengan semasa persembahan akhir Beca dan Bellas menyanyikan lagu "Freedom '90" (George Michael). Sangat menyentuh hati. Ending filem ini sangat memuaskan hati.

Keseluruhannya, sebuah filem yang menarik dan anda pasti akan enjoy jika anda peminat filem muzikal. Bagi Momi, ia tidak menghampakan setelah menunggu dua tahun untuk sekuel ini.  Jadi ini adalah filem terakhir untuk siri Pitch Perfect, oh my gonna miss The Bellas; Beca, Fat Amy, Chloe, Aubrey, Emily, Lily, Cynthia Rose, Flo, Stacie, Jessica & Ashley.

p/s : Terima kasih KFC Malaysia sebab belanja KFC CHIZZA dan tiket wayang Pitch Perfect 3. You guys so aca-awesome!

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG

Bagi anda yang nak tahu senarai penuh lagu dalam Riff-off ini, Momi senaraikan ya :

Riff-off Pitch Perfect 3 Songs List 
P!nk – Get the Party Started (by The Bellas)
WALK THE MOON – Shut Up And Dance (by The Bellas)
R Kelly Lyrics - Ignition (Remix) (by The Bellas)
Dr. Dre – Let Me Ride (by The Bellas)
Lenny Kravitz - Fly Away (by Evermoist)
Maroon 5 - One More Night (by Saddle Up)
Blondie - Call me (by Young Sparrow And DJ Dragon Nutz)
Ariana Grande – Love Me Harder (by The Bellas)
If I Were A Boy - Beyonce (by Soldiers)
The Cranberries - Zombie (by Evermoist)
Kelly Clarkson - Stronger (What Doesn't Kill You) (by Saddle Up)
Bruno Mars - Grenade (by Young Sparrow And DJ Dragon Nutz)
Christina Perri – Human (by The Bellas)
Avicii - Wake Me Up (by Saddle Up, Evermoist)


Poster Pitch Perfect 3 Movie 2017 Download | Pitch Perfect 3 Movie 2017 Subtitle | Pitch Perfect 3 Movie Synopsis |  Pitch Perfect 3 Movie 2017 Malay Subtitle | Pitch Perfect 3 Movie 2017 Torrent | Review filem Pitch Perfect 3 Movie 2017 | Barisan pelakon Pitch Perfect 3 Movie 2017 |  Review filem Pitch Perfect 3 Movie 2017 Bahasa Melayu | Review Pitch Perfect 3 Movie 2017 Malay |  Pitch Perfect 3 Movie 2017 Online Streaming

Pitch Perfect 3 - Movie Review Pitch Perfect 3 - Movie Review Reviewed by Rafzan Tomomi on 12/30/2017 10:08:00 am Rating: 5

2 comments:

  1. ada kecelaruan di situ. terdapat ulasan filem jumanji. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! baru perasan sebab salah kopipes dari notepad hahahaa. :D dah perbaiki

      Delete

Powered by Blogger.