• KoffeeKabin - Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Baru-baru ini Momi ke Senawang, Seremban untuk ke rumah kawan disana. Kebetulan masa tu tengah lapar, jadi kami cari mana-mana kedai makan Senawang yang menarik yang boleh disinggah. Tengah jalan-jalan tu ternampak sign 'Koffee Kabin'. Jadi kami pon singgah makan dekat KoffeeKabin, mana tahu ada makanan yang best-best untuk Momi makan hehe. Jom kita lihat apa makanan yang menarik dekat sini.

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    Signboard "KoffeeKabin"
    Sebelum nak cerita pasal makanan, Momi nak cerita lah serba sedikit mengenai tempat makan best Senawang ni. Lokasi KoffeeKabin yang strategik dan senang untuk dijumpai tau, sebab ia berada betul-betul belakang Bank Islam. Momi rasa kafe ini sangat sesuai buat mereka yang suka lepak bersama kawan-kawan. Satu lagi, kafe ini berkonsepkan kopitiam dengan meja bulat dan kerusi serta diselitkan dengan konsep hipster. Memang cantik dan kemas. Selain itu, KoffeeKabin ada Wi-fi percuma tau, seronoklah bagi mereka yang suka lepak tu.

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    Ruang Makan Selesa & Kemas 

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    Pengunjung Menikmati Makanan Di KoffeeKabin

    Okay sekarang masuk pula bab makanan. Dekat KoffeeKabin ini, mereka menghidangkan pelbagai jenis makanan dari sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan juga makan malam. Hidangan yang sering diorder pengunjung adalah masakan melayu dan western. Terbaru, KoffeeKabin memperkenalkan menu baru yang dipanggil "Nismilan" yang bermaksud "Negeri Sembilan" yang menghidangkan makanan dengan nama yang unik.

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    Antara Makanan Yang Momi Order

    Dari segi minuman pula, tidak sah kalau tidak menghidangkan kopi. Pelbagai jenis minuman kopi dan teh tak kira panas, sejuk mahupun blended turut dijual di KoffeeKabin. Selain itu, mereka turut menyediakan menu air "Special Drink" yang menggunakan nama tempat di Negeri Sembilan seperti "The Royal Menanti", "Deep Purple Jolobu" dan banyak lagi. Unik betul nama-nama air ini. | KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    Makan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

    Menarik kan? Memandangkan Momi lapar sangat masa tu, terus rasa nak makan Nasi Lemak + Ayam Berempah + Telur Goreng, yang merupakan personal favourite Momi. Memang pilihan Nasi Lemak kena dengan selera Momi, rasa nak tambah rasanya wak hehe. Okaylah, anda pasti nak tahu kan Momi makan apa dekat Kafe Senawang, KoffeeKabin . Jom kita tengok sikit :

    Minuman

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    The Red Rembau

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    Deep Purple Jolobu

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    The Joy Jolai

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan

    Makanan

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    Laksa

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    Mee Kari

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    Kuey Tiaw Goreng Bongek

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    Chicken Burger Special + Fries
    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    Nasi Lemak + Ayam Berempah + Telur Goreng



    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
    Nasi Goreng + Grilled Chicken + Telur Mata

    Menarik kan? Sebenarnya banyak lagi pilihan untuk anda cuba. Nak makan semua menu dekat sini rasanya memang sehari tak cukup ni hehe. Kami tidak perlu menunggu lama untuk dapatkan makanan. Layan dari Koffee Kabin juga memang terbaik. Jika anda jalan-jalan area Senawang, why not datang makan bersama keluarga. Harganya juga sangat berpatutan. Menu selanjutnya anda boleh lihat disini.

    KoffeeKabin -  Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan

    Waktu Operasi KoffeeKabin
    Dibuka Setiap Hari (Kecuali Jumaat)
    10.30 Pagi - 10.30 Malam

    Alamat KoffeeKabin
    435, Jalan Pusat Bandar Senawang 18
    70450 Senawang
    Negeri Sembilan

    Untuk maklumat lanjut mengenai KoffeeKabin, sila layari Laman Rasmi KoffeeKabin. Untuk media sosial, anda boleh ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

  • You might also like

    22 comments:

    1. heee bila singgah senawang, boleh la mat try!

      ReplyDelete
    2. Hari tu gi senawang tapi tak tau pula tempat makan ni.. Nak kena pergi semula nanti nak try rasa menu2 kt sini hehe

      ReplyDelete
    3. makanan-makanan kt sini nampak sedap semuanya... boleh pi try time cuti nanti

      ReplyDelete
    4. Pergh lihat makanan nya nampak bergitu menyelerekan, keep on the good job. Tapi pastikan displin pekerja sentiasa dalam keadaan tip top sentiasa . Ini bagi menjamin kesetian pelangan untuk selalu datang.

      ReplyDelete
    5. wah, cantik yer deko kedai ni, pilihan makanan dan minuman pun sedap2 belaka

      ReplyDelete
    6. terus perut berbunyi bila tgk makanan yg terhidang..

      ReplyDelete
    7. Nampak menarik lah koffeekabin nie. Ambience dia pon nice. InsyaAllah nak terjah ke sana nanti

      ReplyDelete
    8. boleh tahan tengok makanan dia..kalau pergi negeri sembilan boleh cuba

      ReplyDelete
    9. Selalu juga pergi area Senawang dulu tapi tak pula pasal kweujudan cafe ni. 1 day nak kena singgah lah koffeekabin ni.

      ReplyDelete
    10. Alahai sedapnya laksa. Teringin pulak nak makan

      ReplyDelete
    11. Kadang2 pi senawang. Ke kilang belakang tu. InsyaAllah nanti bleh cuba restoran ni. Hehehe. I loikkkeee western food Ala Malaysian. Hehe

      ReplyDelete
    12. Wowww sampai ke Senawang dia makan ek... Hari tue, nak ke senawan sewaktu Zuan kahwin, malangnya harinya sama pula dengan kahwin adik ipar.

      ReplyDelete
    13. Sedap weh nampak makanan dia.

      Momi pakai filter apa dekat gambar ni? Nampak cantik gila

      ReplyDelete
    14. Hometown I.. nak balik dan try koffee kabin ni.. macam sedap je..

      ReplyDelete
    15. Nanti Rawlins pindah Seremban senang la nak pergi ke sana. TQ Momi sebab share info pasal KoffeeKabin nie.

      ReplyDelete
    16. Alaa jauhnya senawang..tpi kalau ke area sana nnt boleh la try..tq momi

      ReplyDelete
    17. Rafzan! Menariknya menu dekat KoffeeKabin ni ! Air dia tu buat auni punya air liur ni nak meleleh je ni! Konsep kedai dia Kopitiam dan mesti makanan pun setaraf Kopitiam lain kan. Nanti la kalau kesana auni nak singgah. Thank you Rafzan for sharing!

      ReplyDelete
    18. Sekarangkan Bonde memang kerap lalu area Senawang ni... sebab hantar anak balik hostel dekat rembau, minggu lepas dah pekena cendol weekend ni bolehlah singgah sini pula... tq info

      ReplyDelete
    19. nanti kita makan kat koffeekabin lagi ek momi

      ReplyDelete
    20. nice review.. menu nmpk yummylicious, blh try nnti

      ReplyDelete