Insidious: The Last Key - Movie Review

Insidious: The Last Key - Movie Review

Insidious: The Last Key - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem animasi yang bergenrekan seram dan misteri iaitu filem "Insidious: The Last Key". Insidious: The Last Key adalah sebuah filem keempat dari siri Insidious (1-3) dan dikeluarkan oleh Sony Pictures Entertainment. Filem ini mula ditayangkan pada 4 Januari 2018 dan telah mendapat review yang kurang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Insidious: The Last Key
Selepas peristiwa-peristiwa dalam filem sebelumnya, Elise Rainier menyiasat gangguan ghaib yang berlaku dirumah sebuah keluarga di New Mexico. Rumah tersebut adalah rumah yang Elise Rainier pernah tinggal di masa mudanya. Pengenalan filem ini bermula semasa Elise Rainier pada zaman kanak-kanaknya yang tinggal di Lima Keys Mexico bersama dengan ibu bapanya dan adiknya.  (Trailer Insidious: The Last Key)
Filem yang berdurasi selama 1 Jam 44 Minit ini merupakan arahan Adam Robitel. Ia membariskan pelakon seperti Lin Shaye, Leigh Whannell, Angus Sampson, Josh Stewart dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

Filem Menarik Tahun 2018
Insidious : The Last Key Poster
(photo credit to comingsoon.net.)


Review Insidious: The Last Key
It's back! Peminat siri filem Insidious mesti tahu ini merupakan filem prekuel. Seperti konsep tiga filem sebelumnya, filem ini mengekalkan lagi tahap keseraman yang sama. Jalan ceritanya mostly menceritakan kisah Elise dan bagaimana beliau boleh dapat kuasa melihat makhluk halus sejak kecil lagi. Bagi Momi okaylah sebab at least penonton tahu kisah sebenar yang berlaku pada Elise.

Tahap keseraman tu tak berapa sangat dan kebanyakkanya jump scare. Tak sempat tengok sebab tutup mata. Efek bunyi juga buat Momi terkejut haha. Oh ya, filem ini tidak terlalu bosan sebab ada karakter pembantu Elise; Specs & Tucker, adalah diselitkan sedikit humor. Hantu yang nak ditumpaskan juga tak berapa 'power' dan mati begitu sahaja. Mungkin ini punca ramai kata filem ini kurang ummph! Insidious: The Last Key

Bagi anda yang pertama kali menonton dari siri filem Insidious, untuk faham dunia Insidious ini anda kena tonton filem mengikut urutan : Insidious : Chapter 3 (2015), Insidious : The Last Key (2018), Insidious (2011) dan Insidious : Chapter 2 (2013).

Keseluruhannya, boleh dikatakan okay sahaja. Bagi penggemar siri dan pengikut setia Insidious, mungkin berbaloi menonton filem ini. Jadi, sehingga kini masih belum ada lagi ura-ura nak buat filem kelima. Kita tunggu sahaja dari pihak Sony.

p/s : Sila tengok ikut turutan filem tu, baru faham hehe.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3.5 / 5 
BINTANG
Poster Insidious : The Last Key Movie 2017 Download | Insidious : The Last Key 2017 Subtitle | Insidious : The Last Key Movie Synopsis |  Insidious : The Last Key Movie 2017 Malay Subtitle | Insidious : The Last Key Movie 2017 Torrent | Review filem Insidious : The Last Key Movie 2017 | Barisan pelakonInsidious : The Last Key 2017 |  Review filem Insidious : The Last Key Movie 2017 Bahasa Melayu | Review Insidious : The Last Key Movie 2017 Malay |  Insidious : The Last Key Movie 2017 Online Streaming

Post a Comment

0 Comments