Thor : Ragnarok - Movie Review

by - 10/29/2017 10:33:00 am

 Thor : Ragnarok - Movie Review

Thor : Ragnarok - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem superhero iaitu filem "Thor : Ragnarok". Filem ini adalah filem sekuel dari filem pertama "Thor" (2011) dan filem keduanya "Thor : The Dark World" (2013). Untuk pengetahuan anda, filem ini juga merupakan filem ke-17 dalam Marvel Cinematic Universe. Filem ini telah mula ditayangkan sejak 26 Oktober 2017 dan telah mendapat komen yang sangat memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Thor : Ragnarok
Filem Thor : Ragnarok yang berdurasi selama 2 Jam 10 Minit ini mengisahkan tentang Thor perlu mengejar masa untuk pulang ke Asgard untuk menghentikan Ragnarok - kemusnahan kampung halamannya dan pengakhiran tamadun Asgardian. Tetapi sebelum dia boleh bertarung dengan Hela, penjahat kejam yang bertanggungjawab, Thor mendapati dirinya perlu bertarung dengan bekas rakan seperjuangan Avenger, Incredible Hulk. Mampukah Thor dan rakan-rakannya menyelamatkan Asgard? - sumber : cinema.com.my (Trailer Thor : Ragnarok 2017)
Filem yang menelan belanja sebanyak RM 180 juta ini merupakan arahan Taika Waititi. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Idris Elba, Jeff Goldblum, Tessa Thompson, Karl Urban, Mark Ruffalo, Anthony Hopkins dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX.  | Thor : Ragnarok - Movie Review

Thor : Ragnarok - Movie Review
photo credit to comingsoon.net

Review Thor : Ragnarok
Tidak pernah mengecewakan. Sebagai seorang peminat siri dari Marvel Cinematic Universe, filem ini cukup buat Momi puas hati selepas menonton. Paling bestnya sebab tak lekang dari humor, come on tak Avengers lah kalau takde gelak ketawa. Kalau nak menonton filem dari geng Avengers ni, anda harus bersiap sedia dengan beberapa humor yang diluar jangkaan haha.

Untuk jalan cerita Thor : Ragnarok ini sememangnya best dan sangat menghiburkan. Menariknya lagi apabila kemunculan Hulk , rasa macam nak bersorak dalam panggung wayang hehe. Kali ini ada beberapa karakter baru seperti Hela dan Valkyrie yang menambahkan rasa awesome dalam filem ini. Selain itu, filem ini juga menggabungkan Thor dan Loki, bagaimana mereka menentang untuk pertahankan Asgard dari ancaman penjahat. Oh ya, nak spoiler sikit yang ada kemuncul Dr. Strange dalam filem ini hehe. | Thor : Ragnarok - Movie Review

Watak antagonisnya juga menarik dimana Hela adalah kakak kepada Thor dan Loki. Dah boleh agak juga yang Hela juga kelakar seperti Thor dan Loki haha. Kuasanya memang hebat dan sukar dikalahkan. Pada adengan akhir pula, seperti boleh diagak apa yang akan terjadi.

Keseluruhannya, bagi Momi filem ini sangat menarik dan anda WAJIB ya pergi menonton dekat panggung wayang. Pasti anda berpuas hati punya hehe. Untuk pengetahuan anda, filem berkaitan Avengers seterusnya, "Black Phanter" akan ditayangkan pada Februari 2018 dan filem ketiga Avengers "Avengers : Infinity War" yang bakal menggabungkan superhero seantero galaksi akan ditayangkan pada penghujung April 2018. Selain itu, filem kedua Ant-Man "Ant-Man and The Wasp" dijangka tayang pada Julai 2018. Teruja tak?! yess! Tak sabar ni hehe.

p/s : Jangan lupa tunggu, ada dua end-credit post.


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG
Poster Thor : Ragnarok 2017 Download | Thor : Ragnarok 2017 Subtitle | Thor : Ragnarok 2017 Synopsis | Thor : Ragnarok 2017 Malay Subtitle | Thor : Ragnarok 2017 Torrent | Review filem Thor : Ragnarok 2017 | Barisan pelakon Thor : Ragnarok 2017 |  Review filem Thor : Ragnarok 2017 Bahasa Melayu | Review Thor : Ragnarok Malay 

You May Also Like

1 comments

  1. memang best.. suka masa thor lawan dengan hulk

    ReplyDelete