Spider-Man: Homecoming - Movie Review

by - 7/12/2017 11:24:00 pm


Spider-Man: Homecoming - Movie Review
Spider-Man: Homecoming - Movie Review
Spider-Man: Homecoming - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini Momi nak mengulas tentang filem Aksi, Pengembaraan serta superhero iaitu filem 'Spider-Man: Homecoming'. Filem 'Spider-Man: Homecoming' ini telah ditayangkan mulai 6 Julai 2017 dan telah mendapat pandangan yang positif di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

SENARAI MOVIE REVIEW

Spider-Man: Homecoming - Movie Review
Spider-Man: Homecoming - Movie Review
credit photo to comingsoon.net

Sinopsis Spider-Man: Homecoming
Filem Spider-Man: Homecoming yang berdurasi selama 2 Jam 17 Minit ini mengisahkan mengenai selepas daripada kejadian dalam "Captain America: Civil War", Peter Parker pulang ke rumah di mana dia tinggal dengan Aunt May. Di bawah mentornya, Tony Stark, Peter mula mempelajari untuk mengimbangi dunianya sebagai seorang pelajar dan juga adiwira. Peter cuba kembali kepada rutin harian normalnya tetapi apabila penjahat bernama Vulture muncul, semuanya terjejas. (Trailer Spider-Man: Homecoming 2017)

Spider-Man: Homecoming - Movie Review
Spider-Man: Homecoming - Movie Review
credit photo to comingsoon.net

Filem yang bergenrekan aksi, pengembaraan dan superhero ini merupakan arahan Jon Watts dan membariskan pelakon yang best seperti Tom Holland, Marisa Tomei, Zendaya, Laura Harrier, Tony Revolori, Robert Downey Jr., Michael Keaton, Jon Favreau dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX. Setakat ini (12 Julai 2017), Filem Spider-Man: Homecoming telah mengutip sebanyak $268.7 juta. | Spider-Man: Homecoming - Movie Review

Spider-Man: Homecoming - Movie Review
Spider-Man: Homecoming Poster
credit photo to comingsoon.net

Review Spider-Man: Homecoming
Spider-Man? Spider-Man kembali reboot untuk ke berapa kalinya (tak pasti). Rasanya ramai yang menanti Spider-Man yang terbaru ni. Menariknya filem ini mengambil latar selepas berakhirnya Civil War. Bagaimana Spider-Man meneruskan kehidupannya? Adakah Spider-Man juga seorang Avengers? Ini yang bermain difikiran semasa menonton.

Jalan cerita yang menarik dan penuh dengar humor (paling penting!). Memandangkan kisahnya mengenai kehidupan seorang pelajar, haruslah diterapkan nilai-nilai cinta dan kekeluargaan. Rasanya Tom Holland membawa watak sebagai Peter Parker / Spider-Man dengan baik sekali. Kemunculan Tony Stark (lakonan Robert Downey Jr.) juga buat Momi teruja, yaa walaupun dia sangat menjengkelkan! (haha).

Spider-Man: Homecoming - Movie Review
Spider-Man: Homecoming - Movie Review
credit photo to comingsoon.net

Tentang penjahat dalam filem ini, Momi tak pasti sama ada teruja atau tidak. Mungkin Vulture (lakonan Michael Keaton) menggunakan teknologi untuk menghidupkan kuasanya, bukan atas kuasa mutan sendiri kot hehe. Oh ya, Momi suka bagaimana mereka kaitkan filem ini dengan filem Avengers - kuasa yang digunakan oleh Vulture adalah dari serpihan batu Ultron. Begitu juga dengan plot twist yang pastinya buat anda ternganga haha.  | Spider-Man: Homecoming - Movie Review

Keseluruhannya, filem yang sangat menarik dan memang WAJIB tengok dekat panggung wayang. Berita baik untuk anda dan penggemar filem Marvel Universe, sekuel untuk filem ini akan ditayangkan pada Julai 2019. Tunggu, berkemungkinan Spider-Man akan muncul dalam dua filem terakhir Avengers! Tak sabarnyaaa :D

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG
Poster Spider-man : Homecoming 2017 Download | Spider-man : Homecoming 2017 Subtitle | Sinopsis Spider-man : Homecoming 2017 Synopsis | Poster Spider-man : Homecoming 2017 Review | Spider-man : Homecoming 2017 Malay Subtitle | Spider-man : Homecoming 2017 Torrent | Review filem Spider-man : Homecoming 2017 | Barisan pelakon Spider-man : Homecoming 2017 |  Review filem Spider-man : Homecoming 2017 Bahasa Melayu | Review Spider-man : Homecoming 2017 Malay 

You May Also Like

10 comments

  1. kita suka, kita suka. benci tony stark. hurmmm

    ReplyDelete
  2. Yup, agak menarik cerita nie... Simple dan ringan...

    Xboleh nak aspect lebih jika superheronya just budak umur belasan tahun yang dalam fasa nak baligh.

    Dan bukan mudah nak jadi macam Tony Stark.....

    Hampeh betul si happy tue....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss. hahaha dont expect more.
      hurgh, Tony Stark hahaha

      Delete
  3. wah! review yang best! 5 bintang plak tuh..lagi excited nak tgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe cepat pergi tengok. tak rugi hhee

      Delete
  4. banyaaaaaknya yang tak tengok lagi..!!! stress hahaha..

    ReplyDelete