The Boss Baby - Movie Review

The Boss Baby - Movie Review
credit : DREAMWORKS
edit : rafzantomomi

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem animasi dari 20th Century Fox iaitu filem 'The Boss Baby'. 'The Boss Baby' merupakan sebuah filem yang di adaptasi dari sebuah buku ilustrasi kanak-kanak dengan tajuk yang sama pada tahun 2010 oleh Marla Frazee. Filem ini telah ditayangkan mulai 30 Mac 2017 dan telah mendapat pandangan yang positif dan negatif dari penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

The Boss Baby - Movie Review
credit : comingsoon.net

Sinopsis The Boss Baby
Filem The Boss Baby yang berdurasi selama 1 Jam 37 Minit ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dalam misi mendapatkan kembali kasih sayang kedua-dua ibu bapanya. Apabila dia mendapati rahsia jahat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Puppy Co yang membabitkan adiknya, kedua-dua mereka perlu bersatu untuk menyelamatkan ibu bapa mereka dan menyelamatkan dunia. (Trailer The Boss Baby 2017)

Filem yang ini merupakan arahan Tom McGrath dan dibintangi oleh Alec Baldwin, Kevin Spacey, Will Arnett dan ramai lagi. Filem yang diklasifikasikan untuk tonton 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

The Boss Baby - Movie Review
credit : comingsoon.net

Momi Review's
Super duper cute movie~ Memang comel habis gais, penuh dengan bayi! hehe. Anda Pasti akan terpesona dengan kecomelan bayi. Tengok bayi ni teringat pulak filem 'Stork' (2015), dimana rekaan karakter bayi yang hampir sama. Jalan cerita yang menarik dan berlaku dengan pantas walaupun segalanya tidak masuk akal haha. Bukan itu sahaja, banyak adengan kelakar dan mimik muka yang mampu buat anda gelak terbahak haha. Sila tinggalkan segala tanggapan anda semasa menonton, sebab jalan ceritanya memang 'unexpected'.

Keseluruhannya, filem The Boss Baby menarik dan mampu membuat anda terhibur sepanjang menonton filem ini.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3.5 / 5 
BINTANG

Poster The Boss Baby 2017 Download | The Boss Baby 2017 Subtitle | Sinopsis The Boss Baby 2017 Synopsis | Poster The Boss Baby 2017 Review | The Boss Baby 2017 Malay Subtitle | The Boss Baby 2017 Torrent | Review filemThe Boss Baby 2017 | Barisan pelakonThe Boss Baby 2017 |  Review filem The Boss Baby 2017 Bahasa Melayu | Review The Boss Baby 2017 Malay |

Post a Comment

7 Comments

Murni Alysa said…
anak2 akak seronok sangat dapat nonton movie ni..mak pak layan jerr
Unknown said…
Fae nak tgk tapi my movie partner outstation huwaaaa
Rafzan Tomomi said…
ye kee.. takpe next week masih ada lagi
Rafzan Tomomi said…
hhahahahaa kann. seronok. terhibur saya
Luqman Zakaria said…
Nak tgk jgklah. hehe.
Rafzan Tomomi said…
Jangan lupa tengok hehe
Nurul Syahirah said…
kita yang dah dewasa ni pun terbahak tengok cite ni.. tapi seriously memang sangat2 best :D