A MILLION THANK YOU !

14:12:00 Rafzan Tomomi 10 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Blog RAFZANTOMOMI.COM kini sudah melepasi 1,000,000 pengunjung. Yeayyy... Ini merupakan berita yang paling mengembirakan Momi buat masa ini hehe. Sempena 1,000,000 pengunjung ini, Momi nak cerita sikit kisah perjalanan blogging Momi bermula tahun 2009 sehingga kini hehe.

2009-2012 
Momi mula minat berblogging mula dari tahun 2009 masa dekat KPTM Ipoh. Masa tu sering tukar nama blog, jadi tak berapa ingat sangat nama blog dulu-dulu. Kebanyakkan entri yang Momi update, berdasarkan kehidupan seharian Momi dekat Ipoh. Banyak memori yang pernah Momi catatkan dalam blog tersebut. 

Sampai masa praktikal pon setiap hari update, syok sendiri sangat. Hampir 700+ entri tau, memang kuat merapu hahaha. Followers pon ada 300-400 je masa tu. Masa ni memang sayang sangat blog, walaupun ada ke takde orang baca haha.


Kisah 8 Jun 2012
Tarikh ini memang Momi ingat sampai bila-bila. Blog yang paling Momi sayang, telah digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Masa tu 7.30 pagi, sampai dekat office, macam biasa akan tengok view blog dan followers. Pagi tu sempat lagi tengok buat kali terakhir blog tu. Masa tengah refresh blog, tiba-tiba... blog telah digodam. Masa tu hati memang hancur, kecewa, remuk semua ada. Siap pergi tandas menangis weh haha. 

Lepas menangis, tetiba rasa nak buat blog baru. Yes, pagi tu jugak daftar blog baru dengan nama "I AM RAFZAN TOMOMI" dan terus publish entri pertama 'NEW BLOG!'. Memang terus bangkit jugak masa tu ahaha.


2012 - 2015 
Biasalah blog baru, semangat baru. Bukan senang nak tarik orang baca blog ni. Hampir beberapa tahun juga untuk mencapai 'goal' sendiri. Masa ni Momi kerap tukar theme, hampir setiap bulan tau, dia punya teruja nak tukar lain macam hahaha. Selain itu, Momi ada 'discover' sesuatu idea yang datangnya dari 'Ara Kimora' dan 'Abadik' tentang review filem. Masa tu Momi dah fokus review filem, travel dan personal.


Event Pertama
Tak pernah terlintas difikiran untuk hadir ke event-event seperti Blogger lain. Tetiba muncul 'Halim Brothers' (walaupun dah lama add haha) ajak pergi food review dekat Tanah Aina Cafe di Shah Alam. Masa ni macam-macam benda fikir, masa nilah nak buat langkah pertama untuk cita-cita yang dah lama pendam tu haha. Alhamdulillah selepas event pertama ni semakin lama semakin banyak 'invitation' Momi dapat. Terima kasih kepada yang menjemput hehe. 


2016 - SBB2016
Tahun 2016 banyak juga aktif ke event yang kebanyakkannya bersama kak Iena Eliena dan bersama bersama blogger lain. Tahun 2016 juga merupakan tahun yang paling banyak tuah rasanya. Bermula dengan SBB2016, tak pernah menyangka dan terfikir untuk dapat hadiah cabutan bertuah sebab kebiasaannya tak dapat pon haha.  Semasa diumumkan pemenang cabutan bertuah untuk Tablet Ienovo, semua orang memandang ke arah Momi, dah memang tak menjangka akan dapat hadiah yang sangat bermakna untuk saya. Kebetulan masa tu tablet emak rosak, dapat juga ganti baru hehe. Seronok Emak tau ! Terima kasih yang tak terhingga buat DenaiHati & SBB2016 :)


2016 - Flash Plus 2
Satu penghargaan besar yang Momi terima tahun 2016 iaitu review handphone. Ini merupakan pertama kali Momi review handphone dan rasanya sangat nervous sekali. Momi nak ucap terima kasih dekat LAZADA dan Flash kerana memberi kepercayaan kepada Momi untuk review handphone Flash Plus 2. Kebetulan masa itu, memang nak sangat telefon baru, bila dapat dengan tangan rasa bersyukur sangat. Inilah telefon yang banyak bantu Momi mencari rezeki sehingga kini. Alhamdulillah :) p/s : Terima kasih juga dekat Iday sebab recommend Momi hehe.

Lazada Ramadhan Affiliate Event 2016

2016 - Menang Contest
Sekali lagi dari LAZADA. Kali ini Momi menang sebuah mesin Barista Gold Blend dari Nescafe melalui contest 'Nescafe Snap & Win' semasa Ramadan Affiliate Event 2016. Momi bukan seorang yang suka join contest sebab Momi rasa peluang menang agak tipis. Ini pon sebab tengok semua orang join, Momi pon join lah. Tak sangka join saja-saja, nama Momi diumumkan sebagai pemenang. Serius teruja! Terima kasih Nescafe dan LAZADA atas hadiah ini.

Konvoi Kembara Media FELCRA Berhad

2016 - Juara Karaoke & Cabutan Bertuah
Pada awalnya dipaksa oleh Yazid Izzat untuk karaoke semasa malam dinner, KONVOI KEMBARA MEDIA FELCRA BERHAD - 50 TAHUN MEMFENOMENAKAN PEMBANGUNAN FELCRA. Pada mulanya sangat tidak mahu, tetapi akhirnya setelah dipaksa merelakan juga untuk naik ke pentas menyanyi tau. Momi memilih lagu "Mengapa" untuk nyanyi sebab saja-saja nak jerit lepaskan semua kesedihan mungkin haha. Nasib baik masa menyanyi takde orang baling telur ke, lempar pinggan ke? hahaa. Masa ni memang mengejutkan diri sendiri sebab yang Momi nyanyi tadi sebenarnya pertandingan karaoke, alamak! hahaa. Alhamdulillah Momi mendapat Johan Karaoke dalam masa yang sama, Momi dapat hadiah cabutan bertuah. Terima kasih Felcra hehe.


2017 - Million Thank You!
2017 bermula dengan baik sekali. Tengah-tengah tengok Stats dekat Blog tetiba ternampak sudah masuk 1,000, 000 pengunjung. Masa tu dah jerit sambil guling-guling kegembiraan. Satu lagi impian dalam hati dah tercapai. Bagi orang itu perkara biasa, bagi Momi ia sangat luar biasa dan sangat gembira sebab salah satu target dah capai.


Terima kasih buat mereka yang selalu masuk dalam blog Momi secara langsung atau tidak langsung membantu mencapat target Momi. Alhamdulillah. Terima kasih juga buat keluarga dan rakan-rakan yang tak berhenti support Momi berblogging dari segi nasihat dan doa. Sayang semua tau ! Teruskan support Momi okay. Momi cuba hasilkan entri yang best-best untuk anda nanti. Tanpa anda, siapalah Momi disini. Sedar tak sedar, panjang juga entri ini haha. Jumpa lagi dientri seterusnya. :)

p/s : Maaf gambar semua takde kena mengena sangat haha

10 comments:

  1. Tahniah Momi...keep it up...u can do it dik...

    ReplyDelete
  2. tahniah momi. semoga terus maju dalam berblog...

    ReplyDelete
  3. Tahniah momi... Good luck yg peringkat awal tu level dila skrg...sama macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dila. hehehe.
      tu laa, baru nak menempah nama gitu haha

      Delete
  4. Wahh! Tahniah Momi. Tak sangka event pertama momi adalah the first time kita jumpa. Semoga terus sukses yahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe terima kasih Piqa. Tu lahhh, first event dapat jumpa blogger-blogger hebat hehe . Aminn :)

      Delete
  5. hye tahniah... laa kesian nye tarikh 8. june. 2013 hang kena hackkk.... dah lah tu hari jadi aku :*( 8june. kesian kat hang... Ceq pun baru mencecah 1juta pageviews bulan ni... :D tahniah ya momi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye terima kasih. *8 Jun 2012 ahhaha. Alhamdulillah, kita sama sama usaha lagi okay. again, terima kasih Amer :)

      Delete