• Flash Plus 2 Review



    Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Zaman sekarang ni semua orang boleh dikatakan pakai smartphone, terutamanya golongan muda dan remaja. Bab-bab phone ni memang mereka expert jugaklah. Untuk pengetahuan korang, Flash telah mengeluarkan smartphone terbarunya Flash Plus 2 yang akan menemui penggunanya mulai 1 Jun 2016. Apa yang menariknya Flash Plus 2 ni? 


    Kamera Depan & Belakang Yang Best!
    Momi pertama kali cuba menggunakan Kamera depan dan belakang Flash Plus 2. Sangat berpuas hati dengan 13MP (Belakang) & 5MP (Depan). Kalau nak tangkap gambar memang cantik. Memang sesuai sangat dengan Momi yang suka berselfie nih! hahaa. Sambil merakam video pon , korang boleh tangkap gambar hehe. 

    (Kamera Depan)

    (Kamera Belakang)

    Record using Flash Plus 2 (Dalam HD okay)

    Fungsi Kids Mode Yang Menarik
    Ini yang menarik ni. Pertama kali jumpa phone yang kamera dia ada fungsi macam ni dalam hidup. Dengan menekan butang macam not muzik tu, akan keluar bunyi seperti 'embekk' (kambing), 'meow' (kucing), 'choo choo' (keretapi) dan beberapa bunyi lain. Bunyi-bunyi comel tu adalah untuk menarik budak-budak untuk bergambar. Kebiasaannya budak-budak ni kalau nak tangkap gambar dia tak nak, dengan guna bunyi tu berjaya buat dia pandang kamera. Bestnya. Untuk parents yang suka tangkap gambar anak, Flash Plus 2 memang sesuai untuk anda :D


    Ujikaji ini dilakukan dekat Umar (bayi 11 bulan). hehe. Gambar gegar sebab dia tak reti duduk diam hahaa.

    Fungsi Fingerprint (Cap Jari) Recognantion 
    Okay yang ni Momi pertama kali jumpa dan cuba. Untuk bukak phone tu tak perlu password, hanya perlu fingerprint sahaja di button tengah smartphone tu. Jadi smartphone korang lebih selamat dan susah ler orang nak usik smartphone korang lepas ni hehe.

    Satu lagi yang menariknya tentang fingerprint ni, korang boleh setkan fingerprint mengikut apps yang korang pilih. Contoh ibu jari untuk Facebook, jari manis untuk Instagram dan sebagainya. Jadi lebih mudah dan jimat masa nak bukak apps hehe. Best kan?


    Remix Lagu & Save!
    Okayyy! Ini sesuatu yang baru bagi Momi sebab apps muzik player, 'Mix' dalam Flash Plus 2 ni boleh remixkan lagu. Korang boleh remix lagu yang tengah dengar sekarang dan lagu yang diinsert sebelah lagu tersebut. Wahh. Fefeeling DJ ler lepas ni haha. Piring hitam tu pon korang boleh pusing ke atas dan bawah. Menariknya korang boleh rakam dan save lagu tersebut. Serius bestnyaa! hehe. Jom tengok macam mana Momi meremixkan lagu. Maaf sumbang! haha

    Video "Fingerprint & Remix Song"


    Design Yang Eksklusif 
    Design dia memang nampak menarik hati Momi dan juga nampak eksklusif. Mula-mula pakai, kawan-kawan Momi ramai kata "wahh cantiknyaa phone baru". Yang Momi guna sekarang ni warna 'Luna Silver' dan ada satu lagi warna yang nampak lagi-lagi eksklusif iaitu 'Venus Gold'. 


    Caj Phone Penuh Dalam Masa 30 Minit!
    Menariknya Flash Plus 2 ni, caj dalam masa 30 minit je dah penuh. Sempatlah kalau korang dah lambat tu, nak mandi ke nak apa, bila caj je dah 100%. Best betol.


    Harga Berpatutan
    Kamera 13 MP dan design yang ekslusif dengan harga RM599 untuk 2GB. Memang berbaloi okay! Cuma tambah berapa ratus korang boleh dapatkan 3GB dengan harga RM729 sahaja (akan dikeluarkan pada pertengahan Jun 2016). Serius kalau korang dah ngidam, baik beli sekarang ya! hehe.

    Tech Spec Flash Plus 2

    Design : 
    152.6×76.4×8.2mm
    Weight: 157g
    Side keys: Volume (+/-); Power

    Display :
    5.5” Rainbow FHD IPS 1920×1080 pixels
    Resolution at 401 ppi
    Contrast: 1000:1 (typical)
    Viewing Angle: 160°
    MiraVision image technology V2.0

    Memory :
    ROM: 16GB/32GB high speed EMMC
    RAM: 2GB/3GB LPDDR3
    End user memory: 10.4GB/25.4GB
    MicroSD (up to 128GB)

    Android :
    Android  Marshmallow 6.0

    Rear Camera : 
    13MP Autofocus f/2.0 aperture CMOS.
    OV13853 sensor, PDAF system, ultra-fast 0.3s focus.
    76.5° wide-angle, Realtone LED flash.
    5P lens with blue optical glass filter for clearer picture.
    FHD 1080P video recording at 60fps.

    Front Camera :
    5M F2.2 Front Fixed focus camera with LED Flash.
    84° wider-angle for We-fie.
    1.12μm pixel size.
    V Gesture recognition

    Connectivity :
    Worldwide Connectivity
    TDD: B38/B40/B41; FDD: B1/B3/B5/B7
    LTE CA4 R9 Cat.4 150Mbps/50Mbps
    UMTS 850/900/1900/2100
    GSM 850/900/1800/1900
    Wi-Fi 802.11b/g/n
    BT4.1/GPS/AGPS/Micro USB 2.0
    Dual SIM Dual Standby

    Audio :
    AKM4375 Chipser+NXP9890 Audio Amplifier
    HD voice
    Music Player
    Stereo FM radio RDS
    OMA DRM 1.0
    Dual-mic Noise cancellation

    Sensor :
    Light sensor
    Proximity sensor
    G-sensor
    Accelerometer
    E-Compass
    Hall Switch
    Gyro Sensor

    Battery :
    Battery: 3000mAh
    Talk time: 16hrs(2G) / 15hrs(3G)
    Standby time: 528hrs(2G) / 405hrs(4G)
    Music Playback (headset default vol)(54h)  / (speaker default vol)(12h)
    Video Streaming WIFI (4h)
    WIFI browsing (6h)
    Video -H.264 (1080P) HW mode Video H.264 (1080P) (6h)





    Momi nak ucap terima kasih dekat Lazada Malaysia & Flash sebab beri peluang kepada Momi untuk menggunakan Flash Plus 2 ni. Kalau nak pergi event atau travel memang dah tak segan silu dah nak selfie sebab dah ada Flash Plus 2. hehe. Tunggu apa lagi? Order sekarang dekat website Lazada Malaysia. Rasai dan gunakannya. :)


    Flash Plus 2 Review Malaysia | Kelebihan Guna Flash Plus 2 | Smartphone Dengan Harga Yang Mampu Milik | Flash Plus 2 | Lazada MY | Smartphone Mampu Milik | Smartphone dengan harga berpatutan
  • You might also like

    4 comments: