Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. #Siarsiar kali ni nak bawa korang cuba makan dekat Tanah Aina Cafe, Shah Alam. Ahad lepas (8 Februari 2015), saya telah dijemput oleh Halim Brothers untuk join Blogger Gathering Hai Blogger!. Korang teruja nak baca? Saya lagi teruja nak menaip hahaha!




First time jugak dengar nama "Tanah Aina Cafe" ni. Bagi saya nama yang sangat unik :) Hah, kalau korang nak tahu, Tanah Aina Cafe adalah idea Yg Berbhg Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil dan diusahakan oleh anaknya, Farhana. Kalau korang nak tahu lagi, sebenarnya sebelum Tanah Aina Cafe, Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina ada bukak 6 lagi eco-resort di Pahang & Johor. Kalau siapa suka dengan alam semula jadi, singgah-singgah la yer. :)




Weouls sangatlah teruja dan bertuah pada hari tu kerana disambut oleh Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina. Layanan yang diberikan sangatlah baik. :) Kalau tengok dekorasi kafe tu sangat cantik dan comel-comel belaka. Tapi pada hari tu saya sangat pemalu so saya tengok je (tak sempat bergambar) hahaha Konsep makanan dekat kafe ni bercirikan tradisional Malaysia dan antarabangsa. Sebelum makan, kami dibawa jelajah satu Tanah Aina Cafe. Bangunan ni ada 3 tingkat diatasnya. Tingkat pertama ada dewan untuk event, Tingkat dua pulak ada "Ladies Fitness Centre", for akak-akak atau mak cik-mak cik nak cari tempat berzumba, sinilah tempatnyaa.


Makanan-makanan di kafe Tanah Aina Cafe ni memang special, ada diantaranya dimasak oleh Puan Sri sendiri. Kelass gitu. Lepas tu, kami diberitahu yang makanan yang disediakan tak mengandungi MSG seperti Ajinomoto, kiub-kuib dan sebagainya. Makanan special di kafe ini ialah Pengat Durian, Nasi goreng dalam Lesung batu & Special Tea set atas congkak. Dengan tak sabarnya, jom kite tengok beberapa makanan yang disediakan di Tanah Aina Cafe :



















Haaa.. nampak menarik dan terliur kan? Kalau nak cuba, jangan lupa datang sini yer.

Alamat : 
Tanah Aina Cafe
Wisma Tanah Aina
No: 1, Jalan Mesra 1, Taman Mesra Batu 3
Shah Alam, Selangor

No. Telefon : 
 +603 5524 3258



Terima kasih Tanah Aina Cafe & Hai Blogger! menjemput saya ke blogger gathering & food review ni. Seriously, saya berasa amat teruja dan memang dah jadi cita-cita sejak mula berblogging lagi nak join gathering blogger ni. Walaupun saya memang pemalu orangnya *#langgarpintu* tapi dapat jugak kenal dengan blogger-blogger lain, semua memang sangat peramah! hee Haa, saya hidangkan gambar masa majlis berlangsung, jom tengok :
  












**Photo credit to : IslamHalim Brothers & myself.