Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. #Siarsiar kali ni nak bawa korang cuba makan dekat Tanah Aina Cafe, Shah Alam. Ahad lepas (8 Februari 2015), saya telah dijemput oleh Halim Brothers untuk join Blogger Gathering Hai Blogger!. Korang teruja nak baca? Saya lagi teruja nak menaip hahaha!
First time jugak dengar nama "Tanah Aina Cafe" ni. Bagi saya nama yang sangat unik :) Hah, kalau korang nak tahu, Tanah Aina Cafe adalah idea Yg Berbhg Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil dan diusahakan oleh anaknya, Farhana. Kalau korang nak tahu lagi, sebenarnya sebelum Tanah Aina Cafe, Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina ada bukak 6 lagi eco-resort di Pahang & Johor. Kalau siapa suka dengan alam semula jadi, singgah-singgah la yer. :)
Weouls sangatlah teruja dan bertuah pada hari tu kerana disambut oleh Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina. Layanan yang diberikan sangatlah baik. :) Kalau tengok dekorasi kafe tu sangat cantik dan comel-comel belaka. Tapi pada hari tu saya sangat pemalu so saya tengok je (tak sempat bergambar) hahaha Konsep makanan dekat kafe ni bercirikan tradisional Malaysia dan antarabangsa. Sebelum makan, kami dibawa jelajah satu Tanah Aina Cafe. Bangunan ni ada 3 tingkat diatasnya. Tingkat pertama ada dewan untuk event, Tingkat dua pulak ada "Ladies Fitness Centre", for akak-akak atau mak cik-mak cik nak cari tempat berzumba, sinilah tempatnyaa.
Makanan-makanan di kafe Tanah Aina Cafe ni memang special, ada diantaranya dimasak oleh Puan Sri sendiri. Kelass gitu. Lepas tu, kami diberitahu yang makanan yang disediakan tak mengandungi MSG seperti Ajinomoto, kiub-kuib dan sebagainya. Makanan special di kafe ini ialah Pengat Durian, Nasi goreng dalam Lesung batu & Special Tea set atas congkak. Dengan tak sabarnya, jom kite tengok beberapa makanan yang disediakan di Tanah Aina Cafe :
Haaa.. nampak menarik dan terliur kan? Kalau nak cuba, jangan lupa datang sini yer.
Alamat :
Tanah Aina Cafe
Wisma Tanah Aina
No: 1, Jalan Mesra 1, Taman Mesra Batu 3
Shah Alam, Selangor
No. Telefon :
+603 5524 3258
Terima kasih Tanah Aina Cafe & Hai Blogger! menjemput saya ke blogger gathering & food review ni. Seriously, saya berasa amat teruja dan memang dah jadi cita-cita sejak mula berblogging lagi nak join gathering blogger ni. Walaupun saya memang pemalu orangnya *#langgarpintu* tapi dapat jugak kenal dengan blogger-blogger lain, semua memang sangat peramah! hee Haa, saya hidangkan gambar masa majlis berlangsung, jom tengok :

bestnya pergi event. .jeles BV T^T
ReplyDeletewahaha. cantiknya gambar. :)
best. 1st time pergi. heee
Deleteterima kasih ya. :D
wah..! untung lah dapat pi gathering.. T__T
ReplyDeletepatutla ramai update cerita pasal tanah aina..rupa2nyaa ada review..hohoho..
heee.. haah. food review :)
Deleteeeeee...besst nyyeeeee....
ReplyDeletehee best best ^___^
DeleteHye "Langgar Pintu " ;p
ReplyDeletehahahahah *dush dush* hyeee ^__^
DeleteMesti best kan..
ReplyDeleteTengok gambar makanan tu dah terliur...
P/s: done follow back :D
yuppp... bestt :D
Deletetahu xpe, kite update pon dah teringat2 hahaha
rafzan,akak datang....gambar yg terkantoi pose tu,sampai skrg akak ingat :D
ReplyDeletehahahah tahu xpe. memang gaya pose kite begitu. hahaha kantoi plak hahah :p
Deletewah dapat jemputan giter ;) food review lagiii
ReplyDeletebtw pic semua cantik sesangat
bilalah akak diorang jemput yekk
hhehhee insyaAllah nanti dapat la tu. :D
DeleteHi Rafzan Tomomi! Nice entry..Eheee~
ReplyDeleteingat pika tak? ahaaaa.. nanti ada rezeki jumpa lagi ye dekat mana-mana event blogger akan datang.
In Shaa Allah..
hiii!!!! terima kasihh.
Deleteharuslah ingat hahaha
kannn insyaAllah jumpa lagi okey.
:D
bestnya dpt makan free:-) tgk makanan pun dah bangkit selera..kalau mkn lagi sedap tu
ReplyDeleteseriusss kene datang dan makan sini. sedapp ^__^
Deletewaaa sdp ni ...kongsi la skitt..hehe
ReplyDelete#blogwalkinghere
#nuffnangclick #follow me on shukranzahari.blogspot.com #Happy blogging
hehehe meh lerrr... makan gambo je hahaha
Deleteaaaaaaaa bestnyaaa hihik
ReplyDeleteqila takleh gi sbb jauh xD
uhuhuhu
Deletetakpee.. kalau sampai shah alam singgah ler hehe
wahhhhh. bestnyaaa. makanan dia pon semua nampak sedap sangatttt!
ReplyDeletekannn. nampak menarik kan? :)
DeleteJom join ...
ReplyDeletehttp://jombercontest.blogspot.com/2015/02/birthday-giveaway-by-farahana-ramlan.html
thanks :)
DeleteHello Rafzan..
ReplyDeleteDengan bangga saya ingin mengumumkan bahawa anda telah di-tagged
please check the link:
http://thesoutheastasiangirl.blogspot.com/2015/02/liebster-award-2015.html
thanks :)
DeleteBestnya dijemput makan free... hehehe..
ReplyDeletelain kali tapaukan lah untuk saya sekali.. :)
yuppp best best :)
Deletehahhahaa boleh jee
#langgar saje.. hehhehee.. best2..!!!
ReplyDeletehahaha kan.. mari langgar! haha
Deletesinggah sini.. makanan semuanya nampak sedap. baru teringat ini blog my ex SENIOR KPTM IPOH la !! heheh
ReplyDeletejemput join Mini GA by Nina + Anies
hee terima kasih yaaa :)
Deleteehhh KPTM Ipoh ke? Batch mana?
:D
Okey..... macam yang cakap kat wall fb aritu.... next time cuba je layan borak-borak , kitorang semua okey jer... tapi makanan kat sini memang sedap kan...
ReplyDeletehuhihaaa.. okey bang. hehehe
Deletehaah sedap gakk :D
semua nampak macam sedap je...kena terjah ni nanti...lagipun cuti CNY panjang kan...hehe
ReplyDeletesila silaaa.. jangan lupa singgah ^__^
Deletesedapppnyaaa... menarik idea yg dlm lesung tu.. insyaAllah smp jgk kesini nk jugak mncuba
ReplyDeletekannn menarik kan idea tu.. jangan lupa singgah ye :)
DeleteMau kasih info aja deh >_<
ReplyDeleteUntuk pemilik kafe, sekarang ada kemasan makanan namanya Greenpack.
Dengan menggunakan kemasan ini anda bisa membranding brand kafe anda pada bagian atas kemasannya secara free! Tanpa dikenakan biaya apapun.
Info lebih lanjut klik di sini http://www.greenpack.co.id/