#MovieReview "The Fault In Our Stars"

12:16:00 Rafzan Tomomi 1 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Entri kali ini nak review sikit pasal filem omputeh "The Fault In Our Stars"Filem ni ditayangkan dah lama ditayangkan dekat Malaysia (17 Julai 2014), baru sempat nak tengok hehe. Jom baca review selanjutnya. :)


Tempat : GSC Mid Valley Megamall
Hall : 8
Tarikh : 12 Ogos 2014
Masa : 7.00 Malam

Filem ini diarahkan oleh Josh Bonne dan direleasekan mulai 6 Jun 2014 (US). Mengikut wikipedia, kutipan terkini selepas ditayangkan sebanyak $266,664,218 (267 Juta Dollar). Durasi filem ni ialah 126 minit (2 Jam 6 Minit). Filem ini menampilkan pelakon seperti Shailene Woodley sebagai Hazel Grace Lancaster, Ansel Elgort sebagai Augustus Waters, Nat Wolff sebagai Isaac, Laura Dern sebagai Frannie Jason Lan, Sam Trammell sebagai Michael Lancaster dan ramai lagi.


Filem ni memang saya nak tengok sangat sebab ramai cakap filem ni sedih dan buat korang menangis dalam panggung. Sememangnya filem yang diadaptasi dari novel ni best dan sesuai untuk 'couple' tengok. Ada pelbagai scene sweet, sedih, gembira dan lawak dalam filem ni. Filem ni jugak banyak quote-quote yang best macam "The pain was always there, pulling me inside of myself, demanding to be felt.", "Love is keeping the promise anyway." dan banyak lagi. Mase tengok ni ramai jugak menangis tengok filem ni, kedengaran sayup-sayup gitu. ahhaha Memang beri impak sikit la kalau siapa betul-betul fokus tengok. Saya suka filem ni dan saya syorkan anda untuk tengok jugak. ^_^ Okey? Okey.

Rate : 4.8/5 Bintang!

1 comment: