Movie Review - Oculus


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Hampir seminggu tak update blog ni, sebab beri laluan untuk saya berehat. hehe Isnin hari tu cuti, so sempat tengok 2 movie omputeh. Cerita "Oculus" dan "Divergent" (Klik sini untuk review Divergent). Entri ini nak review sikit pasal filem "Oculus". Filem ini diarahkan oleh Mike Flanagan dan direleasekan pada 11 April 2014 sebelum tayangan perdananya pada September 2013. Kutipan minggu pertama selepas ditayangkan sebanyak  $12 juta.


Mase tengok movie ni memang penuh seat walaupun hari tu hari Isnin. Saya dapat seat dua paling hadapan. Memang mendongak la sedikit tengoknya. hehe Cerita ni bermula dengan penuh ketidak fahaman, haha biasalah cerita seram ni mula-mula macamtu. Filem ini jalan cerita dia buat kita pening sekejap, sebab dia banyak throwback kisah-kisah lepas dan cerita sedikit demi sedikit kenapa? mengapa? benda tu terjadi. Part paling best bile Kaylie tengah makan epal, sambil tu pasang mentol sebab ada lampu pecah. Lepas dah pasang mentol tu, dia makan balik epal tu dan lepas tu dia sedar yang dia makan mentol. hehe Nak lebih lagi? Pergilah menonton. haha


Dengan ini saya ingin memberi 3.5/5 Bintang! Ting Ting Ting! hehe Bagi saya kalau wayang ni lebih baik kita tengok sendiri dari tanya pendapat orang yang dah tengok, baru la rasa pengalaman menonton sesebuah filem itu. haa okeylah sampai disini dulu entri kali ini. Jumpa dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^___^



Post a Comment

0 Comments