Movie Review - Divergent


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Haa kalau korang tak baca lagi review filem "Oculus" sila klik link ini. (Klik sini untuk review Oculus).  Entri ini nak review sikit pasal filem "Divergent". Walaupun macam dah lambat je nak buat review, tapi saya nak jugak review! haha Filem ini diarahkan oleh Neil Burger dan direleasekan pada 21 Mac 2014. Kutipan setakat ini selepas ditayangkan sebanyak $176,733,164 (176 Juta).


Walaupun hampir sebulan filem ini direleasekan, mase tengok wayang ni masih lagi penuh. Permulaan cerita diterangkan pasal puak-puak dalam filem ini ; Abnegation (tak pentingkan diri), Amity (keamanan), Candor (kejujuran), Erudite (kepintaran) and Dauntless (berani). Dalam filem ni, watak Beatrice (membesar dalam puak "Abnegation") kene pilih satu antara 5 puak untuk Choosing Ceremony. Impian si Beatrice ni memang nak join Dauntless. tapi masa ujian tu, dia menunjukkan beberapa sifat dan dia dikategorikan sebagai "Divergent". Divergent memang ditakuti oleh semua puak. Semasa Choosing Ceremony, Beatrice telah memilih "Dauntless" dan menerima sorakan dari puak tersebut. Paling best, part yang dia kene terjun ke bawah dan dia yang volunteer nak turun dulu. hehe Jalan ceritanya bagi saya menarik dan layan untuk ditonton. Untuk jalan cerita selanjutnya, tengok lah wayang. hahaha Masih ada lagi tayangan tu.


Dengan ini, saya memberi 4.5/5 bintang! Yeahuuu. Siapa dah tengok, ni nak bagitahu sambungan filem ini akan direleasekan pada 20 Mac 2015 dengan judul "Insurgent". Tak sabar! hehe Okeylah sampai disini dulu entri kali ini jumpa dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^___^ v


Post a Comment

0 Comments