Buffet Ramadan 2019 - Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Buka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan sememangnya membangkitkan selera berbuka puasa anda. Pasti anda sedang mencari restoran mahupun hotel untuk berbuka puasa nanti. Momi nak kongsikan lokasi berbuka puasa disekitar Subang iaitu di Dorsett Grand Subang. Apa hidangan menarik yang ada dekat sini?
Bertemakan "Semarak Rasa Ramadan", Terezza Brasserie dan Melati menyajikan hidangan dari seluruh Malaysia. Pastinya kesemua hidangan ini buat anda rasa tak senang duduk sebab ada banyak hidangan yang menarik yang anda kena cuba.Hidangan "Semarak Rasa Ramadan" yang dihidangkan menepati selera orang Malaysia. Menu signature yang bakal menjadi perhatian ialah 'Sup Tulang Gear Box' dan 'Kambing Golek Berempah'.
![]() |
Buffet Ramadan 2019 - Dorsett Grand Subang |
Terdapat lebih 100 jenis masakan dari pembuka selera sehingga pencuci mulut yang bakal dihidangkan di atas meja buffet. Hidangan setiap negeri di Malaysia ini termasuk 'Briyani Gam Johor', 'Dalca Sayur dan Mangga Muda Pulau Pinang', 'Sotong Goreng Berlada Negeri Sembilan', 'Gulai Tempoyak Patin Pahang', 'Sotong Sumbat Terengganu', 'Gulai Kawah Kelantan', 'Rendang Tok Perak', 'Ikan Bakar Perlis', 'Tetel Asam Pedas Melaka', 'Gulai Lemak Pisang Muda Selangor', 'Laksa Sarawak', 'Sup Campur Kedah' dan 'Spagetti Makanan Laut Sabah'.
![]() |
Buffet Ramadan 2019 - Dorsett Grand Subang |
![]() |
Buffet Ramadan 2019 - Dorsett Grand Subang |
![]() |
Buffet Ramadan 2019 - Dorsett Grand Subang |
![]() |
Buffet Ramadan 2019 - Dorsett Grand Subang |
![]() |
Buffet Ramadan 2019 - Dorsett Grand Subang |
![]() |
Buffet Ramadan 2019 - Dorsett Grand Subang |
![]() |
Buffet Ramadan 2019 - Dorsett Grand Subang |
Harga Buffet Ramadhan 2019 Di Dorsett Grand Subang
Menarik kan? Okay, Buffet Ramadhan 2019 "Semarak Rasa Ramadan" di Dorsett Grand Subang akan bermula sepanjang bulan Ramadhan 2018 iaitu dari 6 Mei 2019 - 4 Jun 2019 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga Buffet Ramadhan Dorsett Grand Subang adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM165/ Nett
Melati
- Dewasa (Seorang) - RM155/ Nett
1 Comments
rambang mata hehe.. selamat berpuasa =)