2023 Review & Happy New Year 2024!

2023 Review & Happy New Year 2024! - Rafzan Tomomi
2023 Review & Happy New Year 2024! - Rafzan Tomomi

Pengenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Sekali lagi, tahun baru, update tentang review tahunan untuk tahun 2023 dan harapan untuk tahun 2024. Sebelum itu, MOMI nak ucap Selamat Tahun Baharu 2024 kepada semua pembaca blog MOMI! Awal-awal tahun ini, seperti biasa semua orang bersemangat untuk memulakan tahun baharu mereka dengan azam dan semangat yang baru. kan? Begitu juga MOMI. Jadi untuk entri kali ini, MOMI nak berkongsi mengenai imbasan tahun 2023 dan harapan untuk tahun 2024. | 2023 Review & Happy New Year 2024!

Baca Juga : 

2023 Review & Happy New Year 2024! - Rafzan Tomomi
2023 Review & Happy New Year 2024! - Rafzan Tomomi

Imbasan 2023

Tahun 2023 pastinya lebih baik dan lebih cemerlang berbanding tahun sebelumnya dari segi konten di media sosial, blog dan keluarga. Walaupun ada pelbagai cabaran baru dalam kehidupan, Alhamdulillah MOMI berjaya melalui dengan baik sekali. Tahun ini juga MOMI banyak menghasilkan pelbagai konten video untuk media sosial, manakala untuk blog macam terabai sedikit sebab sibuk dengan aktiviti di media sosial. Bila ada masa, memang akan kemaskini blog walaupun sekadar lirik lagu. Tahun ini Blog MOMI juga mencapai 7 Juta dan 8 Juta pembaca dan ini pertama kali kenaikan 2 juta pembaca. Alhamdulillah! Terima kasih sangat tau.

2023 Review & Happy New Year 2024! - Rafzan Tomomi
2023 Review & Happy New Year 2024! - Rafzan Tomomi

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sudah rezeki melimpah ruah dengan banyak berkolaborasi dan bekerjasama dengan jenama-jenama terbaik seperti Lotus's Malaysia, Foodmarket, Malakoff, Alam Flora, Kopiko, Marrybrown, Captain, Aeon BiG, Madam Kok, U.S Potatoes, Sushi King Malaysia, Tao Kae Noi, Kedai Ayamas, Samsung dan banyak lagi. Selain itu, MOMI telah memenangi beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh Alam Flora, iaitu Juara Kategori Blogger Cyber Eco Hunt 2023 dan Tempat ke-2 Kategori Blogger Sustainability Hunt 2023. Alhamdulillah, memang tak sangka boleh menang. Terima kasih Alam Flora.

2023 Review & Happy New Year 2024! - Rafzan Tomomi
2023 Review & Happy New Year 2024! - Rafzan Tomomi

Untuk Travel pula, MOMI berkesempatan untuk review beberapa buah hotel seperti Renaissance Johor Bahru Hotel, GBW Hotel Johor Bahru, Geo Resort & Hotel, Aloft Langkawi Pantai Tengah, Royale Chulan Seremban dan beberapa hotel lagi. Selain itu, MOMI juga berpeluang untuk rasai pengalaman menaiki Genting Dream by Resorts World Cruises dari Port Klang - Pulau Pinang - Singapura - Port Klang selama 4 hari 3 malam. Setelah sekian lama, akhirnya 2023 MOMI travel ke luar negara, Bangkok Thailand bersama rakan-rakan Blogger pada Oktober 2023. Walaupun ada pelbagai rintangan, tapi Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik hehe. Nanti jangan lupa tengok Vlog MOMI dekat Bangkok dekat YouTube Channel okay?

2023 Review & Happy New Year 2024! - Rafzan Tomomi
MOMI naik Cruises!

2023 Review & Happy New Year 2024! - Rafzan Tomomi
Travel Ke Bangkok

Tahun 2023 juga akhirnya dah boleh umumkan yang MOMI sebahagian dari team My Jejak Rasa. Rasa sangat bertuah dipilih menjadi sebahagian dari team yang sangat supportive dan banyak bagi tunjuk ajar. Kalau anda nak tahu,  Jejak Rasa telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2023 bersama 3 anggota lain : Moka (penaberkala), Cik Min (bebelancikmin) dan Dik Bee. Jejak Rasa ini memfokuskan konten media sosial berkaitan tempat makan menarik di seluruh Malaysia dan juga antarabangsa.  Kami mengumumkan kemunculan Jejak Rasa di atas Genting Dream by Resorts World Cruises pada 20 Januari 2023 di media sosial masing-masing. Jangan lupa, ikuti Jejak Rasa di media sosial : TikTok, Instagram, Facebook dan Lemon 8.

2023 Review & Happy New Year 2024!
Bersama Team My Jejak Rasa

Tahun 2023 secara keseluruhannya, lebih baik, lebih fokus dan lebih bersemangat buat MOMI. Walaupun ada macam-macam benda nak buat, MOMI tetap kuatkan semangat menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Terima kasih kepada mereka yang selalu ada bersama MOMI terutamanya keluarga, team Jejak Rasa dan rakan-rakan yang mewarnai tahun 2023 MOMI dengan pelbagai kenangan yang terindah. Sayang semua orang! 

Harapan 2024

Untuk tahun 2024 ini, MOMI akan terus menghasilkan pelbagai konten video yang menarik kepada masyarakat. Selain itu, MOMI akan terus menjadi Blogger dan Content Creator yang terbaik dengan menghasilkan content yang menarik dan memberi manfaat kepada pengikut. MOMI jangkakan tahun ini 1000% lagi sibuk dengan pelbagai projek yang akan MOMI buat untuk tahun 2024 ini termasuk aktiviti bersama Jejak Rasa, Vlog di saluran Youtube dan Gaming di YouTube dan TikTok. Selain itu, MOMI akan lebih banyak menghasilkan content dengan pelbagai kerjasama dan kolaborasi bersama jenama-jenama terbaik. Semoga tahun 2024 ini MOMI akan menjadi yang lebih baik, lebih hebat, lebih rajin dan semoga semuanya dipermudahkan. Doakan MOMI ya ! :)

2023 Review & Happy New Year 2024! - Rafzan Tomomi
2023 Review & Happy New Year 2024! - Rafzan Tomomi

Ucapan

Semoga tahun ini kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. In Shaa Allah. Momi nak minta ampun dan maaf sekiranya terguris perasaan atau terkasar bahasa dengan mana-mana pihak. Kita mulakan tahun 2024 dengan penuh semangat dan senyuman ya guys! Jaga diri dan jaga kesihatan ya. Selamat Tahun baharu 2024.



Post a Comment

0 Comments