2022 Review & Happy New Year 2023!

2022 Review & Happy New Year 2023!
2022 Review & Happy New Year 2023!

2022 Review & Happy New Year 2023!  | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Setiap tahun Momi tak pernah terlepas untuk update tentang review tahunan termasuk tahun 2022, jadi masih belum terlewat untuk Momi ucap, Selamat Tahun Baharu 2023 kepada semua pembaca blog MOMI! Awal-awal tahun ini semua orang bersemangat untuk memulakan tahun baharu mereka dengan azam dan semangat yang baru. kan? Begitu juga MOMI. Jadi untuk entri kali ini, MOMI nak berkongsi mengenai imbasan tahun 2022 dan harapan untuk tahun 2022. 

2022 Review & Happy New Year 2023!
2022 Review & Happy New Year 2023!

Imbasan 2022
Untuk tahun 2022, MOMI dapat rasakan perkembangan dan peningkatan yang baik dari segi kerja, blog, keluarga dan kesihatan. Banyak sangat perubahan yang berlaku sepanjang tahun 2022 termasuk dari milik orang kini kembali solo. Ahh gituu~. Bagi MOMI tahun 'comeback' buat semua orang yang kembali bekerja seperti biasa dan semuanya kembali seperti biasa. Walaupun permulaan sedikit lambat, alhamdulillah lepas hari raya Aidilfitri, MOMI kembali aktif di blog dan media sosial. Tahun ini juga MOMI aktif di media sosial terutamanya TikTok dan banyak jugak post 'review' dari posting sendiri haha. Kalau nak tengok content-content video MOMI boleh ikut MOMI di Instagram dan TikTok ya. 

2022 Review & Happy New Year 2023!
2022 Review & Happy New Year 2023!

Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah dengan banyak berkolaborasi dan bekerjasama dengan jenama-jenama terbaik seperti McDonalds Malaysia, Aloft Kuala Lumpur Sentral, MyTOWN Kuala Lumpur, Suria FM, The Chicken Rice Shop, Yoodo, Marrybrown, Alam Flora, Chocomel, Lotus's Malaysia, Foodmarket dan banyak lagi. Untuk Travel pula, MOMI berkesempatan untuk review beberapa buah hotel seperti Renaissance Johor Bahru Hotel, Terrapuri Heritage Village, GBW Hotel Johor Bahru, Geo Resort & Hotel, Grand Barakah Hotel, Santa Grand Signature Hotel Kuala Lumpur dan beberapa hotel lagi. Dah lama rasanya tak pergi Travel dan jalan-jalan luar Kuala Lumpur. Terima kasih yang tidak terhingga buat PR dan rakan-rakan Blogger (yang rekomen nama MOMI) beri kepercayaan dekat Momi untuk kerjasama ini.'

2022 Review & Happy New Year 2023!
2022 Review & Happy New Year 2023!

Tahun 2022 secara keseluruhannya, lebih baik dan lebih bersemangat buat MOMI. Walaupun sudah mula sibuk, MOMI tetap kuat menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Tidak semua orang nampak apa yang kita lalui, orang hanya nampak hasilnya kan? Terima kasih kerana mewarnai tahun 2022 MOMI dengan pelbagai kenangan. Sayang semua orang! 

Harapan 2023
Untuk tahun 2023 ini, harapan MOMI adalah ingin menjadi Blogger dan Content Creator yang terbaik dengan menghasilkan content yang menarik dan memberi manfaat kepada pengikut. MOMI jangkakan tahun ini lebih sibuk dan banyak menghasilkan content dengan pelbagai kerjasama dan kolaborasi bersama jenama-jenama terbaik. 'Something' besar akan berlaku tidak lama lagi hehe. Semoga tahun 2023 ini MOMI akan menjadi yang lebih baik, lebih hebat, lebih cantik (haha) dan semoga semuanya dipermudahkan. Doakan MOMI ya ! :)

2022 Review & Happy New Year 2023!
2022 Review & Happy New Year 2023!

Semoga tahun 2023 kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. In Shaa Allah. Momi nak minta ampun dan maaf sekiranya terguris perasaan mana-mana pihak. Kita mulakan tahun 2023 dengan penuh semangat dan senyuman ya guys! Jaga diri dan jaga kesihatan ya. Selamat Tahun baharu 2023.


Post a Comment

0 Comments