Lirik Lagu Malique, Ernie Zakri, Aman RA, Kmy Kmo - Ayuh (OST Filem Polis Evo 3)

Lirik Lagu Malique, Ernie Zakri, Aman RA, Kmy Kmo - Ayuh (OST Filem Polis Evo 3)
Lirik Lagu Malique, Ernie Zakri, Aman RA, Kmy Kmo - Ayuh (OST Filem Polis Evo 3)

Lirik Lagu Malique, Ernie Zakri, Aman RA, Kmy Kmo - Ayuh (OST Filem Polis Evo 3) | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini MOMI nak kongsi kepada anda, sebuah lagu dari Malique, Ernie Zakri, Aman RA dan Kmy Kmo yang berjudul "Ayuh"Lagu ini merupakan hasil ciptaan oleh Kmy Kmo, Aman Ra, Malique, Tripdisz dan dikeluarkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd, Distributed by Universal Music Sdn BhdLagu Ayuh ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 14 April 2023. Lirik video "Ayuh" pula ditayangkan bermula 14 April 2023 di saluran YouTube Astro Shaw.

Lirik Lagu Malique, Ernie Zakri, Aman RA, Kmy Kmo - Ayuh (OST Filem Polis Evo 3)
Poster Filem Polis Evo 3

Lagu "Ayuh" merupakan lagu OST filem "Polis Evo 3" yang ditayangkan bermula 25 Mei 2023. Filem bergenrekan aksi dan drama ini merupakan arahan Syafiq Yusof dan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shahiezy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana, Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang dan Isha Norsham ERA. Saksikan filem ini ditayangkan bermula 25 Mei 2023 dipawagam berdekatan anda.

Jom dengarkan lagu terbaru dari Malique, Ernie Zakri, Aman RA dan Kmy Kmo. Enjoys!

Anda Juga Boleh Baca : 
  • Lirik Lagu Melayu April 2023
  • Senarai Filem Melayu 2023


Lirik Lagu Malique, Ernie Zakri, Aman RA, Kmy Kmo - Ayuh
Komposer : Malique,  Tripdisz
Penulis Lirik : Kmy Kmo, Aman Ra & Malique
(C) 2023 Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd, Distributed by Universal Music Sdn Bhd

[Kmy Kmo]
Bagi Masa Tujuh Ribu Malam Aku Meditasi
Makan Jiwa Rasa Ketujuh-Tujuh Langit Juga Bumi
Ramai Borak-Borak Lampu, Rohaninya Trauma Misi
Ramai Kejar Bayang Ampu Sedangkan Ada Setiap Sisi
Jejak, Dikaji Kecoh Udara Heboh Tergopoh-Gapah
Sorok Yang Selok-Belok Diseluk Si Kaki Papah
Terbelok Kau Bengkang-Bengkok Yang Molek Esok-Esok
Bersongkok Solek Elok Kekok Lokek Kacuk Becok, Ya Ya
Peluruku Terbang, Landai Bukannya Tinggi-Tinggi
Lengang Kuserang, Tahu-Tahu Sakit Gigi-Gigi
Cuaca Terang, Pandai Bukannya Sipi-Sipi
Gelarku Belang, Selera Sekawan Biri-Biri
Balaclavanya Hitam, Badannya Lapis Kalis
Aneka Logam Hitam, Tiada Yang Mampu Kalis
Bruno, Steyr, Nato, Woah
Marco Polo, Tango, Go

[Ernie Zakri]
Sila Was-Was Nama Yang Diseru
Nanti Das-Das Datang Ubat Rindu
Halilintar, Malam Biru
Silakan Kalau Benar-Benar Jaguh, Ayuh
Ayuh, Kalau Benar-Benar Jaguh, Ayuh
Tiada Negosiasi, Masa Untuk Aksi
Nyawa Dipertaruh, Ayuh

[Aman RA]
Komandan Ketemukan Komandan
Usik Pucuk Kanan, Pucuk Kiri Berkumandang
Berdendang-Dendang Ninabobok Rpg-7
Musuh Dalam Selimut Boleh Tidur
Rimau Mati Tinggalkan Taring, Tinggalkan Taring
Gajah Mati Tinggalkan Gading, Tinggalkan Gading
Akta 574 Fasal 440
Dendam Sokong Membawa Rebah Terlopong
Hujan Darah Bila Kepala Anginku Bersiru
Rasakan Amarah Bergelora Dalam Diriku
Perang Bermalaikat, Sabung Berjuara
Di Mudik Sebulankan, Di Hilir Semuara
Balaclavanya Hitam, Badannya Lapis Kalis
Aneka Logam Hitam, Tiada Yang Mampu Kalis
Bruno, Steyr, Nato, Woah
Marco Polo, Tango, Go

[Ernie Zakri]
Satu, Dua, Tiga, Musuh Berlari Yang Mana Mahu Diratah Si Belang
Ke Mana Sekalipun Kan Ku Cari Tak Kira Gelita Atau Benderang
Mana Kepala Pendekar, Gempita Biar Aku Dampar
Sila Pilih Antara Dua, Neraka Ataupun Sangkar

Ayuh, Ayuh, Kalau Benar-Benar Jaguh, Ayuh
Tiada Negosiasi, Masa Untuk Aksi
Nyawa Dipertaruh, Ayuh

[Malique]
Bangkit Dari Bara Lalu Dihembusnya Nyawa
Saktinya Dan Aksinya, Rencananya Bencana
Daktina Ke Paksina, Negara Dalam Senggara 
Maka Pesta, Kerja, Raya, Lena, Senggama Tergendala, Gara
Gugat-Ganggu Hantu Dari Dasawarsa Lalu
Katanya Tagih Darah Sahih, Justifikasi Ragu 
Emosi Rapuhnya Dipagar Fasad Jago Sado
Dendam Lama Dicandu Dibakar Ego Dan Bravado, Bravo
Dia Kitol Al-Iskariot, Dari Hero Ke Sicario
Dari Bari Dia Kembali Cari Ahli Biro Di Kota Dan Barrio
Jari-Jarinya Menari-Nari, Cari, Tabur, Lari-Lari Mario
Dari Api Dia Menjadi-Jadi, Satu Di Dahi Dia Kembali O
Balaclavaku Hitam, Badanku Lapis Kalis
Aneka Logam Hitam, Siapa Yang Mampu Kalis
Bruno, Steyr, Nato, Woah
Marco Polo, Rambo, Go

[Ernie Zakri]
Sila Was-Was Nama Yang Diseru
Nanti Das-Das Datang Ubat Rindu
Halilintar, Malam Biru
Silakan Kalau Benar-Benar Jaguh, Ayuh
Ayuh, Kalau Benar-Benar Jaguh, Ayuh
Tiada Negosiasi, Masa Untuk Aksi
Nyawa Dipertaruh, Ayuh

-

Carian : Lagu Baru Melayu 2023 | Single Malique, Ernie Zakri, Aman RA, Kmy Kmo - Ayuh 2023 | Lirik Lagu Malique, Ernie Zakri, Aman RA, Kmy Kmo - Ayuh Mp3 | Lirik Lagu Malique, Ernie Zakri, Aman RA, Kmy Kmo - Ayuh Download | Lirik Lagu Malique, Ernie Zakri, Aman RA, Kmy Kmo - Ayuh Mp3 | Lirik Lagu OST Filem Polis Evo 2023 



Post a Comment

0 Comments