![]() |
Senarai Filem Melayu 2023 |
Senarai Filem Melayu 2023 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Para peminat filem melayu pasti tidak sabar untuk mengetahui apakah filem-filem terbaru daru Malaysia khususnya filem Melayu menarik yang akan ditayangkan pada tahun 2023. Selepas kutipan filem kita yang memberansangkan pada tahun 2022, MOMI harap 2023 banyak lagi filem yang terbaik dihasilkan dari pengarah-pengarah dari Malaysia. Berikut adalah senarai filem Melayu tahun 2023 yang MOMI sempat senaraikan khas untuk anda. Senarai filem melayu 2023 ini termasuk yang akan ditayangkan di pawagam, siaran berbayar dan platfrom streaming. Enjoys!
Baca Juga :
![]() |
Poster Filem "Escape" |
Escape (DMY Creation Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan : 5 Januari 2023
Genre: Ngeri
Durasi: 1 Jam 48 Minit
Pelakon: Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Jalaluddin Hassan, Riz Amin, Jue Aziz, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa
Pengarah: Ikhwansha Hazer
Format: 2D
Sinopsis Escape :
Adam terpaksa mendedahkan lokasi cip peranti senjata yang diseludupnya kepada pihak berkuasa apabila dia dituduh sebagai pengganas dan dikurung di dalam sebuah bilik misteri. Malangnya, dia mendapati pihak berkuasa itu sebenarnya adalah kumpulan pengganas yang mempunyai rancangan jahat. Walaupun tidak mengingati apa-apa kerana mengalami amnesia, kini Adam perlu mencari jalan untuk membebaskan diri dari bilik itu dan menyelamatkan dunia sebelum terlambat.
Trailer Escape : Trailer Rasmi
Filem Melayu Yang Akan Ditayangkan
![]() |
Poster Filem "Duan Nago Bogho" |
Duan Nago Bogho (Empire Film Solution)
Tarikh Tayangan: 16 Januari 2023
Genre: Drama
Durasi : 1 Jam 58 Minit
Pelakon: Mohd Asrulfaizal, Jojo Goh, Sabri Yunus, Rosyam Nor, Sangeeta Krishnasamy
Pengarah: Sabri Yunus
Sinopsis Duan Nago Bogho :
Duan, artis Mak Yong, berhijrah ke Kuala Lumpur atas desakan ibu bapanya selepas terbabit dalam pergaduhan di kampung. Dia berkenalan dengan rakan sekampung dan bekerja dalam pelbagai kerja sambilan namun kehidupan baharunya di bandar tidak menghalangnya untuk terus bergiat dalam seni Mak Yong yang telah sebati dalam jiwanya. Dia bertempur dengan sekumpulan penjenayah apabila dia cuba menyelamatkan seorang gadis. Dia diculik kerana dendam masa lalu yang menyebabkan abang kepada seorang ketua penjenayah dijatuhi hukuman mati kerana membunuh teman lelakinya.
Trailer Duan Nago Bogho: Trailer Rasmi
![]() |
Poster Filem "Eva" |
Eva (D’Alpha Legacy (M) Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2023
Genre: Thriller
Durasi : 1 Jam 35 Minit
Pelakon: Nadia Aqilah, Nadia Brian, Shamshul Danish, Jalaludin Hassan, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Sheera Iskandar, Jay Iswazir
Pengarah: Suhaiza Aziz
Sinopsis Eva :
Eva ialah seorang peguam tetapi tinggal di dalam dua orang lain - Amy, seorang pakar forensik, dan Mike, seorang pembunuh. Ini kerana akibat trauma penderaan seksual zaman kanak-kanaknya, Amy mempunyai pelbagai personaliti. Anak lelaki Eva cuba memahami dan membantu ibunya apabila Mike menjadi lebih kuat untuk mengambil alih badan Eva sebagai watak dominan... meletakkan semua orang dalam bahaya.
Trailer Eva : Trailer Rasmi
![]() |
Poster Filem "Coast Guard Malaysia : Ops Helang" |
Coast Guard Malaysia: Ops Helang (MIG Beats Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 2 Februari 2023
Genre: Aksi
Durasi : 1 Jam 30 Minit
Pelakon: Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Fizz Fairuz, Wanna Ali, Hazama, Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Iman Zulkarnaian, Azlan Komeng, Yuzz Nor, Kodi Rasheed, Adlin Aman Ramlie
Pengarah: Pitt Hanif
Sinopsis Coast Guard Malaysia: Ops Helang :
Hafiz, seorang pegawai Pengawal Pantai Malaysia, sedang meraikan pertunangannya di sebuah resort pantai bersama tunangnya. Entah dari mana, sekumpulan pengganas merampas hotel dan menculik tunangnya dan keluarganya. Beberapa tetamu diambil sebagai tebusan, manakala yang lain dibunuh dengan kejam. Hafiz berjaya melarikan diri dengan hanya beberapa kecederaan, dan dia segera mengatur misi mencari dan menyelamat untuk mendapatkan semua orang kembali dengan selamat.
Trailer Coast Guard Malaysia: Ops Helang : Trailer Rasmi
![]() |
Poster Filem - Harum Malam |
Harum Malam (Apparat, D’Ayu Pictures, Skop Productions)
Tarikh Tayangan: 9 Februari 2023
Genre: Seram / Fantasi
Pelakon: Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud, Faizal Hussein, Idan Aedan, Arnie Shasha, Angelica Petra
Pengarah: Dain Said
Sinopsis Harum Malam :
Mengisahkan tentang pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia. Keupayaan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib. Satu peristiwa telah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat merbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa ini untuk melawan makhluk tersebut.
Trailer Harum Malam : Trailer Rasmi
![]() |
Poster "Didi & Friends The Movie" |
Didi & Friends The Movie (Astro Shaw)
Tarikh Tayangan: 23 Februari 2023
Genre: Muzikal, Animasi
Durasi : --
Pelakon: Nur Insyeerah, Adilia Myra, Adam Muqri, Khairul Ammar, Akmal Aziz Asmawi, Dato' Awie, Amelia Henderson, W.A.R.I.S, Ruminah Sidek
Pengarah: Roshfaizal Ariffin & Akmal Aziz Asmawi
Sinopsis Didi & Friends The Movie :
Didi, Nana dan Jojo adalah tiga sekawan rapat dari Pekan Horey yang aman damai. Semua penduduk pekan mengenali mereka yang sukar dipisahkan dan sentiasa bersama! Tahun ini,
Pak Atan dan orang-orang besar pekan bersetuju melantik mereka bertiga untuk mengendalikan Konsert Hora Horey.
Didi sangat teruja dan menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan serius. Semanya berjalan lancar, hinggalah pada suatu hari Didi melakukan kesilapan besar dan menyebaban Pak Atan dan Pak Beruang perlu mengembara ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan.
Akan tetapi Didi dapat tahu bahawa Pak Atan dan Pak Beruang dalam bahaya kerana ada lanun langit mister bernama Torra yang sedang menjejaki mereka untuk mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Didi nekad untuk ke Muzika demi membèri amaran kepada mereka.
Trailer Didi & Friends The Movie : Trailer Rasmi
![]() |
Poster Filem "Imaginur" |
Imaginur (Lumatic Films)
Tarikh Tayangan: 23 Februari 2023
Genre: Drama / Fantasi
Durasi : 1 Jam 30 Minit
Pelakon: Beto Kusyairy, Diana Danielle, Afdlin Shauki, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Mior Hashim Manap, Rahim Razali, Takahara Suiko, Anas Ridzuan
Pengarah: Nik Amir Mustapha
Sinopsis Imaginur :
Kisah seorang lelaki yang berdepan pelbagai kejadian pelik apabila menggunakan ihdmat hipnosis. Kehidupan Zuhal menjadi kacau bilau apabila masa lepas dan masa depan bercampur-baru. Kehadiran wanita misteri, Nur menjadi tanda tanya.
Trailer Imaginur : Trailer Rasmi
![]() |
Poster Filem "Imam" |
Imam (Alkahfi Pictures Sdn Bhd.)
Tarikh Tayangan: 2 Mac 2023
Genre: Drama
Durasi : 2 Jam
Pelakon: Faizal Hussein, M. Nasir, Vanidah Imran, Natasha Charmaine, Omar Abdullah, Sophia Ibrahim, Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Rahim Razali, Noramin Mosyi, Dewa Sapri, Sani Sudin, Rahim Jailani dan Rasdi Daud
Pengarah: Mior Hashim Manap
Sinopsis Imam :
Imam merupakan sebuah filem adaptasi novel Sasterawan Negara, Allahyarham Abdullah Hussain yang diterbitkan pada tahun 1995. Mengisahkan perjuangan seorang imam, Haji Mihad yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya. Pembaharuan yang nak dibawa oleh beliau mendapat tentangan daripada beberapa pihak yang beragama Islam.
Trailer Imam : Trailer Rasmi
Sumpahan Syaitan (-)
Tarikh Tayangan: 2 Mac 2023
Genre: Seram
Durasi : --
Pelakon: AC Mizal, Farid Kamil, Saiful Apek, Jalaluddin Hassan, Nynaa Harizal
Pengarah: Roy
Sinopsis Sumpahan Syaitan :
akan dikemaskini
Trailer Sumpahan Syaitan : Trailer Rasmi
![]() |
Poster Filem PULAU |
PULAU (My Way Pictures, Filmforce Studio, WebTVAsia)
Tarikh Tayangan: 9 Mac 2023
Genre: Seram / Thriller
Durasi : 1 Jam 51 Minit
Pelakon: Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Joey Leong, Sanjna Suri, Evie Feroza, Nam Ron, Sabronzo, Jazmy Juma
Pengarah: Euho
Sinopsis PULAU :
Percutian sekumpulan remaja bertukar menjadi mimpi ngeri yang ngeri selepas mereka kalah dalam pertaruhan dan terpaksa bermalam di pulau terbiar. Apabila mereka terjumpa sebuah perkampungan terbiar yang misteri di sana, mereka secara tidak sengaja mematahkan mantera lama yang diletakkan untuk menahan semangat antagonis yang terperangkap di pulau itu. Satu demi satu, mereka mengalami akibat yang mencengkam dan mengerikan kerana melepaskan makhluk jahat yang memerlukan darah manusia untuk terus hidup. Satu-satunya jalan keluar adalah di tangan seorang gadis yang sangat perlu menggunakan hadiah ghaibnya untuk menguraikan sejarah yang meresahkan yang berkaitan dengan kisah cinta silang budaya yang tercemar.
Trailer PULAU : Trailer Rasmi
![]() |
Poster FIlem "Eidolon : Bayangan Dendam" |
Eidolon: Bayangan Dendam (Full Billion Entertainment)
Tarikh Tayangan: 9 Mac 2023
Genre: Seram
Durasi : --
Pelakon: Cheah, Chazynash, Tyty Nazmin, Cik My
Pengarah: Don Hoe
Sinopsis Eidolon: Bayangan Dendam :
akan datang
Trailer Eidolon: Bayangan Dendam : Trailer Rasmi
![]() |
Poster Filem "Malbatt Misi Baraka" |
Malbatt Misi Bakara (Astro Shaw, GSC Movies)
Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2023
Genre: Seram
Durasi : --
Pelakon: Bront Palarae, Shaheizy Sam, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Fauzi Nawawi
Pengarah: Adrian Teh
Sinopsis Malbatt Misi Bakara :
Pada 1993, 19 askar dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), rejimen paling kanan dalam tentera Malaysia, dihantar dalam misi berbahaya untuk menyelamatkan 70 Renjer AS yang terperangkap di Pasar Bakara di Somalia semasa perang saudara.
Trailer Malbatt Misi Bakara : Trailer Rasmi
Filem Melayu Yang Bakal Ditayangkan
- Raja Hitam (Horizon Film Entertainment)
Pengarah : Aliff Ihsan Rahman
Pelakon : Beto Kusyairy, Khir Rahman, Azizul Ammar
- Batu Syaitan (D-Bay Film Factory & Redfiress Film Prod.)
Pengarah : Roy
Pelakon : Kudien Rafee, Puteri Lofea, Fezrul Khan, Reen Rahim, Adam Shahz, Imuda,J alaludin Hassan, Yassin Yahya
- Padang Kertas (Horizon Film Entertainment)
Pengarah : Khir Rahman & Sein Qudsi
Pelakon : Khir Rahman, Rosdeen Suboh, Jalil Hamid, Nam Ron, Fauziah Nawi, Vanidah Imran, Pekin Ibrahim, Ako Mustapha, Syed Muhammad Baqir, Avaa Vanja
- Maharaja Bomoh
Pengarah : Roy
Pelakon : AC Mizal, Adam Shahz, Ain Sufiaa, Azlan Komeng, Imuda, Jalaludin Hassan, Lan Pet Pet, Nynaa Harizal, Syaiful Zero, Yassin Yahya
- The Lord: Musang King (Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd.)
Pengarah : Khir Rahman & Sein Qudsi
Pelakon : Yusuf Bahrin, Harissa, Fimie Don, Azri Sabri, Hafidzuddin Fazil, Eddie Chow,Kwak Dong Hyuk,Kim Bo Yeon
- Dead Boys Club @ #GengKubur (Iron Hill Media)
Pengarah : Gavin Yap
Pelakon : Sasidaran S, Lion Chong, Firdaus Sufiyan, Mia Sara Shauki
- Mat Tudung Begin (Rain Maker Creation)
Pengarah : Fizz Fairuz
Pelakon : Fizz Fairuz, Isyariana, Achey, Mariam Kimchi, Kazar, Fazlina Ahmad Daud, Acong Sweetchild, Mimi Peri
- Jemputan Ke Neraka (AN Universal)
Pengarah : Amor Rizan
Pelakon : Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Amy Nur Tinie, Nick Syaf, Jasper Supayah, Alif Hadi
- Saadiah: Bekal Kasih Merdeka (Pencil Pictures & Records)
Pengarah : Ellie Suriaty
Pelakon : Khatijah Tan, Kaka Azraff, Azrel Ismail, Faizal Hussein
- Maryam Pagi Ke Malam (Anomalous Films & Rhu Graha)
Pengarah : Badrul Hisham Ismail
Pelakon : Sofia Jane, Omar Abdullah, Roslan Madun, Azman Hassan, Pekin Ibrahim, Bella Rahim
- War Of Terror (Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro & Six Fun Media)
Pengarah : Kroll Azry
Pelakon : Aedy Ashraf,Farali Khan,Daiyan Trisha,Qi Razali,Kahoe Hon,Noki K-Clique,Samarinna Tolhip,Laura Olivia
- magiK (42nd Pictures)
Pengarah : Yasu Tanaka
Pelakon : Qisya Hairulzain, Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Ruminah Sidek, Nam Ron, Iman Corinne Adrienne, Chacko Vadaketh, Sam Husny Hassan, Roy Azman, Eqif
- Masterpicisan (Skop Production)
Pengarah : Nam Ron
Pelakon : tidak diketahui
Genre : -
- Musyrik (White Merpati Entertainment)
Pengarah : Arjin Uppal
Pelakon : Aeril Zafrel, Ashraf Muslim, Ruhainies, Aishah Alias, Arwan Umar, Qaseh Shuhada, Neera Azizi
Genre : -
- ADIWIRAKU 2 - THE GEMENCHEH BOYS (SOL Pictures)
Pengarah : Eric Ong & Jason Chong
Pelakon : Pekin Ibrahim, Farah Ahmad, Azman Hassan, Fara Fauzana
Genre : Drama
- Banglo Seksyen 12 (Prisma Picture)
Pengarah : Dharma
Pelakon : Mustaqim Bahadon, Intan Ladyana, Faez Malek, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Hariz Hamdan, Farah Shah & Windz Neom
Genre : Seram
- Indera (Greenlight Pictures, Lomo Pictures)
Pengarah : Woo Ming Jin
Pelakon : Shaheizy Sam, Adlin Aman Ramlie, Azira Shafinaz
Genre : -
- Roxana (Nizra Entertainment)
Pengarah : Reza Shukor
Pelakon : Raysha Rizrose, Amir Nafis, Anas Ridzuan, Jasper Supayah, Nazeera Sardi, Trisha Ooi, Mat London, Amen Khalid, Azam Rhadio
Genre : -
*Info diatas akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
**Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.
***Beberapa info dalam entri ini diambil dari Twitter @FilemKita
Senarai Filem Tahun 2023 | Filem Gempak Melayu Tahun 2023 | Download Filem Melayu 2023 | Trailer Filem Melayu 2023 | Senarai Filem Melayu 2023 | Senarai Filem Aksi Melayu 2023 | Senarai Filem Cinta Melayu 2023 | Senarai Filem Seram Melayu 2023