Senarai Filem Melayu 2022

Senarai Filem Melayu 2022

Senarai Filem Melayu 2022 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Para peminat filem melayu pasti tidak sabar untuk mengetahui apakah filem-filem Malaysia khususnya filem Melayu menarik yang akan ditayangkan pada tahun 2022. Buat masa ini hanya ada beberapa filem sudah diumumkan tarikh tayangannya. Jom tengok senarai filem Melayu tahun 2022.

Filem Melayu Tahun 2022 

Senarai Filem Melayu 2022

Gracias Barcelona (Azura Pictures Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 13 Januari 2022 (Astro First 480)
Genre: Romantik, Drama
Pelakon: Kamal Adli, Fathia Latiff, Afiq Muiz, Bell Ngasri
Pengarah: Feroz Kader
Sinopsis Gracias Barcelona : 
Cinta Kamal dan Fatiha berputik sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan tergugat apabila kembali ke tanah air. Dalam usia yang masih muda dan kesempitan hidup, Fatiha tewas dengan ujian dan dugaan alam perkahwinan apabila dia memilih untuk mengejar kesenangan dan godaan orang ketiga. Tinggallah Kamal dengan kasih setia yang terpahat dan tersimpul mati di dalam hatinya.

Kamal bertemu Fatiha di Barcelona, Sepanyol ketika mereka menjadi pelajar di Universiti yang sama. Pertemuan yang pada mulanya tiada membibitkan apa-apa perasaan, akhirnya bertukar kepada rasa cinta. Demi menghalalkan sebuah perhubungan, terutama ketika di negara asing, mereka mengambil keputusan untuk bernikah tanpa pengetahuan keluarga di tanah air. Kasih sayang Kamal terhadap Fatiha terlalu mendalam, tiada yang dapat memisahkan mereka dan sanggup berkorban apa saja demi Fatiha. Kehidupan dan dugaan hidup di negara asing berlainan, tiada dugaan dari keadaan sekeliling atau dari pihak ketiga. 

Sekembalinya mereka ke tanahair, Fatiha sedang mengandung. Keluarga yang terasa dipinggirkan kerana tidak diberitahu akan perkahwinan mereka, mula menyisihkan diri. Tidak seperti yang dijangkakan, walaupun Kamal dan Fatiha mempunyai ijazah luar negara, sekembalinya mereka ke Malaysia, mereka masih tidak mendapat peluang pekerjaan yang berpatutan dengan kelayakan mereka. Hiduplah Kamal dan Fatiha dalam serba kesempitan, apatah lagi dengan kehadiran bayi. 

Dugaan dan ujian mula mendatang apabila dihimpit kesempitan hidup. Kasih Fatiha terhadap Kamal mula tergugat. Barulah Fatiha rasakan yang dia belum bersedia untuk hidup bekeluarga dan membesarkan seorang bayi dalam usia muda. Naluri mudanya mula mendambakan kesenangan hidup, tidak mahu memikul tanggungjawab membesarkan bayi dan hidup dalam kesempitan dengan suami yang tidak dapat memberinya kesenangan hidup. 

Kehadiran kekasih lama Adam menambahkan konflik cinta Kamal dan Fatiha. Fatiha meninggalkan suami dan anak demi mengejar kesenangan hidup, lupa segala janji pada Kamal untuk sentiasa setia hidup bersama dalam susah dan senang.

Trailer Rumah : Trailer Rasmi



Jeritan Jin (Redfiress Film Production)
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2022 (Astro First)
Genre: Seram
Pelakon: Riz Azmin, Along Eyzendy, Azlan Komeng, Dato Jalaludin Hassan, Arin Raja Lawak, Kenji Sawahii, Ruminah Sidek, Shira, Pak Ya Sepatu, Kak Girl
Pengarah: Roy WCC Fdam
Format: Digital
Sinopsis Jeritan Jin : 
Kisah Zack, seorang bapa yang kembali dari penjara, ingin memulakan hidup baru bersama anak perempuannya, Nisa. Hasratnya untuk tidak mencuri lagi terganggu apabila anaknya dimasukkan ke dalam hospital dan memerlukan duit rawatan yang besar. 

Tiga mafia Peter Lim, Jaafar dan Sara Bhai merancang untuk melabur RM15 juta dalam perjudian Piala Dunia. Dengan harapan untuk membayar kos rawatan anaknya, Zack menerima tawaran daripada Malik yang berniat untuk mencuri wang tersebut. Selepas rompakan itu, Malik menyembunyikan wang tunai di sebuah kilang terbiar yang membawa mereka berdepan dengan jin yang sudah lama tidak diganggu.

Trailer Jeritan Jin : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

Hantu Kuat Ketawa (MW Entertainment Sdn Bhd & Al Najwa Production)
Tarikh Tayangan: 27 Januari 2022 (Astro First)
Genre: Komedi Seram
Pelakon: Saiful Apek, Along Cham, Syanie, Zarina Anjoulie, Anas Tahir, Mawi, Anas Tahir, Johan As'ari, Imam Muda Asyraf, Ustaz Zulkifli Hamai, Azhar, Kefli, Deen Maidin
Pengarah: Mawi World
Format: Digital
Sinopsis Hantu Kuat Ketawa : 
Mengisahkan sekumpulan ‘scammer’ yang dikenali sebagai 'engkau scam' amat dikehendaki pihak berkuasa. Mereka cuba melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah hutan. Dalam tempoh persembunyian, mereka sering diganggu oleh entiti misteri dan suara ketawa yang tidak henti-henti sehinggakan mereka sendiri seakan-akan dirasuk oleh hantu ketawa. Akibatnya, mereka akan ketawa tanpa henti tanpa sebab.

Trailer Hantu Kuat Ketawa : Teaser

Senarai Filem Melayu 2022

Operasi UFO (MBC Pictures)
Tarikh Tayangan: 5 Februari 2022 (Astro First)
Genre: Komedi Sains Fiksyen
Pelakon: Wan Hanafi Wan Su, Fauziah Nawi, Sathia, Louisa Chong, Sharif Zero, Jasmin Hamid, Munir Zainal, Rudy Mulyady, Fahrin Ahmad, Vicha, Redza Rosli, Rozita Che Wan, Hairi Anak Awang, Wan Shade, Adeline Tsen
Pengarah: Khairul Anuar Mat Nor (Abang Warna)
Format: Digital
Sinopsis Operasi UFO : 
Mengisahkan tentang sekumpulan kawan baik di rumah orang-orang tua yang percaya ada UFO misteri menjanjikan kehidupan kekal abadi. Alien dari Planet 9 menjanjikan penduduk bumi kehidupan kekal abadi dengan membawa mereka ke planet baru. Selepas mendengar berita tersebut, Prof Din, Dato Rozita, Madam Angpau dan VJ merancang untuk melarikan diri ke Batu Pahat untuk mencari tapak pendaratan kapal angkasa UFO. Mereka melarikan diri dari Rumah Orang Tua selepas didera dan diseksa oleh penjaga mereka Cik Mawar. Apabila tiba di destinasi, mereka gagal menemui kapal UFO tersebut. Akhirnya Prof Din mendedahkan cerita sebenar.

Trailer Operasi UFO : Trailer

Senarai Filem Melayu 2022

Kongsi Raya (555 Film)
Tarikh Tayangan: 3 Februari 2022
Genre: Drama, Keluarga
Pelakon: Qasrina Karim, Wilson Lee, Harith Iskander, Erra Fazira, Chew Kin Wah, Ong Ai Leng, Teddy Chin, Amerul Affendi
Pengarah: Teddy Chin
Sinopsis Kongsi Raya : 
Seorang Gadis Melayu dan seorang chef Cina sedang bercinta tetapi mereka mesti terlebih dahulu memecahkan halangan perbezaan budaya antara keluarga mereka. Usaha mereka menjadi masam dan menjadikan bapa mereka saingan dalam perlawanan memasak kepentingan tinggi di TV. Jack, pengurus chef Cina yang berada dalam barisan untuk menggantikan restoran keluarganya dan Sharifah, penerbit program TV bapa chef selebritinya Rahim, jatuh cinta, tetapi bapa Jack menentangnya, dan meningkat dalam intensiti peribadi sehingga dua keluarga mencabar satu sama lain pada perlawanan memasak di TV. Jack dan Sharifah mesti mencari jalan penyelesaian sebelum melampaui batas, nasib baik ibu mereka berfikiran terbuka dan menggalakkan dua keluarga memahami dan menghormati antara satu sama lain bagi memecahkan benteng budaya.

Trailer Kongsi Raya : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

Syahadan (Trilion Marketing, Arkian Studio)
Tarikh Tayangan: 17 Februari 2022
Genre: Aksi
Pelakon: Al Jufferi Jamari, Anuar Rahman, Bob Megat, Wira Megat Zulkarnain, Fauzi Khalid, Taqiyuddin Hamid
Pengarah: Fairus Hussain, Halim Hassan
Sinopsis Syahadan : 
Syahadan mengisahkan tentang seorang remaja bernama Omar yang hidup tanpa matlamat yang sebenar. Ini menyebabkan ayahnya terpaksa menghantar Omar ke kampung untuk dibaiki akhlaknya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat melalui kaedah persilatan. Omar pada mulanya menentang dan tidak berminat mempelajari silat. Namun hatinya terbuka setelah gurunya Pak Daud berjaya menumpaskan empat orang samseng yang bersenjata di warung Kak Milah. 

Di sepanjang sesi latihan silat bersama Pak Daud, Omar terpaksa berhadapan dengan cabaran latihan fizikal dan mental untuk membina jatidiri sebagai orang silat. Setelah berjaya mewarisi ilmu persilatan, suatu hari Omar berdepan dengan kumpulan samseng yang merupakan sindiket penculikan kanak-kanak yang diketuai oleh Zed Punk. Berjayakah Omar menumpaskan kumpulan samseng berkenaan?

Trailer Syahadan : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

C144 (Redboy Pictures)
Tarikh Tayangan: 17 Februari 2022
Genre: Seram
Pelakon: Jackson Lee, Nor Mikhail, Shaun Liew, Ibrahim Edward, Jasmine Kaar, DyVianna James, Koey Har, Adery Chin
Pengarah: Jack Wong
Sinopsis C144 : 
2 ahli perkhemahan amatur, Jason & Kamal terjumpa apa yang kelihatan seperti tinggalan pesawat C-47B yang digunakan oleh tentera Amerika untuk menghantar makanan kepada rakan mereka yang telah terhempas di Malaysia pada 1945 semasa Perang Dunia Kedua. Kedua-duanya memandang antara satu sama lain, wajah mereka yang disinari matahari dari matahari pukul 3 berseri-seri kegembiraan. Penemuan akan membuat mereka berputar dengan cepat. Akan ada ekspedisi "Eksklusif" ke tapak nahas untuk pengembara dengan poket yang lebih dalam daripada rasa ingin tahu mereka.

Kumpulan 10 yang mendaftar untuk ekspedisi itu terdiri daripada warga Singapura, China, Thailand dan United Kingdom. Selepas 16 jam keluar dari landasan, dua 4WD membawa kumpulan 10 itu ke salah satu bahagian paling dalam dalam hutan tropika. Tanpa kerlipan cahaya matahari pada jam 15:00, kumpulan itu tidak lama kemudian mendapati mereka sesat.

Seperti biasa permainan menyalahkan bermula. Ketegangan dan cadangan yang bercanggah menyebabkan kumpulan itu menjadi 2. Mereka masing-masing akan mencari jalan sendiri. Dalam 144 jam akan datang, apakah misteri yang menanti mereka di dalam hutan? Bolehkah mereka mencari jalan ke tapak ranap?

Trailer C144 : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

Rumah (Mojo Projects Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 24 Februari 2022
Genre: Seram
Pelakon: Erra Fazira, Puteri  Balqis, Mak Jah, Sofea Shaheera, Asward Naslim, Shyrim, Riki Rikando,  Iswadi, Mohd Afifi, Gusion Lal, Mashanum, Mell Adnan
Pengarah: Kay
Sinopsis Rumah : 
Berkisarkan tentang seorang ibu tunggal yang cuba memberikan kesenangan dan keselamatan untuk anak perempuannya. Di sebalik cabaran yang mereka hadapi dalam hidup, Maya berazam untuk memberikan yang terbaik untuk anak perempuannya dan terus mencari rumah untuk diri mereka sendiri. Pencarian membawa mereka ke rumah teres lot tengah di bawah harga pasaran yang mereka beli tanpa berfikir panjang dan seramnya bermula.

Trailer Rumah : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali (Astro Shaw Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2022 (Astro First 480)
Genre: Komedi, Seram
Pelakon: 
Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Mat London, Dewa Sapri, Azman Mantra, Datin Paduka Eina Azman, Anis Nisham, Ahmad Yassin, Wong Wei Tian, Rasydan Zakaria, Nizam Mok Ram, Hafiz Aziz, Joey Daud, Yeop Hitler, Rashid Othman dan Dollah Cantik.
Pengarah: Amen Khalid
Format: 2D
Sinopsis Kampong Pisang Berbuah Dua Kali : 
Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.

Trailer Kampong Pisang Berbuah Dua Kali : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

Gila Gusti (APAC Wrestling, Lomo Pictures)
Tarikh Tayangan: 17 Mac 2022
Genre: Aksi
Pelakon: Ayez Shaukat Fonseka, Nor "Phoenix" Diana, Gotham, Syafie Naswip, Elizabeth Tan, Aisar Khaled, Pekin Ibrahim, Dato Jalaluddin Hassan, Nia Atasha
Pengarah: Silver Chung
Sinopsis Gila Gusti : 
Mengisahkan dua orang sahabat, Mamat dan Zul, obses terhadap gusti dan mengidolakan seorang ahli gusti bernama Naga. Apabila Naga tewas dalam perlawanannya dan patah semangat untuk terus bergusti, Mamat dan Zul nekad untuk membantu idola mereka mencari semula semangat yang hilang demi memenangi semua kejuaraan gusti Asia Pasifik.

Trailer Gila Gusti : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

Renjana (Mache All Star United Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 17 Mac 2022 (Astro First 480)
Genre: Drama
Pelakon: Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed, Sefik Khair, Emma Latah, Kamal Bakar, Ainin Batrisya
Pengarah: Mohd Fazli Yahya
Format: 2D
Sinopsis Renjana : 
Mengisahkan seorang wanita bernama Che Aminah dari Pulau Pinang yang dipandang hina oleh penduduk kampung. Berkahwin dengan Ramlee, dia dicurangi. Selepas bercerai, Che Aminah bertemu Johan dan dia mula mendapat semangat baharu.Dia kemudian belajar membaca dan menjadi guru wanita pertama di sebuah sekolah di Seberang Perak pada 1900-an.

Trailer Renjana : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

Autumn In Wales (Pencil Pictures & Records Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 24 Mac 2022 (Astro First 480), 31 Mac 2022 (Panggung Wayang)
Genre: Romantik Komedi
Pelakon: Eyka Farhana, Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Aznan, Amirul Haswendy, Fara Mendoza, Wanns Ahmad, Sissy Imann
Pengarah: Rahila Ali
Format: 2D
Sinopsis Autumn In Wales : 
Mengisahkan Aira yang sanggup ke Wales untuk membawa tunangnya, Darwish kembali ke Malaysia. Aira menyangka yang Darwish memutuskan pertunangan mereka kerana ada masalah di Wales namun semuanya terungkap yang Darwish memutuskan hubungan kerana perempuan lain, Marissa. Aira bertemu Mat Kelantan, Jaka yang bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah cafe. Jaka setuju untuk membantu Aira mendapatkan cinta Aira kembali.

Trailer Autumn In Wales : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Jaga-Jaga Senariounion (Botak Production Management Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 21 April 2022 (Astro First 480)
Genre: Komedi
Pelakon: Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan, Ilya, Nur Farisha Amira, Mas Said, Badrolshah, Syanie, Aman Shah
Pengarah: Aziz M. Osman
Format: 2D
Sinopsis Jaga-Jaga Senariounion : 
Keluarga dan sahabat handai Datuk Hamdan berkumpul untuk pengiring bakal pengantin - Amen (anak Datuk Hamdan) untuk acara akad nikah di rumah pengantin perempuan. Sebanyak 9 dulang hantaran bernilai RM50 ribu dibawa oleh pengiring.

Ketika dalam perjalanan, tiba tiba kereta rombongan diserang perompak dan kesemua dulang hantaran telah disamun. Akhirnya rombongan Datuk Hamdan tiba dirumah pengantin perempuan dengan tangan kosong. Ibu pengantin perempuan - Syanie curiga dengan insiden tersebut dan bertegas untuk membatalkan acara akad nikah. Ketegangan berlaku.

Muncul Saiful, seorang penyiasat insuran mengesyaki ada unsur sabotaj disebalik tragedi ini. Dia menghimpunkan kesemua mereka yang berkenaan. Dengan kebijaksaan, Saiful menyoal siasat kesemua mereka untuk mencari dalang yang sebenar. Siapakah yang merancang mencuri dulang hantaran dan kenapa?

Trailer Jaga-Jaga Senariounion : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Bunga dan Kayu (Infinitus Gold Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 3 Mei 2022 (Astro First 480)
Genre: Romantik, Komedi
Pelakon: MK K-Clique, Azira Shafinaz, Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin, Yazmin Aziz
Pengarah: Wann Hafiz
Format: Strim
Sinopsis Bunga dan Kayu : 
Noah seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1001 bencana, bukan hanya pada Bunya tetapi Noah juga.

Trailer Bunga dan Kayu : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Tiga Janda Melawan Dunia (GSC Movies)
Tarikh Tayangan: 19 Mei 2022
Genre: Aksi, Komedi
Pelakon: Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi, Abbas Mahmood
Pengarah: Hyrul Anuar
Sinopsis Tiga Janda Melawan Dunia : 
Midah, Rohayu dan Ani merupakan tiga janda yang kebetulan merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini. Apabila konsert terakhir penyanyi itu diumumkan, ketiga-tiga wanita itu cuba dan melakukan segala yang mereka mampu untuk mengumpul wang bagi tiket. Mereka mencipta perniagaan jus vape tanpa bahan tambahan, semulajadi dan bukan tembakau! Formula vape mereka terbukti berjaya dan mereka cukup untuk tiket konsert! Walau bagaimanapun, tanpa mereka sedar - jus vape semulajadi mereka telah menyebabkan ramai penagih dadah tidak sedarkan diri dan ini menyebabkan isu permintaan untuk ketua kartel dadah. Ini seterusnya memulakan rangkaian peristiwa lucu dan lucu yang akan mengubah kehidupan wanita selama-lamanya.

Trailer Tiga Janda Melawan Dunia : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

The Assistant (ACT 2 Pictures)
Tarikh Tayangan: 19 Mei 2022
Genre: Aksi
Pelakon: Iedil Dzuhrie Alaudin, Hairul Azreen, Henley Hii, Farali Khan, Chew Kin Wah, Coby Chong
Pengarah: Adrian Teh
Sinopsis The Assistant : 
Filem ini menceritakan kisah pasukan PASKAU yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan, yang bertugas melindungi manusia yang berkhidmat di negara yang dilanda perang, Namburi. Sekembalinya ke rumah mereka, pesawat mereka ditembak jatuh secara tiba-tiba oleh militan tempatan. Sembilan penumpang berjaya membuat lompatan mereka sebelum pesawat terhempas. Kembali ke Malaysia, setelah mendapat berita, tentera udara membuat persiapan untuk menyelamatkan. Adik ipar Adib, Zafran, seorang juruterbang SUKHOI yang bertapak, berjuang untuk peluang menyelamatkan mereka. Tentera udara mengerahkan pertolongan dan yang terselamat membuat jalan terakhir mereka untuk menyelamatkan.

Trailer The Assistant : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Rajawali (Muradijaya Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2022 (Astro First 480)
Genre: Aksi
Pelakon: Faizal Hussein, Dato M. Nasir, Umarul Mahdzar , Wan Hanafi Wan Su, Siti Saleha, Razali Hussain, Bil Azali, Yaya Maembong
Pengarah: Mamat Khalid & S. Amin Shahab
Format: Strim
Sinopsis Rajawali : 
Sekumpulan penggodam yang diketuai Maya, Harun dan Shahrul berjaya memecah sistem institusi kewangan dan menipu berjuta-juta ringgit dari akaun tidak aktif. Komang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan merekrut dan mengugut mereka agar melengkapkan misteri program komputer yang dipegangnya sekian lama. Diselamatkan Abang Long yang memiliki pengetahuan luas mengenai Silat, mereka merungkai misteri itu.

Seorang programmer yang bernama Arwin (Umarul Mahdzar Embong) telah mencipta ritual pemujaan ilmu hitam melalui sistem pengaturcaraan digital untuk membolehkan dia meningkatkan keampuhan seni mempertahankan diri dan ilmu kebatinan yang dipelajarinya. Sahabat seperguruannya iaitu Komang (M.Nasir) diamanahkan oleh guru mereka Tok Wan (Wan Hanafi Wan Su) untuk menyelamatkan Arwin. Pertarungan yang berlaku diantara Komang dan Arwin memaksa Abang Long (Faizal Hussein) memikul beban dan tanggungjawab yang diserahkan oleh Tok Wan untuk menghapuskan penaklukan ilmu hitam itu. Apakah hubungan diantara Abang Long dan Komang sehingga Abang Long sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan Komang?

Trailer Rajawali : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

Mistik 3 Logi Puaka (D' Cinema Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 2 Jun 2022
Genre: Drama, Seram
Pelakon: Zalif Sidek, Jalaluddin Hassan, Abdul Rahman Kasim, Yank Kassim
Pengarah: Ram Che Ngah, M.H.Sitih
Sinopsis Mistik 3 Logi Puaka : 
Sebuah antologi filem seram yang mengandungi tiga cerita; Ramlee - seorang penulis skrip berhasrat untuk memenangi anugerah Oscar tetapi melalui jalan yang salah untuk mencapainya, Ravi - seorang guru sekolah membeli telefon bimbit terpakai tanpa mengetahui bahawa roh jahat berada di dalamnya, dan sebuah bas bergerak ke dimensi yang berbeza.

Trailer Mistik 3 Logi Puaka : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah (ZSA Productions)
Tarikh Tayangan: 9 Jun 2022 (Astro First 480)
Genre: Komedi
Pelakon: Dato’ Rahim Razali, Zahim Albakri, Sean Ghazi, Na’a Murad, Bernice Chauly, Juliana Ibrahim, Bernie Chan, Carliff Ridzwan Carleel, Joelah Charles, Junji Delfino, Amerul Affendi, Nam Ron, Harith Iskander, Dara Othman, Ida Nerina, Melissa Saila, Sabrina Hassan, Diana Danielle, Nanu Baharudin
Pengarah: Zahim Albakri
Format: 2D
Sinopsis Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah : 
Filem adaptasi dari pentas Spilt Gravy On Rice karya Allahyarham Jit Murad, mengenai sebuah keluarga Melayu kelas pertengahan atas yang agak porak peranda. Bapak (Rahim Razali) merasakan bahawa dia tidak lagi mempunyai masa yang panjang, jadi dia menjemput kesemua anak anaknya untuk makan malam petang berikutnya untuk membincangkan mengenai wasiat, di mana sebahagian besarnya adalah tentang rumah keluarga yang meliputi beberapa ekar di pusat bandar Kuala Lumpur itu. Satu lawatan tidak dijangka oleh dua orang asing menyebabkan Bapak menukar rancangannya dan menyegerakan makan malam di hari itu juga. Dia mengirimkan pesanan untuk anak anaknya tetapi mampukah mereka semua menerima mesej itu? (Sumber : myinfotaip)

Trailer Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

Rompak (4ward Pictures, Intraday)
Tarikh Tayangan: 16 Jun 2022 (Astro First 480)
Genre: Fiksyen
Pelakon: Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, MK K-Clique, Azhar Sulaiman, Ezlynn, Niezam Zaidi, Chubb E, Siti Khadijah Halim
Pengarah: Ghaz Abu Bakar
Format: Strim
Sinopsis Rompak : 
Berkisarkan tentang Ashraf, lakonan Zizan Razak yang bakal melangsungkan perkahwinan tetapi telah mempertaruhkan semua wang simpananya dalam satu skim pelaburan cepat kaya tanpa menyedari ianya adalah skim penipuan. Setelah menyedari beliau ditipu, Ashraf mula mencari ketua sindiket 'scam' tersebut iaitu Farouk lakonan Tony Eusoff. Dalam masa yang sama, beliau turut berkenalan dengan beberapa mangsa scam yang lain seperti Daniel lakonan MK, Sarah lakonan Ezlynn dan Pakcik Kassim lakonan Azhar Sulaiman.

Trailer Rompak : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Mat Kilau (Studio Kembara)
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2022
Genre: Aksi, Biografi, Drama
Pelakon: Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As'ari, Wan Hanafi, Yayan Ruhian, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Namron, Shaharuddin Thamby, Ellie Suriaty
Pengarah: Syamsul Yusof
Sinopsis Mat Kilau : 
Mengisahkan seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British. Mat Kilau dibikin dalam suasana tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu. Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British. Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Trailer Mat Kilau : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

35mm (Nine Flix Production Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 21 Jun 2022 (Astro First 480)
Genre: Pengembaraan, Fantasi, Komedi
Pelakon:  Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Kenji Sawahii, Puteri Kapitan Hung, Hushairy Hussein , Melanie Tan, Ainul Yakin, Mohammad (Abe Mat), Xing Hu, MN Badri, Wea Selamos, Mamu Abu
Pengarah: Syahmi Sazli & Senibayan
Format: Strim
Sinopsis 35mm : 
35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British. Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun. (Sumber : myinfotaip)

Trailer 35mm : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Musyrik (White Merpati Entertainment Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 7 Julai 2022
Genre: Seram
Pelakon: Aeril Zafrel, Ruhainies, Ashraf Muslim, Aishah Ilias
Pengarah: Arjin Uppal
Format: 2D
Sinopsis Musyrik : 
Aril seorang yang pemarah yang sentiasa mendapat masalah sehingga menjejaskan kerja dan hubungan keluarga. Disebabkan kesalahannya pada masa lalu, makhluk rohani mula mengganggu dan mempengaruhinya untuk mencederakan keluarganya sendiri sebagai sebahagian daripada membalas dendam dari masa lalunya.

Trailer Musyrik : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Jerangkung Dalam Almari (Empire Film Solution)
Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2022
Genre: Seram
Pelakon: Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah
Pengarah: Shadan Hashim
Format: 2D
Sinopsis Jerangkung Dalam Almari : 
Kehidupan Fikri tidak tenang kerana dia sering diganggu oleh penampakan yang muncul dari almari, mengancam isteri dan anaknya. Berbekalkan ajaran Pak Hassan, Fikri pulang ke rumah lamanya tetapi dia terpaksa berdepan dengan abangnya Ali, yang menyembunyikan rahsia gelap misteri di sebalik ancaman Makhluk di dalam almari.

Trailer Jerangkung Dalam Almari : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Gadis Jolobu The Movie (GSC Movies)
Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2022
Genre: Komedi, Romantik
Pelakon: Khir Rahman, Joey Daud, Datuk Hattan, Ahirine Ahirudin
Pengarah: C.L. Hor
Format: 2D
Sinopsis Gadis Jolobu The Movie : 
Tiga bujang yang rapat sejak zaman kanak-kanak mereka dan mereka berusaha untuk mencari pasangan di kampung halaman mereka. Kutukan "Lambat Sunat, Lambatlah Kahwin" sering bermain di fikiran mereka dan ini menyukarkan mereka untuk mencari jodoh mereka kerana mereka terus menghadapi pelbagai masalah. Bertentangan dengan budaya dan tradisi unik Minangkabau di Negeri Sembilan.

Trailer Gadis Jolobu The Movie : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2021

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (GSC Movies)
Tarikh Tayangan: 25 Ogos 2022
Genre: Aksi
Pelakon: Aiman Hakim Redza, Dato’ Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As’ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali, Anas Ridzuan, Iman Corinne, Niezam Zaidi
Pengarah: Zulkarnain Azhar, Frank See
Format: 2D
Sinopsis Air Force The Movie: Selagi Bernyawa : 
Filem ini menceritakan kisah pasukan PASKAU yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan, yang bertugas melindungi manusia yang berkhidmat di negara yang dilanda perang, Namburi. Sekembalinya ke rumah mereka, pesawat mereka ditembak jatuh secara tiba-tiba oleh militan tempatan. Sembilan penumpang berjaya membuat lompatan mereka sebelum pesawat terhempas. Kembali ke Malaysia, setelah mendapat berita, tentera udara membuat persiapan untuk menyelamatkan. Adik ipar Adib, Zafran, seorang juruterbang SUKHOI yang bertapak, berjuang untuk peluang menyelamatkan mereka. Tentera udara mengerahkan pertolongan dan yang terselamat membuat jalan terakhir mereka untuk menyelamatkan.

Trailer Air Force The Movie: Selagi Bernyawa : Teaser

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Anak Rimau The Movie (Keeklr Films)
Tarikh Tayangan: 1 September 2022
Genre: Drama
Pelakon: Beto Kusyairy, Idan Aedan, Kechikimi, Hanz Daniel Skelchy, Adam Corrie
Pengarah: Areel Abu Bakar
Format: 2D
Sinopsis Anak Rimau The Movie 2022 : 
Sekumpulan pemain bola sepak dari latar belakang berbeza berhempas pulas ketika mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk masuk ke dalam pasukan kebangsaan. Sepanjang perjalanan, mereka mempelajari banyak pelajaran berguna, seperti kerja berpasukan, nilai kekeluargaan, persahabatan sejati dan semangat tidak pernah berkata-mati.

Trailer Anak Rimau The Movie 2022 : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

Abang Long Fadil 3 (Skop Production)
Tarikh Tayangan: 8 September 2022
Genre: Aksi, Komedi
Pelakon: Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, AC Mizal, Shuib, Kazar Saisi, Ozlyn Wati
Pengarah: Syafiq Yusof
Format: 2D
Sinopsis Abang Long Fadil 3 : 
Fadil kembali dengan misi baharu dengan pertaruhan yang lebih tinggi - dia perlu menutup konspirasi jahat Chow Han semasa dia diburu oleh King Cobra yang ingin membalas dendam.

Trailer Abang Long Fadil 3 : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022

Juang (Asia Tropical Films, The Film Engine, Astro Shaw, Suhan Movies)
Tarikh Tayangan: 8 September 2022
Genre: Drama
Pelakon: Zizan Razak, Zul Ariffin, Janna Nick, Izzue Islam, Vanidah Imran, Jack Lim, Sangeeta Krishnasamy, Haoren, Rosyam Nor, Dian P. Ramlee, Steve Yap, Chew Kin Wah, Azri Sabri, Adibah Noor, Cedric Loo, Luqman Hafidz, Silfeny Osman, Wanna Ali, Puteri Rayyana, Angeline Tan, Baki Zainal, Dato’ Jalaludin Hassan, Abi Manyu, Dian P Ramlee, Bohari Ibrahim, Lisdawati, Fahrin Ahmad, Pekin Ibrahim, Duwerra Mitilda, Priscilla Abby, Gadrick Chin
Pengarah: Aziz M. Osman, Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali
Sinopsis Juang : 
Diinspirasikan daripada kisah benar. Enam cerita digabungkan dalam satu filem. Berkisar mengenai kisah-kisah petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, penghantar makanan dan ramai lagi.

Trailer Juang : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Ada Hantu 2 (GSC Movies)
Tarikh Tayangan: 15 September 2022
Genre: Komedi, Seram
Pelakon: Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Sophia Albarakbah, Fify Azmi, Henley Hii
Pengarah: Adrian Teh
Format: 2D
Sinopsis Ada Hantu 2 : 
Lima rakan, Aliff, Bariah, Talha, Jimmy dan Sasha kembali ke banglo lama milik arwah nenek Bariah dan mereka sedang dalam misi mencari hantu Jepun dan hantu Kimono yang muncul dalam mimpi Bariah. Kumpulan itu menghadapi beberapa insiden huru-hara di banglo itu terutama apabila mereka menemui satu lagi pintu misteri yang berada di dalam bilik pembantu rumah yang membawa kepada...

Trailer Ada Hantu 2 : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Deleted (Mega Films Distribution Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 15 September 2022
Genre: Aksi, Jenayah
Pelakon: Edmund Tay, Tien Hsin, Rosyam Nor, Vincent Ng, Fattah Amin, Zhu Houren, Henley Hii, Jack Neo
Pengarah: Kent Ng Lai Huat
Format: 2D
Sinopsis Deleted : 
The Singapore Special Tactics and Rescue (STAR) telah menerima arahan untuk menghapuskan semua aktiviti haram kumpulan jenayah terancang itu. Semasa misi itu, anak lelaki Four-faced Buddha, Shawn telah dibunuh oleh orang yang dikenal pasti, dan buah pinggang yang bertujuan untuk dijual secara haram telah dicuri juga. Four-faced Buddha adalah seorang pemerdagang manusia yang terkenal. Ahli STAR Vincent membenci dehumanisasi Four-faced Buddha, dan dia menyertai Bahagian Penyiasatan Khas Singapura untuk memusnahkan Four-faced Buddha. Dalam pada itu, Four-faced Buddhatelah menemui Yusoff, yang pernah menjadi pengajar STAR, bersembunyi di Malaysia. Yusoff adalah orang yang membunuh Shawn dan mencuri buah pinggang. Dia sanggup mengambil risiko kerana anak perempuannya dilahirkan dengan penyakit buah pinggang. Vincent dan pasukannya bergabung tenaga untuk memusnahkan organisasi Four-faced Buddha.

Trailer Deleted : Trailer Rasmi


Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Rasuk (GSC Movies)
Tarikh Tayangan: 29 September 2022
Genre: Seram
Pelakon: Alif Satar, Elisya Sandha, Ikmal Amry
Pengarah: James Lee
Format: 2D
Sinopsis Rasuk 2022 : 
Seorang guru sekolah terpaksa kembali bekerja walaupun dia masih terguncang dari tragedi yang menimpanya. Pada hari yang sama, lima pelajar pergi ke sungai untuk keluar apabila salah seorang daripada mereka menemui botol misteri dan secara tidak sengaja membukanya. Keadaan ini segera menjadi huru-hara apabila satu demi satu pelajar asrama menjadi milik. Untuk bertahan hidup, mereka harus bertahan, mereka telah bangkit untuk tantangan dan membuat pengorbanan utama.

Trailer Rasuk 2022 : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Seratus (MIG Beats Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 6 Oktober 2022
Genre: Aksi, Drama
Pelakon: Marissa Yasmin, Sara Ali, Sharul Kamal
Pengarah: Feroz Kader 
Format: 2D
Sinopsis Seratus 2022 : 
Apabila ibu Hafiz diculik, satu-satunya perkara yang boleh membantu menyelamatkannya ialah wang kertas RM100 yang ditinggalkan arwah bapanya - yang mengandungi petunjuk yang boleh membawanya mencari wang tebusan yang dituntut oleh penculik itu.

Trailer Seratus 2022 : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2021

Biko (GSC Movies)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2022
Genre: Drama / Romantik
Durasi: --
Pelakon: Azrel Ismail, Baby Shima, Sara Ali, Josiah Hogan, Syed Irfan
Pengarah: Teng Bee
Format: 2D
Sinopsis Biko : 
Izwan adalah seorang ayah tunggal dan dia bertekad untuk memberi nafkah yang selesa untuk anaknya, Biko. Sebagai pemandu lori, dia bekerja keras untuk mendapatkan impian untuk membeli rumah Biko tetapi dia ditipu oleh ejen harta tanah. Untuk memburukkan lagi keadaan, mereka dibuang dari flat sewaan mereka ketika mereka tidak dapat membayar sewa. Tanpa tempat tinggal, mereka tinggal di lori Izwan buat masa ini. Mengetahui bahawa mereka sangat memerlukan wang, Sherry, sahabat baik Izwan dan ibu baptis Biko membawa Biko ke ujibakat dengan penyanyi terkenal antarabangsa, Sara. Tanpa diketahui oleh semua orang, Izwan dan Sara mempunyai masa lalu.

Trailer Biko : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Poster Rasmi Filem - Talbis Iblis

Talbis Iblis (Astro Shaw & MM2 Entertainment)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 20 Oktober 2022
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pelakon: Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir
Pengarah: Kabir Bhatia
Format: 2D
Sinopsis Talbis Iblis : 
Mengisahkan tentang Hajar (Azira Shafinaz), yang memutuskan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Arshad (Amir Nafis) menghantar Hajar tinggal bersama Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya. Apa yang terjadi seterusnya? 

Trailer Talbis Iblis : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Remp-It 2 (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 November 2022
Genre: Aksi, Drama
Durasi: 1 Jam 45 Minit
Pelakon: Farid Kamil, Ahirine Ahirudin, Cat Farish, Muhammad Kamil, Niezam Zaidi, Izzue Islam
Format: 2D
Sinopsis Remp-It 2 : 
Sudah 13 tahun kejadian yang menimpa Madi dan Spark. Madi kini bekerja sebagai tenaga pengajar di pusat latihan scrambler yang dimiliki oleh Roy dan mengendalikan bengkel dengan Macha. Macha kini bahagia dengan isterinya, Ieka dan anaknya, tetapi itu tidak lama.

Trailer Remp-It 2 : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Belenggu (MM2 Entertainment)
Bahasa: Melayu, Mandarin, Kantonis
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 November 2022
Genre: Aksi, Drama
Durasi: 1 Jam 46 Minit
Pelakon: Pete Teo, Tan Chui Mui, Bront Palarae, James Lee, Zhiny Ooi, Nik Hadiff Dani
Pengarah : Tan Chui Mui
Format: 2D
Sinopsis Belenggu : 
Moon Lee, seorang pelakon terkenal yang memenangi anugerah, telah menjadi ibu sepenuh masa dan penceraian sejak bersara. Terdesak untuk mendapatkan semula rasa dirinya, dia mengambil peluang untuk bekerja dengan rakan usaha sama lamanya, pengarah Roger Woo, sekali lagi. Hanya kali ini, dia melakonkannya sebagai peneraju dalam filem seni mempertahankan diri aksi sendiri. Peranan itu memerlukan latihan yang meluas dan walaupun Moon pada mulanya tidak pasti, dia meninggalkan anak lelakinya yang masih kecil dalam jagaan pembantu Roger dan komited dengan latihan mematahkan punggung. Sebaik sahaja dia mula mendapat sedikit keyakinan, Roger menyampaikan berita itu kepadanya: satu-satunya cara filem itu boleh bergerak ke hadapan ialah meletakkan bekas suaminya, Julliard, sebagai peneraju lelaki.

Trailer Belenggu : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Daddyku Gangster (Skop Production)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2022
Genre: Aksi
Durasi: 1 Jam 48 Minit
Pelakon: Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Adeline Tsen, Jay Iswazir, Ridzuan Hashim, Reen Rahim, Zalif Sidek, Wan Wala, Azri Iskandar, Vanidah Imran, Alieff Irfan, Angelica Petra, Arryyan Petra
Pengarah : Ismail Bob Hasim
Format: 2D
Sinopsis Daddyku Gangster : 
Ray ialah ketua geng yang mencuri kereta mewah, dan terlibat dalam kelab pergaduhan bawah tanah. Dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarganya, tetapi apabila abangnya Remy dan isteri Remy meninggal dunia dalam kemalangan yang tragis, Ray terkejut kerana abangnya telah menyatakan niatnya dalam wasiat dan telah memilih Ray untuk menjadi penjaga. daripada dua anaknya - Arisha dan Aidil.

Trailer Daddyku Gangster : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Mechamato Movie (Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2022
Genre: Animasi, Superhero
Durasi: 1 Jam 56 Minit
Pelakon : Armand Ezra, Adzlan Nazir, Fadhli Mohd Rawi, Ielham Iskandar, Marissa Balqis, Fazreen Mohd, Hazzley Abu Bakar, Feroz Faiza 
Pengarah : Nizam Razak
Format: 2D
Sinopsis Mechamato Movie : 
Amato menemui kapal angkasa penjara yang mengandungi robot jahat yang telah terhempas ke bumi. Salah satu robot tersebut ialah MechaBot yang mempunyai keupayaan untuk mekanisasi objek harian menjadi peranti berteknologi tinggi. Amato berjaya mengakali MechaBot dan menjadi tuannya. Sejak itu, Amato dan MechaBot bekerjasama untuk mencari dan menangkap robot jahat itu.

Trailer Mechamato Movie : Trailer Rasmi

Senarai Filem Melayu 2022
Senarai Filem Melayu 2022

Hantu Tenggek (Veedu Production Sdn. Bhd. & MGE Production Sdn. Bhd.)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 Disember 2022
Genre: Komedi, Seram
Durasi: -
Pelakon: Saiful Tiro, Danial Zaini, Siti Khadijah, Sugeeta Chandran
Pengarah : Abdul Razak Mohaideen
Format: 2D
Sinopsis Hantu Tenggek : 
akan dikemaskini

Trailer Hantu Tenggek : Trailer Teaser



*Semua Poster belongs to google
**Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.
***Beberapa info dalam entri ini diambil dari Twitter @FilemKita

Senarai Filem Tahun 2022 | Filem Gempak Melayu Tahun 2022 | Download Filem Melayu 2022 | Trailer Filem Melayu 2022 | Senarai Filem Melayu 2022 | Senarai Filem Aksi Melayu 2022 | Senarai Filem Cinta Melayu 2022 | Senarai Filem Seram Melayu 2022

Post a Comment

0 Comments