Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu


Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu
Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu 


Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Drama bersiri popular sekitar tahun 2015, "She Was Pretty" lakonan Park Seo Jun dan Hwang Jeung-eum kini dihasilkan semula dalam versi Bahasa Malaysia. She Was Pretty Malaysia kini boleh disaksikan di perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka diterajui oleh PCCW, Viu. Drama komedi romantik yang dihasilkan semula ini dibintangi barisan pelakon hebat dari Malaysia. Tiga episod pertama boleh ditonton di Viu pada 23 Jun 2022, dengan dua episod baharu boleh ditonton setiap minggu, pada setiap hari Khamis, manakala tiga episod akhir boleh ditonton pada 4 Ogos 2022.

Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu

Sinopsis dan Info She Was Pretty Malaysia (2022)
She Was Pretty adalah sebuah drama komedi romantik, yang menceritakan kisah dua orang sahabat lama, Nadia dan Haniff, yang bertemu semula setelah menjalani perubahan besar dari segi nasib hidup dan penampilan diri mereka, dimana penceritaannya adalah berlatarbelakangkan majalah fesyen. She Was Pretty diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Viu untuk menghasilkan Ganjil pada tahun 2021. Filem beliau, Cicakman merupakan filem hit budaya popular, manakala Hikayat Merong Mahawangsa pula menerima lapan anugerah di Festivel Filem Malaysia 2011, termasuklah anugerah Filem Terbaik.

Trailer She Was Pretty Malaysia (2022)

Barisan Pelakon She Was Pretty Malaysia (2022)
Drama She Was Pretty membariskan pelakon hebat seperti Aiman Hakim Ridza, Diana Danielle, Alvin Chong, Daniella Sya, Yasmin Hani, Asha Merican, Shah Kimin, Adam Malek, Amelina dan Arena Wan. Pemilihan pelakon untuk She Was Pretty Malaysia ini memang sangat tepat dan masing-masing membawakan watak mereka dengan baik, terutamanya Diana Danielle. 

Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu
Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu 

Watak Nadia dilakonkan oleh Diana Danielle, yang melakonkan watak utama dalam siri Viu Original, Ganjil pada tahun 2021 dan merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin pada tahun 2019 untuk watak yang dilakonkan dalam Gol & Gincu Vol. 2. Watak Haniff pula dilakonkan oleh Aiman Hakim Ridza, yang popular dengan lakonannya dalam Kimchi Untuk Awak dan merupakan pemenang Artis Lelaki Baharu Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 pada tahun 2012.

Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu
Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu 

Daniella Sya pula memegang watak Kejora, setelah mengambil kira watak-watak yang dilakonkan beliau dalam Abang Long Fadil 3 dan Takut Ke Tak. Menyempurnakan barisan pelakon untuk komedi romantik ini ialah Alvin Chong, yang pernah memenangi Anugerah Instafamous 2017, dan dikenali melalui watak-watak yang dilakonkan beliau dalam drama Suri Hati Mr Pilot dan Awak Suka Saya Tak.

Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu
Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu 

Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu
Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu 

MOMI belum pernah menonton yang versi Korea dan memang menunggu apa yang jadi setiap episod. Jalan cerita drama ini sangat menarik dan 'lively' dengan watak Nadia yang kelakar dan ceria. Jom guys saksikan drama " She Was Pretty Malaysia" di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play dan televisyen pintar terpilih, serta laman Viu di www.viu.com. 

Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu
Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu 

Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu
Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu 

Menangi percutian ke Korea bersama pelakon Viu Original She Was Pretty dan Blimey!
Peraduan ini diumumkan oleh Blimey semasa majlis pelancaran drama Viu Original di Tropicana Gardens Mall pada 21 Jun. Peraduan ini bakal menyaksikan dua pasangan bertuah memenangi percutian ke Korea Selatan, ditemani pelakon utama She Was Pretty, Diana Danielle dan Alvin Chong, dan Blimey! 

Strim She Was Pretty Malaysia (2022) Di Aplikasi Viu
Peraduan She Was Pretty Malaysia


Berikut Adalah langkah-langkah untuk sertai Peraduan She Was Pretty
1. Anda perlu mengikuti akaun rasmi Instagram dan TikTok @ViuMalaysia dan @BlimeyToYou, serta nantikan posting babak terpilih She Was Pretty setiap minggu.
2. Muat naik video anda melakonkan semula atau memparodikan adegan tersebut di akaun Instagram atau TikTok anda, dan jangan lupa untuk dan hashtag #SheWasPrettyMalaysia #SheWasPrettyContest, serta tag @ViuMalaysia @Blimeytoyou. 
3. Dapatkan dan isi borang peraduan disini atau di akaun Instagram Viu Malaysia dengan butiran peribadi anda dan pautan ke video anda, beserta slogan 'Saya nak bercuti di Korea bersama BLIMEY, Diana Danielle dan Alvin kerana....’ tidak lebih daripada 15 patah perkataan.
4. Peserta dengan penyertaan lengkap setiap minggu dengan karya video kreatif dan slogan yang menarik akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang. Pertandingan ini berlangsung bermula 30 Jun hingga 28 Julai. 

Arahan-arahan ini boleh didapati daripada video oleh Blimey di sini.

Mengenai Viu
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT serantau terkemuka PCCW, terdapat di 16 buah negara di Asia, Timur Tengah dan Afrika Selatan, dengan 58.6 juta pengguna aktif bulanan (“MAU”) sehingga Disember 2021. Perkhidmatan Viu tersedia secara  percuma dengan sokongan iklan dan juga langganan premium yang terdiri daripada beberapa pilihan langganan). Viu menawarkan siri TV, filem terbaharu dan program gaya hidup dalam bahasa tempatan dan serantau beserta sarikata daripada pembekal kandungan terkemuka, serta produksi di bawah jenama “Viu Original”.

Viu juga menawarkan fungsi penstriman dan ciri muat turun kandungan yang mesra  pengguna, dan boleh disambungkan ke  pelbagai peranti n. Viu juga membekalkan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira peranti atau rangkaian internet. Perkhidmatan penstriman ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (secara percuma di App Store dan Google Play) pada telefon pintar dan tablet, TV pintar, serta di laman web www.viu.com.


Post a Comment

0 Comments