Apa? Dah 10 Juta!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Lepas dah lama sangat tak kemaskini blog, nak cakap terima kasih semua sebab blog MOMI kini sudah capai 10 juta pengunjung! Serius MOMI sangat gembira dengan berita ini. Sebelum ini kemaskini untuk view pengujung ni dua tahun lepas hehe. Masih rasa gembira sebab walaupun hanya sekadar banyak artikel lirik, review filem atau review makanan. Sedar tak sedar juga, sudah lebih 2000+ artikel yang sudah MOMI terbitkan.

Apa? Dah 10 Juta!
Apa? Dah 10 Juta!



Masih Relevan Ke Blog?

Di zaman lambakan media sosial ini, blog masih releven ke? Walaupun ia tidak seperti 10-15 tahun lalu, blog masih lagi platfrom yang menjadi sumber rujukan ramai orang. Rasanya hampir setiap hari lebih mudah untuk guna media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok untuk rujukan harian. Contoh seperti tempat menarik di Malaysia atau 10 tips kecantikan, pengguna masih lagi memilih untuk google dan membaca blog-blog yang kongsikan pelbagai tips.

Walaupun ramai blogger sudah beralih jaid content creator, MOMI percaya ramai yang masih lagi kemaskini dan aktif di blog mereka. Ada juga jenama-jenama yang masih memerlukan blogger untuk sebahagian dari promosi produk mereka. Kepada mereka yang masih kemaskini blog dan bayar domain setiap tahun, tahniah anda sememangnya hebat. MOMI juga salah seorang yang jarang jarang kemaskini blog tapi kalau mood nak menaip tu datang, banyak artikel boleh dihasilkan hehe. 

10 Juta Pengunjung


Terima Kasih 10 Juta Pengunjung !
Terima Kasih 10 Juta Pengunjung !


Alhamdulillah, MOMI rasa seronok dan teruja sebab dah cecah 10 juta pengunjung akhirnya. Risau juga takut tak sampai kan tapi bila tengok 10 juta view ni, dah gembira dah hehe. Terima kasih kepada anda yang merialisasikan jumlah ini. Jangan serik ya kunjung blog MOMI selalu tau. In sha Allah, MOMI akan kembali aktif diblog dalam masa terdekat. 


Post a Comment

0 Comments