Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Kumpulan idol Malaysia, KLP48 kembali dengan sebuah single terbaru. Untuk Entri kali ini, MOMI nak kongsikan kepada anda sebuah lagu dari KLP48 yang berjudul "Karena Ku Suka" yang sudahpun boleh anda dengar di platfrom streaming bermula 1 Jun 2026. | Lirik Lagu KLP48 - Kerana Ku Suka
![]() |
| Lirik Lagu KLP48 - Kerana Ku Suka |
Penglibatan Dalam Penghasilan Lirik Lagu KLP48 - Kerana Ku Suka
Lagu Kerana Ku Suka ini merupakan hasil ciptaan oleh Oda Tetsuro sebagai komposer, manakala QE Lim adalah komposer serta susunan muzik versi KLP48. Lirik pula ditulis oleh Akimoto Yasushi dan perterjemahan versi KLP48 oleh Fara Dolhadi. Ia dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming oleh 48 Entertainment Sdn Bhd. Untuk pengetahuan anda, lagu ini adalah lagu nyanyian semula (cover) dari kumpulan AKB48 yang juga meriliskan single pada tahun 2015 dengan tajuk lagu dalam bahasa Jepun, Kimi no Koto ga Suki Dakara (君のことが好きだから).
Anggota Kumpulan KLP48 Yang Terlibat Dalam Single Kerana Ku Suka
Berikut adalah anggota KLP48 yang terlibat dalam single ke-6 KLP48, Kerana Ku Suka :
Generasi Ke-2 : Aisha, Alice, Cindy, Diva, Hana, Isabel (Center), Joo, Kei, Maia, Mashiro, Sharleez, Shu Zhen, Tara
Anda Juga Boleh Baca > Senarai Lagu Melayu 2026
Lirik Lagu Lirik Lagu KLP48 - Kerana Ku Suka
Berikut adalah Info ringkas serta lirik lagu Kerana Ku Suka yang dinyanyikan oleh KLP48 :
Info Lagu Lirik Lagu KLP48 - Kerana Ku Suka
Komposer : Oda Tetsuro (Original), QE Lim (Versi KLP48)
Penulis Lirik : Akimoto Yasushi
Lirik Versi Bahasa Malaysia : Fara Dolhadi
Produser : Akimoto Yasushi
℗ 48 Entertainment Sdn Bhd
Lirik Lagu KLP48 - Kerana Ku Suka
Selagi kau merasai bahagia
Moga masa ini kekal selamanya
Kamu, kamu, kamu, di doaku selalu
Walaupun badai melanda
Ku akan pelihara bunga cinta
Cinta umpama suara
Yang tak melantunkan gema
Ikhlasnya tak mengharapkan balas
Di bawah matahari tertawalah
Berdendang, berdansa, sebebasnya
Kerana asmara sudah membara
Aku kan setia di sini sentiasa
Walau di tengah kemeriahan
Dan tidak pun diperhatikan (Sangat suka)
Kerana asmara sudah membara
Cukuplah hanya denganmu ku berjumpa
Penuhlah rasa dalam jiwa
Dengan hangat cinta
Andainya hatimu gundah gulana
Ku akan mendengar penuh setia
Sepayung berdua, hujan kita tempuh bersama
Bergenangan air mata
Dari jauh jariku menyеkanya
Bergelombanglah asmara
Mengеmbang tak bersuara
Dirimu punca kehadirannya
Usah menyerah dengan duka lara
Pandanglah angkasa penuh cita!
Pabila dirimu dalam fikiran
Satu kebetulan membawa pertemuan
Sekali seumur hidup
Itulah keajaiban (Jaga diri!)
Pabila dirimu dalam fikiran
Kepada Tuhan kupanjat kesyukuran
melihat masa depan menanti
Pasti akan abadi
Kerana asmara sudah membara
Aku kan setia di sini sentiasa
Walau di tengah kemeriahan
Dan tidak pun diperhatikan (Sangat suka)
Kerana asmara sudah membara
Cukuplah hanya kamu ku berjumpa
Penuhlah rasa dalam jiwa
Dengan hangat cinta
Pasti akan abadi
Dengar Lagu KLP48 - Kerana Ku Suka
Lagu dari KLP48, Kerana Ku Suka ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 1 Jun 2026.
Audio > KLP48 - Kerana Ku Suka
Muzik Video > KLP48 - Kerana Ku Suka
Carian : Lagu Baru Melayu 2026 | Single KLP48 - Kerana Ku Suka | Lirik Lagu KLP48 - Kerana Ku Suka Mp3 | Lirik Lagu KLP48 - Kerana Ku Suka Download | Lirik Lagu KLP48 - Kerana Ku Suka Mp3 | Lirik Lagu KLP48 - Kerana Ku Suka | Kod Gitar KLP48 - Kerana Ku Suka


0 Comments