LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®

LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® 


LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Siapa pernah pergi LEGOLAND® Theme Park? Ya, MOMI juga pernah berpeluang untuk ke LEGOLAND® Theme Park pada 3 tahun lepas bersama rakan-rakan Blogger. Untuk tahun ini, MOMI sekali lagi berkesempatan pergi LEGOLAND® Theme Park pada minggu lalu. Apa yang menarik mengenai LEGOLAND® Theme Park ini? Mari MOMI kongsikan.

Terletak di Iskandar Puteri, LEGOLAND® Theme Park ini menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ada 8 area yang boleh anda lalui termasuk "The Beginning", "LEGO® Technic", "LEGO® City", "LEGO® Kingdoms", "Miniland", "Imagination", "Land of Adventure" dan "LEGO® Ninjago World". Selain itu, ada tempat untuk anda makan dan juga membeli belah disekitar LEGOLAND® Theme Park. MOMI nak cerita sikit tarikan yang ada dekat setiap area di LEGOLAND® Theme Park ini : 

The Beginning
Masuk sahaja LEGOLAND® Theme Park, anda akan nampak lokasi permulaan. Disini anda boleh dapatkan tiket masuk dan pas tahunan. Selain itu, anda boleh membeli belah di 'The Big Shop' dan 'The Brick Shop'. Kalau nak makan anda boleh ke "The Cafe" betul-betul di area The Beginning. 

LEGO® Technic
Seterusnya, anda akan melalui tarikan aksi yang menarik serta tarikan yang menguji minda. Dekat sini ada "Aquazone Wave Racers", "The Great LEGO® Race", "Technic® Twister", "Planet LEGOLAND", "LEGO® Mindstorms" dan "LEGO® Academy". Disini juga ada restoran "Asean Deli".

LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® 

LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® 

LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® 


LEGO® Kingdoms
Rasai seperti berada di kerajaan sendiri di LEGO® Kingdoms. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda cuba disini. Antaranya ialah "Royal Joust", "Dragon 's Apprentice", "Merlin Challenge", "The Dragon", persembahan di "Castle Stage" dan taman permainan "The Forestmen's Hideout". Selain itu, anda boleh membeli belah di "King's Market" dan makan di "King's Grill".

Imagination
Bertemakan filem, sihir dan muzik dengan zon permainan yang diilhamkan oleh DUPLO®. Tarikan disini termasuk "DUPLO® Playtown", "LEGO® STUDIOS", "Kids Power Tower", "Build & Test" dan "Observation Tower". Disini juga anda boleh saksikan pelbagai filem pendek dalam 4D mengikut waktu tayangan. Kalau lapar boleh singgah ke "Pizza Mania". 

LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® 

LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® 

LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® 


Land of Adventure
Tarikan yang paling MOMI nantikan, sebab ia berteman Dinosaur. Dekat sini anda boleh cuba naik boat di "Dino Island", "Lost Kingdom Adventure", "Beetle Bounce" dan taman permainan "Pharaoh's Revenge". Selain itu, anda boleh membeli belah di "Adventurer's Depot" dan makan di "Burger Junction". 

LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® 


LEGO® Ninjago World
Peminat Ninjago pasti teruja berada disini. Pelbagai tarikan menarik disini seperti "LEGO® Ninjago The Ride", "Cole's Rock Climb", "Nya's Practice", "Zane's Temple Build" dan "Kai Spinner". Anda boleh membeli belah di "Sensei's Shop". 

LEGO® City
Lokasi paling meriah antara semua area. Disini pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti "Driving School", "LEGO® City Airport", "LEGOLAND® Express", "LEGO® Frontliners Mural Display", "Boating School", "LEGO® City Stage", "DUPLO® Express", "Junior School Driving", "Rescue Academy" dan taman permainan "The Shipyard".

LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® 
 
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® 

Disini anda boleh membeli belah di "Driving School Shop" dan makan dekat "Market Restaurant", "Snack Corner" dan "Fire Rescue Bistro". Disini juga akan diadakan pelbagai persembahan dari karakter-karakter terpilih.

LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® 

Miniland
Akhir sekali, ditengah-tengah LEGOLAND anda boleh saksikan miniature dari bangunan mercu tanda di asia termasuk Malaysia, Vietnam, Combodia, Thailand, Singapura dan banyak lagi. Selain itu, ada juga minature dalam negara seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Tanjung Pelepas dan Putrajaya.

LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® 

LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Theme Park - Rasai Keseronokan Di Taman Tema LEGOLAND® 

Harga Tiket LEGOLAND® Theme Park
Berikut adalah harga tiket LEGOLAND® Theme Park :

1-Day LEGOLAND® Theme Park

  • RM189 (Dewasa)
  • RM149 (Kanak-Kanak)
  • RM149 (Warga Emas)

1-Day Combo (Double-Park) (LEGOLAND® Theme Park + SEA LIFE)
  • RM249 (Dewasa)
  • RM200 (Kanak-Kanak)
  • RM200 (Warga Emas)

1-Day Combo (Triple-Park) (LEGOLAND® Theme Park + LEGOLAND® Theme Water Park + SEA LIFE)
  • RM313 (Dewasa)
  • RM259 (Kanak-Kanak)
  • RM259 (Warga Emas)

* Perhatian : Tiket ini hanya untuk 1 hari sahaja. Kanak-Kanak bawah 3 tahun adalah percuma.


Terima kasih LEGOLAND® untuk tiket Theme Park ini. Memang MOMI sangat enjoy dekat sana. Untuk maklumat lanjut mengenai LEGOLAND® Hotel Resort, sila layari laman web LEGOLAND®.   


Post a Comment

2 Comments

Sis Lin said…
Banyak kali pegi sini pun tak jemu kan Momi.. Sis yang tua ni pun seronok ke sini...
Rafzan Tomomi said…
ye siss. nak repeat lagi nanti