Review Filem - Encanto

Review Filem - Encanto

Movie Review - Encanto | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Sudah lama rasanya tak buat review filem memandangkan kita melalui musim pandemik COVID-19 hampir 2 tahun. Filem pertama selepas sekian lamanya tak review, Momi nak review sebuah filem animasi dari Walt Disney Animation Studios iaitu "Encanto". Filem ini ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia bermula 25 November 2021. Best ke tak?  *Perhatian : Spoiler!* 



Sinopsis Encanto
Filem Encanto yang diedarkan oleh Walt Disney Pictures mengisahkan tentang kisah keluarga luar biasa, Madrigal, yang tinggal tersembunyi di pergunungan Colombia, di sebuah rumah ajaib, di sebuah kota yang semarak, di tempat yang indah dan menawan yang disebut Encanto. Keajaiban Encanto telah memberkati setiap anak dalam keluarga dengan hadiah unik dari kekuatan super hingga kekuatan untuk menyembuhkan - setiap anak kecuali satu, Mirabel. Tetapi ketika dia mengetahui bahawa sihir yang mengelilingi Encanto berada dalam bahaya, Mirabel memutuskan bahawa dia, satu-satunya Madrigal biasa, mungkin hanya harapan terakhir keluarganya.

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam 42 Minit ini merupakan arahan bersama, Jared Bush dan Byron Howard. Filem ini dibintangi oleh pelakon suara; Stephanie Beatriz, María Cecilia Botero, John Leguizamo, Mauro Castillo, Jessica Darrow, Angie Cepeda dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

Filem Menarik 2021 - Senarai Filem Tahun 2021


Ulasan Filem Encanto
Kalau nak tengok filem animasi Disney, Momi akan meletakkan expectation yang tinggi. Tak kiralah filem animasi apa pun, tetap teruja nak menonton. Tambahan pula filem ini adalah filem animasi muzikal (ala-ala Frozen), memang tak sabar nak menonton di panggung wayang. Skor muziknya memang sangat 'awesome' dan menghiburkan dengan muzik up-to-date mengingatkan Momi pada filem "Coco" (2017). Semua lagu ditulis oleh Lin-Manuel Miranda dengan skor digubah oleh Germaine Franco

Mengenai jalan cerita, Momi boleh jangkakan jalan ceritanya bagaimana dengan menonton trailer cuma tertanya apakah elemen elemen kejutan dan menarik yang bakal dipersembahkan. Bagi Momi jalan ceritanya sangat menarik dan sarat dengan mesej kekeluargaan. Ia juga diselitkan dengan 'humor' pastinya buat anda tidak bosan menonton filem ini. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Encanto sangat menarik dan awesome gila untuk anda tonton terutamanya yang minat filem muzikal. Jangan lupa saksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 25 November 2021. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG

Post a Comment

0 Comments