Lirik Lagu Awie - Coretan Pilu (OST Drama 'Ayahanda')

Lirik Lagu Awie - Coretan Pilu (OST Drama Ayahanda)

Lirik Lagu Awie - Coretan Pilu (OST Drama 'Ayahanda') | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah lagu baru dari Awie yang berjudul "Coretan Pilu"Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Ikhwan Fatanna, Wan Saleh, Fedtri Yahya dan dikeluarkan oleh Monkey BoneLagu Awie ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 9 Julai 2021.  Lirik video "Coretan Pilu" pula dikeluarkan pada 24 Jun 2021 di saluran YouTube Monkey Bone.

'Coretan Pilu' merupakan lagu tema OST untuk drama bersiri TV3 iaitu Drama 'Ayahanda'. Drama 13 episod ini merupakan arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar dan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Rita Nadira, Hairi Safwan, Sherry Ibrahim, Mimi Ernida, Anuar Hamizan, Sobri Anuar dan Nurmiziana Rosli. Drama adaptasi dari novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka karya Allahyarham Azizi Hj Abdullah kini ditayangkan di Slot Lestary TV3 bermula 10 Julai 2021, setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9:00 malam di TV3.

Jom dengarkan lagu baru dari Awie. Enjoys!


Lirik Lagu Awie - Coretan Pilu
Komposer : Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Penulis Lirik : Ikhwan Fatanna & Fedtri Yahya
(C) 2021 Monkey Bone

Tangan Ini Pernah Menyentuh 
Membelai Wajahmu Kasihku 
Sedalamnya Aku Rasakan 
Bahagia Lalui Dunia
   
Namun Segala Mula Berubah 
Diriku Tak Lagi Kau Hargai
Terdampar Sunyi Aku Berserah 
Diriku Dihukum Begini

Mampukah Aku Menghamparkan
Hati Untuk Menerima Semua
Dugaan Yang Telah Menerpa
Menguji Segala Keringat
Ku Yang Bergelar Ayah

Namun Segala Mula Berubah
Diriku Tak Lagi Kau Hargai
Terdampar Sunyi Aku Berserah
Diriku Dihukum Begini

Mampukah Aku Menghamparkan 
Hati Untuk Menerima Semua 
Dugaan Yang Telah Menerpa 
Menguji Segala Keringat 
Ku Yang Bergelar Ayah

Andainya Dicoretkan Rasaku 
Beratnya Rindu Terhadapmu
Kembalikan Kasih Yang Masih Tersimpan 
Lupakan Saja Dendam Ini

Hoo
Mampukah Aku Menghamparkan 
Hati Untuk Menerima Semua 
Dugaan Yang Telah Menerpa 
Menguji Segala Keringat   
Ku Yang Bergelar Ayah

Lagu Baru Melayu 2021 | Single Awie 2021 | Lirik Awie Mp3 |  Lirik Lagu Awie  Download | Lirik Lagu Awie Mp3 


Post a Comment

0 Comments