Lirik Lagu Aina Abdul - Nada Kalbu (OST Drama Masih Ada Rindu)

Lirik Lagu Aina Abdul - Nada Kalbu (OST Drama Masih Ada Rindu)

Aina Abdul - Nada Kalbu (OST Drama Masih Ada Rindu) | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah lagu baru dari Aina Abdul yang berjudul "Nada Kalbu"Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Farouk Roman (Komposer), Aina Abdul, Aisha Retno (Penulis Lirik) dan dikeluarkan oleh Universal Music Sdn BhdLagu Aina Abdul ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 23 Mei 2021.  

'Nada Kalbu' merupakan lagu tema OST untuk drama bersiri TV3 iaitu Drama 'Masih Ada Rindu'. Drama 16 episod ini merupakan arahan Osman Ali dan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Fenn Azia, Mia dan Miny Ghazy. Drama adaptasi novel 'Masih Ada Rindu' karya Mimie Afinie kini ditayangkan di Akasia TV3 bermula 2 Jun 2021, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam di TV3.

Jom dengarkan lagu baru dari Aina Abdul. Enjoys!


Lirik Lagu Aina Abdul - Nada Kalbu
Komposer : Farouk Roman
Lirik : Aina Abdul, Aisha Retno
(C) 2021 Universal Music Sdn Bhd

Bila Senja Labuhkan Tirainya,
Ku Menitiskan Jutaan Air Mata
Yang Sepi Tak Bermakna

Padaku, Kau Hanya Deruan Ombak
Yang Tak Pernah Memilih Hatiku 
Menjadi Pelabuhan Cinta

Nada...
Nada Kalbu Pun Pergi
Menyeru Rindu

Berikanlah Hati Ini Satu Kesempatan
Untuk Menerangi Kembali Cahaya Malap 
Hubungan Kita

Dan Berikanlah Kasih Sayang Dirimu Padaku
Kerana Memori Jiwamu Masih Terlintas 
Di Fikiran Jiwaku

Hmm

Tiada Yang Berbisik Di Hati
Seindah Seruan Cintamu Kepadaku
Kau Permataku...
 
Berikanlah Hati Ini Satu Kesempatan
Untuk Menerangi Kembali Cahaya Malap 
Hubungan Kita
 
Dan Berikanlah Kasih Sayang Dirimu Padaku
Kerana Memori... Jiwamu Masih Terlintas 
Di Fikiran Jiwaku...

Hooo..

Jiwamu Masih Terlintas 
Di Fikiran Jiwaku


Lagu Baru Melayu 2021 | Single Aina Abdul 2021 | Lirik Lagu Aina Abdul  Mp3 |  Lirik Lagu Aina Abdul  Download | Lirik Lagu Aina Abdul  Mp3 


Post a Comment

0 Comments