Lirik Lagu Siti Nordiana - Cukup Derita Itu [OST Drama Cukup Derita Itu]

Senarai Lagu Melayu Mei 2021

Lirik Lagu Siti Nordiana - Cukup Derita Itu [OST Drama Cukup Derita Itu] | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah lagu baru dari Siti Nordiana yang berjudul "Cukup Derita Itu"Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Tam Spider, Siti Rosmizah dan dikeluarkan oleh Universal Music Sdn BhdLagu Siti Nordiana ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 4 Mei 2021.  Lirik video "Cukup Derita Itu" juga dikeluarkan pada 4 Mei 2021 di saluran YouTube Universal Music Malaysia. 

'Cukup Derita Itu' merupakan lagu tema OST untuk drama bersiri TV3 iaitu 'Cukup Derita Itu'. Drama 40 episod ini merupakan arahan Along Kamaruddin dan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, Sera Melissa, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari dan Lia Natalia. Drama adaptasi novel 'Cukup Derita Itu' karya Siti Rosmizah kini ditayangkan di slot Samarinda TV3 bermula 6 Mei 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam di TV3.

Jom dengarkan lagu baru dari Siti Nordiana. Enjoys!


Lirik Lagu Siti Nordiana - Cukup Derita Itu 
Komposer : Tam Spider
Lirik : Siti Rosmizah
(C) 2021 Universal Music Sdn Bhd

Dalam Nafas Ini
Ku Menanti Cahaya
Bawalah Derita
Oh Pergi Untuk Selamanya

Jiwa Ini Terseksa
Kalbu Merintih Lara
Di Manakah Bahagia
Tiada Sinar Cinta

Hati Ini Merintih
Jiwa Ini Menangis
Mampukah Ku Bangkit
Jika Itu Takdir Diriku

Tiada Daya Buatku
Melawan Suratanmu
Getirnya Hidup Ku
Cukup Derita Itu

Adakah Ku Pasrah
Adakah Ku Lemah
Cukup Derita Itu
Tak Akan Ku Kalah
Tak Akan Ku Lelah
Gapai Bahagiaku

Dalam Nafas Ini
Ku Menanti Cahaya
Bawalah Derita
Oh Pergi Untuk Selamanya

Hooo
Ohhh

Tiada Daya Buatku Melawan Suratanmu
Getirnya Hidup Ku
Cukup Derita Itu~

Adakah Ku Pasrah
Adakah Ku Lemah
Cukup Derita Itu
Tak Akan Ku Kalah
Tak Akan Ku Lelah
Gapai Bahagiaku

Adakah Ku Pasrah
Adakah Ku Lemah
Cukup Derita Itu
Tak Akan Ku Kalah
Tak Akan Ku Lelah
Gapai Bahagiaku

Lagu Baru Melayu 2021 | Single Siti Nordiana 2021 | Lirik Lagu Siti Nordiana Mp3 |  Lirik Lagu Siti Nordiana Download | Lirik Lagu Siti Nordiana Mp3 


Post a Comment

0 Comments