Lirik Lagu Asfan Shah & Lia Aziz - Pergilah Derita [OST Drama Cukup Derita Itu]

Senarai Lagu Melayu Mei 2021

Lirik Lagu Siti Nordiana - Cukup Derita Itu [OST Drama Cukup Derita Itu] | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah lagu baru dari Asfan Shah bersama Lia Aziz yang berjudul "Pergilah Derita"Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Asfan Shah, Siti Rosmizah dan dikeluarkan oleh Rusa Marketing Sdn BhdLagu Asfan Shah bersam Lia Aziz ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 10 Mei 2021.  Lirik video "Cukup Derita Itu" juga dikeluarkan pada 10 Mei 2021 di saluran YouTube Rusa Music. 

'Pergilah Derita' merupakan lagu tema OST untuk drama bersiri TV3 iaitu 'Cukup Derita Itu'. Drama 40 episod ini merupakan arahan Along Kamaruddin dan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, Sera Melissa, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari dan Lia Natalia. Drama adaptasi novel 'Cukup Derita Itu' karya Siti Rosmizah kini ditayangkan di slot Samarinda TV3 bermula 6 Mei 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam di TV3.

Jom dengarkan lagu baru dari Asfan Shah bersama Lia Aziz. Enjoys!


Lirik Lagu Asfan Shah & Lia Aziz - Pergilah Derita
Komposer : Asfan Shah
Lirik : Siti Rosmizah
(C) 2021 Rusa Marketing Sdn Bhd

[Asfan Shah]
Saat Kau Beri Cinta
Kasih Persenda
Ku Damba Cinta Pertama
Hatimu Terluka 

Tak Hirau Tangis Lara
Biar Kau Derita
Remuk Jiwa Dan Raga Oh

[Lia Aziz]
Andai Dapat Ku Ubah
Takdir Dan Masa
Tak Akan Ku Biar Diriku
Terus Derita 

Bila Cinta Didusta
Jiwa Merana
Hanya Tuhan Yang Tahu
Hati Ku Ini 

[Asfan Shah & Lia Aziz]
Pergilah Derita Selamanya 
Tiada Penggantimu, Sampai Mati  
Bawalah Derita Itu Pergi
Hidupku Penuh Ranjau Dan Duri 

[LA] Ohh
[AS] Ohh

[Lia Aziz]
Andai Dapat Ku Ubah
Takdir Dan Masa
Takkan Ku Biar Diriku
Terus Derita 

[Asfan Shah]
Tak Hirau Tangis Lara
Biar Kau Derita
Remuk Jiwa Dan Raga 
Ohhh~

[Lia Aziz]
Ku Korban Segalanya Untukmu
Tiada Nilaiku Dimatamu
Ohhh~

[Asfan Shah & Lia Aziz]
Pergilah Derita Selamanya 
Tiada Penggantimu, Sampai Mati 
Bawalah Derita Itu Pergi
Hidupku Penuh Ranjau Dan Duri 
Pergilah Derita Selamanya...

Lagu Baru Melayu 2021 | Single Asfan Shah 2021 | Lirik Lagu Asfan Shah Mp3 |  Lirik Lagu Asfan Shah Download | Lirik Lagu Asfan Shah Mp3 


Post a Comment

0 Comments