Lirik Lagu Amira Othman - Surat Akhir (OST Drama Marry Me Senorita Astro Ria)

Lirik Lagu Amira Othman - Surat Akhir


Lirik Lagu Amira Othman - Surat Akhir (OST Drama Marry Me Senorita Astro Ria)  Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah lagu baru dari Amira Othman yang berjudul "Surat Akhir"Lagu ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Syafiq Rashid dan dikeluarkan oleh SRocketfuel Entertainment Sdn BhdLagu Surat Akhir dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada sekitar 12 Februari 2021.  Lirik video "Surat Akhir" pula dikeluarkan pada 2 Februari 2021 di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Lagu "Surat Akhir" merupakan lagu tema ost drama di slot MegaDrama Astro Ria, "Marry Me Senorita". Drama 20 episod arahan Nur Ain Sharif ini, membariskan pelakon seperti Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Meerqeen, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Yasmin Hani, Siti Khadijah Halim, Asha Merican, Raja Azura, Nabil Aqil, Daler Yusof, Alif Muhaimin, Natasha Elyzza dan Razman Mahayuddin. Drama "Marry Me Senorita" ditayangkan setiap isnin hingga khamis pukul 10:00 malam di Astro Ria. 

Jom dengarkan lagu terbaru dari Amira Othman. Enjoys!


Lirik Lagu Amira Othman - Surat Akhir
Komposer : Syafiq Rashid
Lirik : Syafiq Rashid
(C) 2021 Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd

Andai
Esok Tiada Lagi
Untuk Aku
Baik Baik Sayang

Andai
Ini Yang Terakhir
Dari Aku
Untuk Kamu
Oh Sayang

Ku Mulaikan Warkah Akhir Ini
Dengan Nama Tuhan Yang Menemukan
Aku Dengan Dirimu
Dan Tibalah Waktunya
Untuk Diriku Kembali Bertemu
Berangkat Pulang
Berangkat Pulang Ke Pangkuannya

Andai
Ini Yang Terakhir
Dari Aku Untuk Dirimu
Sampaikanlah
Salam Rinduku Tuk Semua
Teristimewa
Ayah Dan Bonda
Oh Sayang

Nanti Bila Aku Telah Tiada
Ajarkan Mereka
Bait Bait Cinta Dari Tuhan
Kirimkanlah Untuk Ku
Moga Bisa Jadi Penghibur Hatiku
Memecah Sepi Di Kamar Baruku

Kan Resminya Agung Tuhan Memang Begitu
Bermulah Berakhir
Bertemu Dan Berpisah
Usah Kau Bimbang Sayang
Ku Nanti Dikau Di Pinggir Syurga

Andai
Esok Tiada Lagi
Untuk Aku
Baik Baik Sayang

Andai
Ini Yang Terakhir
Ku Pergi Dulu
Bertemu Lagi
Oh Sayang


Lagu Baru Melayu 2021 | Lagu Amira Othman 2021 | Single Amira Othman 2021 | Single Amira Othman 2021 | Lirik Lagu Amira Othman Mp3 |  Lirik Lagu Amira Othman Download | Lirik Lagu Amira Othman Mp3 


Post a Comment

0 Comments