Lirik Lagu Penuh Album Dayang Nurfaizah - Belagu

Lirik Lagu Penuh Album Dayang Nurfaizah - Belagu | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Selepas hampir empat tahun penghasilan album 'Dayang Nurfaizah', tahun ini Dayang Nurfaizah kembali dengan sebuah album melayu klasik yang berjudul 'Belagu'. 'Belagu' yang bermaksud 'menyanyi' (dalam dialek Melayu Sarawak) ini dikeluarkan dalam CD, muat turun digital dan streaming bermula 12 Februari 2021 dibawah DN & AD ENTERTAINMENT Sdn. Bhd. dan Universal Music Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 

Pembikinan album ini menampilkan lapan (8) buah lagu yang mengenengahkan intrepretasi segar Dayang Nurfaizah  dengan susunan dan gubahan muzik oleh Aubrey Suwito. Menariknya kesemua lagu yang dinyanyikan dalam album ini dinyanyikan secara 'live' bersama pengiring muzik. 

Senarai Lagu Album Dayang Nurfaizah "Belagu"

01 Tudung Periuk
02 Jikalau Abang Merindu
03 Tak Seindah Wajah
04 Malam Ku Bermimpi
05 Gurindam Jiwa' duet bersama Hael Husaini 
06 Tari Tualang Tiga
07 Dikirim Jangan Dipesan Jangan
08 Kenang Daku Dalam Doamu

Lagu 'Tudung Periuk' menjadi single pertama yang dikeluarkan dan diperdengarkan kepada umum bersama muzik video. 7 buah lagu lain juga bakal dikeluarkan muzik video setiap minggu bermula dengan 'Malam Ku Bermimpi' (12 Februari 2021), 'Dikirim Jangan Dipesan Jangan' (19 Februari 2021), 'Kenang Daku Dalam Doa Mu' (26 Februari 2021). 'Gurindam Jiwa' duet bersama Hael Husaini (5 Mac 2021), 'Jikalau Abang Merindu' (12 Mac 2021), 'Tak Seindah Wajah' (19 Mac 2021) dan 'Tari Tualang Tiga' (26 Mac 2021).

Sempena album terbaru  Dayang Nurfaizah ini, Momi himpunkan kesemua lirik untuk 8 buah lagu dalam album ini. Enjoys!



Tudung Periuk


Jikalau Abang Merindu

Jikalau Abang Merindu
Sebutlah Oh Namaku
Lihatlah Di Bulan Biru
Disana Tentulah Bertemu

Jikalau Abang Dah Sayang
Janganlah Abang Bimbang
Lihatlah Bulan Mengambang
Disana Wajahku Terbayang

Jikalau Abang Menyinta
Berilah Tanda Mata
Berlian Cincin Permata
Itu Tandanya Cinta

Jikalau Abang Merindu
Sebutlah Oh Namaku
Lihatlah Di Bulan Biru
Disana Tentulah Bertemu

Jikalau Abang Merindu
Sebutlah Oh Namaku
Lihatlah Di Bulan Biru
Disana Tentulah Bertemu

Jikalau Abang Menyinta
Berilah Tanda Mata
Berlian Cincin Permata
Itu Tandanya Cinta

Jikalau Abang Merindu
Sebutlah Oh Namaku
Lihatlah Di Bulan Biru
Disana Tentulah Bertemu

Lihatlah Di Bulan Biru
Disana Tentulah Bertemu

------

Malam Ku Bermimpi

Ku Sangka Aur Di Pinggir Tebing
Kiranya Tebu Di Pinggir Bibir
Ku Sangka Jujur Pancaran Batin
Rupanya Palsu Penghias Zahir

Ku Kira Hati Jiwa Nurani
Suci Seindah Wajah Terbayang
Ku Kira Puji Seikhlas Budi
Ku Lupa Lidah Tidak Bertulang

Di Manis Gula Semut Binasa
Kail Berduri Bersalut Umpan
Di Manis Kata Insan Terlena
Kerana Budi Hamba Terkorban

Inikah Dia Lakonan Hidup
Di Pentas Dunia Insan Berpura
Tipu Dan Daya Pencapai Maksud
Budi Dan Harta Merangkum Noda

Inikah Dia Lakonan Hidup
Di Pentas Dunia Insan Berpura
Tipu Dan Daya Pencapai Maksud
Budi Dan Harta Merangkum Noda

------

Tak Seindah Wajah

Malam Ku Bermimpi Dengan Satu Bintang
Berkata Kataku Dijendela
Kulihat Putra Tersenyum Menentang
Asmara Bergelora Dengan Nya Sereta

Malam Ku Terlihat Sekuntumlah Bunga
Warna Nya Indah Menarik Hati
Bau Nya Semerbak Menjatuh Cinta
Oh Bunga Pujaan Segala Hatiku 

Sungguh Jauh Seberang Lautan
Wajahmu Dekat Disampingku
Berseri Seri Seperti Bulan
Menggoncang Menawan Segenap Kalbuku

Oh Angin Meniup Dengan Tenteram
Merayu Berbisik Diwaktu Malam
Bulan Menyinari Dengan Cemerlang
Menyampaikan Lah Berita Dengan Riang

Sungguh Jauh Seberang Lautan
Wajahmu Dekat Disampingku
Berseri Seri Seperti Bulan
Menggoncang Menawan Segenap Kalbuku

Oh Angin Meniup Dengan Tenteram
Merayu Berbisik Diwaktu Malam
Bulan Menyinari Dengan Cemerlang
Menyampaikan Lah Berita Dengan Riang

------

Gurindam Jiwa

Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-Layuan
Intai Kami Antara Nampak
Esok Jangan Rindu Rinduan

Anak Cina Pasang Lukah
Lukah Dipasang Di Tanjung Jati
Di Dalam Hati Tidak Ku Lupa
Sebagai Rambut Bersimpul Mati

Batang Selasih Permainan Budak
Daun Selasih Dimakan Kuda
Bercerai Kasih Talak Tiada
Seribu Tahun Kembali Juga

Burung Merpati Terbang Seribu
Hinggap Seekor Di Tengah Laman
Hendak Mati Di Hujung Kuku
Hendak Berkubur Di Tapak Tangan

Kalau Tuan Mudik Ke Hulu
Carikan Saya Bunga Kemboja
Kalau Tuan Mati Dahulu
Nantikan Saya Di Pintu Syurga

Nantikan Saya Di Pintu Syurga

------

Tari Tualang Tiga

Menyusun Tari Ala Tari
Sembah Di Beri
Cergas Tangkas Ala Sayang
Gerak Dan Geri

Menjunjung Tinggi Amboi Tinggi
Seni Sejati
Pusaka Asli Ala Asli
Hai Ibu Pertiwi

Berlenggang Gaya Ala Gaya
Gerak Wanita
Dengan Tari Ala Sayang
Tualang Tiga

Menjunjung Tinggi Amboi Tinggi
Seni Budaya
Dikenang Bangsa Ala Bangsa
Hai Sepanjang Masa

Langkah Serentak Ala Sajak
Sama Bergerak
Sigak Gaya Ala Sayang
Pendekar Puteri

Bertepuk Tangan Amboi Tangan
Tanda Berani
Tiada Gentar Ala Sayang
Hai Membela Diri

Menyusun Tari Ala Tari
Sembah Di Beri
Cergas Tangkas Ala Sayang
Gerak Dan Geri

Menjunjung Tinggi Amboi Tinggi
Seni Sejati
Pusaka Asli Ala Asli
Hai Ibu Pertiwi
Hai Ibu Pertiwi
Hai Ibu Pertiwi

------

Dikirim Jangan Dipesan Jangan

Sejak Kita Berpisah
Hatiku Sedih Bertambah Pilu
Terkenang Masa Dahulu
Bila Kau Di Sampingku
Mengikat Janji Berpadu
Sayup

Kini Tinggal Kenangan
Serangkai Kisah Cinta Denganmu
Apakah Kesalahanku
Dulu Pernah Kumerayu
Namun Dikau Membisu

Jangan Ku Kau Hampiri
Hatiku Bukan Untukmu Lagi
Mohon Maafku Padamu
Dikirim Jangan, Dipesan Pun Jangan

Usah Dikau Harapkan
Kataku Takkan Berubah Ganti
Usahlah Dikenang Selalu
Jangan Pula Kau Merayu
Aku Tetap Tak Kembali

Jangan Ku Kau Hampiri
Hatiku Bukan Untukmu Lagi
Mohon Maafku Padamu
Dikirim Jangan, Dipesan Pun Jangan

Usah Dikau Harapkan
Kataku Takkan Berubah Ganti
Usahlah Dikenang Selalu
Jangan Pula Kau Merayu
Aku Tetap Tak Kembali

Rela Ku Membawa Diri
Jauh Ke Alam Yang Sepi
Merana Setiap Hari

------
Kenang Daku Dalam Doamu

Sungguh Jauh Dikau Pergi
Berpisah Untuk Selamanya
Tiada Lagi Senyum Mesra
Dan Gurau Senda

Ingin Ku Turut Bersama
Apa Daya Ku Tak Terlara
Sudahlah Memang Nasibku Dik
Demikian Rupa

Ku Berdoa Agar Dikau
Hidup Bahagia
Jangan Bimbang Padaku
Nan Berduka

Tapi Dik Kau Jangan Lupa
Kenang Daku Dalam Doa Mu
Itu Yang Kupinta Dari Dulu
Waktu Bertemu

Ku Berdoa Agar Dikau
Hidup Bahagia
Jangan Bimbang Padaku
Nan Berduka
 
Tapi Dik Kau Jangan Lupa
Kenang Daku Dalam Doa Mu
Itu Yang Kupinta Dari Dulu
Waktu Bertemu


Lagu Baru Melayu 2021 | Lagu Dayang Nurfaizah 2021 | Single Dayang Nurfaizah 2021 | Single Dayang Nurfaizah 2021 | Lagu Baru Dayang Nurfaizah | Lirik Lagu Dayang Nurfaizah | Lagu Dayang Nurfaizah Download