Filem Menarik 2021 - Senarai Filem Tahun 2021

Filem Menarik 2021 - Senarai Filem Tahun 2021 | Assalamulaikum & Salam sejahtera guys! Peminat filem pastinya sudah mula cari apa filem-filem menarik yang bakal ditayangkan untuk tahun 2021. Tahun 2021 bakal menyajikan pelbagai filem menarik untuk tontonan anda. Momi senaraikan filem tahun 2021 untuk rujukan anda. 

Perhatian : Kesemua tarikh tayangan adalah untuk tayangan di Malaysia sahaja kecuali dinyatakan.


UPCOMING

Poster " The King's Man"

The King's Man (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 11 Februari 2021
Genre: Aksi
Durasi: --
Pelakon: Ralph Fiennes, Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode, Tom Hollander, Harris Dickinson, Daniel Brühl, Djimon Hounsou, Charles Dance
Pengarah: Matthew Vaughn
Format: 2D
Sinopsis / Info The King's Man :
Filem ini menyingkap semula zaman sebelum filem "Kingsman: The Secret Service" dan "Kingsman: The Golden Circle", iaitu asal usul agensi perisikan rahsia Kingsman. Seorang lelaki perlu menghalang sekumpulan penjenayah yang merancang peperangan untuk memusnahkan jutaan manusia.

Trailer The King's Man : Teaser | Official

Poster "Raya and The Last Dragon" (Sumber : The Star)

Raya And The Last Dragon (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan : 11 Mac 2021
Genre: Animasi / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: Cassie Steele, Awkwafina
Pengarah: Paul Briggs, Dean Wellins
Format: 2D
Info / Sinopsis Raya And The Last Dragon : 
Berlatarbelakangkan sebuah alam misteri yang didiami oleh tamadun purba terdiri daripada lima puak. Walaupun dikenali sebagai alam naga, semua naga-naga di sana sudah lama meninggalkan tempat itu. Apabila sebuah kuasa gelap menakluk alam itu, Raya, seorang pahlawan berani, memulakan pengembaraannya untuk mencari naga terakhir bernama Sisu. Dia percaya yang naga air itu, yang mampu berubah bentuk menjadi manusia, mampu menyelamatkan dunia mereka.

Trailer Raya And The Last Dragon : Teaser

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "No Time To Die" (Sumber : IMDb.com)

No Time To Die (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 1 April 2021
Genre: Aksi / Pengembaraan / Ngeri
Durasi: 163 Minit
Pelakon: Daniel Craig, Naomie Harris, Lashana Lynch, Léa Seydoux, Ana de Armas, Dali Benssalah, David Dencik, Ralph Fiennes, Rami Malek
Pengarah: Cary Joji Fukunaga
Format: 2D
Sinopsis No Time To Die : 
James Bond kini menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas berhenti menjalankan tugas. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Trailer No Time To Die : Official

Filem Menarik 2021 - Senarai Filem Tahun 2021
Poster "Peter Rabbit 2 : The Runaway" (Sumber : IMDB.com)

Peter Rabbit 2: The Runaway (Sony Pictures Entertainment)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan:: 15 April 2021
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Rose Byrne, Domnhall Gleeson, David Oyelowo, Elizabeth Debicki, James Corden, Margot Robbie
Pengarah: Will Gluck
Format: 2D
Trailer Peter Rabbit 2: The Runaway : 
Biarpun Peter dan arnab-arnab lain kini hidup bahagia bersama Bea dan Thomas McGregor, Peter masih tidak boleh lari dari kenakalannya. Dia kemudian mengembara keluar dari taman mereka dan mendapati dirinya menemui dunia baru di mana sifat nakalnya dihargai. Kini dia perlu membuat keputusan sama ada mahu terus tinggal di dunia itu, atau kembali ke pangkuan keluarga yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk mencarinya.

Trailer Peter Rabbit 2: The Runaway : Teaser | Official

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "A Quite Place Part II" (Sumber : IMDb.com)

A Quiet Place Part II (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 April 2021
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 100 minit
Pelakon: Emily Blunt, Cillian Murphy, Millicent Simmonds, Noah Jupe, Djimon Hounsou
Pengarah: John Krasinski
Format: 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS
Sinopsis A Quiet Place 2 : 
Kesinambungan kepada filem "A Quiet Place" (2018), di mana ahli keluarga Abbott yang terselamat berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Kini mereka meneruskan hidup mereka dengan mengembara ke dunia luar. Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.

Trailer A Quiet Place Part II : Official

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Black Widow" (Sumber : IMDb.com)

Black Widow (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 6 Mei 2021
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Durasi: --
Pelakon: Scarlett Johansson, David Harbour, Florence Pugh, Rachel Weisz
Pengarah: Cate Shortland
Format: 2D
Sinopsis Black Widow : 
Selepas dilahirkan, Natasha Romanoff telah diberikan kepada KGB dan dilatih untuk menjadi ejen elit, Black Widow. Beberapa tahun selepas itu, apabila U.S.S.R. telah berpecah dan dia kini bekerja sebagai ejen bebas di New York, Natasha mendapati dirinya diburu oleh pihak kerajaan yang cuba membunuhnya. Ia menyebabkan dia terpaksa berdepan masa silamnya sebagai perisik, dan hubungan-hubungan lamanya yang terlerai, sebelum dia menjadi salah seorang ahli pasukan adiwira Avengers.

Trailer Black Widow : Teaser

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Sumber : filmgoblin.com

Godzilla Vs. Kong (Warner Bros. Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 20 Mei 2021
Genre: Aksi / Drama / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pelakon: Alexander Skarsgard, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González
Pengarah: Adam Wingard
Format: 2D
Sinopsis / Info Godzilla Vs. Kong :
Sebagaimana tamadun manusia berjuang untuk masa depan, makhluk Godzilla dan Kong bertarung sesama sendiri. Pertubuhan Monarch dalam misi untuk meneroka ke tempat yang belum pernah diteroka untuk mencari klu mengenai asal usul Titan, sementara konspirasi manusia mengancam untuk menghapuskan Godzilla dan Kong dari muka bumi.

Trailer Godzilla Vs. Kong : akan datang

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Fast and Furious 9 : The Fast Saga" (sumber : imdb.com)

Fast And Furious 9 : The Fast Saga 
(United International Pictures)

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 27 Mei 2021
Genre: Aksi / Pengembaraan / Jenayah
Durasi: --
Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Ludacris, Nathalie Emmanuel, John Cena, Helen Mirren, Charlize Theron, Michael Rooker
Pengarah: Justin Lin
Format: 2D
Sinopsis / Info Fast And Furious 9 : The Fast Saga :
Filem kesembilan dari francais "Fast & Furious" ini merupakan kesinambungan dari filem ke-lapan pada tahun 2017, iaitu "Fast and Furious 8". Bersama keluarganya, kali ini Dominic Toretto bakal berdepan dengan seorang pembunuh upahan terhebat yang bekerja di bawah arahan Cipher, musuh lamanya. Lebih mengejutkan, pembunuh upahan itu merupakan adiknya sendiri, Jakob.

Trailer Fast And Furious 9 : The Fast Saga : Teaser

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "The Conjuring : The Devil Made Me Do It" (Sumber : IMDb.com)


The Conjuring: The Devil Made Me Do It (Warner Bros. Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan : 3 Jun 2021
Genre: Seram / Misteri / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Vera Farmiga, Patrick Wilson, Ruairi O'Connor, Charlene Amoia
Pengarah: Michael Chaves
Format: 2D
Info / Sinopsis The Conjuring: The Devil Made Me Do It : 
Buat kali pertama dalam sejarah Amerika Syarikat, seorang suspek pembunuhan mendakwa dia dirasuk iblis. Kini penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren cuba untuk merungkai kebenaran di sebalik dakwaan pembunuh itu.

Trailer The Conjuring: The Devil Made Me Do It : akan datang

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Ghostbusters : After Life" (Sumber : IMDB.com)

Ghostbusters : After Life (Sony Pictures Entertainment)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 10 Jun 2021
Genre: Komedi / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: Carrie Coon, Mckenna Grace, Finn Wolfhard, Paul Rudd
Pengarah: Jason Reitman
Format: 2D
Sinopsis / Info Ghostbusters : After Life : 
Sambungan kepada dua filem "Ghostbusters" tahun 80-an, kali ini mengetengahkan seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan. Setelah diusir dari rumah mereka, kedua-dua beradik itu bersama ibu mereka berpindah ke sebuah rumah di Summerville, Oklahoma, yang diwariskan oleh datuk mereka. Selepas beberapa kejadian gempa bumi misteri berlaku di bandar itu, mereka mendapat tahu tentang kaitan mereka dengan `ghostbusters` dan legasi rahsia peninggalan datuk mereka.

Trailer Ghostbusters : After Life : Teaser | Official

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Minions : The Rise of Gru" (sumber : Imdb.com)

Minions : The Rise of Gru (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 1 Julai 2021
Genre: Animasi
Durasi: --
Pelakon: Steve Carell, Pierre Coffin
Pengarah: Kyle Balda, Brad Ableson
Format: 2D
Sinopsis / Info Minions : The Rise of Gru :
Sekuel kepada filem "Minions" ini mengisahkan tentang penolong berwarna kuning berbentuk pil yang menyambung pencarian mereka untuk ketua yang kejam.

Trailer Minions : The Rise of Gru : Official

Filem Menarik 2021 - Senarai Filem Tahun 2021
Teaser Logo "The Eternals"

Eternals (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan:: 4 November 2021
Genre: Aksi / Pengembaraan / Drama
Durasi: --
Pelakon: Richard Madden, Gemma Chan, Kumail Nanjiani, Lauren Ridloff, Brian Tyree Henry, Salma Hayek, Lia McHugh, Ma Dong-Seok, Barry Keoghan, Angelina Jolie, Kit Harington
Pengarah: Chloé Zhao
Format: 2D
Info / Sinopsis Eternals : 
Sekumpulan puak `immortal` yang dikenali sebagai Eternals, yang diciptakan oleh Celestials, telah hidup di bumi selama beribu-ribu tahun. Mereka bukan hanya membina tamadun dan sejarah planet itu, tetapi juga melindungi manusia daripada Deviants yang jahat.

Trailer Eternals : akan datang

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Halloween Kills" (Sumber : IMDb.com)


Halloween Kills (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan:: 10 Oktober 2021
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Jamie Lee Curtis, Judy Greer, Andi Matichak, Kyle Richards
Pengarah: David Gordon Green
Format: 2D
Info / Sinopsis Halloween Kills :
Sekuel filem "Halloween" (2018), yang juga filem ke-12 dari francais filem seram itu, menampilkan Laurie Strode, satu-satunya yang terselamat daripada dibunuh Michael Myers pada tahun 1978, kembali berdepan pembunuh bersiri itu.

Trailer Halloween Kills : akan datang

TBA

The Hitman's Bodyguard 2: The Hitman's Wife's Bodyguard (Oneworld Alliance Film Sdn. Bhd.)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 19 Ogos 2021
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: --
Pelakon: Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson, Salma Hayek, Frank Grillo
Pengarah: Patrick Hughes
Format: 2D
Info / Sinopsis The Hitman's Bodyguard 2: The Hitman's Wife's Bodyguard :  
Filem ini merupakan sekuel kepada "The Hitman`s Bodyguard" (2017). Pengawal peribadi Michael Bryce dan bekas musuhnya Darius Kincaid, yang juga seorang pembunuh upahan, kembali bekerjasama untuk menyelamatkan isteri Darius, Sonia, daripada ancaman-ancaman baru.

Trailer The Hitman's Bodyguard 2: The Hitman's Wife's Bodyguard : akan datang

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Sumber : imdb.com

Sing 2 (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 23 Disember 2021
Genre: Animasi / Komedi
Durasi: --
Pelakon: Matthew McConaughey, Reese Witherspoon, Seth MacFarlane, Scarlett Johansson, Nick Kroll, Taron Egerton, Tori Kelly, Garth Jennings
Pengarah: Garth Jennings
Format: 2D
Sinopsis / Info Sing 2 : 
Beberapa tahun selepas pertandingan menyanyi yang dianjurkannya, Buster Moon kini hidup berjaya. Namun begitu, rakan-rakannya yang lain berdepan masalah hidup. Rosita masih belum memilih label rakaman untuk kerjayanya. Mike yang berkeluarga berhenti bermain jazz untuk menjadi penyanyi. Ash, yang masih tidak biasa hidup tanpa kekasihnya, membuat persembahan di sebuah restoran lama. Johnny telah menjadi penyanyi terkenal tetapi sukar untuk memujuk label rakamannya untuk membantu kariernya. Meena yang kini menyertai kumpulan koir sukar untuk mendapat kepercayaan rakan barunya. Apabila sekumpulan gelandangan meruntuhkan seluruh bandar, Buster perlu menyatukan semula rakan-rakannya, mencari peserta baru dan menyanyi sendiri.

Trailer Sing 2 : akan datang


KLIK SINI - FILEM MENARIK TAHUN 2022

- Semua Poster diambil dari Google Image./ gscmovies.com.my
- Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja kecuali dinyatakan.
- Kesemua info dalam entri ini diambil dari www.cinema.com.my

Senarai Filem Tahun 2021 | Filem Gempak Tahun 2021 | Download Filem Baru 2021 | Trailer Filem Tahun 2021 | Senarai Filem 2021 | Senarai Filem Aksi 2021 | Senarai Filem Animasi 2021 | Senarai Filem Seram 2021