Senarai FIlem Melayu 2020

Senarai Filem Melayu 2020
Senarai Filem Melayu 2020

Senarai Filem Melayu 2020 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Para peminat filem melayu pasti tidak sabar untuk mengetahui apakah filem-filem Malaysia khususnya filem Melayu menarik yang akan ditayangkan pada tahun 2020. Buat masa ini hanya ada beberapa filem sudah diumumkan tarikh tayangannya. Jom tengok senarai filem Melayu tahun 2020.

Senarai Filem Melayu 2020
Poster "Suraya"

Suraya (MM2 Entertainment)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 9 Januari 2020
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 22 Minit
Pelakon: Farihin Ufiya, Ainul Aishah, Amir Rahim, Azhar Amir
Pengarah: Feisal Azizuddin
Format: 2D
Sinopsis Suraya : 
Nabila dan Adam adalah pasangan YouTuber terkenal yang menerima 20 ribu `likes` untuk saluran mereka dalam jangka masa singkat. Untuk memastikan populariti mereka kekal dan demi berterima kasih kepada pelanggan mereka, mereka bercadang menerbitkan sebuah siri vlog berjudul "Duet Desa", yang merakam percutian mereka di serata Malaysia sambil meneroka budaya-budaya tradisional. Bagi episod pertama, Nabila memilih Negeri Sembilan, negeri yang terkenal dengan budaya Minangkabau. Namun, mereka sesat ketika dalam perjalanan ke destinasi akibat hujan lebat yang mengganggu GPS dan rangkaian telekomunikasi mereka. Apabila mereka terjumpa Homestay Abadi, milik seorang wanita cantik bernama Suraya, mereka menetap di situ. Mereka kemudian menyedari mereka terperangkap di `homestay` itu selepas berlakunya kejadian-kejadian aneh dan pembunuhan bermisteri. Kini mereka perlu mencari jalan keluar sebelum mereka turut menjadi mangsa bunuh pemilik `homestay` yang berbahaya itu.

Trailer Suraya : Official

Senarai Filem Melayu 2020
Poster "M4M4"

M4M4 (MAMA) (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 6 Februari 2020
Genre: Jenayah
Durasi: 1 Jam 46 Minit
Pelakon: Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Ungku Haris, Niezam Zaidi, Izzy Reef, Eyra Hazali, Amanda Hariz
Pengarah: Eyra Rahman
Format: 2D
Sinopsis M4M4 : 
Aini berusaha keras untuk memberikan kehidupan yang baik untuk anaknya yang berusia 15 tahun, Alya, sejak suaminya meninggal dunia ketika Alya berusia lapan tahun. Dia berasa senang hati melihat Alya membesar dengan baik bersama dua rakan baiknya, Daniel dan Elly, yang tinggal di kawasan yang sama. Malangnya, ketenteraman kawasan itu sering diganggu sekumpulan samseng iaitu Apai, Luk dan Remy. Suatu hari, satu pergaduhan berlaku apabila Apai menyentuh Alya. Alya kemudian diserang oleh Apai dan rakan-rakannya yang menarik Alya ke sebuah bangunan kosong dan memperkosanya. Insiden itu membuatkan Aini terkejut tetapi dia menyembunyikan emosinya demi membantu Alya. Alya juga cuba untuk melupakan apa yang berlaku tetapi apabila Apai mencemuhnya dengan sebuah rakaman insiden itu, dia kembali ke bangunan itu untuk berdepan dengan Apai. Malangnya, dia mati terbunuh ketika cuba menyelamatkan diri daripada Apai dan rakan-rakannya, dan kini Aini berhasrat untuk membalas dendam atas kematian Alya.

Trailer M4M4 : Official



Senarai Filem Melayu 2020
Poster "Rock 4 : Rockers Never Dai"

Rock 4: Rockers Never Dai (Primeworks Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 20 Februari 2020
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Sharwani, Hazama Azmi, Adam John, Nazimi Fahmi, Bulan Terry
Pengarah: Mamat Khalid
Format: 2D
Sinopsis/ Info Rock 4: Rockers Never Dai : 
Filem terbaru ini adalah kesinambungan dari filem ketiga yang mana Dio yang terlibat dengan kemalangan sebelum ini telah koma untuk satu tempoh yang cukup lama. Apabila dia terjaga, dia menyedari dirinya berada pada zaman moden. Dia kemudian bergabung dengan beberapa pemuzik muda baru dan menubuhkan Rimba Bara 2 bagi meneruskan legasi kumpulan rock Rimba Bara.

Trailer Rock 4: Rockers Never Dai : Teaser

Senarai Filem Melayu 2020
Poster "Ratu Kala Jengking"

Ratu Kala Jengking
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Februari 2020
Genre: Seram / Romantik
Durasi: 2 Jam
Pelakon: Nadia Brian, Fizz Fairuz, Eyra Hazali, Fauziah Nawi, Firman Siagan, Mas Khan
Pengarah: Bade Hj. Azmi
Format: 2D
Sinopsis Ratu Kala Jengking : 
Satu penyakit misteri mengubah wajah Siti menjadi hodoh, menyebabkan dia dihina dan dipulaukan penduduk kampung, termasuk Awang, lelaki yang dicintainya. Salah seorang rakan baiknya, Mawar, dalam diam berasa senang hati kerana dia juga menyukai Awang tetapi rakan mereka, Teratai, memberi amaran kepada Mawar agar tidak merosakkan persahabatan mereka dengan mengganggu hubungan Siti dan Awang. Setelah dipulaukan oleh hampir semua orang, Siti akhirnya berkawan dengan seorang tukang kayu bernama Nadim. Mawar ingin Siti meninggalkan kampung itu, jadi suatu hari, apabila dia mendapat tahu mengenai Nenek Kebayan di Gunung Panti yang mampu merawat segala penyakit, dia memberitahu Siti tentang perkara itu. Walaupun Teratai cuba menghalangnya, namun Siti nekad untuk ke sana demi menyembuhkan mukanya.

Trailer Ratu Kala Jengking 2020 : Teaser

Senarai Filem Melayu 2020

Jodoh Syaitan (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2020
Genre: Komedi / Seram
Durasi: --
Pelakon: Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam, Jay Iswazir, Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi
Pengarah: Ismail Bob Hasim
Format: 2D
Sinopsis Jodoh Syaitan : 
Akibat sering gagal dalam hubungan percintaan, Megat membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Di sana, ibunya ingin mengahwinkannya dengan seorang gadis bernama Mawar. Pada masa yang sama, dua rakannya iaitu Awang dan Kulup sedang mencari mayat untuk dipaku. Mereka telah diarahkan oleh Tok Chai, dengan harapan mayat itu akan hidup semula untuk dijadikan isterinya.

Trailer Jodoh Syaitan 2020 : Trailer



Bulan & Pria Terhebat (Astro Shaw, Skop Production)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 12 Mac 2020
Genre: --
Durasi: 113 Minit
Pelakon: Zahirah McWilson, Zizan Razak, Maya Karin, Alif Hadi, Khir Rahman, Bell Ngasri
Pengarah : Ghaz Aku Bakar
Format: 2D
Sinopsis/ Info Bulan & Pria Terhebat : 
Setelah Melati diculik sindiket perdagangan manusia yang diketuai oleh Ricky, Bulan, seorang pelatih pasukan khas dari Indonesia, nekad untuk mencari semula adiknya di Malaysia. Dia kemudiannya bertemu dengan Haris, seorang pemandu e-hailing. Selepas mendapat tahu tentang masalah Bulan, Haris menawarkan diri untuk membantunya. Walaubagaimanapun, mereka kini berdepan bahaya apabila Ricky dan pembantunya Agus telah menghantar pembunuh upahan bernama Tony untuk memburu dan membunuh mereka.

Trailer Bulan & Pria Terhebat : Official

Senarai Filem Melayu 2020

Daulat (Lacuna Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan:: 6 April 2020 (Iflix)
Genre: Thriller / Politik 
Durasi: 1 Jam 41 Minit
Pelakon: Vanida Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya Chin, Cristina Suzanne Stockstill, Zul Zamir
Pengarah: Imran Sheik
Format: 2D
Sinopsis Daulat : 
Parti politik MUNA telah kalah dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Presiden parti itu, Hassan kemudian melantik ahli politik Suri sebagai timbalan presiden parti. Suri seorang yang sanggup lakukan apa sahaja demi matlamatnya tercapai. Beliau dengan parti itu bertekad untuk menang lagi dalam pilihan raya seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun. Sanggup berkorban apa-apa sahaja, Suri dan partinya mulakan pelan terperinci untuk mencapai kuasa. Apa yang akan berlaku?

Trailer Daulat : Official

Senarai FIlem Melayu 2020

Manap Karaoke (Enjit Enjit Semut, Vision Studio, Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 7 Mei 2020 (Astro First)
Genre: Komedi / Seram
Durasi: --
Pelakon: Joey Daud, Pekin Ibrahim, Mona Allen, Ropie, Sharwani NS, Imuda, TJ Isa, Arwah Rab Khalid, Arwah Man Kadir, Ziema Din
Pengarah : Mamat Khalid
Format: 2D
Sinopsis Manap Karaoke : 
Kisah Manap Karaoke bermula apabila Manap mendapat idea untuk membuka pusat karaoke lain daripada yang lain, iaitu karaoke bergerak. Wahab B menawarkan lori ayahnya dan menjadi pembantu untuk menguruskan peniagaan bersama Manap. Jadi, bermulalah bisnes karaoke mereka. Macam-macam insiden lucu terjadi ketika sesi karaoke dijalankan. Bisnes mereka juga mendapat sambutan hangat oleh penduduk kampung tidak kira bangsa dan peringkat umur. 

Sementara itu, bisnes karaoke Rauf Bogiba di kampung mereka semakin tidak mendapat sambutan. Rauf Bogiba tidak berpuas hati dan menyerang Manap sehingga berlaku pergelutan dan memusnahkan karaoke bergerak Manap. Bermulalah “perang” di antara Manap dan Rauf Bogiba. (Sumber : myinfotaip.com)

Trailer Manap Karaoke : Official 

Senarai Filem Melayu 2020

Syif Malam Raya (Ray Theme Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 24 Mei 2020 (Astro First)
Genre: Komedi / Seram
Durasi: --
Pelakon: Atu Zero, Sharif Zero, Syaiful Zero, Reen Rahim, Nadia Brian, Lia Natalia, Yoe Parey, Syahmi Sazly, Asif Suhaimi, Saiful Apek, Azlee Senario, Ropie, Emelda Rosmila
Pengarah : A. Razak Mohaideen
Format: 2D
Sinopsis Syif Malam Raya : 
Mengisahkan tentang empat orang rakan yang mengalami kejadian aneh ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung pada malam raya. Zaid (Atu Zero) dan Hisyam (Sharif Zero) menumpangkan Mera (Reen Rahim) serta Yoh (Yoe Parey) dalam perjalanan menghantar mayat ke Ipoh. Keadaan menjadi kecoh setibanya mereka di Kampung Batu Berapit yang gempar dengan kemunculan ‘pocong’. (Sumber : myinfotaip.com)

Trailer Syif Malam Raya : Official 


Senarai Filem Melayu 2020

Ada Apa Dengan Dosa (Astro Shaw, Pencil Pictures & Records)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 4 Jun 2020 (Astro First)
Genre: Thriller / Politik 
Durasi: --
Pelakon: Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie, Fauziah Nawi
Pengarah: Rahila Ali
Format: 2D
Sinopsis Ada Apa Dengan Dosa : 
Mengisahkan tentang gadis 19 tahun, Aurora yang merupakan anak luar nikah dan dibesarkan di Eropah oleh keluarga bukan Islam sejak kecil. Keadaan berubah apabila dia mendapat tahu asal usulnya. Aurora rasa tertipu dan cuba bunuh diri. Namun, kehadiran Khaliq memberi sinar baru buatnya dan mereka pergi ke Malaysia untuk mencari ibu bapa kandungnya. Sepanjang pencariannya, Aurora mula rasa ingin tahu erti Islam yang sebenar memandangkan dia tidak mempraktikan ajaran Islam sebelum ini. Sementara itu, ibu kandung Aurora, Siti Zahrah hidup dihantui dengan dosa silam. Manakala, ayah kandungnya pula merupakan ustaz terkenal, Ustaz Aariz yang cuba lari dari dosa lalu dan tidak mengakui yang Aurora adalah anak kandungnya kerana takut maruah tercalar.

Trailer Ada Apa Dengan Dosa : Official

Senarai Filem Melayu 2020

Town Mall (Aifa Motion Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan : 25 Jun 2020 (Astro First)
Genre: Drama / Seram / Misteri
Durasi: 86 Minit
Pelakon: Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Jalaluddin Hassan
Pengarah: Eizlan Yusof
Format: 2D
Info/Sinopsis Town Mall : 
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun. Kini, sebuah syarikat pemaju hartanah tempatan merancang untuk membina semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu, dengan harapan untuk menjadikannya sebuah pusat beli belah terkenal di Seremban. Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu, walaupun dia berasa ragu-ragu untuk mengambil alih projek berkenaan apabila memikirkan kejadian-kejadian yang berlaku sedekad lalu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula. Apabila Rusdi mula merasai sendiri gangguan itu, isterinya Maria turut diganggu hantu wanita bernama Akma.

Trailer Town Mall : Official

Senarai FIlem Melayu 2020

Keluarga Iskandar The Movie (KL Motion Pictures Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 16 Julai 2020 (Astro First)
Genre: Drama, Komedi
Durasi: --
Pelakon: Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish, Dhia Iskandar,  Nabila Razali, Ajak Shiro, Faiz Dickie, Zarina Zainuddin, Amy Mastura, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Ustaz Nazri, Shahkimin
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Format: 2D
Sinopsis Keluarga Iskandar The Movie : 
Mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor. Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Dek kerana kebosanan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar. (Sumber : myinfotaip.com)

Trailer Keluarga Iskandar The Movie : Official 


Senarai Filem Melayu 2020
Poster "Roh"

Roh (Kuman Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 6 Ogos 2020
Genre: Seram
Durasi: 83 Minit
Pelakon: Putri Qaseh, Harith Haziq, Mhia Farhana, Farah Ahmad, Nam Ron, Junainah M. Lojong.
Pengarah: Emir Ezwan
Format: 2D
Sinopsis/ Info Roh : 
Berlatarbelakangkan zaman peperangan, di mana tinggal sebuah keluarga daif di pinggir hutan. Mereka kemudiannya didatangi seorang kanak-kanak perempuan misteri. Kejadian-kejadian aneh mula menghantui mereka selepas kanak-kanak itu meramalkan sesuatu yang ngeri.

Trailer Roh : Teaser

Senarai FIlem Melayu 2020

Jebat (Pena Creative Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 3 September 2020  (Astro First)
Genre: Drama / Aksi
Durasi: --
Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Idris Khan, Peter Davis, Carmen Soo, Rahim Buang, Sangeeta Krisnasamy, Louisa Chong
Pengarah : Jamal Khan
Format: 2D
Sinopsis Jebat : 
Mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin. Pada masa sama Jebat cuba menyembunyikan kehidupan lampaunya sebagai kaki gangster daripada isteri (Nelydia Senrose) tercintanya apabila hidupnya masih diganggu konco-konco gangster.

Jebat dan Mastura yang sedang berbulan madu di luar negara berdepan situasi tidak disangka yang membuatkan Jebat mula risau. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena. Sebaik tiba di Malaysia, mereka masih diekori. Bagi melindungi Mastura, dia terpaksa kembali ke sarang gengstar yang telah lama dia tinggalkan dan mendapati ada pihak yang ingin membunuhnya. (Sumber : myinfotaip.com)

Trailer Jebat : Official 

Senarai Filem Melayu 2020

Pasal Kau! (ACT 2 Pictures & Clover Films Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 1 Oktober 2020 (Netflix)
Genre: Romantik, Komedi
Durasi: --
Pelakon: Hairul Azreen, Janna Nick, Amerul Affendi, Henley Hii, Nam Ron, Theebaan Govindasamy, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Josiah Hogan, Sophia Albarakbah, Sugeeta Chandran, Anna Jobling, Jasmine Suraya, Fify Azmi, Dain Said, Yayan Ruhian, Ismi Melinda, Ropie
Pengarah : Adrian Teh
Format: 2D
Sinopsis Pasal Kau! : 
Mengisahkan tentang seorang pekerja hotel bernama Aiman, menjalani kehidupan sehariannya, bekerja keras bersama dengan rakan-rakannya. Salah satunya adalah seorang chef bernama Jane yang sangat menyukainya, kemudian suatu hari Aiman jatuh cinta dengan tetamu cantik bernama Sofia.

Tetapi tidak semuanya seperti yang disangka. Ketika keadaan menjadi huru-hara dan semua orang di hotel tersebut menjadi tebusan, Aiman dan rakan-rakannya mesti bersatu untuk merancang menyelamatkan semua. Dalam pada itu, Aiman berkemungkinan mendapati bahawa dirinya jatuh hati pada orang lain. (Sumber : myinfotaip.com)

Trailer Pasal Kau! : Official 

Senarai FIlem Melayu 2020

Butak (Two Tones Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2020 (Astro First)
Genre: Drama
Durasi: --
Pelakon: Izuan Fitri Zolkepeli, Bohari Ibrahim, Melly Amalin, Aliudin Zin Shaharom, Fazli Daniel Ali, Fimie Don, Kazar Saisi, Imuda, Khatijah Tan, Laila Nasir, Saidi Sabri, Azman Hassan, Adrenna Rose, Omar Hj Abdullah, Ahmad Nizam Bahari, Sabri Yunus
Pengarah : Sabri Yunus
Format: 2D
Sinopsis Butak : 
Mengisahkan seorang budak bernama Butak (Buntat) yang nakal dan jahat di kampungnya. Tanpa kasih sayang Ibu dan Ayah, Butak hanya bertemankan seorang isim penggali kubur yang banyak memberikannya semangat untuk hidup. Jauh di dalam hati Butak ingin berubah dan bertaubat, tetapi tekanan orang kampung menjadikannya lebih nakal dan memberontak

Penduduk kampung sering mengadu akan setiap hal dan kekecohan yang Butak buat di kampungnya itu. Sehinggalah satu peristiwa yang meruntun hatinya, Butak merajuk dan menyalahkan diri sendiri lalu nekad untuk lari dari rumah. Kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji membawanya ke Pelabuhan Penang. Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri. Sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas di atas kesilapannya yang lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik. (Sumber : myinfotaip.com)

Trailer Butak : Official 

Senarai Filem Melayu 2020

Mael Totey The Movie (Astro Show)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 22 Oktober 2020 (Astro First)
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff
Pengarah : Syahmi Sazli
Format: 2D
Sinopsis/ Info Mael Totey The Movie : 
Filem ini mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Namun Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa iaitu Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Trailer Mael Totey The Movie  : Official 


Bikin Filem (Astro Show)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 5 November 2020 (Astro First)
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, 'Raja Dubsmash Malaysia' Ucop
Pengarah: Latiff Zami
Format: 2D
Sinopsis/ Info Bikin Filem : 
Mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk "Dendam Berbalas" kerana baru bercerai.Khaty ingin pengarah Rahim G untuk mengarah filem tersebut. Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut.

Trailer Bikin Filem : Official 

Senarai Filem Melayu 2020

Mulut Masin (Astro Shaw Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 19 November 2020 (Astro First)
Genre: Seram / Komedi
Durasi: --
Pelakon: Jazy Nazif, As’ad Motawh, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin, Cassia Iman termasuk pelakon pembantu seperti Lan Pet Pet, Maria Farida, FarahDhiya
Pengarah : Razaisyam Rashid
Format: 2D
Sinopsis Mulut Masin : 
Lima orang sepupu merasakan diri mereka telah disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana telah menghilangkan surat wasiat nenek. Mereka berusaha untuk membatalkan sumpahan tersebut dengan mencari semula wasiat yang telah hilang sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka. (Sumber : myinfotaip.com)

Trailer Mulut Masin : Official 

Senarai FIlem Melayu 2020

Saka Nan Sepi (Astro Shaw & Alpha47 Films)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 10 Disember 2020  (Astro First)
Genre: Seram / Komedi
Durasi: --
Pelakon: Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sherry Al Hadad, Namron, Ayie Hushairi Husain, Han Zalini
Pengarah : Azri Azman & Razaisyam Rashid
Format: 2D
Sinopsis Saka Nan Sepi : 
Keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat. Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. 

Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan. Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti. Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy. (Sumber : myinfotaip.com)

Trailer Saka Nan Sepi : Official 



*Semua Poster belongs to google
**Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.
***Beberapa info dalam entri ini diambil dari Twitter @FilemKita

Senarai Filem Tahun 2020 | Filem Gempak Melayu Tahun 2020 | Download Filem Melayu 2020 | Trailer Filem Melayu 2020 | Senarai Filem Melayu 2020 | Senarai Filem Aksi Melayu 2020 | Senarai Filem Cinta Melayu 2020 | Senarai Filem Seram Melayu 2020

Post a Comment

0 Comments