Senarai Filem Melayu 2021

Senarai Filem Melayu 2021

Senarai Filem Melayu 2021 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kita masih lagi dalam musim pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Walaupun panggung wayang masih belum dibuka, filem-filem Melayu masih boleh ditonton menerusi Astro First dan platfrom streaming. Para peminat filem melayu pasti tidak sabar untuk mengetahui apakah filem-filem Malaysia khususnya filem Melayu menarik yang akan ditayangkan pada tahun 2021. Buat masa ini hanya ada beberapa filem sudah diumumkan tarikh tayangannya. Jom tengok senarai filem Melayu tahun 2021.

Kemaskini : 23 Jun 2021

Filem Melayu Tahun 2021 Yang Sudah Ditayangkan

Senarai Filem Melayu 2021

10 Tips Tipu Bini (Rumah Produksi Merah)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2021 (Astro First)
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Dato' Awie, Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Elizabeth Tan
Pengarah: Azizi Adnan
Format: 2D
Sinopsis 10 Tips Tipu Bini : 
mengisahkan tiga sahabat baik, Raffi, Kay dan Jepp, yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkenal di Kuala Lumpur. Namun pada hakikatnya, mereka adalah suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing. Kehadiran tiga gadis cantik yang bekerja sebegai 'intern' di syarikat itu membuatkan mereka berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut. Demi melaksanakan niat mereka, masing-masing telah merancang pelbagai penipuan. (Sumber : cinemaonline.com.my)

Trailer 10 Tips Tipu Bini : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Kerana Korona (Astro Shaw, Wildsnapper)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2021 (Astro First)
Genre: Drama
Durasi: --
Pelakon: Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Ummi Nazeera, Shasha Abedul, Dato’ Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar
Pengarah: Khabir Bhatia
Format: 2D
Sinopsis Kerana Korona : 
Filem yang mengisahkan tentang tiga situasi yang berlaku semasa PKP. Kisah pertama menceritakan pasangan suami isteri yang mana hubungan mereka semakin renggang, manakala anak mereka bercita-cita untuk menjadi jurugambar, namun impiannya dipandang rendah. Kisah kedua pula menyaksikan tentang seorang doktor yang berdepan dilema tanggungjawab dan pendirian. Kisah ketiga mengenai seorang warga emas yang keras kepala dan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga merisaukan jirannya. (Sumber : cinemaonline.com.my)

Trailer Kerana Korona : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Petaka (Arie Zaharie Production, AA Success Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 4 Februari 2021 (Astro First)
Genre: Drama
Durasi: --
Pelakon: Azman Ahmad, Jaja Iliyes, JajaiLyes, PU Azman, Danish Daniel, Zali Shuhali, Hafiz Nafiah
Pengarah: Azhari Zain
Format: 2D
Sinopsis Petaka : 
Mengisahkan kemiskinan hidup keluarga Sham selepas kematian ayahnya. Ibunya menderita sakit kaki, manakala adiknya, Syikin tidak mampu ke sekolah kerana kekangan kewangan. Sebuah kisah kekeluargaan, kemasyarakatan, kedaifan dan kenaifan.

Trailer Petaka : Official 

Senarai Filem Melayu 2021

Hantu Bonceng 2.0 (Excellent Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 Februari 2021 (Astro First)
Genre: Seram Komedi
Durasi: --
Pelakon: Zizan Razak, Taiyuddin, Joey Daud, Atu Zero, Sangeeta Krishnasamy, Acong SweetChild, Chew Kin Wah, Amir Raja Lawak
Pengarah: Yusry Abdul Halim
Format: 2D
Sinopsis Hantu Bonceng 2.0 : 
Sekumpulan rakan dalam perjalanan bercuti ke Bukit Fraser bertemu dengan gadis misteri yang membawa mereka ke sebuah hotel berhantu dan menyeramkan.

Trailer Hantu Bonceng 2.0 : Official


Senarai Filem Melayu 2021

Kenderaan Berat Ikut Kiri (MM2 Entertainment)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 18 Februari 2021 (Astro First)
Genre: Drama / Romantik
Durasi: 99 Minit
Pelakon: Syafie Naswip, Sweet Qismina, Ropie, Sathiya
Pengarah: Jefry Talib
Format: 2D
Sinopsis Kenderaan Berat Ikut Kiri : 
Menyangka Lisa telah mencuri lagunya, Adam berdepan konflik dengan gadis itu. Namun selepas menyedari kesalahannya dan meminta maaf, kedua-dua mereka mula menyukai antara satu sama lain. Sekali lagi konflik timbul dalam hubungan mereka setelah Adam mendapat tahu bapa Lisa, Pakcik Don, adalah ketua sebuah sindiket pemerdagangan manusia.

Trailer Kenderaan Berat Ikut Kiri : Official 

Senarai Filem Melayu 2021

Selamat Hari X Jadi (Multimedia Film Productions Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2021 (Astro First)
Genre: --
Durasi: --
Pelakon: Janna Nick, Issey Fazlisham, Zalif Sidek, Nasz Sally, Danial Zaini, Aaron Aziz, Nasha Aziz, Eyka Farhana
Pengarah: Dato’ Professor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen 
Format: 2D
Sinopsis Selamat Hari X Jadi : 
Sekumpulan pelajar kolej yang diketuai oleh Hani dan rakan-rakannya Aiden, Parpu, Boboi dan Didi yang terkenal dengan perangai nakal mereka dengan menghasilkan rakaman video ‘prank’ rakan-rakan lain di kolej. Segalanya berubah apabila Puteri yang menjadi mangsa ‘prank’ Hani dan rakan-rakan, hampir membunuh diri akibat berasa malu. Hani yang tiada langsung perasaan bersalah dan menganggap perbuatannya itu semata-mata ‘trending’, mula diganggu oleh pembunuh misteri selepas kejadian ‘prank’ Puteri.                 

Setelah beberapa insiden menakutkan berlaku di rumah Hani, akhirnya pembunuh misteri tersebut muncul dan berdepan dengan Hani dan rakan-rakan lain pada ketika Hani bakal menyambut hari jadinya yang ke-25.

Trailer Selamat Hari X Jadi : Official

Senarai Filem Melayu 2020

Salina (Madness Films Movies)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -P13
Tarikh Tayangan: 25 Mac 2021
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 41 Minit
Pelakon: Mona Allen, Pekin Ibrahim, Dewi Amanda
Pengarah: Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Format: 2D
Info/Sinopsis Salina : 
Salina tinggal di sebuah banglo yang mempunyai kisah misteri. Kanak-kanak yang menetap di situ juga mula diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Situasi menjadi lebih menakutkan apabila berlakunya satu pembunuhan yang tidak dijangka.

Trailer Salina : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Penunggang Agama (Skop Production)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 25 Mac 2021 (Astro First)
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Salina Saibi, Jalaludin Hassan, Sabrina Ali, Johan Arrif, Putri Qaseh, Azzahra Ahmad
Pengarah: Syafiq Yusof
Format: 2D
Sinopsis Penunggang Agama : 
Mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami dan isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji. Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri. 

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan. Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? 

Trailer Penunggang Agama : Official

Senarai Filem Melayu 2021

18 Puasa Di Kampong Pisang (Astro Shaw, Enjit Enjit Semut Motion Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 15 April 2021 (Astro First)
Genre: Komedi
Durasi: 1 jam 35 minit
Pelakon: Bell Ngasri, Kazar Saisi,Mat London, Aziz M Osman, Dewa Sapri, Joey Daud, Rashid Othman, Ahmad Yasin, Afea Deana, Namron, Jaafar Onn, Siti Elizad Sharifuddin, Datuk Ustaz Kazim, Rani Kulop, Yeop Hitler, Man Raja Lawak
Pengarah: Mamat Khalid
Format: 2D
Sinopsis 18 Puasa Di Kampong Pisang : 
Mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya. Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang. 

Trailer 18 Puasa Di Kampong Pisang : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Seandainya Kau Ada (Zeel Production)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 29 April 2021 (Astro First)
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Fendy Bakry, Raysha Rizrose, Nur Ruhainies, Aidit Noh, Shah Iskandar, Rozita Che Wan, Fauziah Nawi, Haris Ismail, Scha Elinnea, Daler Yusof, Ali Reza, Fendi Seman, Fahrin Ahmad, Azhan Rani
Pengarah: Haji Zeel & Chad Abdul Rahman
Format: 2D
Sinopsis Seandainya Kau Ada : 
Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah (Raysha Rizrose) jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac (Aidit Noh). Perkenalan di alam siber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata. Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Amat payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiada membelenggu hidupnya.

Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta diduga lagi. Fazlur (Fendy Bakry), lelaki yang pernah mengecewakannya kembali menagih perhatian Nur Syahirah. Walaupun telah berkahwin dengan wanita pilihannya Rozita, (Ruhainies), Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Tidak Nur Syahirah tahu mengapa Fazlur sanggup memutuskan pertunangan mereka dan memilih berkahwin dengan perempuan lain.Fazlur menyimpan rahsia besar sehingga dia tidak bahagia dengan isterinya. Dia mengorbankan cintanya kerana satu ugutan.

Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan perhatiannya, telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu? (Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu)

Trailer Seandainya Kau Ada : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Dekatnya Cinta (Global Station Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Mei 2021 (Astro First)
Genre: Drama
Durasi: --
Pelakon: Datuk Aaron Aziz, Nadiya Nissa, Farah Nabilah, Fazley Yaakob, Nadya Syahera
Pengarah: Feroz Kader
Format: 2D
Sinopsis Dekatnya Cinta : 
Mengisahkan tentang pasangan suami isteri Adam Mukriz dan Ain Hawani hidup bahagia sehinggalah hadir orang ketiga, Zulaika (Farah Nabilah). Adam Mukriz mula beralih arah kerana Ain Hawani tidak dapat memberi tumpuan pada keluarga disebabkan sibuk dengan kerjaya dan menyambung pengajian. Keadaan bertambah rumit apabila Adam Mukriz ternampak Ain Hawani menerima sejambak bunga bersama Profesor Yusoff (Datuk Fazley Yaccob). Diselubungi rasa marah dan cemburu, Adam Mukriz telah melafazkan cerai. Bermulalah perjalanan hidup baru buat mereka berdua dalam berdepan dengan pelbagai dugaan.

Kini, Adam Mukhriz dan Ain mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali. Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba diuji. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Akhirnya Adam melafazkan talak. Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Ain cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar. Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati. (Sumber: Myinfotaip)

Trailer Dekatnya Cinta : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Hanya Namamu Laila 
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 15 Mei 2021 (Astro First)
Genre: Seram Komedi
Durasi: --
Pelakon: Diana Daniele, Ikmal Amry, Sri Kumaran, Phoon Chi Ho, Ropie, Salleh Yaacob, Sathiya, Lim Hui Hong, Cat Farish
Pengarah: Eizlan Yusof
Format: 2D
Sinopsis Hanya Namamu Laila : 
Borhan, Nathan dan Ah Cheng adalah rakan sejak kecil lagi yang melakukan kerja dan juga bermalas-malasan bersama-sama. Mereka juga meminati gadis yang semasa kecil bernama Laila. Apabila gadis itu pulang ke kampung mereka, mereka berpeluang menemui Laila semula. Tetapi tidak lama kemudian, peristiwa aneh mula berlaku dan terdapat kelibat entiti aneh mula muncul. Adakah Lila salah satu daripada entiti tersebut. (Sumber: Myinfotaip)

Trailer Hanya Namamu Laila : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa (Astro Shaw & Enjit-Enjit Semut)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Mei 2021 (Astro First)
Genre: Muzikal Komedi
Durasi: --
Pelakon: Dato Awie, Nazeera Sardi, Kaka Azraff, Siti Elizad Sharifuddin, Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler, Imuda, Raja Azmi
Pengarah: Mamat Khalid
Format: 2D
Sinopsis Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa : 
Seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya. Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak. Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang. Pak Din pula sedih kerana anaknya tiba-tiba tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersamanya. Cik Purnama membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana kerana kesunyian. Pak Karim dan Kak Som hiba kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka yang telah tiada. Serta Daud M yang perlu bekerja di malam raya bagi penghantaran barang-barang buat penduduk kampong Pisang yang membeli barang di atas talian. (Sumber: Myinfotaip)

Trailer Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa : Official

Senarai Filem Melayu 2021

J2 : J Retribusi (Primeworks Studios, Infinitus Productions)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2021 (Disney+ Hostar)
Genre: Aksi
Durasi: --
Pelakon:  Zul Ariffin, Ashraf Sinclair, Chen Yiming, Amelia Henderson, Ainin Batrisya, Rosyam Nor, Norman Hakim, Eric Chen, Jasper Supayah, Luqman Hafidz, Shah Rezza
Pengarah: Nazrul Asraff Mahzan, Nazim Shah
Format: 2D
Sinopsis J2 : J Retribusi : 
Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain,seorang pengawal, seorang pengawal, mengejar masa untuk menyelamatkan ahli perniagaan, Dato Hashim, dan anak perempuannya, Nadi, yang ditawan sebagai tebusan. Jay, yang terus melawan arus untuk melupakan luka lama. Merupakan bekas ketua unit UTK yang kini menjadi bodyguard kepada Nadi, 9 tahun yang merupakan anak kepada Dato' Hashim, seorang usahawan terkenal.
 
Taufiq, pemacu watak antagonis yang tidak gentar menentang cabaran musuh. Seorang yang pantas dalam misinya dan keinginannya untuk menang dalam merampas kuasa dari pemimpin berpangkat tinggi yang tamak. Ketamakan yang memakan diri sendiri - Dato' Hashim, usahawan terkenal yang bangga dengan kejayaannya akhirnya terperangkap dalam rancangannya sendiri. Sanggup mempertarukan nyawanya demi menyelamatkan anaknya, Nadi dari menjadi tebusan penjenayah.

Amy, kredibilitinya sebagai seorang Pengurus Hotel sering dipersoalkan. Sentiasa bersedia memastikan semua orang di dalam keadaan selamat. Membantu Jay & Chang menyelamatkan tebusan dan bersama menentang halangan dan cabaran. Bekerja keras demi keluarga untuk mengatasi kelemahannya. Chang, merupakan bekas ahli taekwondo yang dijual kepada Liu Kang untuk melunaskan hutang keluarganya. Bersama Jay menentang musuh, dia menemui semangat baru yang telah hilang.

Bagaikan nyawa keluarga sendiri - Nadi, si gadis lasak yang bijak dan berpegang utuh pada janji Jay. Menjadi semangat kepada Jay untuk terus berjuang menentang masa. (Sumber: Myinfotaip)

Trailer J2 : J Retribusi : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Arwah Pak Mat, Lif & AJK (Excellent Pictures, Cinemalaya Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 10 Jun 2021 (Astro First)
Genre: Komedi Satira
Durasi: --
Pelakon: Joey Daud, Tauke Jambu, Jalil Hamid, Ropie, Wafariena Roslan, Wan Gegau, Anas Ridzuan, Souya, Man Raja Lawak, Tapai Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Kimmy Low, Nizam Jentik-Jentik, Shendo Kiut, Sathia, Sheila Mambo, Douglas Lim
Pengarah: Khir Rahman
Format: 2D
Sinopsis Arwah Pak Mat, Lif & AJK : 
Mengisahkan tentang Nordin, seorang pekerja kilang yang menjaga bapanya selepas kematian ibunya. Nordin tinggal di Flat Seri US, sebuah kawasan perumahan rumah pangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Nordin dan bapanya tinggal di tingkat 25 di flat itu.Keadaan di Flat Seri US juga meriah dan hangat kerana sedang berlangsung pemilihan presiden dan ahli ajk untuk musim terbaru. Berlaku perebutan kuasa antara Pak Mat Tahir dan Syamsul serta ahli ahli lain.

Namun berlaku kejadian yang tidak diingini, bapa Nordin telah meninggal dunia secara mengejut dirumah ketika majlis pemilihan sedang berlangsung. Keadaan bertambah kecoh selepas lif di rumah pangsa mereka turut rosak dan perlu mengambil masa yang lama untuk dibaiki. Pelbagai halangan dan cabaran perlu ditempuh oleh Nordin dalam membawa turun jenazah bapanya dengan pelbagai masalah serta isu yang sedang terjadi di Flat Seri US. (Sumber: Myinfotaip)

Trailer Arwah Pak Mat, Lif & AJKi : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Masuk Jawi (Wandet Film Production )
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 17 Jun 2021 (Astro First)
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Ropie, Zainol Ismail, Fendi Seman, Zul Ghani, Amirul Rahman, Muhammad Daffie, Muhammad Haziman, Cik Hawa Fasha, Fiesha Sha, Nur Hanim, Anne Adorra, S Azali
Pengarah: Che Mie
Format: 2D
Sinopsis Masuk Jawi : 
Mengisahkan ragam tiga sahabat iaitu Tat, Ery dan Shamim yang sudah empat kali melarikan diri daripada berkhatan. Pelbagai helah yang telah dilakukan oleh tiga sekawan ini semata-mata untuk melarikan diri daripada berkhatan dengan pelbagai ragam sehingga menyebabkan huru hara dalam kalangan penduduk kampung. (Sumber: Myinfotaip)

Trailer Masuk Jawi : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Chomel (Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 Jun 2021 (Astro First)
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Airiezara Jasmin, Zahiril Adzim, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair, Azizah Mahzan, Douglas Lim, Adibah Noor, Aziz M. Osman, Nadia Aqilah, Indah Emeerlda
Pengarah: -
Format: 2D
Sinopsis Chomel : 
Memaparkan tentang hubungan kasih sayang keluarga bersama haiwan kesayangan ramai, si meow. (Sumber: Myinfotaip)

Trailer Chomel : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Sabda Kekasih (Respected Citizen Production)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 Jun 2021 (Astro First)
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Sharifah Husna, Sabri Yunus, Fauziah Nawi 
Pengarah: Azhari Zain
Format: 2D
Sinopsis Sabda Kekasih : 
Kisah cinta yang bermula dari satu rungkaian penipuan. Adakah ikatan mereka dapat kembali disatukan?. (Sumber: Myinfotaip)

Trailer Sabda KekasihOfficial

Senarai Filem Melayu 2020
Poster "Zombitopia"

Zombitopia (Skop Production)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 2 Julai 2021 (Disney+ Hostar)
Genre: Aksi / Seram
Durasi: 1 Jam 29 Minit
Pelakon: Shaheizy Sam, Bront Palarae, Elvina Mohamad, Azman Hassan, Sharifah Amani
Pengarah: MJ Woo
Format: 2D
Sinopsis Zombitopia : 
Setelah Hassan mendapat tahu Zidik tinggal bersendirian di jalanan, dia membawanya pulang dan menjaganya seperti anak sendiri. Kini Zidik bekerja dengan Hassan di sebuah pusat pelupusan sampah dan kedua-dua mereka tersepit dengan masa silam masing-masing. Pada 15 tahun lalu, satu virus yang mengubah manusia menjadi ganas telah meragut nyawa keluarga mereka. Hassan cuba melupakan bahawa virus itu telah membunuh isterinya, sementara Zidik masih ingat adiknya menyerang ibunya dan bapanya mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan Zidik. Dia juga sering teringatkan Zooey, gadis yang dikenali di rumah anak yatim sebelum dia dihalau keluar oleh Kak Lily. Sementara itu, Dr. Rahman, seorang saintis yang berjaya mengawal virus itu, mencipta virus zombi baru. Ketika wabak zombi berlaku semula, Zidik bertemu Zooey yang telah bertukar zombi dan menyerangnya tetapi perlahan-lahan dia mula mengingati Zidik. Zidik kemudiannya menjadi tahanan Dr. Rahman apabila mengetahui Zidik kebal dari virus itu.

Trailer Zombitopia : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Jangan Takut.. Kau Takut Aku Pun Takut (CMA Media Sdn Bhd, Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 8 Julai 2021 (Astro First)
Genre: Komedi / Seram
Durasi: --
Pelakon: Mark Adam, Amerul Affendi, Syuk Sahar, Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Delimawati, Ropie, Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Melati Zero, Azlee Senario, Ucop Cecupak, Aiyuni Hashim, Kamarul Yusof, Donna Muslim, Along Eyzendy
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Format: 2D
Sinopsis Jangan Takut.. Kau Takut Aku Pun Takut : 
Mengisahkan tentang tiga sahabat karib Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung. Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing terpaksa menanggung malu. Selepas gagal mencuri di rumah Tok Bomoh, mereka bertiga telah dihalau oleh keluarga masing-masing. 

Kemudian Sarip, Dol dan Leman tekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka telah menahan dan menumpang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang gadis bernama Malaika. Dalam perjalanan, Sarip mengajak untuk bermain satu permainan iaitu mereka perlu berkongsi kisah seram dan jika sesiapa rasa takut maka orang itu perlu keluar daripada kereta tersebut. 

Sarip dan Leman masing- masing menceritakan kisah seram tetapi tidak ada sesiapa pun yang rasa takut, bahkan mereka terhibur dengan cerita-cerita tersebut. Tiba giliran Dol untuk bercerita, tetapi Malaika terus menceritakan satu kisah seram sehingga membuatkan mereka bertiga seram.

Trailer Jangan Takut.. Kau Takut Aku Pun Takut : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Mat Bond Malaya (KMN Production Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 20 Julai 2021 (Astro First)
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: --
Pelakon: Naqiu, Elizabeth Tan, Azri Iskandar, Riezman Khuzaimi, Farid Halus (Farid Azmeir), Amyza Aznan, Reza Hasbi, Datuk Ramli MS, Aziz M.Osman, Datuk Yusof Haslam, Ghaz Abu Bakar, Michael Ang, Aloy Paradoks, Syafiq Kyle, Ning Baizura, Didie Alias
Pengarah : Nabil Ahmad
Format: 2D
Sinopsis Mat Bond Malaya : 
Mengisahkan Mat ingin menjadi ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6 tetapi sebagai budak pejabat. Pada masa sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi. Namun, Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti. 
Satu hari, dunia digemparkan dengan serangan virus zombi yang disebarkan Dr Ebel. Ramai  terkena virus tersebut termasuk ejen-ejen di M6 dan Bondi. Mat tiada pilihan melainkan mencari penawar bagi menyelamatkan semua yang dijangkiti sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia. (sumber: myinfotaip)

Trailer Mat Bond Malaya  : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Ada Hantu (ACT 2 Pictures Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2021 (Disney+ Hotstar)
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Zahiril Adzim, Shikin Kamal, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Dafi, Sophia AlBarakbah, Theebaan. G, Henley Hii, Hakim Nordin, Afiz Aris
Pengarah: Hairul Azreen
Format: 2D
Sinopsis Ada Hantu : 
Alif, seorang YouTuber yang tidak mempercayai hantu menyambut hari jadi bersama rakannya di sebuah banglo lama tinggalan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Trailer Ada Hantu : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Mencari Rahmat (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2021 (MUBI)
Genre: Komedi
Durasi: 1 Jam 40 minit
Pelakon: Namron, Amerul Affendi, Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Azman Hassan
Pengarah: Al Jafree Md Yusop
Format: 2D
Sinopsis Mencari Rahmat : 
Razak adalah anak yatim piatu yang kini menjadi ahli perniagaan berjaya yang tinggal di Pulau Pinang. Setelah ibu bapa angkatnya mati dalam kemalangan kereta, dia mewarisi segalanya dari mereka, termasuk menjaga cucu perempuan mereka yang berusia 19 tahun, Ratna, yang juga anak yatim. Bagaimanapun, Razak adalah seorang yang suka berpesta dan mencari kesenangan, tetapi dia ingin memberikan contoh yang baik kepada Ratna. Sementara itu, Azman adalah anak yatim lain yang dibesarkan oleh ibu saudaranya, Datin Azizah. Datin Azizah mempunyai seorang anak perempuan bernama Rose yang merupakan teman wanita Razak. Kehidupan watak-watak ini saling berkaitan ketika rahsia mereka terbongkar.

Trailer Mencari Rahmat : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Hutang 2D (Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 5 Ogos 2021 (Astro First)
Genre: Aksi / Komedi / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: Floor 88, Baby Shima, Black Hanafiah, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ropie, Altimet, Wafiy Ilhan, Coki
Pengarah: Irwan Rauf & Eric Fuzi
Format: 2D
Sinopsis Hutang 2D : 
Mengisahkan tentang Ayie (Ayie Elham), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan bersifat pengecut. Hubungan Ayie dan ayahnya, Pak Jie (Ropie) tidak mesra, bahkan bakat melukisnya juga sering dipandang rendah oleh Pak Jie. Itu membuatkan Ayie rasa sedih dan kurang keyakinan, termasuklah memendam rasa terhadap jirannya, Shima (Baby Shima). Sementara itu, Pak Jie banyak berhutang dan sering diganggu oleh dua orang gangster, Han (Black) dan Kit (Wafiy Ilhan). Apabila Pak Jie diserang di rumahnya, Ayie terus menyembunyikan diri. Segalanya berubah apabila Ayie bertemu dengan Gua Mambang (Altimet) dan telah menghadiahkan sebuah ‘tablet’ ajaib. Ayie mendapati setiap lukisannya di tablet itu akan menjadi kenyataan. Kemudian, Ayie mencipta rakan-rakan baru dengan mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa agar dapat membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.

Trailer Hutang 2D : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Kampung Latah Kena Kuarantin (Megapine Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 9 September 2021 (Astro First)
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah, Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario, Wanns Ahmad, Datuk Awie, AR Badul, Ustaz Syamsul Debat, Riezman Khuzaimi, Roy Azman, Achong Sweet Child, Mak Wan Latah
Pengarah: Azizi Adnan
Format: 2D
Sinopsis Kampung Latah Kena Kuarantin : 
Mengisahkan tentang Kampung Latah Permai, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan  luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia  yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai. Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur). Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha). Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.

Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati. Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria,  tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak  terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes  merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga  terbunuh rakan atau pasangan. Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian. Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut.

Trailer Kampung Latah Kena Kuarantin : Official


Senarai Filem Melayu 2021


Olympic Dream (De Theatre Entertainment & Full Billion Entertainment)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 23 September 2021 (Astro First)
Genre: Drama, Sukan
Durasi: --
Pelakon: Maya Karin, Jordan Voon, Annabelle Tan, Adelle Ng, Rashid Sidek, Cheah Soon Kit , Ong Ewe Hock, Janice Woon Khe Wei, Vivian Hoo Kah Mun, Jean Tan, John Tan, Jeffrey Leong, Chai Zi
Pengarah: Don Hoe
Format: 2D
Sinopsis Olympic Dream : 
Mengisahkan tentang Wong Anna yang meminati dan bercita-cita sejak kecil untuk menjadi pemain badminton kebangsaan. Walaupun Anna mengalami masalah kesihatan, itu tidak mematahkan impiannya. 

Ketika di sekolah, Anna ternampak kehebatan Pak Cik Quan yang juga merupakan bekas pemain badminton dalam mengendalikan bola tangkis. Sejak itu, Anna sentiasa berlatih dengan Pak Cik Quan sehingga berjaya memenangi pertandingan badminton. Bakat Anna telah dilihat oleh jurulatih Cheah dan itu membuka laluan Anna untuk menjadi pemain kebangsaan. 

Apabila meningkat dewasa, Anna berjaya menjadi salah seorang pemain terbaik kebanggsaan. Namun, pasangan beregunya, Xiu Man telah cedera parah dan Anna terpaksa bertukar pasangan beregu baru, Hao Yu. 

Anna dan Hao Yu belatih keras untuk mengatasi semua kesukaran. Mereka membawa impian dan harapan 32.38 juta orang Malaysia untuk melangkah ke Olimpik. Tetapi berjayakah Anna dan pasangannya mengharumkan nama Malaysia dan membawa pulang pingat emas Olimpik.

Trailer Olympic Dream : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Frontliner (D'Alphalegacy Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 30 September 2021 (Netflix)
Genre: Drama, Sukan
Durasi: --
Pelakon: Azhan Rani, Beto Kusyairy, Achey, Emma Maembong, Wan Maimunah, Farah Ahmad, Black Hanifah, Zul Handyblack, Ashraf Muslim, Merqeen, Shamsul Danish, DSP Siren Boonthnam Ekkasook, Aril Fazrie
Pengarah: Razif Rashid
Format: 2D
Sinopsis Frontliner : 
Berkisar tentang perjuangan petugas barisan hadapan dari sektor medikal hinggakan pekerja penghantar makanan memerangi Covid-19 di Malaysia. Ia diadaptasi dari kisah benar.

Trailer Frontliner : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Hantu Ke Lima (AT Movies Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 30 September 2021 (Astro First)
Genre: Komedi, Seram
Durasi: --
Pelakon: Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein, Shiha Zikir, Aisar Khaled, Danish Daniel @ Coki, PU Azman, Adibah Noor, Azman Ahmad
Pengarah: Azhari Zain
Format: 2D
Sinopsis Hantu Ke Lima : 
Mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan. Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri. TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur. Namun mereka berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik. Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.

Trailer Hantu Ke Lima : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Penunggang Agama 2 (Skop Productions Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 19 Oktober 2021 (Astro First)
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Nasir Bilal Khan, Johan As’ari, Dato’ Rahim Razali, Anna Jobling, Puteri Nurqaseh, Burhan Sidqi, Sharifah Aisyarha
Pengarah: Syafiq Yusof
Format: 2D
Sinopsis Penunggang Agama 2 : 
Penunggang Agama 2 adalah kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. Dalam pada masa yang sama, seorang anak murid Anna bernama Anim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang dikendalikan oleh Anna. Kedua ibu bapa Anim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka. 

Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima. Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz. Bukan itu sahaja, tetapi Amir mengubah penampilannya dengan sentiasa mengenakan jubah putih serta berkopiah. 

Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael yang turut sama mencari Anim yang hilang itu, telah mencabar ego dan kredibiliti Amir. Amir mencurigai Father Michael dan percaya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi.

Trailer Penunggang Agama 2 : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Sa Balik Baju (Red Communications Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 21 Oktober 2021 (Netflix)
Genre: Drama
Durasi: --
Pelakon: Nadiya Nissa, Elena Laurel Moujing, Juliana Evans, Sarancak, Mira Filzah, Kaka Azraff,  Jo Kukathas, Chelsia Ng, Kahoe Hon, Jad Hidhir, Nicole Rinai Joachim, Alif Satar, Amirah Azmi, Lee Yvonne, Idris Khan, Haleeda, Azman Hassan, Joanne Kam
Pengarah: Junad Nor, Sarah Lois, Umie Omar, Afiza Asram
Format: 2D
Sinopsis Sa Balik Baju : 
Kisah enam wanita menempuhi tekanan moden daripada media sosial, pekerjaan dan hubungan pada zaman internet.

Trailer Sa Balik Baju : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Dendam Kesuma (Richplus Media Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 4 November 2021
Genre: Thriller
Durasi: --
Pelakon: Jefri Jefrizal, Bella Paloma, Haliza Khalili, Nazreen Putra, Marissa Ezureen
Pengarah: Jefri Jefrizal
Format: 2D
Sinopsis Dendam Kesuma : 
Mengisahkan Hadri, yang mengalami kemurungan dan tekanan perasaan semenjak berpindah balik ke rumah ibu mentuanya, Kesuma. Perkahwinannya dengan Meena dikurniakan dua cahaya mata, Ali dan Suri. Namun, suasana di rumah agak tertekan dan suram akibat mengalami pelbagai gangguan yang sering dihadapi oleh keluarganya. Meena pula sentiasa menasihati Hadri supaya mendekatkan diri dengan Allah. Bagaimanapun, nasihat Meena itu sentiasa tidak diendahkan. Suri juga mengalami gangguan di mana dia sering didekati oleh seorang nenek yang tidak dikenalinya. Justeru, kelakuan aneh Suri itu sering menimbulkan tanda tanya buat Meena.

Trailer Dendam Kesuma : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Dendam Penunggu (Parallax Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 5 November 2021 (Tonton Cinema)
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil, Atiq Azman, Shasha Abedul, Ahmad Syafiq, Hakim Nordin, Ahmad Adly, Sherry, Alhadad, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat
Pengarah: Faizul Jais
Format: 2D
Sinopsis Dendam Penunggu : 
Lima orang rakan diganggu oleh sesuatu yang misteri di sebuah kolej kediaman mereka. 

Trailer Dendam Penunggu : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Budak Kripto (MIG Beats Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 November 2021
Genre: Aksi
Durasi: 1 Jam 27 Minit
Pelakon: Zam Azmi, Nurul Hida, Fahrin Ahmad, A. Galak, Liza Abdullah
Pengarah: Din CJ
Format: 2D
Sinopsis Budak Kripto : 
Filem ini mengisahkan Putra yang menguruskan skim wang cepat yang berkaitan dengan pelaburan emas. Malangnya, Putra tidak berjaya malah ditipu sehingga diburu oleh pemiutangnya. Untuk menambah garam pada lukanya, tunang Putra meninggalkannya kerana tidak dapat memenuhi jumlah mas kahwin yang dijanjikan, manakala adik-beradiknya menjauhinya kerana malu dengan kegagalannya. Dia mempunyai pertemuan yang tidak dijangka dengan seorang wanita bernama Mira, yang memperkenalkannya kepada mata wang digital yang dipanggil Crypto. Dengan sokongan ibu tercinta dan Mira, Putra akhirnya berjaya.

Trailer Budak Kripto : Official

Senarai Filem Melayu 2021

Rumah Madu Ku Berhantu (GSC Movies)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 2 Disember 2021
Genre: Komedi, Seram
Durasi: --
Pelakon: Zizan Razak, Rita Rudaini, Nadia Brian, Azlee Jaafar, Saiful Apek, Douglas Lim
Pengarah: Abdul Razak Mohaideen
Format: 2D
Sinopsis Rumah Madu Ku Berhantu : 
Saufi merupakan seorang ejen hartanah yang hidup bahagia bersama isterinya Sofea dan anak perempuan mereka. Rakan lamanya Ali memujuk Saufi untuk berbuat baik kepadanya dengan menjadi `Pak Sanggup` dengan mengahwini bekas isterinya Alia hanya untuk satu malam. Perkahwinan sementara ini menjadi rumit apabila Ali tiba-tiba meninggal dunia dan kini Saufi terpaksa menyembunyikan isteri keduanya daripada pengetahuan isteri pertamanya. Dia membenarkan Alia tinggal di salah sebuah rumahnya - sebuah banglo lama tetapi ia tidak kosong. Terdapat entiti yang tinggal di sana yang tidak mahu berkongsi rumahnya.

Trailer Rumah Madu Ku Berhantu : Official

*Semua Poster belongs to google
**Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.
***Beberapa info dalam entri ini diambil dari Twitter @FilemKita

Senarai Filem Tahun 2021 | Filem Gempak Melayu Tahun 2021 | Download Filem Melayu 2021 | Trailer Filem Melayu 2021 | Senarai Filem Melayu 2021 | Senarai Filem Aksi Melayu 2021 | Senarai Filem Cinta Melayu 2021 | Senarai Filem Seram Melayu 2021

Post a Comment

1 Comments

Banyak jugak drama2 yg xsempat nk tgok