Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
 | Assalamulaikum & Salam sejahtera guys! Walaupun kita baru masuk ke pertengahan tahun 2019, filem tahun 2020 sudah diumumkan. Rasanya banyak juga filem menarik yang bakal menghiasi tahun 2020 nanti. Antara filem-filem yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 ialah 'Birds of Prey', filem ketiga 'Kingsman', filem live-action 'Mulan', 'Godzila vs Kong', Filem ke-25 James Bond, Trolls World Tour, filem ke-9 Fast & Furious, Wonder Women 1984, Minions 2 dan banyak lagi. Jom kita lihat senarai filem tahun 2020. 


Perhatian : Filem-filem hanya untuk tayangan di Malaysia sahaja kecuali dinyatakan. Tarikh tayangan akan di-update semula selepas tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Panggung Wayang ditutup sehingga 30 Jun 2020. 




RELEASE


Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Grudge" (Sumber : IMDb.com)


Grudge (Sony Pictures Entertainment)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 1 Januari 2020
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Andrea Riseborough, Demián Bichir, John Cho, Lin Shaye, Jacki Weaver
Pengarah: Nicolas Pesce
Format: 2D
Sinopsis / Info Grudge :
Seorang detektif muda, yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, perlu menyelamatkan diri dan anak lelakinya dari sumpahan sebuah rumah di kejiranannya. Rumah itu dipenuhi dengan roh jahat yang mana sesiapa yang masuk akan mati dengan kejam.

Trailer Grudge : Official

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Dolittle" (Sumber : IMDb.com)

Dolittle (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 23 Januari 2020
Genre: Pengembaraan
Durasi: --
Pengedar:
Pelakon: Robert Downey Jr., Antonio Banderas, Michael Sheen, Emma Thompson, Rami Malek, John Cena, Kumail Nanjiani, Octavia Spencer, Tom Holland, Selena Gomez
Pengarah: Stephen Gaghan
Format: 2D
Sinopsis / Info Dolittle :
Filem arahan Stephen Gaghan ini diangkat dari naskhah "The Voyages of Doctor Dolittle" nukilan Hugh Lofting. Ia menceritakan mengenai seorang ahli fizik yang mendapati dirinya mampu berkomunikasi dengan haiwan.

Trailer Dolittle : Official

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Birds of Prey" (Sumber : IMDb.com)

Birds Of Prey: And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn (Warner Bros. Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 6 Februari 2020
Genre: Aksi / Pengembaraan / Jenayah
Durasi: --
Pelakon: Margot Robbie, Mary Elizabeth Winstead, Jurnee Smollett-Bell, Rosie Perez, Chris Messina, Ella Jay Basco, Ewan McGregor
Pengarah: Cathy Yan
Format: 2D
Sinopsis Birds Of Prey : 
Selepas kehilangan Batman, Bandar Gotham dibiarkan tanpa pengawasan. Kini Harley Quinn, yang telah berpisah dengan Joker, perlu melindungi Cassandra Cain selepas gadis itu terjebak dalam masalah apabila dia menjumpai berlian milik ketua penjenayah Black Mask. Black Canary, Huntress dan Renee Montoya bekerjasama dengan Harley bagi melindungi Cassandra.

Trailer Birds Of Prey : Official

UPCOMING

Filem Menarik Tahun 2020

Sonic The Hedgehog (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 13 Februari 2020
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: James Marsden, Tika Sumpter, Jim Carrey, Natasha Rothwell, Neal McDonough
Pengarah: Jeff Fowler
Format: 2D
Sinopsis Sonic The Hedgehog : 
Sonic adalah seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan makhluk asing. Dia sedang cuba meloloskan diri dari penjahat Dr. Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya. Sonic kemudian bekerjasama dengan Tom Wachowski, seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana, untuk menentang Dr. Robotnik.

Trailer Sonic The Hedgehog : Official

Senarai Filem Melayu 2020
Poster "Rock 4 : Rockers Never Dai"

Rock 4: Rockers Never Dai (Primeworks Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 20 Februari 2020
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Sharwani, Hazama Azmi, Adam John, Nazimi Fahmi, Bulan Terry
Pengarah: Mamat Khalid
Format: 2D
Sinopsis/ Info Rock 4: Rockers Never Dai : 
Filem terbaru ini adalah kesinambungan dari filem ketiga yang mana Dio yang terlibat dengan kemalangan sebelum ini telah koma untuk satu tempoh yang cukup lama. Apabila dia terjaga, dia menyedari dirinya berada pada zaman moden. Dia kemudian bergabung dengan beberapa pemuzik muda baru dan menubuhkan Rimba Bara 2 bagi meneruskan legasi kumpulan rock Rimba Bara.

Trailer Rock 4: Rockers Never Dai : Teaser

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Onward" (Sumber : IMDb.com)

Onward (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Sarikata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2020
Genre: Animasi
Durasi: --
Pelakon: Tom Holland, Chris Pratt, Julia Louis-Dreyfus, Octavia Spencer
Pengarah: Dan Scanlon
Format: 2D
Sinopsis Onward :
Ian dan Barley Lightfoot merupakan adik beradik bunian yang tinggal di pinggir bandar sebuah dunia fantasi, di mana manusia tidak wujud. Sebaliknya ia didiami oleh makhluk seperti bunian, troll, ikan duyung dan macam-macam lagi. Suatu hari, kedua-dua remaja itu memulakan pengembaraan demi mencari tahu jika masih ada lagi kuasa magik di dunia. Mereka berharap untuk menggunakan kuasa magik bagi meluangkan masa sehari bersama bapa mereka, yang meninggal ketika mereka masih kecil.

Trailer Onward : Teaser | Official

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Trolls World Tour" (Sumber : IMDb.com)

Trolls World Tour (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 12 Mac 2020
Genre: Animasi / Kekeluargaan
Durasi: --
Pelakon: Anna Kendrick, Justin Timberlake, Ester Dean
Pengarah: Walt Dohrn, David P. Smith
Format: 2D
Sinopsis / Info Trolls World Tour : 
Sambungan filem "Trolls" ini berkisarkan tentang Queen Poppy dan Branch yang menemui beberapa dunia Trolls yang baharu. Setiap satu daripadanya mempunyai genre muzik yang berbeza. Namun satu ancaman misteri menyebabkan Poppy, Branch dan rakan-rakan mereka perlu menjelajah ke tempat baharu demi menyatukan semua Trolls untuk menentang ancaman tersebut.

Trailer Trolls World Tour : Official #1 | Official #2

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Kaiji : Final Game" (Sumber : gscmovies.com.my)


Kaiji: Final Game (GSC Movies)
Bahasa: Jepun
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan : 01 Julai 2020
Genre: Suspens / Ngeri
Durasi: 129 Minit
Pelakon: Tatsuya Fujiwara, Sota Fukushi, Nagisa Sekimizu, Mackenyu Arata
Pengarah: Toya Sato
Format: 2D
Info / Sinopsis Kaiji: Final Game :
Kaiji bergelut untuk menyara kehidupannya, dan sering berfikir jika dia mempunyai wang mencukupi untuk membeli minuman keras. Dia berasa marah apabila mendapati harga minuman keras semakin meningkat. Suatu hari, dia mendapat tahu bekas ketua kem buruh bawah tanahnya, Otsuki, telah diangkat sebagai Presiden syarikat Teiai yang berkuasa selepas memenangi pertandingan judi. Otsuki kemudiannya memperkenalkan Kaiji kepada "Babel no Tou", sebuah permainan berisiko yang memberi peluang untuk menjadi kaya. Dia turut diperkenalkan kepada tiga permainan lain, "Saigo no Shinpan", "Dream Jump" dan "Golden Janken", yang mana semuanya mempunyai situasi hidup dan mati. Namun Kaiji nekad untuk bermain.

Trailer Kaiji: Final Game : Official

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Digimon Adventure : Last Evolution Kizuna" (Sumber : gscmovies.com.my)


Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna (GSC Movies)
Bahasa: Jepun
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan:: 1 Julai 2020
Genre: Pengembaraan / Animasi
Durasi: --
Pelakon: Natsuki Hanae, Yoshimasa Hosoya, Suzuko Mimori
Pengarah: Tomohisa Taguchi
Format: 2D
Info / Sinopsis Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna : 
Berlatarkan tahun 2010, di mana Taichi kini merupakan pelajar kolej sementara rakan-rakannya mempunyai jalan hidup tersendiri. 10 tahun sudah berlalu sejak mereka bertemu dan mengembara di Digital World. Kini kelibat Digimon dilihat semakin biasa di dunia sebenar dan kewujudan DigiDestined juga diiktiraf. Namun pada ketika ini, seekor Digimon kuat bernama Eosmon muncul menimbulkan masalah, menyebabkan Menoa dan Imura meminta bantuan daripada Taichi dan rakan-rakannya. Ketika bertarung dengan Eosmon, Taichi menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Agumon dan Digimon lain. Mereka akhirnya diberitahu oleh Menoa bahawa seekor Digimon akan lenyap apabila DigiDestinednya meningkat dewasa. Taichi perlu membuat keputusan jika dia ingin teruskan bertarung, walaupun sedar dia bakal kehilangan pasangan Digimonnya.

Trailer Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna : Official

UPCOMING

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Train to Busan 2 : Peninsula" (Sumber : gscmovies.com.my)

Train To Busan 2: Peninsula (GSC Movies)
Bahasa: Korea
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan : 16 Julai 2020
Genre: Aksi / Seram / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Kang Dong-Won, Lee Jung-Hyun, Lee Re, Kwon Hae-Hyo
Pengarah: Yeon Sang-Ho
Format: 2D
Info / Sinopsis Train To Busan 2: Peninsula : 
Filem ini berlatarbelakangkan situasi selepas kejadian wabak virus zombi merebak di Korea Selatan, empat tahun setelah kejadian dalam "Train To Busan" (2016). Ketika menjalankan satu operasi rahsia bersama kumpulannya, Jung-seok, seorang tentera yang terselamat daripada wabak virus zombi tersebut, terjumpa sekumpulan manusia yang terselamat. Kini nasib mereka bergantung antara satu sama lain untuk berjuang meneruskan hidup.

Trailer Train To Busan 2: Peninsula : Teaser | Official

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Fukushima 50" (Sumber : gscmovies.com.my)

Fukushima 50 (GSC Movies)
Bahasa: Jepun
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan:: 23 Julai 2020
Genre: Drama
Durasi: --
Pelakon: Koichi Sato, Ken Watanabe, Hidetaka Yoshioka, Narumi Yasuda
Pengarah: Setsuro Wakamatsu
Format: 2D
Info / Sinopsis Fukushima 50 : 
Berdasarkan novel bukan fiksyen "Shi no Fuchi o Mita Otoko: Yoshida Masao to Fukushima Daiichi Genpatsu no 500-nichi" (2012) oleh Ryusho Kadota. Bandar Fukushima telah dilanda tsunami akibat gempa bumi bermagnitud 9.0 pada 11 Mac 2011, iaitu gempa bumi terbesar yang tercatat dalam sejarah Jepun. Bencana itu turut memusnahkan Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi. Seramai 50 orang pekerja membuat keputusan untuk tinggal di situ dan menggadaikan nyawa bagi memastikan tiada kemusnahan lebih buruk yang akan berlaku.

Trailer Fukushima 50 : Official

Senarai Filem Melayu 2020
Poster "Roh"

Roh (Kuman Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 6 Ogos 2020
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Putri Qaseh, Harith Haziq, Mhia Farhana, Farah Ahmad, Nam Ron, Junainah M. Lojong.
Pengarah: Emir Ezwan
Format: 2D
Sinopsis/ Info Roh : 
Berlatarbelakangkan zaman peperangan, di mana tinggal sebuah keluarga daif di pinggir hutan. Mereka kemudiannya didatangi seorang kanak-kanak perempuan misteri. Kejadian-kejadian aneh mula menghantui mereka selepas kanak-kanak itu meramalkan sesuatu yang ngeri.

Trailer Roh : Teaser

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Intruder" (Sumber : gscmovies.com.my)

Intruder (GSC Movies)
Bahasa: Korean
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan:: 06 Ogos 2020
Genre: Misteri / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Song Ji-Hyo, Kim Mu-Yeol, Ye Soo-Jung, Heo Joon-Seok
Pengarah: Sohn Won-Pyeong
Format: 2D
Info / Sinopsis Intruder : 
Kehilangan adik perempuannya, Yoo-Jin, ketika dia masih kecil telah meninggalkan kesan terhadap diri Seo-Jin, seorang arkitek terkenal, menyebabkan dia kini dalam keadaan trauma. Selepas 25 tahun, Yoo-Jin pulang ke pangkuan keluarganya, menimbulkan kecurigaan Seo-Jin apabila menyedari ada sesuatu yang tak kena dengan gadis itu.

Trailer Intruder : Official

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Tenet" (Sumber : IMDb.com)

Tenet (Warner Bros. Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan:: 13 Ogos 2020
Genre: Aksi / Drama / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: John David Washington, Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Aaron Taylor-Johnson, Clémence Poésy, Michael Caine, Kenneth Branagh
Pengarah: Christopher Nolan
Format: 2D
Info / Sinopsis Tenet : 
Sebuah filem aksi thriller arahan Christopher Nolan, yang mengisahkan tentang dunia perisikan antarabangsa. 

Trailer Tenet : Official

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Antebellum" (Sumber : gscmovies.com.my)

Antebellum (GSC Movies)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan:: 20 Ogos 2020
Genre: Drama / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Janelle Monáe, Marque Richardson, Eric Lange, Jack Huston, Kiersey Clemons, Tongayi Chirisa, Gabourey Sidibe, Robert Aramayo, Lily Cowles, Jena Malone
Pengarah: Gerard Bush, Christopher Renz
Format: 2D
Info / Sinopsis Antebellum : 
Menyedari dirinya terperangkap dalam realiti yang mengerikan, kini penulis terkenal Veronica Henley perlu mencari jalan keluar dan menyelesaikan misteri mimpi ngeri itu sebelum terlambat.

Trailer Antebellum : Official

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Mulan" (Sumber : IMDb.com)

Mulan (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2020
Genre: Pengembaraan / Drama / Kekeluargaan
Durasi: --
Pelakon: Crystal Liu Yifei, Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An
Pengarah: Niki Caro
Format: 2D
Sinopsis / Info Mulan : 
Filem `live action` ini adalah adapatasi dari cerita lagenda mengenai pahlawan wanita Hua Mulan. Dia telah menyamar sebagai lelaki supaya dia dapat mengambil alih tempat bapanya dalam tentera.

Trailer Mulan : Teaser | Official | Final Trailer


Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "A Quite Place Part II" (Sumber : IMDb.com)

A Quiet Place Part II (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 3 September 2020
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 100 minit
Pelakon: Emily Blunt, Cillian Murphy, Millicent Simmonds, Noah Jupe, Djimon Hounsou
Pengarah: John Krasinski
Format: 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS
Sinopsis A Quiet Place 2 : 
Kesinambungan kepada filem "A Quiet Place" (2018), di mana ahli keluarga Abbott yang terselamat berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Kini mereka meneruskan hidup mereka dengan mengembara ke dunia luar. Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.

Trailer A Quiet Place Part II : Official

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "The Conjuring : The Devil Made Me Do It" (Sumber : IMDb.com)


The Conjuring: The Devil Made Me Do It (Warner Bros. Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan:: 10 September 2020
Genre: Seram / Misteri / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Vera Farmiga, Patrick Wilson, Ruairi O'Connor, Charlene Amoia
Pengarah: Michael Chaves
Format: 2D
Info / Sinopsis The Conjuring: The Devil Made Me Do It : 
Buat kali pertama dalam sejarah Amerika Syarikat, seorang suspek pembunuhan mendakwa dia dirasuk iblis. Kini penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren cuba untuk merungkai kebenaran di sebalik dakwaan pembunuh itu.

Trailer The Conjuring: The Devil Made Me Do It : akan datang

Poster " The King's Man"

The King's Man (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 17 September 2020
Genre: Animasi
Durasi: --
Pelakon: Harris Dickinson, Liam Neeson, Ralph Fiennes, Rhys Ifans, Matthew Goode
Pengarah: Matthew Vaughn
Format: 2D
Sinopsis / Info The King's Man :
Filem ini menyingkap semula zaman sebelum filem "Kingsman: The Secret Service" dan "Kingsman: The Golden Circle", iaitu asal usul agensi perisikan rahsia Kingsman. Seorang lelaki perlu menghalang sekumpulan penjenayah yang merancang peperangan untuk memusnahkan jutaan manusia.

Trailer The King's Man : Teaser | Official

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Sumber : imdb.com

Wonder Woman 1984 (Warner Bros. Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 1 Oktober 2020
Genre: Aksi, Superhero
Durasi: --
Pelakon: Gal Gadot, Chris Pine, Kristen Wiig, Pedro Pascal, Connie Nielsen, Robin Wright
Pengarah: Patty Jenkins
Format: 2D
Sinopsis / Info Wonder Woman 1984 :
Ketika Perang Dingin 1980an, Diana Prince a.k.a Wonder Woman terlibat dalam konflik dengan Soviet Union. Dia juga perlu bertarung dengan Cheetah, penjahat yang mempunyai kuasa luar biasa.

Trailer Wonder Woman 1984 : Official 

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Halloween Kills" (Sumber : IMDb.com)


Halloween Kills (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan:: 15 Oktober 2020
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Jamie Lee Curtis, Judy Greer, Andi Matichak, Kyle Richards
Pengarah: David Gordon Green
Format: 2D
Info / Sinopsis Halloween Kills :
Sekuel filem "Halloween" (2018), yang juga filem ke-12 dari francais filem seram itu, menampilkan Laurie Strode, satu-satunya yang terselamat daripada dibunuh Michael Myers pada tahun 1978, kembali berdepan pembunuh bersiri itu.

Trailer Halloween Kills : akan datang

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Black Widow" (Sumber : IMDb.com)

Black Widow (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 5 November 2020
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Durasi: --
Pelakon: Scarlett Johansson, David Harbour, Florence Pugh, Rachel Weisz
Pengarah: Cate Shortland
Format: 2D
Sinopsis Black Widow : 
Selepas dilahirkan, Natasha Romanoff telah diberikan kepada KGB dan dilatih untuk menjadi ejen elit, Black Widow. Beberapa tahun selepas itu, apabila U.S.S.R. telah berpecah dan dia kini bekerja sebagai ejen bebas di New York, Natasha mendapati dirinya diburu oleh pihak kerajaan yang cuba membunuhnya. Ia menyebabkan dia terpaksa berdepan masa silamnya sebagai perisik, dan hubungan-hubungan lamanya yang terlerai, sebelum dia menjadi salah seorang ahli pasukan adiwira Avengers.

Trailer Black Widow : Teaser

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "Soul" (Sumber : IMDb.com)

Soul (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 19 November 2020
Genre: Pengembaraan / Animasi / Kekeluargaan
Durasi: --
Pelakon: Jamie Foxx, Tina Fey, Questlove, Phylicia Rashad, Daveed Diggs
Pengarah: Pete Docter
Format: 2D
Sinopsis Soul : 
Joe Gardner adalah guru muzik sekolah menengah di New York yang memasang impian untuk menjadi seorang pemain piano jazz. Malangnya dia terjatuh ke dalam sebuah pembetung di jalan raya Manhattan, menyebabkan jiwanya terpisah dari jasadnya dan dihantar ke You Seminar, iaitu sebuah pusat di mana jiwa-jiwa dihasilkan bersama minat mereka sebelum dimasukkan dalam badan bayi yang baru lahir. Untuk pulang ke Bumi semula, Gardner perlu berlatih dengan jiwa-jiwa yang lain seperti 22, jiwa yang sudah lama terperangkap di pusat tersebut.

Trailer Soul : Teaser

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "No Time To Die" (Sumber : IMDb.com)

No Time To Die (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 26 November 2020
Genre: Aksi / Pengembaraan / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Daniel Craig, Naomie Harris, Lashana Lynch, Léa Seydoux, Ana de Armas, Dali Benssalah, David Dencik, Ralph Fiennes, Rami Malek
Pengarah: Cary Joji Fukunaga
Format: 2D
Sinopsis No Time To Die : 
James Bond kini menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas berhenti menjalankan tugas. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Trailer No Time To Die : Official

Sumber : imdb.com

The Croods 2 (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 10 Disember 2020
Genre: Animasi
Durasi: --
Pelakon:
Pengarah:
Format: 2D
Sinopsis / Info The Croods 2 :
Sekuel kepada filem animasi Dreamworks 2013, "The Croods", akan menyaksikan keluarga primitif ini kembali kepada kehidupan huru-hara mereka dalam dunia baru.

Trailer The Croods 2 : akan datang

Sumber : imdb.com

Escape Room 2 (Sony Pictures Entertainment)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 30 Disember 2020
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon:
Pengarah:
Format: 2D
Sinopsis / Info Escape Room 2 : 
Filem sekuel kepada "Escape Room" (2019) yang berkisarkan tentang sekumpulan orang yang perlu mencari jalan keluar dari beberapa siri bilik sesat.

Trailer Escape Room 2 : akan datang

TIDAK DIKETAHUI TARIKH TAYANGAN

Filem Menarik Tahun 2019
The New Mutants Teaser Poster

The New Mutants (20th Century Fox)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: Tidak Diketahui
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: --
Pelakon: Anya Taylor-Joy, Maisie Williams, Charlie Heaton, Henry Zaga, Blu Hunt, Alice Braga
Pengarah: Josh Boone
Format: 2D
Sinopsis The New Mutants :
Lima mutan muda baru mengetahui tentang kebolehan mereka ketika ditahan dalam sebuah fasiliti rahsia tanpa kerelaan mereka. Mereka kini perlu melawan demi menyelamatkan diri masing-masing.

Trailer The New Mutants  : Official

sumber : imdb.com

Artemis Fowl (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 12 Jun 2020 (Disney+)
Genre: Aksi / Pengembaraan / Kekeluargaan
Durasi: --
Pelakon: Ferdia Shaw, Lara McDonnell, Hong Chau, Nonso Anozie, Josh Gad, Judi Dench
Pengarah: Kenneth Branagh
Format: 2D
Sinopsis / Info Artemis Fowl : 
Terdesak mahu menyelamatkan bapanya, seorang dalang penjenayah Irish muda bernama Artemis Fowl menculik pegawai LEPrecon Holly Short sebagai tebusan. Kedua-dua mereka akhirnya bekerjasama menyelamatkan bapa Artemis Fowl dari Artik dan menewaskan pixie jahat Opal Koboi.

Trailer Artemis Fowl : Teaser

Filem Menarik 2020 - Senarai Filem Tahun 2020
Poster "The SpongeBob SquarePants : Sponge On The Run" (Sumber : IMDb.com)
The SpongeBob SquarePants : Sponge On The Run (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: --
Genre: Pengembaraan / Animasi / Komedi
Durasi: --
Pelakon: Tom Kenny, Awkwafina, Clancy Brown, Rodger Bumpass, Bill Fagerbakke, Carolyn Lawrence
Pengarah: Tim Hill
Format: 2D
Sinopsis / Info The SpongeBob SquarePants : Sponge On The Run : 
Filem ketiga dari siri " SpongeBob SquarePants" ini menampilkan watak utamanya iaitu SpongeBob yang sentiasa gembira dan riang bekerja sebagai tukang masak burger di Krusty Krab. Dia ditemani oleh rakan baiknya Patrick Star, jiranya Squidward Tentacles dan bosnya Mr. Krabs. Bersama mereka telah mengembara di sekitar bandar Bikini Bottom.

Trailer The SpongeBob SquarePants : Sponge On The Run :  Teaser

KLIK SINI - FILEM MENARIK TAHUN 2021

- Semua Poster diambil dari Google Image./ gscmovies.com.my
- Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja kecuali dinyatakan.
- Kesemua info dalam entri ini diambil dari www.cinema.com.my

Senarai Filem Tahun 2020 | Filem Gempak Tahun 2020 | Download Filem Baru 2020 | Trailer Filem Tahun 2020 | Senarai Filem 2020 | Senarai Filem Aksi 2020 | Senarai Filem Animasi 2020 | Senarai Filem Seram 2020