Filem Menarik Tahun 2019

Filem Menarik Tahun 2019

Filem Menarik Tahun 2019 | Assalamulaikum & Salam sejahtera. Nampaknya filem-filem tahun 2019 sudah diumumkan. Tahun 2019 juga tidak kurang hebatnya dan padat dengan filem yang menarik untuk tontonan anda. Rasanya filem sekuel akan mewarnai tahun 2019. Antaranya ialah sekuel Avengers : Infinity War, Frozen 2, The Lego Movie 2, How To Train Your Dragon 3, Star Wars Episod 9, It : Chapter Two, Wonder Woman 2 dan banyak lagi. Anda sudah bersedia untuk tempuhi 2019?

Perhatian : Filem-filem hanya untuk tayangan di Malaysia sahaja kecuali dinyatakan.


RELEASE

Filem Menarik Tahun 2019

Glass (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 17 Januari 2019
Genre: Ngeri
Durasi: --
Pelakon: James McAvoy, Bruce Willis, Samuel L. Jackson
Pengarah: M. Night Shyamalan
Format: 2D
Sinopsis Glass :
Filem ini adalah sekuel kepada dua filem arahan M. Night Shyamalan iaitu "Split" dan "Unbreakable". David Dunn, seorang pengawal keselamatan dengan kuasa luar buasa, kali ini dalam misi untuk menjejaki Kevin Wendell Crumb, yang menderita daripada kecelaruan identiti dan mempunyai 24 personaliti berbeza termasuk The Beast. Kedua-dua mereka kemudian bertemu dengan Elijah Price, seorang pembunuh yang dipenjara, yang kini memegang rahsia mereka.

Trailer Glass : Official

Filem Menarik Tahun 2019

Escape Room (Sony Pictures Entertainment)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 24 Januari 2019
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pelakon: Logan Miller, Deborah Ann Woll, Taylor Russell, Tyler Labine
Pengarah: Adam Robitel
Format: 2D
Sinopsis Escape Room :
Filem ini menceritakan mengenai enam orang asing yang perlu menggunakan kekuatan masing-masing untuk menyelamatkan diri apabila mereka terperangkap dalam situasi yang mereka tidak boleh kawal.

Trailer Escape Room : Official

Filem Menarik Tahun 2019
How To Train Your Dragon : Hidden World Poster
sumber :  comingsoon.net

How To Train Your Dragon : Hidden World (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 31 Januari 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Animasi
Durasi: 1 Jam 45 Minit
Pelakon: Jay Baruchel, America Ferrera, Cate Blanchett, Craig Ferguson, F. Murray Abraham
Pengarah: Dean DeBlois
Format: 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX
Sinopsis How To Train Your Dragon : Hidden World : 
Dengan Hiccup kini bergelar sebagai ketua puak Viking, dia dan Toothless melindungi pulau dan penduduk daripada bahaya, sekaligus merealisasikan impiannya untuk berdamai dengan naga. Sementara itu, Toothless telah bertemu dengan seekor lagi Night Fury. Bagaimanapun Hiccup dan Toothless perlu membuat keputusan sukar apabila kampung halaman mereka berada dalam bahaya.

Trailer How To Train Your Dragon : Hidden World : Official


Bella & Jamie (Mermaid Studios Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 31 Januari 2019
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pelakon: Liyana Jasmay, Juliana Evans, Khir Rahman, Izzue Islam, Dynaz Mokhtar
Pengarah: Ghaz Abu Bakar
Format: 2D
Sinopsis Bella & Jamie :
Persahabatan antara dua gadis iaitu Bella dan Jamie menjadi lebih rapat selepas mereka mendapat tahu ibu Bella dan bapa Jamie merancang untuk berkahwin. Namun hubungan mereka goyah apabila Bella mendapat tahu yang Jamie menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.

Trailer Bella Jamie : Teaser 

Filem Menarik Tahun 2019

Alita: Battle Angel (20th Century Fox)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 5 Februari 2019
Genre: Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 2 Minit
Pelakon: Rosa Salazar, Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali, Ed Skrein, Jackie Earle Haley, Keean Johnson
Pengarah: Robert Rodriguez
Format: 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX
Sinopsis Alita: Battle Angel :
Alita adalah sebuah cyborg yang terjaga di sebuah klinik dengan tidak mempunyai sebarang memori mengenai siapa dirinya. Dia kemudian terpaksa menggunakan kebolehan pertarungannya yang luar biasa sambil cuba merungkai kebenaran di sebalik masa lampaunya.

Trailer Alita: Battle Angel : Official

Filem Menarik Tahun 2019

Lego Movie 2: The Second Part (Warner Bros. Pictures)
Bahasa : Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 7 Februari 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Animasi
Durasi: --
Pelakon: Chris Pratt, Elizabeth Banks, Will Arnett, Tiffany Haddish
Pengarah: Mike Mitchell
Format: 2D
Sinopsis Lego Movie 2: The Second Part :
Lima tahun selepas kejadian Taco Tuesday, penceroboh Duplo telah menukar Bricksburg menjadi tanah tandus tetapi Emmet masih lagi berpura-pura yang semuanya masih hebat. Bagaimanapun, apabila rakannya, termasuk Wyldstyle, diculik oleh penceroboh baru yang dipanggil Sweet Mayhem, Emmet kini dalam misi ke angkasa lepas untuk menyelamatkan mereka.

Trailer Lego Movie 2: The Second Part : Teaser | Official

Filem Menarik Tahun 2019

Happy Death Day 2U (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 21 Februari 2019
Genre: Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Jessica Rothe, Israel Broussard, Suraj Sharma, Sarah Yarkin, Ruby Modine
Pengarah: Christopher Landon
Format: 2D
Sinopsis Happy Death Day 2U : 
Theresa `Tree` Gelbman mendapati yang mati berkali-kali lebih mudah daripada bahaya yang bakal dihadapinya.

Trailer Happy Death Day 2U : Official

Senarai Filem Melayu 2019

Misteri Dilaila (Skop Production, Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 21 Februari 2019
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Zul Ariffin, Rosyam Nor, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Nam Ron, Mas Khan, IZ Sulaini
Pengarah: Syafiq Yusof
Format: 2D
Sinopsis Misteri Dilaila :
Pasangan suami isteri Jefri dan Dilaila telah pergi bercuti di sebuah banglo mewah. Bagaimanapun, percutian mereka tidak seperti yang dijangka apabila Jefri mula diganggu kejadian aneh pada malam pertama. Pada keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya hilang. Apabila seorang lelaki bernama Iman Aziz memaklumkan yang Dilaila sudah ditemui, Jefri terkejut kerana dia mendapati wanita itu bukan isterinya, tetapi wanita itu mengakui dirinya sebagai Dilaila. 

Trailer Misteri Dilaila : Teaser | Official

Filem Menarik Tahun 2019

Captain Marvel (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 7 Mac 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: Brie Larson, Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Djimon Hounsou, Lee Pace
Pengarah: Anna Boden, Ryan Fleck
Format: 2D
Sinopsis Captain Marvel :
Mejer Carol Danvers adalah juruterbang United States Air Force. Apabila DNAnya secara tidak sengaja tercampur dengan genetik makhluk asing, ia membuatkannya mendapat kuasa luar biasa.

Trailer Captain Marvel : Official | Official #2

Filem Menarik Tahun 2019

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (Les Copaque Production)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2019
Genre: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
Durasi: --
Pelakon:
Pengarah:
Format: 2D
Sinopsis Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal: 
Upin, Ipin dan rakan-rakan mereka perlu mencari jalan kembali ke Kampung Durian Runtuh selepas keris mistik yang mereka jumpai dalam bilik stor Tok Dalang membuka portal dan membawa mereka terus ke tengah sebuah kerajaan. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membantu kerajaan itu kembali ke bekas kemuliaannya. Mereka berdepan segala cabaran sepanjang pengembaraan mereka dengan bantuan Mat Jenin, Belalang dan watak-watak lain dari cerita dongeng Malaysia.

Trailer Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal : Teaser | Official

Filem Menarik Tahun 2019

Wonder Park (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2019
Genre: Pengembaraan / Animasi / Komedi
Durasi: --
Pengedar:
Pelakon: Brianna Denski, Matthew Broderick, Jennifer Garner, Kenan Thompson, Ken Jeong, Mila Kunis
Pengarah: David Feiss
Format: 2D
Sinopsis Wonder Park : 
June menjumpai sebuah taman hiburan yang penuh dengan nyanyian, persembahan haiwan menari, dan penghibur jalanan. Dia kemudian menyedari yang taman hiburan itu hanyalah imaginasinya.

Trailer Wonder Park : Official


Us (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2019
Genre: Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Lupita Nyong'o, Winston Duke, Elisabeth Moss, Yahya Abdul-Mateen II, Tim Heidecker
Pengarah: Jordan Peele
Format: 2D
Sinopsis Us :
Ia berkisarkan tentang seorang wanita bermana Adelaide Wilson yang kembali pulang ke rumah di tepi pantai semasa zaman kecilnya bersama suami, Gabe, dan dua anaknya untuk cuti musim panas. Tiba-tiba, empat orang yang memiliki wajah yang sama dengannya, serta keluarganya, memecah masuk rumah mereka untuk mendera keluarga tersebut.

Trailer Us : Official



Dumbo (Walt Disney Pictures)
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 28 Mac 2019
Genre: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: Colin Farrell, Michael Keaton, Danny DeVito, Eva Green, Alan Arkin
Pengarah: Tim Burton
Format: 2D
Sinopsis Dumbo :
Filem `live action` ini adalah adaptasi dari kisah klasik "Dumbo". Dumbo adalah anak gajah yang mempunyai telinga besar dan ini membuatkannya menjadi bahan jenaka di sarkas milik Max Medici. Bekas bintang Holt Farrier dan anaknya Milly dan Joe telah direkrut oleh Medici untuk menjaga Dumbo. Sarkas itu membuat kemunculan semula hebat apabila mereka mendapat tahu Dumbo boleh terbang, yang mana ia menarik perhatian usahawan V.A. Vandevere. Dumbo telah direkrut untuk kolaborasi hiburan terbaru Vandevere iaitu Dreamland. Namun ia tidak seindah yang disangka apabila Holt mengetahui rahsia gelap mengenai Dreamland.

Trailer Dumbo : Teaser | Official

Filem Menarik Tahun 2019

The Quake
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 28 Mac 2019
Genre: Aksi / Drama / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Kristoffer Joner, Ane Dahl Torp, Kathrine Thorborg Johansen
Pengarah: John Andreas Andersen
Format: 2D
Sinopsis The Quake : 
Tiga tahun selepas kejadian dalam "The Wave", ahli geologi Kristian Eikjord kini di ambang perceraian tetapi cuba memulihkan perkahwinannya. Menderita PTSD selepas bencana di Geiranger, dia bergelut untuk menjalani kehidupannya ketika ini. Apabila dia mendapat tahu kematian rakan sekerjanya di Oslo, dia pergi ke sana untuk menyiasat. Dia mendapat tahu yang rakannya terbunuh akibat pergeseran seismik ketika sedang mengkaji pergerakan seismik di bandar Norway itu. Dia juga mendapat tahu yang Oslo pernah dilanda gempa bumi 5.4 magnitud pada tahun 1904 dan bimbang gempa bumi lebih kuat bakal berlaku tidak lama lagi.

Trailer The Quake : Official

Filem Menarik Tahun 2019

Shazam! (Warner Bros. Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 4 April 2019
Genre: Aksi / Fantasi / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pelakon: Zachary Levi, Asher Angel, Mark Strong, Grace Fulton
Pengarah: David F. Sandberg
Format: 2D
Sinopsis Shazam! :
Seorang budak lelaki berusia 14 tahun bernama Billy telah dikurniakan kuasa enam adiwira purba oleh ahli sihir yang sedang nazak. Dia hanya perlu menyebut nama ahli sihir itu, iaitu Shazam, dan dia akan bertukar menjadi adiwira dewasa.

Trailer Shazam! : Official

Filem Menarik Tahun 2019

Hellboy (Lionsgate Movies)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 11 April 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: David Harbour, Milla Jovovich, Ian McShane, Sasha Lane, Daniel Dae Kim
Pengarah: Neil Marshall
Format: 2D
Sinopsis Hellboy :
Filem ini diangkat dari novel grafik Mike Mignola dengan judul yang sama. Ia berkisarkan tentang Hellboy yang perlu mempersiapkan diri bagi menentang ahli sihir purba yang mahu membalas dendam dan menghancurkan dunia.

Trailer Hellboy : Official

Filem Menarik Tahun 2019

The Curse Of The Weeping Woman (Warner Bros. Pictures)
Tajuk Asal : The Curse Of La Llorona
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 18 April 2019
Genre: Seram / Misteri / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Linda Cardellini, Patricia Velásquez, Sean Patrick Thomas, Raymond Cruz
Pengarah: Michael Chaves
Format: 2D
Sinopsis The Curse Of La Llorona : 
Berlatarkan pada dekad 1970-an di Los Angeles, di mana hantu lagenda La Llorona merayau pada waktu malam. Hantu wanita dari kisah Mexico ini telah kehilangan anak dan kini mengambil kanak-kanak lain untuk menjadikan mereka sebagai anaknya. Anna Garcia, seorang janda pekerja sosial yang membesarkan dua anak, menyedari yang hantu itu telah mensasarkannya dan tidak akan berhenti selagi tidak mendapat anaknya.

Trailer The Curse Of La Llorona : Teaser | Official

Filem Menarik Tahun 2019

Avengers : Endgame (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 April 2019
Genre: Aksi / Superhero
Durasi: 3 Jam 2 Minit
Pelakon: Tony Stark, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch, Don Cheadle, Tom Holland, Chadwick Boseman, Paul Bettany, Elizabeth Olsen, Anthony Mackie, Sebastian Stan, Letitia Wright, Dave Bautista, Zoe Saldana, Josh Brolin, Chris Pratt, Jeremy Renner, Evangeline Lilly, Jon Favreau, Paul Rudd, Brie Larson
Pengarah: Anthony Russo, Joe Russo
Format: 2D
Sinopsis Avengers Endgame :
Dalam filem sekuel kepada "Avengers Infinity War" ini, Iron Man, Hulk, Captain America, Black Widow dan ramai lagi termasuklah adiwira baru akan diperkenalkan. Mereka bakal kembali bekerjasama dalam mempertahankan Bumi daripada dimusnahkan oleh penjahat.

Trailer Avengers : Endgame : Teaser | Official

Filem Menarik Tahun 2019

Pokémon Detective Pikachu (Warner Bros. Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 9 Mei 2019
Genre: Kekeluargaan / Fantasi
Durasi: 1 Jam 44 Minit
Pelakon: Ryan Reynolds, Justice Smith, Kathryn Newton, Ken Watanabe, Omar Chaparro, Suki Waterhouse
Pengarah: Rob Letterman
Format: 2D
Sinopsis Pokémon Detective Pikachu : 
Detektif Harry Goodman telah hilang secara misteri. Tim, anak lelakinya yang berusia 21 tahun, pergi mencarinya dengan bantuan bekas rakan Pokemon Harry, Detektif Pikachu. Bersama, mereka menjejaki klu di Ryme, sebuah metropolis moden di mana manusia dan Pokemon tinggal bersama. Ini membawa kepada penemuan rancangan mengejutkan yang mengancam dunia Pokemon dan mampu memusnahkan keamanan di antara manusia dan Pokemon.

Trailer Pokémon Detective Pikachu : Official | Official #2

Filem Menarik Tahun 2019

Brightburn (Sony Pictures Entertainment)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 9 Mei 2019
Genre: Seram / Superhero
Durasi: --
Pelakon: Elizabeth Banks, David Denman, Jackson A. Dunn, Matt Jones
Pengarah: David Yarovesky
Format: 2D
Sinopsis Brightburn :
Sepasang suami isteri terjumpa bayi dengan kuasa misteri yang datang dari angkasa lepas dan mengambilnya sebagai anak angkat. Mereka cuba membesarkannya untuk menggunakan kuasanya bagi tujuan kebaikan, tetapi sebaliknya berlaku.

Trailer Brightburn : Official #1 | Official #2

Filem Menarik Tahun 2019

John Wick: Chapter 3 - Parabellum
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 16 Mei 2019
Genre: Aksi / Jenayah / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Keanu Reeves, Halle Berry, Ian McShane, Ruby Rose
Pengarah: Chad Stahelski
Format: 2D
Sinopsis John Wick: Chapter 3 - Parabellum :
Pembunuh upahan lagenda John Wick kini dalam pelarian atas dua sebab: kontrak bernilai USD14 juta untuk nyawanya telah menyebabkan dia kini menjadi sasaran pembunuh upahan hebat di seluruh dunia, dan juga kerana dia telah melanggar peraturan dengan membunuh ahli High Table dalam kawasan Continental Hotel. Dia telah diberi masa sejam oleh pengurus Continental, Winston, untuk melarikan diri sebelum keahliannya dibatalkan dan dia dilarang daripada segala perkhidmatan. Ini adalah satu-satunya peluang untuknya melawan dan keluar dari New York.

Trailer John Wick: Chapter 3 - Parabellum : Official

Filem Menarik Tahun 2019

Aladdin (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 23 Mei 2019
Genre: Muzikal / Romantik / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: Mena Massoud, Naomi Scott, Will Smith, Marwan Kenzari, Navid Negahban, Nasim Pedrad, Billy Magnussen, Numan Acar
Pengarah: Guy Ritchie
Format: 2D
Sinopsis Aladdin : 
Filem `live action` arahan Guy Rithcie ini diangkat dari filem animasi dengan judul sama pada tahun 1992. Ia dibintangi oleh Will Smith, Billy Magnussen, Naomi Scott dan ramai lagi.

Trailer Aladdin : Teaser | Official

Filem Menarik Tahun 2019

Godzilla II: King Of The Monsters (Warner Bros. Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: Kyle Chandler, Vera Farmiga, Millie Bobby Brown, Bradley Whitford, Sally Hawkins, Charles Dance
Pengarah: Michael Dougherty
Format: 2D
Sinopsis Godzilla II: King Of The Monsters : 
Anggota daripada agensi crypto-zoological Monarch terpaksa berdepan dengan spesis luar biasa purba yang mereka sangka hanya mitos, termasuklah Godzilla, yang bertarung dengan raksasa gergasi Mothra dan Rodan serta musuh kuatnya, King Ghidorah berkepala tiga.

Trailer Godzilla II: King Of The Monsters : Official

Filem Menarik Tahun 2019

Secret Life Of Pets 2 (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2019
Genre: Animasi
Durasi: --
Pelakon: Patton Oswalt, Eric Stonestreet, Kevin Hart, Jenny Slate, Ellie Kemper, Lake Bell, Dana Carvey, Hannibal Buress,
Bobby Moynihan, Tara Strong
Pengarah: Chris Renaud
Format: 2D
Sinopsis The Secret Life Of Pets 2 : 
Filem animasi ini adalah kesinambungan daripada "The Secret Life Of Pets", yang mana ia berkisarkan tentang pengembaran sekumpulan haiwan yang tinggal di bandar New York.

Trailer The Secret Life Of Pets 2 : Meet Max 

Filem Menarik Tahun 2019

X-Men: Dark Phoenix (20th Century Fox)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 6 Jun 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pelakon: James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult, Tye Sheridan, Sophie Turner, Alexandra Shipp, Kodi Smit-McPhee, Evan Peters, Jessica Chastain
Pengarah: Simon Kinberg
Format: 2D
Sinopsis X-Men: Dark Phoenix : 
Ketika misi menyelamat di angkasa lepas, Jean-Gret hampir mati apabila di dihentam oleh kuasa kosmik misteri. Ketika pulang, kuasa itu membuatkannya lebih berkuasa tetapi juga tidak stabil. X-Men kini mendapati diri mereka berdepan dengan Jean yang semakin tidak boleh dikawal, mencederakan orang tersayang. Mereka perlu menjadi mencari jalan untuk bersatu dan menyelamatkan roh Jean dan juga Bumi daripada makhluk asing yang mahu menjajah galaksi.

Trailer X-Men: Dark Phoenix : Teaser | Official

Filem Menarik Tahun 2019

Men In Black: International (Sony Pictures Entertainment)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 13 Jun 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: --
Pengedar:
Pelakon: Chris Hemsworth, Tessa Thompson, Kumail Nanjiani, Rebecca Ferguson, Rafe Spall, Laurent Bourgeois, Larry Bourgeois, Emma Thompson, Liam Neeson
Pengarah: F. Gary Gray
Format: 2D
Info/Sinopsis Men In Black: International:
Walaupun ia berlatarbelakangkan dunia sama seperti trilogi asal, `spinoff` ini akan mengambil tempat di London. Ia dibintangi oleh Liam Neeson, Chris Hemsworth dan Tessa Thompson.

Trailer Men In Black: International : Official 

Filem Menarik Tahun 2019
Filem Menarik Tahun 2019

Toy Story 4 (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 20 Jun 2019
Genre: Komedi / Animasi / Kekeluargaan
Durasi: --
Pelakon: Tom Hanks, Tim Allen, Annie Potts
Pengarah: John Lasseter, Josh Cooley
Format: 2D
Sinopsis Toy Story 4 : 
Filem bersiri animasi "Toy Story" arahan John Lasseter dan Josh Cooley kali ini akan mengisahkan tentang Woody dan Buzz yang dalam pengembaraan mencari semula rakan mereka iaitu Bo Peep yang telah diberikan kepada orang.

Trailer Toy Story 4 : Teaser | Official #1 | Official #2

Filem Menarik Tahun 2019

Child's Play (Metro-Goldwyn-Mayer)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 20 Jun 2019
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Aubrey Plaza, Gabriel Bateman, Brian Tyree Henry
Pengarah: Lars Klevberg
Format: 2D
Sinopsis Child's Play : 
Seorang ibu telah memberi anak lelakinya patung bersempena dengan hari jadinya, tanpa menyedari bahaya yang bakal berlaku berikutan patung tersebut akan mengganas.

Trailer Child's Play : Official

Filem Menarik Tahun 2019

Annabelle Comes Home (Warner Bros. Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 27 Jun 2019
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Katie Sarife, Mckenna Grace, Madison Iseman
Pengarah: Gary Dauberman
Format: 2D
Sinopsis Annabelle 3 : 
Penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren meletak Annabelle di bilik artifak mereka, berharap yang ia akan mengekang kuasa jahat patung itu. Bagaimanapun, Annabelle berjaya membangunkan kejahatan dalam bilik itu dan mula menyasarkan anak perempuan Warren iaitu Judy. Judy bersama dengan sepupunya dan rakan sepupu itu perlu berdepan dengan patung jahat itu.

Trailer Annabelle 3 : Teaser | Official

Filem Menarik Tahun 2019

Spider-Man: Far From Home (Sony Pictures Releasing International)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 3 Julai 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Durasi: --
Pelakon: Tom Holland, Michael Keaton, Jon Favreau, Zendaya, Marisa Tomei, Jake Gyllenhaal, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson
Pengarah: Jon Watts
Format: 2D
Sinopsis Spider-Man: Far From Home : 
Peter Parker kembali untuk tahun baru persekolahan dan juga menentang jenayah dalam sekuel "Spider-Man: Homecoming" ini.


Trailer Spider-Man: Far From Home : Teaser

Filem Menarik Tahun 2019

The Lion King (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2019
Genre: Pengembaraan / Animasi / Drama
Durasi: --
Pelakon: Donald Glover, Beyonce Knowles, James Earl Jones, Chiwetel Ejiofor, Alfre Woodard, John Oliver, John Kani, Seth Rogen, Billy Eichner
Pengarah: Jon Favreau
Format: 2D
Sinopsis Lion King :
Filem drama muzikal `live action` ini adalah adaptasi dari filem animasi klasik Disney pada tahun 1994 dengan judul sama. Ia berkisarkan tentang singa bernama Simba dan pengembaraannya menjadi raja, yang bukanlah mudah sebagaimana pakciknya mempunyai rancangan sendiri untuk mengambil alih tahkta. Pertarungan untuk Pride Rock menyebabkan Simba dibuang tetapi dengan bantuan dua rakan baru, dia kembali untuk mengambil haknya.

Trailer Lion King : Teaser | Official


Filem Menarik Tahun 2019
Sumber : Imdb.com

Rocketman (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -- 
Tarikh Tayangan: 25 Julai 2019
Genre: Biografi / Fantasi / Muzikal
Durasi: --
Pelakon: Taron Egerton, Jamie Bell, Richard Madden, Bryce Dallas Howard
Pengarah: Dexter Fletcher
Format: 2D
Sinopsis / Info Rocketman :
Dibintangi oleh Taron Egerton sebagai Elton John, filem drama musikal ini mengisahkan tentang kehidupan penyanyi itu. Ia berkisarkan kehidupannya dari awal kerjayanya sehinggalah dia menjadi seorang penyanyi terkenal.

Trailer Rocketman : Teaser | Official

Filem Menarik Tahun 2019

Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: --
Pelakon: Dwayne Johnson, Jason Statham, Idris Elba, Vanessa Kirby, Helen Mirren
Pengarah: David Leitch
Format: 2D
Sinopsis Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw : 
Dwayne Johnson kembali membawa watak sebagai ejen Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Luke Hobbs dan Jason Statham kembali sebagai pembunuh upahan Deckard Shaw dalam filem `spinoff` "Fast and Furious" ini. Ia mengisahkan bagaimana kedua-dua mereka perlu menentang watak antagonis yang dilakonkan oleh Idris Elba.

Trailer Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw : Official

Filem Menarik Tahun 2019

Dora And The Lost City Of Gold (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 8 Ogos 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Kekeluargaan
Durasi: --
Pelakon: Isabela Moner, Eugenio Derbez, Temuera Morrison, Eva Longoria, Michael Peña, Q'orianka Kilcher
Pengarah: James Bobin
Format: 2D
Sinopsis Dora The Explorer : 
Walaupun Dora sudah biasa meneroka hutan tetapi kini dia perlu berdepan dengan persekitaran baru iaitu sekolah tinggi. Dia kemudian mendapat rakan baru dan bersama mereka, dan monyetnya Boots dan sepupunya Diego, dia terlibat dalam pengembaraan untuk menyelamatkan ibu bapanya dan menyelesaikan misteri kehilangan tamadun Inca.

Trailer Dora The Explorer : Official

Filem Menarik Tahun 2019

BoBoiBoy Movie 2 (Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 8 Ogos 2019
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 50 Minit
Pelakon: Nur Fathiah Diaz, Fadzli Mohd Rawi, Dzubir Mohammed Zakaria, Wong Wai Kay, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid, Yap Ee Jean
Pengarah: Nizam Abdul Razak
Format: 2D
Sinopsis BoBoiBoy Movie 2 : 
Kali ini BoBoiBoy menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. Dia dan rakan-rakannya perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.

Trailer BoBoiBoy Movie 2 : Teaser | Official


Filem Menarik Tahun 2019
Poster "Once Upon A Time In Hollywood"

Once Upon A Time In Hollywood (Sony Pictures Entertainment)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 15 Ogos 2019
Genre: Komedi / Drama
Durasi: 2 Jam 42 Minit
Pelakon: Leonardo DiCaprio, Brad Pitt, Margot Robbie, Dakota Fanning, James Marsden, Timothy Olyphant, Emile Hirsch, Damian Lewis
Pengarah: Quentin Tarantino
Format: 2D
Sinopsis Once Upon A Time In Hollywood : 
Rick Dalton adalah bintang TV Hollywood dan rakan baiknya Cliff Booth adalah `stunt double` nya. Kedua-dua mereka bergelut untuk mencapai kejayaan dalam era Hollywood Baru. Jiran Rick, Sharon Tate, seorang pelakon baru meningkat naik.

Trailer Once Upon A Time In Hollywood : Teaser | Official 


Filem Menarik Tahun 2019
Poster "Parasite"

Parasite (GSC Movies)
Bahasa: Korean
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 15 Ogos 2019
Genre: Drama
Durasi: 2 Jam 12 Minit
Pelakon: Song Kang-ho, Lee Sun-Kyun, Jo Yeo-jeong, Choi Woo-Shik, Park So-Dam
Pengarah: Bong Joon-Ho
Format: 2D
Sinopsis Parasite :
Ki-taek dan ahli keluarganya semua menganggur, menyebabkan mereka mempunyai minat pelik terhadap keluarga Park yang kaya dan terkenal. Akibatnya, mereka terlibat dalam satu kejadian aneh dan tidak dijangka.

Trailer Parasite : Official

Filem Menarik Tahun 2019
sumber : imdb.com

Angel Has Fallen (Lionsgate / Oneworld Alliance Film Sdn. Bhd.)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: --
Pelakon: Gerard Butler, Morgan Freeman, Danny Huston, Michael Landes, Tim Blake Nelson
Pengarah: Ric Roman Waugh
Format: 2D
Sinopsis Angel Has Fallen : 
Selepas dua tahun sejak serangan besar-besaran pengganas di London, Mike Banning kini mendapati dirinya berdepan dengan ancaman baru. Dia dalam pelarian dari agensinya sendiri dan FBI selepas diperangkap untuk satu cubaan membunuh Presiden. Bukan itu sahaja, dia juga membongkar ancaman baru pengganas yang mensasarkan Air Force One.

Trailer Angel Has Fallen : Official


Filem Menarik Tahun 2019

The Angry Birds Movie 2 (Sony Pictures Entertainment)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2019
Genre: Animasi
Durasi: --
Pelakon: Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Leslie Jones, Sterling K. Brown, Eugenio Derbez, Zach Woods
Pengarah: Thurop Van Orman
Format: 2D
Sinopsis The Angry Birds Movie 2 : 
Filem animasi yang diadaptasi dari permainan video ini adalah sekuel kepada filem "The Angry Birds" pada tahun 2016, yang berkisarkan tentang seekor burung pemarah bernama Red dan rakan-rakannya.

Trailer The Angry Birds Movie 2 : Teaser | Official

Filem Menarik Tahun 2019
Poster "My Stupid Boss 2"

My Stupid Boss 2 (TGV Pictures)
Bahasa: Indonesia
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2019
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Bunga Citra Lestari, Reza Rahadian, Chew Kin Wah, Iedil Putra, Atikah Suhaimie
Pengarah: Upi Avianto
Format: 2D
Sinopsis My Stupid Boss 2 :
Sebuah sekuel kepada filem "My Stupid Boss" 2016 yang berkisar mengenai pekerja yang tidak tahan dengan karenah majikan mereka, Bossman. Dalam sekuel ini, Bossman, Diana, Mr. Kho dan Adrian berangkat ke Vietnam demi mencari pereka fesyen baru. Namun masalah demi masalah mula timbul seperti Bossman melanggar perjanjian gaji pekerja Vietnam dan ditahan di balai polis. Sementara itu, Norahsikin dan Azahari di Kuala Lumpur perlu berdepan gangster yang mahu mengutip hutang Bossman.

Trailer My Stupid Boss 2 : Official

Filem Menarik Tahun 2019
47 Meters Down: Uncaged

47 Meters Down: Uncaged (RAM Entertainment)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2019
Genre: Pengembaraan / Seram / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: John Corbett, Nia Long, Sophie Nélisse, Corinne Foxx
Pengarah: Johannes Roberts
Format: 2D
Sinopsis 47 Meters Down: Uncaged : 
Sekuel filem "47 Meters Down" pada tahun 2017 ini berkisarkan mengenai empat gadis yang menyelam bandar dalam air yang musnah, namun mula menyedari yang mereka tidak bersendirian. Sebagaimana mereka menyelam lebih dalam, mereka mendapati diri mereka memasuki kawasan yang dihuni oleh spesis jerung berbahaya.

Trailer 47 Meters Down: Uncaged : Teaser | Official

Senarai Filem Melayu 2019

Sangkar (Primeworks Studios, Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -- 
Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2019
Genre: Aksi
Durasi: --
Pelakon: Remy Ishak, Zul Ariffin, Niezam Zaidi, Mira Filzah, Nik Adam Mika
Pengarah: Kabir Bhatia
Format: 2D
Sinopsis Sangkar :
Mengisahkan tentang Adam, seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Apabila dicabar diluar sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan. Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah punca menyebabkan kecederaan itu. Tetapi, lama kelamaan, Adam secara tidak sengaja telah menjadi sebahagian daripada hidup Johan. Dia kemudian dapat tahu kecederaan yang telah menimpa Johan telah menyebabkan Lea dan Reza, ahli keluarga Johan hilang punca rezeki dan harapan., Mampukah Adam menebus kesalahannya demi masa depan Johan dan adik-adiknya?

Trailer Sangkar : Teaser | Official

Filem Menarik Tahun 2019
Poster "It: Chapter Two"

It: Chapter Two (Warner Bros. Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 5 September 2019
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: James McAvoy, Jessica Chastain, Jay Ryan, Bill Hader, Isaiah Mustafa, James Ransone, Andy Bean, Bill Skarsgård
Pengarah: Andy Muschietti
Format: 2D
Sinopsis It: Chapter Two : 
Ia adalah kesinambungan dari filem pertama yang mana ia akan mengambil tempat 27 tahun selepas kejadian pada musim panas 1989. The Losers` Club sudah dewasa dan berpindah jauh sehinggalah satu panggilan telefon memaksa mereka pulang ke Derry, Maine, apabila musuh utama mereka iaitu It kembali. Mereka bersatu semula bagi menunaikan janji zaman kanak-kanak mereka untuk memusnahkan It buat selama-lamanya, tetapi makhluk itu kembali dengan lebih kuat dan menanti ketibaan mereka untuk membalas dendam.

Trailer It: Chapter Two : Teaser | Official

Senarai Filem Melayu 2019
Senarai Filem Melayu 2019

Suatu Ketika (GSC Movies)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 12 September 2019
Genre: Drama / Sejarah / Sukan
Durasi: --
Pelakon: Namron, Pekin Ibrahim
Pengarah: Prakash Murugiah
Format: 2D
Sinopsis Suatu Ketika :
Biarpun mempunyai masalah kesihatan, perkara itu tidak menghalang impian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mencuba sedaya upaya untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak bersama seorang tukang kebun. Mereka perlu bersaing dengan pasukan dari sekolah berprestij British, St James, untuk layak ke perlawanan "JG Davidson Cup".

Trailer Suatu Ketika : Teaser | Official

Poster "Dendam Pontianak"

Dendam Pontianak (Primeworks Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 12 September 2019
Genre: Seram / Romantik
Durasi: 1 Jam 35 Minit
Pelakon: Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Namron, Tony Eusoff, Nadiah M. Din, Nadia Aqilah
Pengarah: Glen Goei, Gavin Yap
Format: 2D
Sinopsis Dendam Pontianak : 
Berlatarbelakangkan tahun 1965, Khalid dan Siti sedang membuat persiapan perkahwinan mereka sambil dibantu oleh penduduk kampung. Tidak lama selepas itu, penduduk kampung dilanda ketakutan apabila kejadian aneh mula menguasai kampung tersebut, termasuk kematian ngeri serta perkara ghaib menakutkan mengganggu mereka. Situasi tersebut menyebabkan Khalid mengaku dia telah membunuh seorang gadis yang mengandungkan anaknya suatu masa dahulu. Gadis itu dipercayai kini kembali untuk membalas dendam sebagai Pontianak. Khalid kemudian mengumpulkan semua pemuda kampung itu untuk memburu Pontianak tersebut.

Trailer Dendam Pontianak : Teaser

Filem Menarik Tahun 2019
Poster "Rambo : Last Blood"

Rambo: Last Blood (Oneworld Alliance Film Sdn. Bhd.)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 19 September 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Sylvester Stallone, Adriana Barraza, Paz Vega, Yvette Monreal
Pengarah: Adrian Grunberg
Format: 2D
Sinopsis Rambo: Last Blood : 
Sylvester Stallone kembali sebagai John Rambo, yang mana kali ini veteran Perang Vietnam ini perlu bekerjasama dengan seorang wartawan untuk menyelamatkan seorang gadis yang diculik oleh kartel dadah Mexico.

Trailer Rambo: Last Blood : Teaser

Filem Menarik Tahun 2019
Poster "Scary Stories To Tell In The Dark "

Scary Stories To Tell In The Dark (MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 19 September 2019
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Zoe Colletti, Michael Garza, Austin Abrams, Gabriel Rush
Pengarah: André Øvredal
Format: 2D
Sinopsis Scary Stories To Tell In The Dark : 
Selama beberapa generasi, sebuah bandar kecil bernama Mill Valley berada dalam bayang-bayang keluarga Bellows. Sebuah rumah agam milik keluarga itu yang terletak di hujung bandar pernah didiami seorang gadis bernama Sarah. Dia menyimpan seribu satu rahsia mengerikan dan menulis sebuah buku yang penuh dengan kisah-kisah seram berdasarkan hidupnya yang terseksa. Pada tahun 1968 di Amerika, sekumpulan remaja mendapati semua kisah tersebut menjadi realiti selepas menemui rumah agam menakutkan itu.

Trailer Scary Stories To Tell In The Dark : Teaser | Official

Filem Menarik Tahun 2019

Joker (Warner Bros. Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 3 Oktober 2019
Genre: Jenayah / Drama
Durasi: --
Pelakon: Joaquin Phoenix, Robert De Niro, Zazie Beetz, Bill Camp, Frances Conroy
Pengarah: Todd Phillips
Format: 2D
Sinopsis Joker :
Berlatarkan pada tahun 1980an, ia berkisarkan tentang Joker. Dia mula mencetuskan kekecohan dan malapetaka di Gotham City selepas gagal mencipta nama dalam komedi.

Trailer Joker : Teaser 

Filem Menarik Tahun 2019
Poster "Maleficent : Mistress of Evil"

Maleficent: Mistress Of Evil (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2019
Genre: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: Angelina Jolie, Elle Fanning, Ed Skrein, Sam Riley, Harris Dickinson, Imelda Staunton, Juno Temple, Lesley Manville, Chiwetel Ejiofor, Michelle Pfeiffer
Pengarah: Joachim Rønning
Format: 2D
Sinopsis Maleficent: Mistress Of Evil : 
Sekuel ini, yang berlatarbelakangkan lima tahun selepas situasi dalam "Maleficent" (2014), menerokai hubungan rumit di antara pari-pari bertanduk Maleficent dan Puteri Aurora, yang telah menerima lamaran Putera Phillip dan bakal menjadi permaisuri. Walau bagaimanapun, mereka tidak menyedari bahawa ibu putera itu, Permaisuri Ingrith, merancang untuk mempergunakan perkahwinan mereka bagi memisahkan pari-pari dan manusia selama-lamanya. Peperangan yang bakal berlaku itu meletakkan Maleficent dan Puteri Aurora pada pihak bertentangan, menimbulkan persoalan kepada mereka berdua mengenai ikatan keluarga mereka yang rumit.

Trailer Maleficent: Mistress Of Evil : Teaser | Official

sumber : imdb.com

Terminator: Dark Fate (20th Century Fox)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 24 Oktober 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pelakon: Arnold Schwarzenegger, Linda Hamilton, Mackenzie Davis, Gabriel Luna, Natalia Reyes, Diego Boneta
Pengarah: Tim Miller
Format: 2D
Sinopsis Terminator: Dark Fate : 
Arnold Schwarzenegger kembali sebagai cyborg pembunuh upahan atau Terminator, tetapi kali ini dalam versi lebih berbahaya.

Trailer Terminator: Dark Fate : Teaser | Trailer

Filem Menarik Tahun 2019
Poster " The Addams Family"
sumber : imdb.com

The Addams Family (United International Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2019
Genre: Animasi
Durasi: --
Pelakon: Oscar Isaac, Charlize Theron, Chloë Grace Moretz, Finn Wolfhard, Nick Kroll, Bette Midler, Allison Janney
Pengarah: Conrad Vernon, Greg Tiernan
Format: 2D
Sinopsis The Addams Family : 
Keluarga Addams sedang dalam persiapan menyambut kedatangan saudara mereka untuk sambutan besar-besaran tetapi pada masa yang sama, mereka perlu berdepan dengan seorang hos rancangan realiti TV yang tamak.

Trailer The Addams Family : Official

Filem Menarik Tahun 2019
Poster "Zombieland: Double Tap"
sumber : imdb.com

Zombieland: Double Tap (Sony Pictures Entertainment)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2019
Genre: Komedi / Seram
Durasi: --
Pelakon: Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone, Abigail Breslin
Pengarah: Ruben Fleischer
Format: 2D
Sinopsis Zombieland: Double Tap : 
Ia adalah kesinambungan dari filem pertama yang mengisahkan tentang Columbus, Tallahasse, Wichita dan Little Rock yang kini kini perlu melawan zombi baru selain perlu berdepan dengan kerenah masing-masing.

Trailer Zombieland: Double Tap : Official

UPCOMING

Filem Menarik Tahun 2019
Poster "Charlie's Angels"
sumber : imdb.com

Charlie's Angels (Sony Pictures Entertainment)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 14 November 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Komedi
Durasi: --
Pelakon: Kristen Stewart, Naomi Scott, Ella Balinska, Elizabeth Banks, Sam Claflin, Djimon Hounsou
Pengarah: Elizabeth Banks
Format: 2D
Sinopsis Charlie's Angels : 
Filem ini adalah `reboot` filem aksi komedi pada tahun 2000 yang berdasarkan TV siri pada tahun 1970an.

Trailer Charlie's Angels : Official | Official #2

Filem Menarik Tahun 2019
Poster "Frozen II"
sumber : imdb.com

Frozen II (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 21 November 2019
Genre: Pengembaraan / Animasi / Komedi
Durasi: --
Pelakon: Kristen Bell, Idina Menzel, Josh Gad
Pengarah: Jennifer Lee, Chris Buck
Format: 2D
Sinopsis Frozen II : 
Elsa si Ratu Salji dan adiknya Anna, ditemani rakan-rakan mereka Kristoff, Olaf dan Sven, memulakan pengembaraan jauh ke dalam hutan demi mencari kisah sebenar misteri kuno kerajaan Arendelle.

Trailer Frozen II : Teaser | Official | Official #2

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Wira"

Wira (Astro Shaw, GSC Movies)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 November 2019
Genre: Aksi
Durasi: 1 Jam 48 Minit
Pelakon: Hairul Azreen, Henley Hii, Fify Azmi, Dain Said, Ismi Melinda, Yayan Ruhian
Pengarah: Adrian Teh
Format: 2D
Sinopsis Wira : 
Hassan telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja. Dia kembali ke pangkuan keluarga setelah selesai berkhidmat untuk negara. Demi menyelesaikan hutang adiknya Zain atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja, dia dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee dan Rayyan.

Trailer Wira : Teaser | Official

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Ejen Ali : The Movie"

Ejen Ali: The Movie (Primeworks Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 28 November 2019
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 37 Minit
Pelakon: Ida Rahayu, Azman Zulkiply, Noorhayati Maslini, Shafiq Isa, Fadhli Shafian
Pengarah: Usamah Zaid
Format: 2D
Sinopsis Ejen Ali: The Movie :
Secara tidak sengaja direkrut sebagai seorang mata-mata, Ejen Ali, 12 tahun, memegang peranannya dalam agensi rahsia MATA sebagai barisan pertahanan baru Cyberaya. Tanpa pengetahuan Ali, MATA telah mengembangkan ciptaannya pada alat Atlas untuk meningkatkan IRIS ke IRIS Neo, mengujinya sebagai peralatan standar untuk semua agen MATA. Ciptaan baru ini membuatkan Ali tertanya dan mempersoalkan tempatnya dan kegunaannya terhadap MATA. 

Trailer Ejen Ali: The Movie : Official #1 | Official #2

Filem Menarik Tahun 2019
Poster "Jumanji : The Next Level"
sumber : imdb.com

Jumanji : The Next Level (Sony Pictures Entertainment)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 5 Disember 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Komedi
Durasi: --
Pelakon: Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Awkwafina, Danny DeVito
Pengarah: Jake Kasdan
Format: 2D
Sinopsis Jumanji : The Next Level : 
Bethany, Fridge dan Martha kembali ke dunia "Jumanji" untuk menyelamatkan Spencer yang disedut ke dalam permainan video itu. Apabila rakannya, Milo, dan datuk Spencer, Eddie, mengetahui perkara itu, mereka tidak sengaja turut disedut masuk ke dalamnya. Kumpulan itu menyedari bahawa permainan video tersebut telah berubah, termasuk avatar mereka yang sudah bertukar. Situasi itu tidak seperti yang mereka jangkakan dan kini mereka perlu mengembara menerusi gurun pasir hingga ke pergunungan salji demi meloloskan diri dari permainan video berbahaya itu.

Trailer Jumanji : The Next Level : Official

Filem Menarik Tahun 2019
Poster "Star Wars : The Rise Of Skywalker"
sumber : imdb.com

Star Wars: The Rise Of Skywalker (Walt Disney Pictures)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi:--
Tarikh Tayangan: 19 Disember 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong'o, Domhnall Gleeson
Pengarah: J. J. Abrams
Format: 2D
Sinopsis Star Wars: The Rise Of Skywalker : 
Filem terakhir dari trilogi "Star Wars" ini bermula dengan filem pada tahun 2014 "Star Wars: The Force Awakens", diikuti oleh filem "Star Wars: The Last Jedi" pada tahun 2017.

Trailer Star Wars: The Rise Of Skywalker : Teaser


- Semua Poster diambil dari Google Image.
- Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja kecuali dinyatakan.
- Kesemua info dalam entri ini diambil dari www.cinema.com.my

Senarai Filem Tahun 2019 | Filem Gempak Tahun 2019 | Download Filem Baru 2019 | Trailer Filem Tahun 2019 | Senarai Filem 2019 | Senarai Filem Aksi 2019 | Senarai Filem Animasi 2019 | Senarai Filem Seram 2019


Post a Comment

1 Comments

Cik Puan Ena said…
Wowww. Banyaknye cerita best2.