• Filem Menarik Tahun 2018


    Filem Menarik Tahun 2018 | Assalamulaikum & Salam sejahtera. Tahun 2018 masih jauh lagi tetapi banyak filem telah diumumkan untuk tayangan 2018. Tahun 2018 semestinya lebih hebat dan padat dengan filem yang menarik. Seperti biasa, beberapa filem sekuel yang box office akan ditayangkan pada tahun 2018. Antaranya ialah Avengers, Insidious, X-Men, Hotel Transylvania, Deadpool, Ant-Man dan banyak lagi. Anda sudah bersedia untuk tempuhi 2018?

    KLIK SINI - FILEM MENARIK TAHUN 2017

    RELEASE

    Filem Menarik Tahun 2018
    (photo credit to comingsoon.net.)

    Insidious: The Last Key (Sony Pictures Entertainment)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 4 Januari 2018
    Genre: Seram / Misteri
    Durasi: 1 Jam 44 Minit
    Pelakon: Lin Shaye, Hana Hayes, Leigh Whannell, Angus Sampson
    Pengarah: Adam Robitel
    Format: 2D
    Sinopsis / Info Insidious : Chapter 4 :
    Mengambil tempat selepas "Chapter 3", filem ini kembali ke permulaan parapsikologis Elise Rainer, ketika pengembaraannya untuk mencari seseorang yang memburu dirinya baru bermula.

    Trailer Insidious : Chapter 4 : Official

    Filem Menarik Tahun 2018
    The Commuter Poster
    photo credit to comingsoon.net

    The Commuter (20th Century Fox)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 11 Januari 2018
    Genre: Aksi / Ngeri
    Durasi: 1 Jam 46 Minit
    Pelakon: Liam Neeson, Vera Farmiga, Sam Neill, Elizabeth McGovern
    Pengarah: Jaume Collet-Serra
    Format: 2D, IMAX 2D
    Sinopsis The Commuter : 
    Michael adalah jurujual insuran yang menaiki tren setiap hari untuk pergi dan balik kerja. Satu hari, rutin hariannya bertukar menjadi bahaya apabila dia dihubungi oleh seorang yang tidak dikenali dan dipaksa untuk membongkar identiti penumpang yang bersembunyi dalam keretapinya sebelum tiba di perhentian terakhir. Kesuntukan masa untuk menyelesaikan teka-teki, Michael kemudian menyedari dirinya terperangkap dalam satu jenayah konspirasi, yang akan menyebabkan nyawanya dan penumpang lain terancam.

    Trailer The Commuter : Teaser | Official | Final

    Filem Menarik Tahun 2017!

    Ayat-Ayat Cinta 2
    Bahasa: Indonesia
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 11 Januari 2018
    Genre: Romantik
    Durasi: 2 Jam 8 Minit
    Pelakon: Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan, Tatjana Saphira, Nur Fazura
    Pengarah: Guntur Soeharjanto
    Format: 2D
    Sinopsis Ayat-Ayat Cinta 2 : 
    Filem sekuel "Ayat-Ayat Cinta" pada tahun 2008 ini berkisarkan tentang Fahri yang kini tinggal di Edinburgh. Bekerja sebagai pensyarah di Universiti Edinburgh, dia menyibukkan diri dengan kerjanya itu untuk melupakan Aisha.

    Trailer Ayat-Ayat Cinta 2 : Official

    Filem Menarik Tahun 2018

    Downsizing (United International Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: 18
    Tarikh Tayangan: 18 Januari 2018
    Genre: Komedi / Drama
    Durasi: 2 Jam 15 Minit
    Pelakon: Matt Damon, Kristen Wiig, Christoph Waltz, Alec Baldwin, Neil Patrick Harris, Jason Sudeikis
    Pengarah: Alexander Payne
    Format: 2D
    Sinopsis Downsizing : 
    Berkisarkan tentang pasangan suami isteri yang menyedari hidup mereka akan lebih bagus sekiranya mereka dengan sukarela menjalani proses yang akan menjadikan diri mereka bersaiz mini, jauh lebih kecil daripada saiz manusia biasa. Bagaimanapun malang menimpa lelaki itu apabila isterinya menarik diri di saat akhir. Kini tinggal dia berseorangan menyertai banyak komuniti orang `kecil` yang semakin berkembang di seluruh dunia.

    Trailer Downsizing : Official #1 | Official #2

    (photo credit to comingsoon.net.)

    Maze Runner: The Death Cure
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 25 Januari 2018
    Genre: Fiksyen Sains
    Durasi: --
    Pelakon: Dylan O'Brien, Kaya Scodelario, Thomas Brodie-Sangster, Ki Hong Lee, Patricia Clarkson, Dexter Darden
    Pengarah: Wes Ball
    Format: 2D
    Info Maze Runner: The Death Cure : 
    WICKED telah mengambil hidup, memori dan rakan Thomas. Tetapi semuanya akan berakhir selepas satu ujian terakhir. WICKED tidak tahu yang Thomas masih mempunyai memori lama dan dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh mereka. Thomas menewaskan Maze. Dia berjaya mengharungi Scorch. Kini dia dalam misi mencari penawar untuk mengubati wabak membawa maut yang dikenali sebagai "Flare".

    Trailer Maze Runner: The Death Cure : Official


    Senarai Filem Melayu 2018

    Bukan Cinta Malaikat
    Bahasa: Melayu
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 25 Januari 2018
    Genre: Drama / Romantik
    Durasi: --
    Pelakon: Nora Danish, Fachry Albar, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Dewi Amanda, Dynas Mokhtar, Siti Salmiah Simbok dan Radzi Mansor
    Pengarah: Aziz M. Osman
    Format: 2D
    Sinopsis Bukan Cinta Malaikat : 
    Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Reyhan yang menjadi sukarelawan dari Indonesia bertugas di wilayah konflik di Timur Tengah. Ketika berada di Madinah, dia telah membantu seorang wanita berasal dari Malaysia bernama Dewi. Dewi kemudian menyelamatkannya daripada ditembak oleh puak pemberontak. Dia telah jatuh hati pada Dewi tetapi sayangnya Dewi memiliki teman lelaki bernama Adam.

    Trailer Bukan Cinta Malaikat : Official

    Senarai Filem Melayu 2018

    Makrifat Cinta
    Bahasa: Melayu
    Klasifikasi: -- 
    Tarikh Tayangan: 1 Februari 2018
    Genre: Drama / Ngeri
    Durasi: --
    Pelakon: Syamsul Yusof, Nabila Huda, Puteri Balqis, Nora Danish, Ady Putra
    Pengarah: Kamal G
    Format: 2D
    Sinopsis Makrifat Cinta : 
    Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Mahathir. Dia seorang lelaki biasa luar bandar yang mempunyai seorang isteri dan anak. Bagaimanapun kehidupan susahnya menjadi parah kerana isterinya seorang pemboros. Satu hari dia bertemu dengan rakan sekolah lama bernama Sofea dan cinta di antara mereka mula berputik. Si isteri yang dapat menghidu hubungan suaminya telah bertindak berpisah dan meminta adik lelakinya membalas dendam. Dalam pada itu, Sofea seorang yang memahami dan sering memberi dorongan kepada Mahathir untuk terus menyiapkan rekaan aplikasi yang mana sekiranya dijual, dia bakal menjadi seorang jutawan serta merta.

    Trailer Makrifat Cinta : Official


    Fifty Shades Freed
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: -
    Tarikh Tayangan: 8 Februari 2018
    Genre: Drama / Romantik
    Durasi: -
    Pelakon: Dakota Johnson, Jamie Dornan, Kim Basinger, Arielle Kebbel, Brant Daugherty, Luke Grimes
    Pengarah: James Foley
    Format: 2D
    Sinopsis Fifty Shades Freed :
    Kesinambungan dari kisah 'Fifty Shades Darker', Christian dan Ana kini sudah berkahwin. Walau bagaimanapun, kehidupan Ana terancam apabila bekas bosnya, Jack Hyde, bersumpah untuk membalas dendam kerana dipecat dari SIP. Elena juga kembali menghantui Kristian dan menjadikan kehidupan pasangan itu jauh lebih menyusahkan.

    Trailer Fifty Shades Freed : Official

    Filem Menarik Tahun 2018
    (photo credit to comingsoon.net.)

    Marvel's Black Panther
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: -- 
    Tarikh Tayangan: 15 Februari 2018
    Genre: Aksi / Drama / Fiksyen Sains
    Durasi: --
    Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong'o
    Pengarah: Ryan Coogler
    Format: 2D
    Sinopsis / Info Marvel's Black Panther :
    Filem Marvel ini mengisahkan tentang seorang Putera Wakanda, T`Challa, yang mengambil alih sebagai Black Panther selepas bapanya, yang juga merupakan raja, telah dibunuh. Filem ini merupakan sebahagian daripada Fasa Ketiga Marvel Cinematic Universe.

    Trailer Marvel's Black Panther : Teaser

    Senarai Filem Melayu 2018

    Surf This Love : Gelora Juara
    Bahasa: Melayu
    Klasifikasi: -- 
    Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018
    Genre: Drama
    Durasi: --
    Pelakon: Shukri Yahya, Cristina Suzaane, Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Shuhaida Abraz, Mustaqim Bahadon
    Pengarah: Waan Hafiz
    Format: 2D
    Sinopsis Surf This Love : Gelora Juara : 
    Mengisahkan tentang Billie yang bekerja dengan kakaknya sebagai seorang pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Kehadiran seorang blogger wanita dari Kuala Lumpur iaitu Mia, yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang. 

    Surf This Love : Gelora Juara : Official #1 | Official #2

    Filem Menarik Tahun 2018
    Red Sparrow Poster
    credits photo to comingsoon.net

    Red Sparrow (20th Century Fox)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 2 Mac 2018
    Genre: Ngeri
    Durasi: --
    Pelakon: Jennifer Lawrence, Joel Edgerton, Jeremy Irons, Matthias Schoenaerts
    Pengarah: Francis Lawrence
    Format: 2D
    Sinopsis Red Sparrow : 
    Diangkat dari novel terlaris nukilan Jason Matthews, filem ini mengisahkan tentang seorang pengintip Rusia bernama Dominika Egorova yang telah ditugaskan untuk mengendalikan Nathaniel Nash, iaitu pengintip CIA yang berjaya menembusi perisikan Rusia. Kedua-dua pengintip muda ini kemudian perlu berdepan dengan keadaan yang penuh dengan tipu daya dan helah, namun hubungan mereka kemudian semakin rapat sekaligus membuatkan kerjaya mereka terancam. 

    Trailer Red Sparrow : Official

    Filem Menarik Tahun 2018
    A Wrinkle In Time Poster
    credits photo to comingsoon.net

    A Wrinkle In Time
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 8 Mac 2018
    Genre: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
    Durasi: 1 Jam 50 Minit
    Pelakon: Storm Reid, Opraf Winfrey, Reese Witherspoon, Mindy Kaling, Chris Pine
    Pengarah: Ava DuVernay
    Format: 2D
    Sinopsis / Info A Wrinkle In Time : 
    Selepas mendapat tahu bapanya Dr. Alex Murry, yang merupakan seorang saintis, telah diculik dan disembunyikan di planet lain, Meg Murry bekerjasama dengan adiknya Charles yang sangat bijak, rakan kelasnya Calvin O`Keefe dan tiga pengembara angkasa lepas, Mrs Which, Mrs. Who dan Mrs. Whatsit untuk menyelamatkan bapanya.

    Trailer A Wrinkle In Time : Teaser

    Filem Menarik Tahun 2018
    (photo credit to comingsoon.net.)

    Tomb Raider
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: -P13
    Tarikh Tayangan: 8 Mac 2018
    Genre: Aksi
    Durasi: 1 Jam 58 Minit
    Pelakon: Alicia Vikander, Walton Goggins, Daniel Wu, Dominic West, Hannah John-Kamen
    Pengarah: Roar Uthaug
    Format: 2D
    Sinopsis Tomb Raider :
    Lara Croft adalah anak seorang penjelajah yang hilang ketika ekspedisi ke sebuah pulau terpencil. Beberapa tahun selepas kehilangan ayahnya, dia memulakan ekspedisinya sendiri untuk mencari ayahnya.

    Trailer Tomb Raider : Official

    Senarai Filem Melayu 2018

    KL Special Force (Skop Production)
    Bahasa: Melayu
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 8 Mac 2018
    Genre: Aksi
    Durasi: 1 Jam 46 Minit
    Pelakon: Syamsul Yusof, Rosyam Nor, Fattah Amin
    Pengarah: Syafiq Yusof
    Format: 2D
    Sinopsis KL Special Force : 
    Filem arahan Syafiq Yusof ini berkisarkan tentang dunia kepolisan. Sepasukan polis berusaha menumpaskan sekumpulan perompak bersenjata yang banyak melakukan rompakan bank, yang turut dianggotai oleh salah seorang pegawai polis dalam penyamaran.

    Sinopsis KL Special Force : Official #1

    Filem Menarik Tahun 2018
    Peter Rabbit Poster
    sumber : comingsoon.net

    Peter Rabbit (Sony Pictures Entertainment)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 15 Mac 2018
    Genre: Animasi
    Durasi: --
    Pelakon: James Corden, Margot Robbie, Rose Byrne, Daisy Ridley, Elizabeth Debicki, Domhnall Gleeson, Steve Buscemi, Kevin Hart
    Pengarah: Will Gluck
    Format: 2D
    Sinopsis Peter Rabbit : 
    Cerita Beatrix Potter yang diberi nafas baru ini menampilkan karakter haiwan fisksyen, Peter Rabbit. Komedi adaptasi ini memberi fokus kepada permusuhan di antara arnab itu dan Mr. McGregor.

    Trailer Peter Rabbit : Trailer #1 | Trailer #2

    Senarai Filem Malaysia 2018

    Lee Chong Wei - Rise Of The Legend
    Bahasa: Mandarin
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 15 Mac 2018
    Genre: Sukan
    Durasi: --
    Pelakon: Tosh Chan, Jake Eng, Ashley Hua, Rosyam Nor, Yeo Yann Yann, Mark Lee, Freddie Wong, Bernard Hiew
    Pengarah: Teng Bee
    Sinopsis Lee Chong Wei - Rise Of The Legend : 
    Ia sebuah filem biopik yang berkisarkan tentang kehidupan pemain badminton nombor satu negara Dato` Lee Chong Wei sejak dari kecil yang berusaha keras untuk mencapai cita-cita menjadi pemain badminton nombor satu dunia dengan bantuan jurulatih Datuk Misbun Sidek.

    Trailer Lee Chong Wei - Rise Of The Legend : Teaser | Trailer

    Filem Menarik Tahun 2018
    (photo credit to comingsoon.net.)

    Pacific Rim : Uprising (also known as 'Pacific Rim 2')
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 22 Mac 2018
    Genre: Aksi
    Durasi: --
    Pelakon: John Boyega, Scott Eastwood, Cailee Spaeny, Jing Tian, Rinko Kikuchi, Charlie Day
    Pengarah: Steven S. DeKnight
    Format: 2D
    Sinopsis / Info Pacific Rim : Uprising : 
    Filem sekuel arahan Guillermo Del Toro "Pacific Rim" pada tahun 2013 ini memaparkan kisah tentang manusia menentang makhluk Kaiju dari filem pertama.

    Trailer Pacific Rim : Uprising : Official

    Filem Menarik Tahun 2018

    Ready Player One (Warner Bros. Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 29 Mac 2018
    Genre: Fiksyen Sains
    Durasi: 2 Jam 20 Minit
    Pelakon: Tye Sheridan, Olivia Cooke, Ben Mendelsohn, T.J. Miller, Simon Pegg, Mark Rylance, Lena Waithe, Letitia Wright
    Pengarah: Steven Spielberg
    Format: 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS
    Sinopsis Ready Player One : 
    Apabila pencipta dunia `virtual realiti` yang dipanggil OASIS meninggal dunia, dia telah meriliskan satu video yang mencabar pengguna-pengguna OASIS untuk mencari Easter Egg miliknya, yang mana sesiapa yang jumpa akan diberi harta kekayaannya. Wade Watts telah jumpa klu pertama dan memulakan perlumbaan mencari Easter Egg itu.

    Trailer Ready Player One : Official

    Filem Menarik Tahun 2018

    A Quiet Place
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 5 April 2018
    Genre: Drama / Seram / Ngeri
    Durasi: --
    Pelakon: John Krasinski, Emily Blunt, Noah Jupe, Millicent Simmonds
    Pengarah: John Krasinski
    Format: 2D
    Sinopsis A Quiet Place : 
    Sebuah keluarga yang tinggal di sebuah ladang bersembunyi dari roh jahat yang tertarik terhadap bunyi. Berikutan itu, mereka cuba mengelak daripada membuat sebarang bunyi dan hanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

    Trailer A Quiet Place : Official


    Rampage
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 12 April 2018
    Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
    Durasi: --
    Pelakon: Dwayne Johnson, Naomie Harris, Malin Akerman, Joe Manganiello, Jake Lacy
    Pengarah: Brad Peyton
    Format: 2D
    Sinopsis Rampage : 
    Davis Okoye telah menjaga seekor gorilla albino bernama George sejak ia kecil tapi sebuah eksperimen genetik telah menukarnya menjadi seekor makhluk gergasi. Bukan sahaja George, malah seekor serigala dan seekor buaya turut menjadi mangsa eksperimen itu. Kini Davis perlu mencari antidot untuk menyelamatkan George dan menghentikan ketiga-tiga makhluk itu daripada memusnahkan dunia.

    Trailer Rampage : Trailer #1 | Trailer #2

    Filem Menarik Tahun 2018
    (photo credit to comingsoon.net.)

    Marvel's Avengers: Infinity War
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 26 April 2018
    Genre: Aksi / Fiksyen Sains
    Durasi: --
    Pelakon: Robert Downey Jr. , Josh Brolin, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston, Chris Evans, Chris Hemsworth, Chris Pratt , Elizabeth Olsen, Sebastian Stan, Benedict Cumberbatch, Paul Bettany
    Pengarah: Joe Russo, Anthony Russo
    Format: 2D
    Sinopsis Marvel's Avengers: Infinity War : 
    Filem ini adalah bahagian pertama daripada dua sekuel kepada "Marvel`s The Avengers" dan "Avengers: Age of Ultron". Ia akan menampilkan Thanos sebagai antagonis utama dan berkisarkan tentang Infinity Gauntlet dan enam Infinity Stones.

    Trailer Sinopsis Marvel's Avengers: Infinity War : Official | Official #2

    Filem Menarik Tahun 2018
    Blumhouse;s Truth Or Dare? Poster
    sumber : comingsoon.net

    Blumhouse's Truth Or Dare? (United International Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 3 Mei 2018
    Genre: Seram / Ngeri
    Durasi: --
    Pelakon: Lucy Hale, Tyler Posey, Violett Beane, Nolan Gerard Funk, Hayden Szeto
    Pengarah: Jeff Wadlow
    Format: 2D
    Sinopsis Blumhouse's Truth Or Dare? : 
    Ia berkisarkan tentang sekumpulan pelajar kolej yang diburu oleh roh jahat selepas mereka bermain permainan supernatural `Truth of Dare`.

    Trailer Blumhouse's Truth Or Dare? : Official

    Filem Menarik Tahun 2018
    Deadpool 2 Poster
    sumber : comingsoon.net

    Deadpool 2 (20th Century Fox)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 17 Mei 2018
    Genre: Aksi / Pengembaraan
    Durasi: --
    Pelakon: Ryan Reynolds, Morena Baccarin, T.J. Miller
    Pengarah: David Leitch
    Format: 2D
    Sinopsis / Info Deadpool 2 : 
    Filem ini merupakan sekuel kepada filem 2016, "Deadpool". Ryan Reynolds sekali lagi membawa watak sebagai Deadpool dalam filem kedua ini.

    Trailer Deadpool 2 : 'Wet on Wet' Teaser | Official

    Filem Menarik Tahun 2018
    Solo : A Star Wars Story Poster
    sumber : comingsoon.net

    Solo : A Star Wars Story (Walt Disney Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 24 Mei 2018
    Genre: Pengembaraan / Fiksyen Sains
    Durasi: --
    Pelakon: Alden Ehrenreich, Woody Harrelson, Emilia Clarke, Donald Glover, Thandie Newton, Phoebe Waller-Bridge, Joonas Suotamo
    Pengarah: Phil Lord, Christopher Miller
    Format: 2D, IMAX 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX 
    Sinopsis Solo : A Star Wars Story : 
    Alden Ehrenreich membintangi filem ini sebagai Han Solo muda. Ia mengisahkan tentang bagaimana dia menjadi pencuri yang Luke Skywalker dan Obi-Wan Kenobi temui di cantina di Mos Eisley.

    Trailer Solo : A Star Wars Story : Teaser | Official

    (photo credit to comingsoon.net)

    Jurassic World : Fallen Kingdom (United International Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 7 Jun 2018
    Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
    Durasi: 2 Jam 9 Minit
    Pelakon: Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Jeff Goldblum, B. D. Wong, James Cromwell
    Pengarah: J. A. Bayona
    Format: 2D
    Sinopsis/Info Jurassic World : Fallen Kingdom : 
    Empat tahun selepas penutupan taman tema Jurassic World, gunung berapi di Isla Nublar bakal meletus dan mengancam kehidupan yang tinggal di pulau itu, termasuk dinosaur-dinosaur. Owen dan Claire kembali ke sana untuk menyelamatkan dinosaur. Ketika di sana, Owen mencari ketua raptornya Blue tetapi terjumpa dengan konspirasi yang akan menganggu keseluruhan aturan semulajadi planet.

    Trailer Jurassic World : Fallen Kingdom : Trailer #1 | Trailer #2 | Final Trailer

    Filem Menarik Tahun 2018
    Ocean's 8 Poster
    photo credit to comingsoon.net

    Ocean's 8 (Warner Bros. Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 14 Jun 2018
    Genre: Jenayah
    Durasi: 1 Jam 50 Minit
    Pelakon: Sandra Bullock, Cate Blanchett, Anne Hathaway, Mindy Kaling, Sarah Paulson, Awkwafina, Rihanna, Helena Bonham Carter
    Pengarah: Gary Ross
    Format: 2D
    Sinopsis Ocean's 8 :
    Kakak Danny Ocean, Debbie, cuba merancang untuk melakukan rompakan pada acara tahunan Met Gala di Bandar New York. Sebelum itu dia perlu mengumpulkan pasukan yang terdiri daripada Lou, Rose, Daphne Kluger, Nine Ball, Tammy, Amita dan Constance.

    Trailer Ocean's 8 : Official

    Filem Menarik Tahun 2018
    Incredibles 2 Poster
    sumber : comingsoon.net

    Incredibles 2
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 14 Jun 2018
    Genre: Aksi / Pengembaraan / Animasi
    Durasi: --
    Pelakon: Holly Hunter, Craig T. Nelson, Sarah Vowell, Huck Milner, Samuel L. Jackson
    Pengarah: Brad Bird
    Format: 2D
    Sinopsis/Info The Incredibles 2 : 
    Keluarga Parr bergelut untuk menjalani kehidupan normal sementara Helen Parr, yang dikenali sebagai Elastigirl, keluar melawan penjahat. Sementara itu, suami Helen, Bob Parr, yang juga merupakan Mr. Incredible, tinggal di rumah menjaga anak-anak mereka Violet, Dash dan Jack-Jack. Bagaimanapun mereka bersama Frozone perlu menentang penjahat baru The Underminer yang mempunyai rancangan jahat.

    Trailer The Incredibles 2 : Teaser | Official 



    Qhaliq (Aifa Motion Pictures)
    Bahasa: Melayu
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 14 Jun 2018
    Genre: Drama
    Durasi: 1 jam 30 Minit
    Pelakon: Hairul Azreen, Aliff Yasraff, Nur Risteena
    Pengarah: Rosli Mohd Taib
    Format: 2D
    Sinopsis Qhaliq : 
    Filem aksi arahan Ahmad Idham ini mengisahkan tentang kehidupan seharian seorang anggota bomba. Ia dibintangi oleh Hairul Azreen sebagai peneraju.

    Trailer Qhaliq : Official

    UPCOMING

    Ant-Man And The Wasp Poster
    credits photo to comingsoon.net

    Marvel's Ant-Man And The Wasp (Walt Disney Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 5 Julai 2018
    Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains / Superhero
    Durasi: --
    Pelakon: Paul Rudd, Evangeline Lilly
    Pengarah: Peyton Reed
    Format: 2D
    Sinopsis / Info Marvel's Ant-Man And The Wasp  : 
    Berlatarkan selepas kejadian "Captain America: Civil War". Selepas berjuang bersama Captain America ketika Civil War, Scott Lang kini menjadi penjenayah antarabangsa yang dikehendaki.

    Trailer Marvel's Ant-Man And The Wasp : Official #1

    Eiffel... I'm In Love 2 Poster
    Sumber : www.kaskus.co.id 

    Eiffel... I'm In Love 2
    Bahasa: Indonesia
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 28 Jun 2018
    Genre: Drama
    Durasi: --
    Pelakon: Shandy Aulia, Samuel Rizal, Helmy Yahya
    Pengarah: Rizal Mantovani
    Format: 2D
    Sinopsis Eiffel I'm In Love 2 : 
    Filem ini adalah kesinambungan filem "Eiffel I`m In Love" yang mengambil tempat selepas 14 tahun. Tita dan Adit kini sudah dewasa dan menjalin hubungan cinta jarak jauh. Setiap hari hubungan mereka bermasalah. Tita juga semakin hari berasa putus asa berikutan Adit belum melamarnya lagi, manakala dua rakannya Nanda dan Uni sudah pun berkahwin.

    Trailer Eiffel I'm In Love 2 : Official


    Skyscraper (United International Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 12 Julai 2018
    Genre: Aksi
    Durasi: --
    Pelakon: Dwayne Johnson, Neve Campbell, Chin Han, Roland Møller, Pablo Schreiber, Byron Mann
    Pengarah: Rawson Thurber
    Format: 2D
    Sinopsis Skyscraper :
    Seorang bekas Ketua Pasukan Menyelamat Tebusan FBI dan veteran perang US, Will Ford kini menjadi penilai keselamatan untuk bangunan pencakar langit. Ketika tugasan di China, dia telah diperangkap atas kesalahan jenayah yang tidak dibuatnya. Kini dia perlu menyelamatkan diri, cuba membersihkan namanya dan menyelamatkan keluarganya yang terperangkap dalam bangunan itu.

    Trailer Skyscraper : Official

    Filem Menarik Tahun 2018
    Hotel Transylvania 3 : A Monster Vacation Teaser Poster
    credits photo to comingsoon.net

    Hotel Transylvania 3 : A Monster Vacation
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: -
    Tarikh Tayangan: 19 Julai 2018
    Genre: Animasi
    Durasi: -
    Pelakon: Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez
    Pengarah: Genndy Tartakovsky
    Format: 2D
    Sinopsis Hotel Transylvania 3 : A Monster Vacation : 
    Mavis mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang baik untuk bapanya dan telah merancang pelayaran keluarga di kapal layar besar. Ini adalah percutian jauh daripada semua orang yang bercuti di Hotel Transylvania, tetapi sudah pasti rakan Drac turut mengikutnya. Ketika dalam kapal, Drac mula jatuh cinta dengan kapten kapal. Mavis cuba menjauhkan bapanya daripada kapten itu, yang rupa-rupanya Ericka Van Helsing, iaitu waris musuh purba Drac, Abraham Van Helsing.

    Trailer Hotel Transylvania 3 : A Monster Vacation : Official

    Filem Menarik Tahun 2018
    Mamma Mia! Here We Go Again Teaser Poster
    credits photo to comingsoon.net

    Mamma Mia! Here We Go Again (United International Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 19 Julai 2018
    Genre: Muzikal
    Durasi: --
    Pelakon: Meryl Streep, Lily James, Amanda Seyfried, Pierce Brosnan, Jeremy Irvine, Colin Firth, Julie Walters, Cher
    Pengarah: Ol Parker
    Format: 2D
    Sinopsis Mamma Mia: Here We Go Again : 
    Ketika mencari panduan untuk mengendalikan dirinya yang sedang hamil, Sophie juga ingin lebih tahu mengenai masa lampau ibunya.

    Trailer Mamma Mia: Here We Go Again : Offical #1


    Mission: Impossible Fallout (United International Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 26 Julai 2018
    Genre: Aksi / Pengembaraan
    Durasi: --
    Pelakon: Tom Cruise, Rebecca Ferguson, Simon Pegg, Ving Rhames, Michelle Monaghan, Alec Baldwin, Sean Harris, Henry Cavill
    Pengarah: Christopher McQuarrie
    Format: 2D
    Sinopsis Mission: Impossible Fallout : 
    Tom Cruise kembali menghidupkan wataknya sebagai ejen Impossible Mission Force (IMF), Ethan Hunt. Dalam filem keenam dari francais "Mission Impossible" ini, Cruise akan turut disertai oleh Henry Cavill.

    Trailer Mission: Impossible Fallout : Official

    Senarai Filem Melayu 2018

    Pulang (Primeworks Studios)
    Bahasa: Melayu
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 26 Julai 2018
    Genre: Biografi / Drama / Sejarah
    Durasi: 2 Jam
    Pelakon: Remy Ishak, Puteri Aishah Sulaiman, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Juliana Evans
    Pengarah: Kabir Bhatia
    Format: 2D
    Sinopsis Pulang :
    Diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di Malaysia pada tahun 40an. Ia menceritakan mengenai pasangan suami isteri Othman dan Thom. Othman telah membuat keputusan untuk berlayar ke seluruh dunia dengan harapan dapat menjadi kaya, dan berjanji kepada isterinya yang dia akan pulang. 61 tahun kemudian, Thom masih menunggu kepulangannya.

    Trailer Pulang : Teaser #1 | Teaser #2 | Teaser #3

    Filem Menarik Tahun 2018
    The First Purge Teaser
    credits photo to comingsoon.net

    The First Purge
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 2 Ogos 2018
    Genre: Thriller / Ngeri
    Durasi: --
    Pelakon: Y'Lan Noel, Lex Scott Davis, Joivan Wade, Luna Lauren Velez, Marisa Tomei
    Pengarah: Gerard McMurray
    Format: 2D
    Sinopsis The First Purge :
    Filem keempat dari francais "The Purge" ini merupakan prekuel kepada filem pertama yang mana ia menceritakan bagaimana acara tahunan `Purge` bermula.

    Trailer The First Purge : Official 

    Senarai Filem Melayu 2018

    Hantu Kak Limah (Astro Shaw)
    Bahasa: Melayu
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 9 Ogos 2018
    Genre: Komedi / Seram
    Durasi: --
    Pelakon: Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose
    Pengarah: Mamat Khalid
    Format: 2D
    Sinopsis Hantu Kak Limah : 
    Kak Limah telah ditemui mati oleh Khuda, Hussin dan Wani. Sejak dari itu, hantunya sering dilihat merayau di sekitar Kampung Pisang, membuatkan penduduk ketakutan. Encik Solihin kemudian cuba membantu untuk menghalau hantu itu keluar dari kampung. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Bagaimanapun, tragedi di sebalik kematian Kak Limah masih belum diketahui.

    Trailer Hantu Kak Limah : Teaser 


    Filem Menarik Tahun 2018

    The Meg (Warner Bros. Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 9 Ogos 2018
    Genre: Aksi / Seram / Fiksyen Sains
    Durasi: 1 Jam 53 Minit
    Pelakon: Jason Statham, Jessica McNamee, Li Bingbing
    Pengarah: Jon Turteltaub
    Format: 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX, 4DX
    Sinopsis The Meg :
    Sepasukan kru daripada program pemantau laut dalam telah menyelam menggunakan kapal selam ke dasar lautan, namun mereka terperangkap apabila diserang oleh makhluk yang disangkakan sudah pupus, iaitu jerung pra-sejarah berukuran 75 kaki yang dikenali sebagai Megalodon. Pakar selam penyelamat Jonas Taylor perlu menyelamatkan mereka tetapi tiada siapa yang tahu dia pernah berdepan dengan makhluk itu sebelum ini. Kini dia bukan sahaja perlu berdepan dengan ketakutannya sendiri tetapi juga menyelamatkan mereka yang terperangkap.

    Trailer The Meg : International


    Wheely (Primeworks Studios, KRU)
    Bahasa: Melayu
    Klasifikasi: U
    Tarikh Tayangan: 16 Ogos 2018
    Genre: Animasi
    Durasi: 1 Jam 30 Minit
    Pelakon: Zizan Razak, Johan, Lisa Surihani, Norman Abdul Halim
    Pengarah: Yusry Abdul Halim
    Format: 2D
    Sinopsis Wheely : 
    Dalam dunia di mana kenderaan adalah penduduk, sebuah teksi mempunyai impian untuk menjadi raja jalanan di kampung halamannya iaitu di Gasket City. Apabila gadis impiannya diculik, dia terpaksa berdepan dengan musuh iaitu kereta elit, lori gangster dan sebuah treler 18 tayar yang merupakan ketua sindiket penyeludupan kereta mewah.
    Review : Wheely - Movie Review
    Trailer Wheely : Official

    Filem Menarik Tahun 2018
    Christopher Robin Teaser Poster
    credits photo to comingsoon.net

    Disney's Christopher Robin (Walt Disney Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 16 Ogos 2018
    Genre: Pengembaraan
    Durasi: --
    Pelakon: Ewan McGregor, Hayley Atwell, Bronte Carmichael, Mark Gatiss
    Pengarah: Marc Forster
    Format: 2D
    Sinopsis Christopher Robin :
    Ia berkisarkan tentang Christopher Robin yang sudah besar dan kini bekerja dan berkeluarga. Dia bertemu rakan zaman kecilnya, Winnie-the-Pooh, yang membawa semula kebahagiaan hidup yang pernah dirasainya sebelum ini.

    Trailer Christopher Robin : Official

    Senarai Filem Melayu 2018

    Munafik 2 (Skop Production)
    Bahasa: Melayu
    Sarikata: Inggeris
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 30 Ogos 2018
    Genre: Seram
    Durasi: 2 Jam 1 Minit
    Pelakon: Syamsul Yusof, Maya Karin, Fizz Fairuz, Mawi, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali
    Pengarah: Syamsul Yusof
    Format: 2D
    Sinopsis Munafik 2 : 
    Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya.

    Trailer Munafik 2 : Official


    Filem Menarik Tahun 2018

    The Nun (Warner Bros Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: -
    Tarikh Tayangan: 6 September 2018
    Genre: Seram / Misteri / Ngeri
    Durasi: -
    Pelakon: Taissa Farmiga, Demián Bichir, Bonnie Aarons
    Pengarah: Corin Hardy
    Format: 2D
    Sinopsis / Info The Nun : 
    Selepas kematian seorang rahib muda secara misteri di Romania, seorang paderi yang dihantui oleh masa lampau telah ditugaskan untuk menyiasat perkara itu. Bersama dengan seorang lagi, mereka berdua telah merungkai satu rahsia. Mereka perlu mempertaruhkan nyawa dan kepercayaan mereka untuk berdepan dengan kuasa jahat yang menyerupai rahib syaitan.

    Trailer The Nun: Teaser  | Official

    Filem Menarik Tahun 2018

    The Predator (20th Century Fox)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 13 September 2018
    Genre: Aksi / Pengembaraan / Seram
    Durasi: --
    Pelakon: Boyd Holbrook, Olivia Munn, Trevante Rhodes, Keegan-Michael Key, Jacob Tremblay, Thomas Jane
    Pengarah: Shane Black
    Format: 2D
    Sinopsis The Predator : 
    Predators telah menaik taraf diri mereka dengan DNA daripada spesis lain, membuatkan pemburu ini lebih kuat dan berbahaya. Selepas seorang budak lelaki secara tidak sengaja menjadi penyebab kedatangan semula Predator kembali ke Bumi, pasukan yang dianggotai oleh beberapa bekas askar dan seorang guru sains sahaja boleh menyelamatkan dunia.

    Trailer The Predator : Teaser | Official

    Senarai Filem Melayu 2018

    Langsuir (Nuansa Sdn Bhd)
    Bahasa: Bahasa Melayu
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 20 September 2018
    Genre: Seram
    Durasi: --
    Pelakon: Hannah Delisha, Syafiq Kyle, Julia Farhana
    Pengarah: Osman Ali
    Sinopsis Langsuir : 
    Azlan dan rakan-rakannya bercuti di kepulauan Pulau Langsuir. Di sana, Azlan bertemu Suri, seorang gadis jelita, dan jatuh cinta padanya. Tanpa dia ketahui, Suri sebenarnya adalah hantu langsuir. Cemburu dengan hubungan romantik mereka, rakan Azlan merancang untuk menikam kepala Suri dengan paku untuk mendedahkan rupa hantunya. Tindakan ini telah menyebabkan kakak Suri, Dewi, marah dan dia muncul untuk menimbulkan kekecohan dalam kumpulan itu.

    Trailer Langsuir : Teaser

    Senarai Filem Melayu 2018

    Paskal (Astro Shaw)
    Bahasa: Melayu
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 27 September 2018
    Genre: Aksi / Ngeri
    Durasi: 1 Jam 40 Minit
    Pelakon: Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufik Hanafi
    Pengarah: Adrian Teh
    Format: 2D
    Sinopsis Paskal : 
    Filem aksi arahan Adrian Teh ini mengisahkan tentang sepasukan anggota unit elit Pasukan Khas Laut atau PASKAL, yang dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.

    Trailer Paskal : Teaser | Exclusive Featuratte

    Filem Menarik Tahun 2018

    Smallfoot (Warner Bros. Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 27 September 2018
    Genre: Animasi / Komedi / Kekeluargaan
    Durasi: --
    Pelakon: Channing Tatum, James Corden, Zendaya
    Pengarah: Karey Kirkpatrick
    Format: 2D
    Sinopsis / Info Smallfoot :
    berkisarkan tentang Yeti bernama Migo yang sangat yakin bahawa makhluk yang dikenali sebagai `Smallfoot` (juga dikenali sebagai Manusia) sememangnya wujud.

    Trailer Smallfoot : Teaser | Official | Final

    Filem Menarik Tahun 2018
    Venom Teaser
    credits photo to comingsoon.net

    Venom (Sony Pictures Entertainment)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 4 Oktober 2018
    Genre: Aksi / Seram / Fiksyen Sains
    Durasi: --
    Pelakon: Tom Hardy, Michelle Williams, Riz Ahmed, Reid Scott
    Pengarah: Ruben Fleischer
    Format: 2D
    Sinopsis / Info Venom : 
    Filem ini merupakan spinoff kepada siri filem "Spider-Man". Ia memaparkan Tom Hardy sebagai anti-hero dan musuh Spider-Man iaitu Venom.

    Trailer Venom :  Teaser

    Filem Menarik Tahun 2018

    First Man (United International Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2018
    Genre: Biografi / Drama
    Durasi: --
    Pelakon: Ryan Gosling, Claire Foy, Corey Stoll, Kyle Chandler
    Pengarah: Damien Chazelle
    Format: 2D
    Sinopsis First Man :
    Filem drama biografi ini berkisarkan tentang angkasawan Neil Armstrong dan pengembaraannya dalam menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke Bulan. Ia memberi fokus kepada tahun-tahun sebelum misi Apollo 11 pada 1969.

    Trailer First Man : Official #1 | Official #2

    Filem Menarik Tahun 2018

    A Simple Favor (Lionsgate)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2018
    Genre: Jenayah / Misteri
    Durasi: --
    Pelakon: Anna Kendrick, Blake Lively
    Pengarah: Paul Feig
    Format: 2D
    Sinopsis A Simple Favor : 
    Stephanie seorang blogger dan rakan baiknya Emily berkahwin dengan Sean. Satu hari, Emily hilang tanpa dikesan. Untuk merungkai misteri kehilangannya, Stephanie dan Sean mencarinya, namun kemudian mereka membongkar kebenaran yang rumit.

    Trailer A Simple Favor : Official

    Filem Menarik Tahun 2018

    Goosebumps: Haunted Halloween (Sony Pictures Entertainment)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2018
    Genre: Pengembaraan / Komedi / Kekeluargaan
    Durasi: 1 Jam 30 Minit
    Pelakon: Jack Black
    Pengarah: Ari Sandel
    Format: 2D
    Sinopsis Goosebumps: Haunted Halloween : 
    Pada malam Halloween di sebuah pekan kecil, Wardenclyffe, Sonny dan Sam secara tidak sengaja telah melepaskan Slappy the Dummy selepas membuka manuskrip yang mereka jumpa di sebuah rumah terbiar, yang mana sebelum ini merupakan rumah penulis fiksyen seram R.L. Stine. Kini dua budak itu bersama Sarah, iaitu kakak Sonny, dan Stine sendiri, perlu menghentikan Slappy yang mahu merancang Malapetaka Halloween.

    Trailer Goosebumps: Haunted Halloween : Official

    Halloween Teaser
    credits photo to comingsoon.net

    Halloween (United International Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: 18
    Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2018
    Genre: Seram
    Durasi: 1 Jam 45 Minit
    Pelakon: Jamie Lee Curtis, Judy Greer, Andi Matichak, Will Patton, Virginia Gardner, Nick Castle
    Pengarah: David Gordon Green
    Format: 2D
    Sinopsis Halloween : 
    Sekuel ini adalah kesinambungan daripada kejadian yang berlaku 40 tahun lalu dalam filem "Halloween" (1978). Laurie Strode, yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai oleh orang gila Michael Myers, perlu berdepan dengannya sekali lagi buat kali terakhir.

    Trailer Halloween : Official

    Filem Menarik Tahun 2018
    credit poster to joblo.com

    Hunter Killer (Lionsgate)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2018
    Genre: Aksi / Pengembaraan
    Durasi: 2 Jam 2 Minit
    Pelakon: Gerard Butler, Gary Oldman, Common, Linda Cardellini
    Pengarah: Donovan Marsh
    Format: 2D
    Sinopsis Hunter Killer : 
    Seorang kapten kapal selam perlu bekerjsama dengan pasukan U.S. Navy SEALs untuk menyelamatkan presiden Rusia yang telah diculik oleh seorang general yang berpaling tadah.

    Trailer Hunter Killer : Official


    Senarai Filem Melayu 2018

    Gol & Gincu Vol. 2 (Red Films)
    Bahasa: Melayu
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2018
    Genre: Drama
    Durasi: 1 Jam 46 Minit
    Pelakon: Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sazzy Falak,  Sharifah Amani, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf,
    Pengarah: Umi Salwana Omar, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng dan Iezahdiyana Alaudin.
    Format: 2D
    Sinopsis Gol & Gincu Vol. 2 : 
    Zak dan Yaya dua orang pelajar universiti yang memiliki nama yang sama iaitu Zakiah tetapi perangai mereka yang bertentangan akhirnya telah mencetuskan pergaduhan di antara mereka berdua. Apabila pergaduhan di khalayak ramai itu menjadi tular di media sosial, pihak pengurusan universiti mengenakan tindakan disiplin ke atas mereka sebagai teladan kepada pelajar lain. Mereka kemudian memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie, menyangka yang ia hanya kerja mudah. Sangkaan mereka meleset apabila berlaku sebaliknya.

    Trailer Gol & Gincu Vol. 2 : Official Trailer

    Filem Menarik Tahun 2018

    Rampant
    Bahasa: Korean
    Klasifikasi: 18
    Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2018
    Genre: Aksi / Sejarah
    Durasi: 2 Jam 10 Minit
    Pelakon: Hyun Bin, Jang Dong-gun, Jo Woo-Jin, Kim Eui-Sung
    Pengarah: Kim Sung-Hoon
    Format: 2D
    Sinopsis Rampant :
    Lee Chung seorang Putera Joseon yang mempunyai kemahiran bermain pedang tetapi dia juga kaki perempuan dan kaki judi. Dia telah diberikan kepada Dinasti Qing sebagai tebusan politik tetapi pulang ke Joseon selepas 10 tahun kemudian apabila abangnya Lee Young menaiki tahkta. Kemudian, Lee Chung perlu berdepan dengan raksasa yang mengganas pada waktu malam.

    Trailer Rampant : Official

    Filem Menarik Tahun 2018

    The Nutcracker And The Four Realms (Walt Disney Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: -
    Tarikh Tayangan: 1 November 2018
    Genre: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
    Durasi: -
    Pelakon: Keira Knightley, Morgan Freeman, Mackenzie Foy
    Pengarah: Lasse Hallstrom
    Format: 2D
    Sinopsis The Nutcracker And The Four Realms : 
    Clara mendapat patung Nutracker sebagai hadiah Krismas daripada bapa angkatnya yang meminta dia menjaganya dengan baik. Apabila jam menunjukkan tengah malam, Clara ambil keputusan untuk melihat patungnya, namun dia kemudian telah dilempar ke dalam dunia fantasi. Dia menyedari dunia pelik itu terdiri daripada Land of Snowflakes, Land of Flowers dan Land of Sweets, tetapi dalam Fourth Realms dia mendapati dirinya terperangkap dalam peperangan di antara askar 'gingerbread` dan askar tikus.

    Trailer The Nutcracker And The Four Realms : Teaser

    Filem Menarik Tahun 2018

    The Grinch (United International Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 8 November 2018
    Genre: Animasi
    Durasi: --
    Pelakon: Benedict Cumberbatch
    Pengarah: Peter Candeland, Yarrow Cheney
    Format: 2D
    Sinopsis The Grinch :
    Grinch sangat membenci apabila tiba musim Krismas dan tidak tahan melihat perkampungan Whoville menyambut Krismas. Dia kemudian merancang untuk merosakkan perayaan itu.

    Trailer The Grinch : Official #1 | Official #2Official #3

    Filem Menarik Tahun 2018

    Bohemian Rhapsody (20th Century Fox)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: 18
    Tarikh Tayangan: 8 November 2018
    Genre: Biografi / Drama / Muzikal
    Durasi: 2 Jam 15 Minit
    Pelakon: Rami Malek, Ben Hardy, Gwilym Lee, Joseph Mazzello, Allen Leech, Lucy Boynton
    Pengarah: Bryan Singer
    Format: 2D
    Sinopsis Bohemian Rhapsody :
    Berdasarkan kisah kehidupan lagenda rock British, Queen, filem ini memaparkan kisah hidup kumpulan itu selama 15 tahun lalu sejak dari penubuhan kumpulan itu sehingga persembahan mereka pada konsert Live Aid di 1985. Filem ini turut menampilkan Freddie Mercury, penyanyi utama kumpulan itu yang meninggal dunia pada 1991.

    Trailer Bohemian Rhapsody : Official

    Filem Menarik Tahun 2018
    Fantastic Beasts : The Crimes Of Grindelwald Poster
    credits photo to comingsoon.net

    Fantastic Beasts: The Crimes Of Grindelwald (Warner Bros. Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 15 November 2018
    Genre: Pengembaraan / Fantasi
    Durasi: --
    Pelakon: Eddie Redmayne, Katherine Waterston, Dan Fogler, Alison Sudol, Ezra Miller, Johnny Depp, Jude Law, Zoe Kravitz
    Pengarah: David Yates
    Format: 2D
    Sinopsis Fantastic Beasts: The Crimes Of Grindelwald : 
    Si jahat Gellert Grindelwald merancang untuk menguasai keseluruhan benda bukan magik. Untuk menghentikannya, Magizoologis Newt Scamander perlu bekerjasama dengan Albus Dumbledore.

    Trailer Fantastic Beasts: The Crimes Of Grindelwald : Teaser

    Filem Menarik Tahun 2018

    Burn The Stage: The Movie
    Bahasa: Korean
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 15 November 2018
    Genre: Konsert / Muzikal
    Durasi: 1 Jam 23 Minit
    Pelakon: RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, Jungkook
    Pengarah: Park Jun Soo
    Format: 2D
    Sinopsis Burn The Stage: The Movie : 
    Filem pertama kumpulan BTS dari Korea ini memaparkan rakaman eksklusif daripada "2017 BTS Live Trilogy Episode III The Wings Tour" mereka, termasuk klip di sebalik tabir dan temubual dengan setiap ahli kumpulan.

    Trailer Burn The Stage: The Movie : Official

    Ralph Breaks The Internet : Wreck-It Ralp 2 Poster
    credits photo to comingsoon.net

    Ralph Breaks the Internet : Wreck-It Ralph 2
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 22 November 2018
    Genre: Pengembaraan / Animasi / Komedi
    Durasi: --
    Pengedar: Walt Disney Pictures
    Pelakon: John C. Reilly, Sarah Silverman. Jack McBrayer, Jane Lynch
    Pengarah: Rich Moore, Phil Johnston
    Format: 2D
    Sinopsis / Info Ralph Breaks the Internet : Wreck-It Ralph 2 : 
    Kesinambungan dari filem "Wreck-It Ralph" (2012), kali ini kisah pengembaraan Ralph di ruang data internet apabila Wifi disambungkan ke arcade.

    Trailer Ralph Breaks the Internet : Wreck-It Ralph 2 : Teaser | Official

    Senarai Filem Melayu 2018

    Polis Evo 2 (Astro Shaw)
    Bahasa: Melayu
    Klasifikasi: P13
    Tarikh Tayangan: 22 November 2018
    Genre: Aksi
    Durasi: -
    Pelakon: Shahiezy Sam, Zizan Razak, Tanta Ginting, Erra Fazira, Hairul Azreen, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Riz Amin, Syafie Naswip
    Pengarah: Joel Soh
    Format: 2D
    Sinopsis Polis Evo 2 :
    Perkara-perkara yang menjadi lebih serius & lebih gelap bagi Inspektor Khai & Sani apabila apa yang mereka fikir akan menjadi operasi biasa membawa kepada kekacauan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

    Trailer Polis Evo 2 : Teaser

    Filem Menarik Tahun 2018

    Robin Hood (Lionsgate)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 22 November 2018
    Genre: Aksi
    Durasi: --
    Pelakon: Taron Egerton, Eve Hewson, Jamie Dornan, Jamie Foxx
    Pengarah: Otto Bathurst
    Format: 2D
    Sinopsis Robin Hood : 
    Terkenal dengan merompak kaya dan memberi kepada yang miskin, seorang pejuang yang dikenali sebagai Robin Hood bergabung dengan komander Moorish untuk menentang tahkta Inggeris yang korup.

    Trailer Robin Hood : Teaser | Official

    Filem Menarik Tahun 2018
    The House With A Clock In Its Walls Poster
    credits photo to comingsoon.net


    The House With A Clock In Its Walls (United International Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 29 November 2018
    Genre: Fantasi / Seram / Misteri
    Durasi: --
    Pelakon: Jack Black, Cate Blanchett, Kyle MacLachlan, Owen Vaccaro, Colleen Camp
    Pengarah: Eli Roth
    Format: 2D
    Sinopsis The House With A Clock In Its Walls : 
    Budak lelaki berusia 10 tahun, Lewis Barnavelt, telah dihantar ke Michigan untuk tinggal dengan pak ciknya, Jonathan Barnavelt, selepas kematian ibu bapanya. Lewis mendapat tahu bahawa pak ciknya adalah `warlock` dan mengikutnya ke dunia ahli sihir dan magik. Sementara itu, ahli sihir jahat Isaac Izard cuba membawa Apocalypse terhadap dunia dengan mencipta jam magik yang dipenuhi dengan sihir hitam. Sebelum dia mati, dia berjaya menyembunyikan jam itu di dalam dinding rumah yang kini didiami oleh Jonathan. Kini Lewis dan pak ciknya perlu mencari jam itu dan menghentikan kemusnahan dunia.

    Sinopsis The House With A Clock In Its Walls : Official #1

    Filem Menarik Tahun 2018

    Mortal Engines (United International Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 6 Disember 2018
    Genre: Aksi / Pengembaraan
    Durasi: --
    Pelakon: Hugo Weaving, Hera Hilmar, Robert Sheehan, Jihae
    Pengarah: Christian Rivers
    Format: 2D
    Sinopsis Mortal Engines :
    Beberapa abad selepas "Sixty Minute War", kejadian malapetaka yang telah memusnahkan hampir keseluruhan planet Bumi, bandar-bandar yang kini didiami oleh mereka yang terselamat merayau menggunakan roda besar, bertarung sesama sendiri dan memusnahkan bandar kecil untuk mengambil sumber. Tom Natsworthy, rakyat bawahan di bandar London, terpaksa berjuang untuk terus hidup selepas bertemu dengan Hester Shaw, penjenayah yang melarikan diri. Kedua-dua mereka kemudian bekerjasama dan mungkin akan mengubah dunia.

    Trailer Mortal Engines : Official

    Filem Menarik Tahun 2018

    Aquaman (Warner Bros. Pictures)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 13 Disember 2018
    Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
    Durasi: --
    Pelakon: Jason Momoa, Amber Heard, Patrick Wilson, Willem Dafoe, Yahya Abdul-Mateen II, Temuera Morrison, Dolph Lundgren, Nicole Kidman
    Pengarah: James Wan
    Format: 2D, 3D, IMAX 3D
    Sinopsis Aquaman : 
    Arthur Curry mendapat tahu yang dia adalah pewaris kepada kerajaan di bawah lautan, Atlantis. Dengan pengetahuan baru itu, dia bukan sahaja perlu mengetuai orangnya sahaja tetapi turut menjadi wira kepada dunia. 

    Trailer Aquaman : Official


    Bumblebee
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 20 Disember 2018
    Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
    Durasi: --
    Pelakon: Hailee Steinfeld, John Cena, Jorge Lendeborg Jr., Jason Drucker
    Pengarah: Travis Knight
    Format: 2D
    Sinopsis / Info Bumblebee : 
    Berlatarkan tahun 1987, Charlie, seorang gadis berusia 18 tahun, terjumpa Bumblebee yang rosak tersorok di kedai potong di pantai California. Dia kemudian menyedari bahawa kereta itu bukan Volkswagen Beetle biasa.

    Trailer Bumblebee  : Teaser

    Filem Menarik Tahun 2019

    Suzzanna Bernapas Dalam Kubur
    Bahasa: Indonesia
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 3 Januari 2019
    Genre: Seram
    Durasi: --
    Pengedar: 
    Pelakon: Luna Maya, Herjunot Ali, Clift Sangra, Teuku Rifnu Wikana
    Pengarah: Rocky Soraya, Anggy Umbara
    Format: 2D
    Sinopsis Suzzanna Bernapas Dalam Kubur : 
    akan datang

    Trailer Suzzanna Bernapas Dalam Kubur : Official

    UNKNOWN RELEASE

    Filem Menarik Tahun 2018
    (photo credit to comingsoon.net.)

    Slender Man
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan:  2018
    Genre: Seram
    Durasi: --
    Pelakon: Jaz Sinclair, Joey King, Julia Goldani Telles, Annalise Basso
    Pengarah: Sylvain White
    Format: 2D
    Sinopsis Slender Man : 
    Ia berkisarkan tentang seorang individu tinggi, kurus dengan lengan yang panjang dan berwajah tidak berbentuk. Dia didakwa menjadi punca kepada kehilangan ramai kanak-kanak dan remaja.

    Trailer Slender Man : Official


    Mowgli Teaser
    credits photo to comingsoon.net

    Mowgli (WARNER BROS. PICTURES)
    Bahasa: Inggeris
    Klasifikasi: --
    Tarikh Tayangan: 18 Oktober 2018
    Genre: Pengembaraan / Drama
    Durasi: --
    Pelakon: Rohan Chand, Andy Serkis, Christian Bale, Benedict Cumberbatch, Tom Hollander, Cate Blanchett, Naomie Harris, Matthew Rhys, Freida Pinto, Jack Reynor, Peter Mullan, Eddie Marsan
    Pengarah: Andy Serkis
    Format: 2D
    Sinopsis Mowgli : 
    Seorang budak lelaki bernama Mowgli dibesarkan dalam hutan India oleh sekawan serigala. Dengan bantuan seekor beruang, Baloo, dan harimau kumbang, Bagheera, dia mendapati dirinya diterima oleh binatang lain seperti keluarga mereka sendiri, kecuali seekor harimau digelar Shere Khan yang masih mengancam budak itu. Bagaimanapun, bahaya paling besar untuk Mowgli adalah apabila dia perlu bersemuka dengan manusia.

    Trailer Mowgli :  Official #1

    *Semua Poster belongs to google
    **Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.
    ***Kesemua info dalam entri ini diambil dari www.cinema.com.my

    Senarai Filem Tahun 2018 | Filem Gempak Tahun 2018 | Download Filem Baru 2018 | Trailer Filem Tahun 2018 | Senarai Filem 2018 | Senarai Filem Aksi 2018| Senarai Filem Animasi 2018 | Senarai Filem Seram 2018

  • You might also like

    5 comments:

    1. What? The Nun? Kemain Valak. Famous terus ada movie khas pasal dia. Bahahah. Can't wait for 2018 ada few movies yang nak tengok. TQ sebab kongsi ni Momi.

      ReplyDelete
      Replies
      1. yess ! permintaan ramai agaknya The Nun tu. hehe. Kann, 2018 more exciting with lots of sequel haha. Welcome Pojie :)

        Delete
    2. Bnyak filem menarik tahun dpan..smua xsabaq nk tngok..huhu

      ReplyDelete