Wheely - Movie Review

Wheely - Movie Review

Wheely - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem melayu yang bergenrekan animasi aksi dan komedi iaitu filem "Wheely". Wheely merupakan filem animasi keluaran Malaysia yang memakan masa selama 4 tahun untuk disiapkan oleh Kartun Studios (dibawah KRU International) dan Primeworks Studio. Filem ini mula ditayangkan pada 16 Ogos 2018 (Malaysia) dan telah berjaya pra-jualan ke lebih 100 buah negara. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Wheely
Filem Wheely ini menceritakan mengenai sebuah teksi mempunyai impian untuk menjadi raja jalanan di kampung halamannya iaitu di Kota Gasket. Semasa bertugas, Wheely terserempak dengan bintang terkenal Itali bernama Bella Di Monetti dan telah jatuh hati dengan model golongan kelas atasan. Apabila gadis impiannya diculik, Wheely dan Putt Putt terpaksa berdepan dengan musuh iaitu kereta elit, lori gangster dan sebuah treler 18 tayar yang merupakan ketua sindiket penyeludupan kereta mewah. Dapatkah Wheely menyelamatkan Bella Di Monetti?  (Trailer Wheely)

Wheely - Movie Review


Filem yang berdurasi selama 1 Jam 30 Minit ini merupakan arahan Yusry Abdul Halim dan penerbit eksekutif, Norman Abdul Halim. Filem ini membariskan pelakon suara yang hebat seperti Zizan Razak, Johan, Lisa Surihani, Fadhil Rawi, Erni Yusliana, Nadia Bahrom dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan umum (U) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

Review Wheely
I'm the lucky one! Sebab apa? Sebab Momi adalah diantara penonton yang terawal untuk menyaksikan filem animasi Malaysia ini. Rasanya sesiapa yang menonton filem ini pasti akan teringat filem animasi Disney, "Cars" (2006). Bagi Momi, jalan cerita "Wheely" ini boleh dikatakan menarik dan banyak juga humor yang buat anda tidak rasa mengantuk semasa menonton.

Untuk pelakon suara, Momi tiada masalah sebab gandingan Zizan dan Johan (yang membawa karakter 'Wheely' dan 'Putt Putt') sememangnya pilihan yang terbaik dan ada chemistry. Pelakon suara watak lain juga turut dibawa dengan baik terutamanya watak Bella (lakon suara oleh Lisa Surihani) dan watak antagonis, Kaiser (lakon suara oleh Fadhli Rawi). Untuk karakter pula,  Momi suka dengan karakter "Putt Putt" sebab ia sangat comel dan sentiasa kelakar. Untuk pergerakan animasinya boleh dikatakan baik. Good job team Wheely !

Keseluruhannya, Wheely sebuah filem yang menghiburkan dan menarik untuk anda tonton. Jangan lupa saksikan Wheely di pawagam berdekatan anda mulai 16 Ogos 2018. Bukan di Malaysia sahaja, mereka yang berada diluar negara juga bakal dapat saksikan Wheely di pawagam termasuk di Brunei (16 Ogos 2018), Brazil (6 September 2018), Slokavia (6 September 2018), Romania (5 Oktober 2018), Czech Republic (11 Oktober 2018), Poland (9 November 2018) dan banyak lagi.

Terima kasih KRU Studios, Kartun Studios dan Primeworks Studio kerana menjemput Momi ke Tayangan Perdana Dunia Wheely di GSC Pavilion pada 1 Ogos lalu. Momi nak wish goodluck dan tahniah kepada Team Wheely diatas penghasilan filem Wheely ini. Semoga filem ini boleh diterima oleh rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia. In shaa Allah. =)

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG
Poster Filem Wheely 2018 Download  | Filem Wheely 2018 Subtitle | Filem Wheely 2018  Synopsis | Filem Wheely 2018 Malay Subtitle | Filem Wheely 2018  Torrent | Review Filem Wheely 2018  | Barisan pelakon Filem Wheely 2018  |  Review Filem Wheely 2018  Bahasa Melayu | Review Filem Wheely Malay | Filem Wheely 2018 Online Streaming

Post a Comment

0 Comments