White Rabbit Ice Cream


White Rabbit Ice Cream by Inside Scoop

White Rabbit Ice Cream | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini nampak aiskrim "White Rabbit" tular di media sosial. Tiba-tiba rasa teringin pula nak makan aiskrim tu sebab pernah rasa gula-gula White Rabbit kan? Jadi, Momi bersama Ara Kimora mencari aiskrim tular itu di Inside Scoop. Alang-alang berjalan tu, sekali sampai Inside Scoop Sri Petaling kami cari haha. 

White Rabbit Candy
Sumber : aliexpress.com

Sebab rasa teringin sangat, sanggup ya pergi makan dekat sini. Satu scoop aiskrim di Inside Scoop berharga RM8, dua (double) scoop : RM13.50 dan tiga (triple) scoop : RM18.50 . Jadi sebab nak rasa, Momi cuba satu scoop White Rabbit Ice Cream sajalah hehe. Sebenarnya banyak lagi pilihan aiskrim tau 

White Rabbit Ice Cream by Inside Scoop
Pilihan Aiskrim di Inside Scoop

Setelah mencuba satu suap aiskrim White Rabbit, memang menggamit memori zaman kanak-kanak. Rasanya sama seperti gula-gula White Rabbit, manis dan sedap! Rasanya satu scoop tak cukup, lain kali kena beli 3 scoop baru puas hati kot hahaha! Dengarnya, perisa ini hanya dalam masa yang terhad sahaja tau, jadi siapa yang teringin nak rasa tu sila pergi Inside Scoop sekarang!

White Rabbit Ice Cream by Inside Scoop
Nyumms! Love it

Kalau anda nak cuba aiskrim White Rabbit dan banyak lagi perisa aiskrim di Inside Scoop, jangan lupa datang ke cawangan (outlet) yang berdekatan anda. 

1 comment:

  1. gegula tu sangat old school.. jadi eskrim da. jauhnya kalo nak cuba..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.