Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal - Movie Review

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal - Movie Review
Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal - Movie Review | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Peminat Upin & Ipin, harap anda semua bersedia sebab filem terbaru pasangan kembar ini bakal ke layar perak Mac ini. Entri kali ini Momi akan review filem terbitan  Les' Copaque Production Sdn. Bhd iaitu filem "Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal". Pada 5 Mac yang lalu, Momi telah menghadiri Malam Gala Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal di GSC Mid Valley. Filem ini ditayangkan bermula 21 Mac 2019. Best ke tak? *Perhatian : Spoiler!* 

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal - Movie Review
Antara Adengan Dalam Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal
Sinopsis Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal
Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini mengisahkan tentang Upin, Ipin dan rakan-rakan mereka perlu mencari jalan kembali ke Kampung Durian Runtuh selepas keris mistik yang mereka jumpai dalam bilik stor Tok Dalang membuka portal dan membawa mereka terus ke tengah sebuah kerajaan. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membantu kerajaan itu kembali ke bekas kemuliaannya. Mereka berdepan segala cabaran sepanjang pengembaraan mereka dengan bantuan Mat Jenin, Belalang dan watak-watak lain dari cerita dongeng Malaysia. (sumber : cinema.com.my)

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal - Movie Review
Upin, Ipin dan Kawan-Kawan

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam setengah ini merupakan arahan Adam Amiruddin (Pengarah siri Upin & Ipin), Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim (Pengarah siri Puteri), dan Ahmad Razuri Roseli (Pengarah siri Pada Zaman Dahulu). Filem ini dibintangi oleh Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd Amir Asyraf, Fakhrul Razi, dan Ernie Zakri. UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL yang mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan bersama bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun (P13) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal - Movie Review
Poster Rasmi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Ulasan Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal
Sejujurnya memang Momi tak sabar nak menonton filem "Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal". Lagi-lagi Momi dapat jemputan untuk menyaksikan filem ini lebih awal sebelum tarikh ditayangkan, pastinya Momi takkan melepaskan peluang ini. 

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal - Movie Review
Antara Adengan Dalam Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Permulaan cerita dihidangkan dengan keletah dua orang adik beradik kembar, Upin dan Ipin. Kemudian, dimeriahkan lagi dengan watak-watak sampingan iaitu rakan-rakan Upin dan Ipin menghidupkan lagi suasana filem ini. Jalan cerita yang sangat menarik, dimana pengembaraan Upin, Ipin dan rakan-rakan ditempat yang aneh, diselang selikan dengan muzikal. Momi suka bila dimasukkan karakter-karakter dari kisah dongeng rakyat seperti Nujum Pak Belalang, Bawang Merah Bawang Putih, Si Tanggang, Mat Jenin dan beberapa karakter lain. 

Bercerita tentang animasinya pula, Momi sangat bangga dengan hasil dari anak tempatan yang semakin bertambah baik. Momi sudah mengikuti siri Upin dan Ipin sejak tahun 2007 lagi, jadi ia menjadi satu kepuasan menyaksikan Upin dan Ipin sekali lagi ke layar perak (kira-kira 10 tahun menunggu filem dari Upin dan Ipin ni hehe). 

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal - Movie Review
Poster Rasmi Karakter Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Secara keseluruhannya, Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal pastinya dapat mengembalikan nostalgia kisah-kisah rakyat dan sangat menarik untuk anda tonton. Jangan lupa menyaksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 21 Mac 2019, minggu cuti sekolah tu. Adik-adik pasti tak sabar nak menonton Upin & Ipin ni. Oh ya, jangan keluar awal ya nanti sebab ada ending credit yang sangat menarik. Tak sabarnya! hehe. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG



Post a Comment

1 Comments

makin hebat sungguh rasa dunia animasi di Malaysia. semoga makin great boleh masuk setanding dengan animasi luar. banggaaa wooo =D