5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Rasanya sekarang dekat mana-mana shopping mall mesti ada restoran makanan Korea. Kalau lalu depan restoran mesti ramai orang beratur. Memang tak kuat tengok kalau rakan-rakan atau Instafamous post pasal kedai makanan Korea ni. Lagi-lagi yang upload video ayam salut dengan keju tu, memang terliur hehe. Jadi Momi rasa nak senaraikan beberapa restoran makanan korea yang Momi tahu. Jom tengok 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia pilihan Momi

1. Kfry

Kfy - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Kfy - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

Kalau sebut Kfry pastinya ramai yang tahu. Kfy terkenal dengan ayam bersalut keju dan Bingsoo-nya yang sangat meriah. Walaupun harga sedikit mahal tapi Momi rasa ia sangat berbaloi dengan rasanya. Antara menu yang anda wajib cuba di Kfry ialah K'razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk, Watermelon Bingsoo, Tteokbokki with Cheese & Seafood, Budae Jigae, Garlic Soya Wings dan banyak lagi. 

5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Kfy - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Kfy - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Kfy - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

Kalau nak makan dekat Kfry, pastikan ada booking seminggu awal dekat Facebook page ikut lokasi yang anda nak datang sebab memang beratur panjang ya. Antara cawangan Kfry : Holiday Villa Johor Bahru City Center, iOi City Mall @ Putrajaya,  Old Street Commercial Building Batu Pahat,  1 Utama Shopping Center. Akan datang Kfry akan buka cawangannya di KLCC. Tak sabarnya! Untuk maklumat lanjut mengenai Kfry, boleh layari laman web Kfy.

Waktu Operasi : 10.00 Pagi - 10.00 Malam

2. Kyochon 1991

Kyochon 1991 - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Kyochon 1991 - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

Kyochon 1991 juga tidak kurang hebatnya. Memang selalu ramai orang makan dan orang beratur. Kyochon dikenali dengan ayam gorengnya yang rangup, 100% ayam segar dan bebas dari suntikan. Ada 3 pilihan perisa untuk ayam goreng yang popular iaitu 'Soy Garlic', 'Red Pepper' dan 'Honey'. Ia juga hidangkan bersama set nasi. 

Kyochon 1991 - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Kyochon 1991 - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

Antara cawangan Kyochon 1991 : 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Piramid, G Hotel Gurney Penang, Pearl Shopping Gallery, SkyAvenue Genting, MyTown Shopping Centre, Arcoris Mont Kiara, Setia City Mall dan IPC Shopping CentreUntuk maklumat lanjut mengenai Kyochon 1991, boleh layari laman web Kyochon 1991.

Waktu Operasi : 10.00 Pagi - 10.00 Malam

3. Ojju

Ojju - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Ojju - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

Baru sahaja beroperasi di Malaysia pada Oktober 2018 lalu. Restoran yang berasal dari Indonesia ini menghidangkan seleksi makanan dari Korea dan cawangan pertamanya di tingkat 4 Nu Sentral. Yang paling best ada ayam bersalut keju gulung, serius memang terliur tengok hehe. Menu wajib cuba di Ojju Malaysia ini ialah 'Chicken Rolling Cheese', 'Beef Ribs Rolling Cheese', 'Budae Jjigae', 'Teobokki & Eomuk Bokkeum' dan seleksi 'Bingsoo'

Ojju - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Ojju - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

Ojju - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Ojju - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

Ojju - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Ojju - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

Ojju - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Ojju - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai Ojju Malaysia, boleh layari Instagram rasmi Ojju Malaysia.

Waktu Operasi : 10.00 Pagi - 10.00 Malam



4. Goobne

5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Goobne Malaysia
Sumber Facebook Goobne Malaysia

Mula beroperasi di Malaysia pada Julai 2018, Goobne telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia dekat MyTown Shopping Centre. Sebenarnya lebih 1000 cawangan Goobne didunia seperti Hong Kong. Macao, China, Jepun dan Indonesia. Menariknya, ayam yang hidangkan di Goobne dipanggang selama 13 minit pada 195 degrees tanpa menggunakan setitik minyak untuk menjaga rasa aslinya. 

Antara menu pilihan di Goobne ialah 'Signature Flying Cheese Egg Roll', 'Goobne Volcano', 'Goobne Deep Cheese', 'Goobne Soy Garlic', 'Volcano Cheese Tteok- Bokki', 'Cheese Fondue Chicken', 'Chicken Fried Rice With Volcano Sauce' dan 'Non- Alcahol Rita – Shark Blood'. Untuk maklumat lanjut mengenai Goobne Malaysia, boleh layari Instagram rasmi Goobne Malaysia.

Waktu Operasi : 10.00 Pagi - 10.00 Malam

5. Sopoong

Sopoong - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Sopoong - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

Momi pernah cuba sekali makan Sopoong semasa event di Melawati Mall. Momi sempat cuba makan beberapa hidangan yang menarik di Sopoong. Menu hidangan yang menarik di Sopoong ialah Bibimbap Soup, Topokki, Ramyeon, Bingsoo dan banyak lagi. Antara cawangan Sopoong : Berjaya Time Square, IOI City Mall, The Starling Mall, MyTown Shopping Centre dan Melawati Mall

Sopoong - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia
Sopoong - 5 Restoran Makanan Korea Di Malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai Sopoong, boleh layari Facebook rasmi Sopoong.

Waktu Operasi : 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Haaa.. inilah lima buah restoran makanan Korea yang Momi rasa menarik untuk anda kunjungi. Sebenarnya banyak lagi pilihan restoran cuma belum sempat explore lagi. Boleh tak anda suggestkan restoran makanan Korea yang lain ? Sila tinggalkan di ruangan komen ya hehe. 


Post a Comment

1 Comments

Syafiqah Hashim said…
UWAHHH! Pika memang gila makanan korea! KFry dah pernah try nanti try yg lain pulak. Thanks for sharing momi. Boleh try a few option later on. YUMSSSS!