The Nun - Movie Review

The Nun - Movie Review

The Nun - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem melayu yang bergenrekan seram iaitu filem "The Nun". The Nun merupakan filem spin-off dari filem The Conjuring 2 (2016) dan merupakan filem kelima dalam The Conjuring Universe. Filem ini mula ditayangkan pada 6 September 2018 dan telah mendapat respon yang positif dikalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis The Nun
Filem The Nun ini mengisahkan selepas kematian seorang rahib muda secara misteri di Romania, seorang paderi yang dihantui oleh masa lampau telah ditugaskan untuk menyiasat perkara itu. Bersama dengan seorang lagi, mereka berdua telah merungkai satu rahsia. Mereka perlu mempertaruhkan nyawa dan kepercayaan mereka untuk berdepan dengan kuasa jahat yang menyerupai rahib syaitan. (Trailer The Nun)


Filem yang berdurasi selama 1 Jam 36 Minit ini merupakan arahan Corin Hardy dan dikeluarkan oleh Warner Bros. Pictures. Filem ini membariskan pelakon hebat seperti Taissa Farmiga, Demián Bichir, Charlotte Hope dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan bersama bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun  (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 2D dan 2D ATMOS sahaja.

The Nun - Movie Review


Review The Nun
Valak kembali menghantui kita semua sejak kemunculannya dalam filem "The Conjuring 2" (2016). Filem spin-off ini pastinya menjadi tumpuan ramai dan tidak sabar untuk mengetahui bagaimana kemunculan Valak ni. Jalan ceritanya yang menarik cuma ia sedikit lambat, mungkin kerana pengenalan kepada watak Valak.

Tahap keseraman untuk filem ini sedikit kurang berbanding filem The Conjuring, mungkin kerana kita telah dihidangkan dengan banyak kemunculan Valak dalam filem ini namun begitu Momi masih tutup mata semasa menonton haha. Selepas menonton filem ini, baru faham mengapa ia ada kaitan dengan The Conjuring 2.

Keseluruhannya, The Nun adalah filem yang boleh anda tonton jika anda ikuti The Conjuring Universe. Sebenarnya tidaklah teruk, cuma ia mungkin kita pernah dihidangkan dengan keseraman yang banyak lagi dari filem sebelumnya. Dengarnya jika The Nun ini berjaya mencapai box office, mereka akan sambung untuk sekuelnya yang menceritakan bagaimana Valak bertemu dengan Lorraine. Oh ya, dengarnya The Conjuring 3 juga bakal menemui pawagam sekitar 2019 atau 2020.


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3.5 / 5 
BINTANG
Poster Filem The Nun 2018 Download  | Filem The Nun 2018 Subtitle | Filem The Nun 2018  Synopsis | Filem The Nun 2018 Malay Subtitle | Filem The Nun 2018  Torrent | Review Filem The Nun 2018  | Barisan pelakon Filem The Nun 2018  |  Review Filem The Nun 2018  Bahasa Melayu | Review FilemThe Nun Malay | Filem The Nun 2018 Online Streaming 

Post a Comment

0 Comments